Popular Today

Ahad, Disember 14, 2008

Giliran PAS?

4 Komen!!!
Kalau dahulu Anwar Ibrahim terkenal dengan 'gila' dan 'tamak' kuasa dan pengaruhnya ketika di dalam UMNO, hanya tinggal satu tangga sahaja untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.

Kini giliran PAS pula merasai peluasan kuasa Anwar Ibrahim. Ini berikutan cerita-cerita puak Edrogan yang pro-Anwar Ibrahim di dalam PAS.. Puak Erdogan ini sudah mula memasang 'orang'nya dari dalam untuk menawan PAS .. Strategi ini sama seperti yang pernah digunakan Anwar Ibrahim ketika di dalam UMNO dahulu.

Nampaknya mana-mana parti yang bersama Anwar Ibrahim pasti akan cuba diambil olehnya.

Pada 24 November lalu, Pas menyambut ulang tahun penubuhannya ke-57. Fajar 2009 yang akan menyingsing tidak sampai tiga minggu lagi pula dianggap tahun getir untuk parti tersebut.

Ia kerana pada tahun depan akan berlangsung pemilihan barisan kepimpinan Pas pusat. Seperti juga parti-parti politik lain pemimpin dan ahli Pas juga tidak terlepas daripada bercakap soal tersebut.

Apatah lagi, pemilihan kali ini dianggap platform terbaik kepada kumpulan tertentu yang dipanggil ‘Erdogan’ untuk merebut jawatan setinggi mungkin dalam Pas. Malah sudah ada andaian bahawa pemilihan Pas tersebut akan menjadi medan pertempuran antara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang mahu perubahan.

Sememangnya tidak dapat dinafikan walaupun Pas dilihat tenang di permukaan tetapi hakikatnya kehadiran kumpulan ‘Erdogan’ yang terdiri daripada mereka yang menyokong kuat kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak semakin menggugat perpaduan di dalam parti berkenaan.

Kepimpinan Pas yang selama ini sentiasa tenang di bawah teraju Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula diganggu gugat oleh kumpulan ‘Erdogan’ ini.

Nampaknya kini PAS lebih jelas terpecah kepada 2 kumpulan.. Iaitu golongan ulama yang menyokong kepimpinan hadi Awang dan Golongan Profesional yang pro-Anwar.

Kini PAS sedang menghadapi apa yang pernah UMNO hadapi ketika Anwar Ibrahim berada di dalam parti tersebut sedikit masa dahulu... Adakah PAS akan terus membenarkan Anwar Ibrahim meluaskan penguasaanya di dalam PAS sehingga suatu hari hari PAS akan diambil alih sepenuhnya..... Adakah fenomena ini akan diterima oleh ahli-ahli PAS? atau pun PAS akan pupus?

Kongsi Link Anda