Rabu, Disember 31, 2008

100 hari memperingati pembohongan terbesar Anwar Ibrahim

0 Komen!!!
Pada 26 Disember 2008 yang lalu genaplah 100 hari kisah pembohongan terbesar Anwar Ibrahim kepada dunia dan rakyat Malaysia iaitu pembohongan rampasan kuasa dan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat 16 September 2008.

Ianya adalah satu satu pembohongan yang amat besar khasnya kepada pengundi Permatang Pauh dan Rakyat Malaysia kerana hampir semua rakyat mempercayainya.

Sebagai rakyat negara ini, saya berkata "cukup cukuplah, jangan bohong rakyat lagi!". Rakyat telah puas dibohong dan ditipu oleh PKR dengan dunia fatamorgana mereka. Berapa kali lagi rakyat akan ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin PKR. Rakyat mengetahui bahawa projek 16 September hanyalah sebagai laluan Anwar untuk memenangi Pilihanraya kecil Permatang Pauh dan tidak lebih dari itu. Tiada harapan baru, tiada kerajaan baru semuanya hanyalah pembohongan semata-mata demi Anwar Ibrahim, isteri dan anak beranak...

Adakah dengan pembohongan demi pembohongan ini rakyat akan terus mempercayai 'kata-kata' pembohongan Anwar lagi? Tidak cukupkah pembohongan yang telah dilakukan oleh pemimpin ini?

Manikavasagam sah letak jawatan

0 Komen!!!
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam semalam mengesahkan bahawa beliau akan melepaskan salah satu jawatan yang dipegangnya dalam Pakatan Rakyat (PR) secara rasmi hari ini.

Beliau berkata, keputusan tersebut adalah muktamad sebagai langkah awal untuk keluar dari parti berkenaan selepas berlaku pergeseran dengan seorang lagi pemimpin sebuah parti dari PR.

Katanya, tindakan tersebut diambil sebagai membuktikan beliau adalah seorang pemimpin yang ‘cakap serupa bikin’ dan bertanggungjawab terhadap tindakannya.

“Saya sahkan kenyataan saya kepada anda (Sinar Harian) baru-baru ini adalah betul. Saya akan melepaskan salah satu jawatan saya nanti, apa jawatan itu akan saya umumkan esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, surat peletakan jawatannya itu juga telah disiapkan dan telah diserahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor/Wilayah petang semalam.

“Saya tak mahu beritahu (jawatan) sekarang, tunggu pengumuman rasmi esok (hari ini) sempena pertemuan lebih 50 pemimpin India dari kesemua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, masa itu saya umumkan jawatan apa.

“Saya akan bercuti bermula 5 Januari depan dan akan membuat tindakan susulan termasuk mengadakan pertemuan empat mata dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tamat cuti nanti, perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Manikavasagam yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor akan menghadiri forum anjuran Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat India hari ini yang bakal disertai lebih 50 pemimpin India dalam PR bagi menentukan ala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.

Forum itu membincangkan rasa tidak puas hati masyarakat India yang didakwa ‘didiskriminasi dan dipinggirkan’ oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu termasuk isu hasrat Manikavasagam keluar PKR.

Mengenai kekeliruan mengaitkan kenyataan tidak konsistennya untuk meninggalkan parti itu dan spekulasi beliau akan menyertai parti tertentu, Manikavasagam menegaskan pendirian tersebut tidak pernah berubah sebaliknya kekeliruan timbul selepas sesetengah media menyalahtafsirkan kenyataannya.

“Saya tetap dengan pendirian saya dan segala berita serta khabar angin mendakwa saya telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Abdul Razak), pemimpin MIC dan UMNO lain beberapa hari lalu adalah tidak berasas, sama juga dengan spekulasi mendakwa saya akan menyertai MIC dan bakal dilantik menggantikan (Datuk Seri) S Samy Vellu, itu juga tidak benar.

“Apa yang dilaporkan itu adalah tidak benar dan semua yang terbabit itu langsung tidak masuk dalam urusan ini (keluar PKR),” katanya.

Sinar Harian 24 Disember lalu melaporkan Ahli Parlimen Kapar itu bersedia untuk meninggalkan PKR kerana kesal dengan sikap sesetengah pemimpin PR Selangor yang cuai menjaga kepentingan Rakyat.

Kata beliau, keputusan tersebut terpaksa dilakukan selepas merasakan sesetengah pemimpin dalam PR berlagak sombong dan enggan berbincang mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang diketengahkannya.

14 Pesuruhjaya Kehakiman baru angkat sumpah

0 Komen!!!
PUTRAJAYA - Seramai 14 Pesuruhjaya Kehakiman yang baru dilantik, mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman di sini, semalam.

Lapan daripada mereka dipilih daripada kalangan ahli kehakiman iaitu Yang Dipertua Mahkamah Perusahaan, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, 51; Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Datin Yeoh Wee Siam, 55; Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Halijah Abbas, 51; Pendaftar Mahkamah Rayuan, Datin Zabariah Mohd Yusof, 49; Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Tarmizi Abdul Rahman, 52; Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Rhodzariah Bujang, 47; Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Akhtar Tahir, 49, dan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Ravinthran a/l Paramaguru, 46.

Turut menerima pelantikan yang berkuat kuasa 5 Januari ini ialah Peguamcara Negara, Datuk Zaleha Yusof; Penggubal Undang-undang Parlimen, Datuk Nor Bee Ariffin, 51; Pesuruhjaya Penyemak dan Pembaharuan Undang-undang, Datuk Mary Lim Thiam Suan, 51; Ketua Pengarah Biro Bantuan Guaman, Dr Hassan Abdul Rahman, 54, dan dua Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, Kamardin Hashim, 53, dan Yaacob Md Sam, 50.

Dalam ucapan tahniahnya, Zaki mengingatkan semua Pesuruhjaya Kehakiman baru itu supaya menguruskan mahkamah masing- masing pada tahap yang paling maksimum dan menjalankan tugas dengan bijak.

“Mereka juga perlu bersedia membuat pertimbangan menggunakan kaedah terbaik termasuk penyusunan kes mengikut kepentingan serta menggunakan masa paling optimum.

“Mereka tidak perlu membazir masa berhujah perkara tidak berkaitan, sebaliknya sentiasa ingat bahawa ramai masih menunggu untuk kes mereka dibicarakan,” katanya selepas upacara mengangkat sumpah yang turut disaksikan Hakim Besar Malaya, Datuk Ariffin Zakaria; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Beliau juga menasihati Pesuruhjaya Kehakiman baru itu agar bersikap jujur dan bijak menangani persekitaran serta berupaya mengelak pengaruh luar.

“Semua yang dilantik boleh meneruskan persahabatan dengan rakan, namun jika ada antara mereka bersikap tidak jujur dan ingin mengambil kesempatan atas jawatan yang dipegang, mereka perlulah berterus-terang,” katanya.

Dokumen ‘rahsia’ ada pada Anwar

1 Komen!!!
SHAH ALAM - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor mendedahkan enam kotak dokumen yang didakwa ada hubung kait dengan rasuah dan penyelewengan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu ada pada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ezam berkata, tidak timbul isu beliau perlu menyerahkan dokumen berkenaan kepada sesiapa, sebaliknya jika mereka (AMK Terengganu) mahukan dokumen itu, mereka hanya perlu bertanya kepada Anwar.

“Saya cabar Ketua AMK Terengganu (Fariz Musa) suruh Anwar dedahkan enam kotak dokumen yang disimpannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, AMK harus berani desak Anwar untuk dedahkan itu.

“Saya berani keluarkan dokumen OSA dan sanggup dipenjara kerananya, sebaliknya Anwar dan AMK tidak pernah keluarkan sebarang dokumen rasuah. Saya cabar Anwar jelaskan hal ini. Saya ingin jelaskan, Anwar tidak dedahkan dokumen berkenaan atas sebab politik. Rasuah tidak boleh dipolitikkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Fariz yang disiarkan Sinar Harian kelmarin bahawa AMK Terengganu mengalu-alukan kehadiran Ezam untuk berkempen bagi BN di pilihan raya kecil Kuala Terengganu dari 6 hingga 17 Januari ini seterusnya mendedahkan enam dokumen yang didakwa ada kandungan rasuah dan penyelewengan oleh beberapa pimpinan UMNO dan BN.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, beliau telah membuat kenyataan berhubung perkara itu kepada pihak polis pada tahun 1999 bahawa enam kotak dokumen berkenaan ada dalam simpanan Anwar yang disimpan di dalam dan luar negara.

Menurutnya, semua enam kotak dokumen penting itu tidak ada dalam simpanannya sebaliknya Anwar telah mengambilnya untuk tujuan tertentu.

“Kenapa saya (perlu dedahkan), mereka perlu tanya kepada Anwar kenapa dia tidak mendedahkan dokumen itu setelah bebas dari penjara?” katanya.

Dalam pada itu, Ezam yang kini berada di Jakarta berkata, beliau akan meluangkan masa sepenuhnya untuk membantu BN bagi pilihan raya kecil yang akan datang.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memenangkan calon BN yang sudah diumumkan baru-baru ini.

“Saya akan beri tumpuan mengenai penipuan Anwar berhubung 16 September yang ternyata gagal, mesej saya juga sama seperti kempen di Permatang Pauh iaitu Anwar pengkhianat bangsa,” katanya.

Ezam berkata, Anwar adalah pengkhianat bangsa Melayu dan berbohong kepada masyarakat Cina dan India semata-mata mahu merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri.

“Anwar menukar slogan Ketuanan Melayu kepada Ketuanan Rakyat semata-mata untuk menjadi PM,” katanya.

Pas dibidas kerana 'pilih bulu'

2 Komen!!!
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Pas bersifat 'pilih bulu' dalam membela nasib rakyat apabila menolak kehadiran ahli Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk menyerahkan memorandum supaya memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka semalam.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md. Harun berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Pas itu kerana pada masa sama parti itu menyokong pertubuhan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan demonstrasi.

''Pihak kami hadir untuk membela nasib penduduk Melayu dan Islam di kawasan Masjid Tanah yang mengalami masalah kesihatan serta pencemaran sungai akibat operasi ladang ternakan babi yang masih berleluasa.

''Pas sepatutnya lebih prihatin terhadap isu mengenai orang Melayu dan agama Islam seperti yang diuar-uarkan mereka sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, memorandum itu akan dihantar kepada semua pemimpin Melayu dan Islam dalam usaha memansuhkan ternakan babi di kawasan tersebut.

Semalam, majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, kecoh dengan kehadiran 500 penduduk Kampung Paya Mengkuang, Melaka bagi menyerahkan memorandum membantah penternakan babi di kampung mereka.

Kekecohan berlaku apabila Unit Amal Pas yang mengawal keselamatan tidak membenarkan penduduk memasuki perkarangan kompleks bagi menyerahkan memorandum itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hadir untuk memberi ceramah pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, pihaknya tidak berniat merosakkan majlis ceramah perdana anjuran Pas tersebut kerana sebelum ini telah memaklumkan hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum berkenaan.

"Kami terlebih dahulu telah menghantar notis

Selasa, Disember 30, 2008

Isu Pakatan Rakyat yang tidak relevan di Kuala Terengganu

3 Komen!!!

Parti pembangkang khususnya Pas tidak mempunyai isu untuk diketengahkan kepada rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, Pas juga tidak mungkin mampu meraih undi lebih besar apatah lagi mencatatkan kemenangan.

''Pengalaman masa lalu jelas membuktikan rakyat Kuala Terengganu tidak mudah termakan pujuk rayu Pas kerana ia biasanya hanya retorik politik,'' katanya.

Katanya, jentera perayu undi telah mula berjumpa dengan penyokong-penyokong BN di kawasan tersebut.

Berbeza dengan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, banyak isu menarik yang menyebelahi pembangkang, namun suasana Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu banyak isu kini tidak lagi yang relevan seperti:

1. Isu Hudud - Pas pun tidak laksanakan lagi
2. Isu kenaikan harga minyak dan harga barang - Harga minyak telah terun sebanyak 7 kali dan lebih banyak diturunkan dari janji pembangkang iaitu sebanyak RM0.93
3. Isu Pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat 16 September - pembohongan terbesar
Anwar Ibrahim terhadap Rakyat Malaysia khasnya kepada penyokong pembangkang
sendiri sebab itu Pakatan Rakyat (PR) dipanggil sebagai Penipu Rakyat (PR)
4. Isu Negara Islam - Pakatan Rakyat mahukan negara sekular.
5. Isu Attantuya - Mahkamah telah melepaskan Abd Razak Baginda dari tuduhan
bersubhat atas pembunuhan tersebut.
6. Isu Rasuah - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah diwujudkan dan peranannya lebih
besar dari ICAC Hong Kong dan terdapat pemimpin Pakatan Rakyat yang mengamalkan
rasuah termasuk rasuah seks.
7. Isu Kehakiman - Suruhanjaya Pelantikan Hakim telah ditubuhkan
8. Isu Pembelian helikopter, Kapal Selam dan kapal terbang yang disahkan oleh PAC
bahawa tiada unsur penyelewengan dalam pembelian aset tersebut.
9. Isu sumber wang kerajaan haram - Kerajaan Pakatan Rakyat pun mengambil Sumber
yang sama iaitu dari kilang arak dan sports toto.

Selain itu, terdapat trend sekarang iaitu PAS cuba menjarakkan diri dengan DAP bagi memastikan agenda Hududnya dapat dihidupkan lagi... khasnya sekarang Hudud umpama nyawa-nyawa Ikan di dalam Pakatan Rakyat' sebab itu semua kenyataan pemimpin PAS kini kononnya memperjuangkan Hudud sedangkan ketika bersama DAP dan kaum bukan Melayu bercakap sebaliknya.

Wan Ahmad Farid berkata, berdasarkan pertemuan dengan pengundi, beliau diterima sebagai calon BN walaupun ada spekulasi tidak baik sebelum ini. Menurut sumber, spekulasi ini timbul dari kalangan penyokong pembangkang yang cuba menjatuhkan imej beliau khasnya apabila BN mengumumkan calon lebih awal dan lebih awal calon juga 'masuk kawasan'.

Katanya, beliau juga telah berjumpa dengan semua ketua cawangan dan maklum balas yang diberikan amat positif terutama peringkat akar umbi.

Ahad, Disember 28, 2008

Selamat menyambut tahun 1430H dan 2009M

3 Komen!!!
Selamat menyambut tahun 1430H dan 2009M, semoga dengan menjelang tahun baru ini memberi semangat baru kepada semua umat Islam dalam meninggikan martabat dan syiar Islam di seluruh dunia.

Marilah kita berpegang kepada hadis Rasulullah SAW "hari ini mestilah lebih baik dari semalam" moga umat Islam sentiasa memperbaiki dan memajukan diri mereka.

Marilah bersama kita meningkatkan perpaduan dan persamaan antara bagi menambahkan lagi kekuatan Umat Islam sebagaimana firman Allah SWT "Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu bertentangan kerana kamu akan gagal, dan sia-sialah usaha kamu"

Isu MP Kapar, bukti masalah dalaman PKR

0 Komen!!!
Dec 28, 08 6:47pm
Para pemimpin Pakatan Rakyat - gabungan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP - dinasihatkan supaya berhenti menimbulkan perbezaan dan konflik antara mereka melalui media.

"Saya ingin menggesa dan merayu kepada pelbagai pihak dalam Pakatan supaya berhenti daripada membawa perbezaan dan konflik mereka melalui media terutama yang dikawal oleh BN (Barisan Nasional)," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.

"Ini termasuk bukan sahaja MB Selangor (Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Anggota Parlimen Kapar (S Manikavasagam) tetapi juga Speaker Selangor (wakil DAP Teng Chang Khim) dan Anggota Parlimen Klang (wakil DAP Charles Santiago)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, kata beliaiu, mereka hendaklah duduk bersama dan berbincang bagi menyelesaikan perbezaan dan konflik secara dalaman.

Menurutnya, terdapat banyak saluran dan prosedur untuk berbuat demikian.

Jumaat lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, beliau akan keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan Khalid dan cara Menteri Besar itu mentadbir negeri itu.

Khalid pula dilaporkan menjawab bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan jika beliau mahu berbuat demikian dan beliau tidak berminat untuk berjumpa Anggota Parlimen itu atau untuk memintanya menimbang semula keputusannya. Menteri besar Selangor itu bagaimanapun hari ini menafikan berkata demikian.

Bagaimanapun, Santiago dilaporkan bingung selepas Teng menuduhnya bahawa beliau telah dibeli oleh BN dan bersikap seperti seorang pembangkang.

Mengulas lanjut, Dr Syed Husin berkata, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berada di luar negara sehingga 6 Januari depan.

Ekoran itu, katanya, beliau akan mengadakan mesyuarat biro politik Rabu ini bagi membincangkan isu utama dan berkaitan dalam usaha "untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai".

Dr Syed Husin mendakwa, isu berhubung ancaman Anggota Parlimen Kapar untuk meninggalkan PKR telah didedahkan seara berlebihan oleh media yang dikawal oleh BN.

"Mereka telah memutarbelit kenyataan sesetengah pemimpin Pakatan (Rakyat) untuk menggambarkan
seolah-olah pakatan pembangkang dalm keadaan kucar kacir.

"Sebenarnya, niat mereka adalah untuk memesongkan perhatian orang ramai daripada beberapa krisis dalaman BN dan juga di antara parti komponen di dalam kerajaan sehingga kepada pilihan raya kecil Kuala Terengganu," katanya.

Penjelasan Khalid

Sementara itu, pejabat urusetia media Menteri Besar Selangor menafikan laporan akhbar the Star yang memetik Khalid sebagai berkata beliau tidak berminat untuk menemui Manikavasagam atau meminta beliau menimbangkan semula keputusannya untuk meninggal PKR.

Sebaliknya, dalam satu kenyataan hari ini, urusetia tersebut menegaskan bahawa dalam sidang akhbar tersebut, Khalid tidak pernah pada bila-bila masa pun membuat kenyataan seumpama itu.

"Apabila menteri besar ditanya sama ada beliau bersedia untuk menemui ahli Parlimen Kapar itu, beliau menjawab, sebagai seorang ahli parlimen, ia adalah lebih baik bagi ahli Parlimen itu menemui pemimpin parti," kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Khalid tidak pernah mengatakan bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan, seperti dalam laporan akhbar tersebut.

"Dalam sidang akhbar tersebut, menteri besar, apabila ditanya, telah menegaskan bahawa ahli Parlimen Kapar itu bebas untuk membuat keputusannya dan bahawa beliau cukup matang untuk membut keputusan yang baik selaku wakil rakyat kepada lebih 100,000 pengundi dalam kawasan pilihanrayanya dan (selaku) seorang ahli PKR.

"Menteri besar juga berulangkali menegaskan bahawa forum terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut adalah biro politik parti berkenaan (PKR)," tambahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya memandang berat tindakan memutarbelit fakta dan berharap akhbar berkenaan lebih bertanggungjawab dan tepat dalam laporannya mengenai kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat.

Sabtu, Disember 27, 2008

Pas: Laksana hudud bukan utama

11 Komen!!!
KOTA BHARU 26 Dis. - Dewan Ulama Pas menyifatkan pelaksanaan hudud dan qisas di negara ini bukan menjadi keutamaan parti tersebut sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud berkata, perkara utama yang harus ditekankan jika pakatan pembangkang memerintah ialah keamanan dan keadilan kepada rakyat di negara ini.

Beliau berkata, hudud dan qisas sukar untuk dilaksanakan secepat mungkin kerana masih ramai yang tidak memahami kebaikan hukum tersebut.

"Apa yang penting kita hendak mencari keamanan dan keadilan dahulu, selepas itu kita akan memberikan penerangan kepada semua pihak agar mereka dapat menerimanya. Ini hukum Allah bukan hukum yang direka oleh Pas.

"Pun begitu ia tidak lari daripada dasar perjuangan Pas sendiri. Apabila pakatan memerintah tidak jadi masalah untuk dilaksanakan cuma perlu sedikit masa saja lagi supaya semua dapat memahaminya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian parti itu dalam melaksanakan hudud dan qisas di negara jika pakatan pembangkang memerintah.

Sebelum ini, ketika Wacana Transformasi Politik Malaysia, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang dapat memerintah.

Bagaimanapun pendirian beliau mula goyah apabila mendapat tentangan daripada rakan pakatannya, DAP yang tidak dapat menerima pelaksanaan hukum tersebut.

Mohamed merupakan salah seorang daripada panel yang merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan sewaktu parti itu mengambil alih pemerintahan negeri ini pada tahun 1990.

Bekas Exco Kerajaan Pas Kelantan itu berkata, dasar parti itu tetap diperjuangkan cuma ia memerlukan masa untuk dilaksanakan sepenuhnya.

"Kita pernah memberikan penerangan kepada DAP berhubung isu ini, tetapi yang faham hanya mereka yang datang, yang tidak datang tetap tidak faham.

"Insya-Allah selepas ini Dewan Ulama akan mengadakan kempen besar-besaran untuk memberikan penerangan mengenai hudud dan ia tambah mudah sebab kita menguasai lima negeri," katanya.

Katanya, parti itu akan terus memberikan penerangan tentang kebaikan hukum hudud dan qisas sehingga semua pihak dapat menerimanya walaupun ia terpaksa mengambil sedikit masa.

"Kita akui memang hudud dan qisas tidak dapat dilaksanakan serta merta sekiranya dapat memerintah negara ini," katanya.

Jumaat, Disember 26, 2008

PAS dicabar menggubal Enekman Hudud dan Qisas di Negeri Pakatan Rakyat

8 Komen!!!
Akibat kegagalan PAS laksanakan Hudud, UMNO pula diberikan amaran oleh 'Budak PKR'... tidak ke bengong namanya tu..

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu tidak teragak-agak untuk mengadap dan menghantar memorandum kepada Duli Yang Mulia Sultan Terengganu, sekiranya Umno-Barisan Nasional tidak menghentikan permainan politik murahan berkaitan isu hukum Hudud dan Qisas

Namun apa yang mereka lupa ialah Enekman Hudud dan Qisas telah menjadi undang-undang yang diperkenan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin masih di kekalkan oleh kerajaan BN selepas menawan kembali Terengganu daripada PAS.

UMNO tidak mempertikaikan Hudud tetapi yang mempertikaikan Hudud ialah kawan-kawan PAS iaitu PKR dan DAP dan ini disebut oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tian Chua dan juga Krpal Singh...

Namun terdapat seorang lagi yang masih belum membuat kenyataan mengenai pendirian beliau ialah Anwar sekeluarga, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Kini pemimpin ini mendakwa akan 'jajah' Malaysia Timur iaitu sabah dan sarawak... dan kita hendak tahu apakah agenda Hudud ini akan dibawa oleh Anwar dan rakan mereka di Sabah dan Sarawak? Apa pulak pendirian PAS pula mengenai Hudud di sana?

Namun dalam keadaan sekarang ini dan PAS sudah pun terlanjur untuk melaksanakan Hudud jadi kita cabar PAS gubal Enekman Hudud dan Qisas di Negeri Pakatan Rakyat iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah?

Jangan pulak Hudud nanti hanya laksanakan di Negeri yang majoriti Melayu sahaja bukan di negeri majoriti bukan Melayu? Jadi macammana hendak perintah negara?

Rabu, Disember 24, 2008

Anwar nak Sekular ke? Hudud ke?

7 Komen!!!
PAS sudah , DAP pun sudah... macam mana pulak dengan Anwar?

Anwar nak Sekular ke? Hudud ke?

Sebagai ketua pembangkang apakah sebenarnya 'stand' Pakatan Rabun terhadap isu Hudud ini...

Rakyat semua hendak mengetahui 'stand' Pakatan Rabun terhadap isu Hudud ini.. mana yang betul dan mana yang tipu...

Jika Pakatan Rabun mengatakan sekular pilihan mereka... maka pelaksanaan Hukum Hudud adalah penipuan yang dirancang oleh PAS untuk mengelirukan pengundi...

Hakikatnya adalah pendirian PAS di dalam Pakatan Rakyat yang menentukan samada PAS tipu pengundi ataupun tidak?
Jika PAS kata mahukan Hudud sedangkan masih mendokong dan bersama Pakatan Rakyat... maka PAS adalah penipu... sebab apa yang dibawa oleh Pakatan Rakyat ialah Pakatan Sekular (PAS).. dan bukanlah Pakatan Islam (PIS)... ianya umpama utara dan selatan, timur dan barat iaitu arah yang bertentangan dan tidak mungkin akan bersama..

Pendirian PAS ini tiada kaitannya dengan UMNO... PAS yang menentukan masa depan Hudud di dalam Pakatan Rakyat sebab UMNO tiada hak untuk memaksa PAS untuk memilih jalan mana? oleh itu UMNO tidak wajar disalahkan...

Maka Hudud terletak ditangan PAS... Jika PAS masih bersama Pakatan Rakyat dan sanggup meninggalkan Hudud.. maka berkuburlah Hudud PAS.. apa yang tinggal hanyalah Negara kebajikan @ Negara Komunis...

Hakikat perbezaan antara PAS dan DAP ini sebenarnya memang wujud sejak azali lagi.... semua mengetahui.. namun kononnya masih hendak 'simpan' perbezaan ini.. persoalannya sampai bila... bila 'Sekular' dan 'bukan sekular' boleh bergabung?

Minyak dan air tidak mungkin bersatu... itulah hukum alam...

Nampaknya DAP pula sebagai abang Long sudah 'sound' awal-awal pendirian PAS?

Adakah PAS diberikan tunjuk sebab kerana kemukakan Hudud tanpa persetujuan Pakatan Rakyat?

Pressure on Anwar to clarify PR stand on hudud grows

0 Komen!!!
By Shannon Teoh
KUALA LUMPUR, Dec 24 — More voices have joined the roiling debate over hudud, with Wanita MCA adding to the number of those calling for Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to clarify Pakatan Rakyat’s (PR) stand on the matter.

Earlier today, DAP chairman Karpal Singh had also repeated his call for Anwar to “break his silence, as DAP has done so” with regards to the support for hudud by Pas, the third partner of the coalition.

Pas vice-president Datuk Husam Musa had said that the Islamist party has not forgotten its aim to implement hudud, which prescribes amputation, whipping and stoning for criminal offences, should it come into power.

When DAP criticised the statement, Pas spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat challenged DAP to make its case as to why hudud laws are not acceptable.

“Husam’s statement has resulted in anxiety among non-Muslims in the country. Pas firmly insisting on introducing hudud has ignored the fact that Malaysia is a multi-racial and multi-religious country and the spirit of Federal Constitution”, Wanita MCA chief Datin Paduka Chew Mei Fun said today.

Given that Karpal and DAP secretary-general Lim Guan Eng have already asked Anwar to clarify, Chew said that the de facto PKR leader must “respect the request of the two DAP leaders and respond to Husam's remark accordingly.”

“If Anwar decides to keep quiet, there are only two possibilities, one; Anwar agrees with the remark made by Husam to implement hudud or DAP has been marginalised in PR,” she said.

Karpal had this morning said that the backing of hudud was hurting Pas's credibility and it should be more careful about breaking ranks in the future.

He reminded reporters of the electoral alliance in 1999 where Pas had agreed not to include the formation of an Islamic state in the manifesto.

However, two days before the election, Pas announced it would establish an Islamic state if it took over the state government of Terengganu. Karpal insisted that this proclamation had cost many DAP leaders, including himself and Lim Kit Siang, to lose in the general elections.

With that in mind, he said that DAP had limited “political patience” but was satisfied for now that Husam has backtracked in stating that Pas must obtain a consensus from its PR partners.

“We will still campaign and give our full support to whichever candidate is selected for the Kuala Terengganu by-election,” he assured.

PAS gagal pertahan Hudud dalam Pakatan Rakyat

13 Komen!!!
Nampaknya media pembangkang dan lidah utama mereka Harakah Daily senyap dan berdiam diri sahaja mengenai hukum Hudud yang pernah satu ketika dulu pernah menjadi senjata mereka berdepan dengan UMNO...

Nampaknya kali ini senjata makan tuan....

Hudud yang dilaung-laungkan kini terbukti hanya penipuan semata-mata... Hudud tiba-tiba senyap dan berhenti diukir di Media PAS... ada ramai yang mempertahankan Husam dan ramai juga yang menghentam Husam

Semuanya gara-gara Husam yang terlepas cakap mengenai Hudud semasa program wacana Perdana.... walaupun ada yang berpendapat bahawa soalan tersebut dalah soalan bodoh oleh Khairy Jamaludin... nampaknya yang jawap juga bodoh iaitu saudara Husam...

Penyokong PAS tidak patut salahkan UMNO kerana yang menyanggah kenyataan Hudud PAS adalah DAP... bukannya UMNO... peliknya penyokong PAS tetap salahkan UMNO.... sedangkan DAP yang menentang Hudud PAS... jadi patut PAS kenalah hentam DAP balik yang menentang PAS... teringat ceramah Datuk Ismail Kamus dahulu "ini bukan adil, ni bangang namanya"..

DAP pula secara automatik nampaknya terus bangkit dan menentang hasrat PAS itu sama ada Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng sama sahaja anak-beranak ni... atas alasan Hudud tidak terdapat dalam manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang lalu..... Pakatan Rakyat mahukan negara sekular...

Tapi itulah.. nampaknya isu UMNO tolak hudud , UMNO tolak negara Islam, isu UMNO sekular kini tidak boleh diguna lagi...

Nampaknya Hudud PAS semakin kabur dan bakal berkubur... kerana bukan sahaja tidak dapat dilaksanakan bahkan hendak dimasukkan di dalam manifesto Pakatan Rakyat pun tidak boleh... Bukan kerana UMNO hendak 'kuburkan' Hudud PAS, tetapi PAS sendiri yang 'kuburkan Hudud.

Penyokong PAS tidak wajar menyalahkan UMNO kerana PAS gagal meletakkan Hudud dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Jadi apakah manifesto PAS di Kuala Terengganu ini... adakah Hudud termasuk dalam manifesto ataupun tidak.....

Karpal: Nik Aziz’s move an expediency

0 Komen!!!
PETALING JAYA: The threat by Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – that PAS would implement hudud laws – is nothing less than a political expediency without considering the political reality in the country, Karpal Singh said.

The DAP chairman said the PAS spiritual leader also did not take into account the reasons given by DAP for objecting to the implementation of the laws in a multi-racial and multi-lingual country like Malaysia.

“Nik Aziz has asked for reasons we are objecting to the move. To start off, the Federal Constitution does not provide for an Islamic state from which could follow introduction of Islamic criminal laws like hudud.

“Next, PAS cannot afford to ignore the five-man unanimous decision of the Supreme Court, the highest court in the land, in 1988 that the country was not an Islamic state, but a secular state,” he said in a statement yesterday.

He noted that it was Tun Salleh Abbas, who was at one time a PAS state exco member in Terengganu, who headed the five-man panel of the Supreme Court which made that judicial pronouncement.

“The Federal Constitution is a sacred document which must be accepted and respected by everyone, including PAS. PAS leaders, including Nik Aziz, should not defy and continuously be in contempt of it when insisting on the implementation of hudud laws in the country.

“It is wrong for PAS, for political expediency, to crave for what is clearly against the national interest,” he added.

Selasa, Disember 23, 2008

Mustafa Ali gagal penuhi standard Pakatan Rabun

1 Komen!!!
Laporan KLpos.com menyatakan nama Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu, Datuk Mustafa Ali dikatakan telah digugurkan dari senarai calon-calon yang bakal mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan.

Penulis politik dan blogger terkenal, Mohd Sayuti Omar melaporkan didalam blognya (msomelayu.blogspot.com), jawatankuasa Agong PAS yang bermesyuarat menentukan siapakah calon PAS yang akan diturunkan pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk berhadapan dengan Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah mengetepikan nama Mustafa dan sekaligus menyenarai pendekkan senarai calon PAS yang bakal diumumkan pada 1 Januari ini.

"Khabarnya nama Mustafa Ali gagal melepasi standard yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat. Kalau ini benar ini bermakna calon PAS kemungkinan besar Dr Khazani Abdullah", tambahnya lagi.

Kata Aspirasi - Persoalannya apakah sebenarnya standard pakatan Rakyat tersebut yang perlu diketahui oleh rakyat? Jika Mustafa Ali sebagai orang lama dan Pesuruhjaya PAS Terengganu juga gagal untuk menjadi calon Pakatan Rabun... jadi siapa yang lebih sesuai?... Adakah disebabkan Mustafa Ali yang dikatakan melawan Anwar Ibrahim gara-gara isu 16 September atau adakah disebabkan kaitan kumpulan Erdogan....

Sebagai orang lama yang dipinggirkan tentunya menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat dan ahli PAS... selain kelewatan PAS mengumumkan calon mereka?....

hmmmm... apa yang sebenarnya terjadi dalam PAS?

Hudud to widen Pas-DAP divide

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR, Dec 23 — Deputy Umno Youth chief Khairy Jamaluddin attempted today to drive a wedge between Pakatan Rakyat parties by criticising Pas vice-president Datuk Husam Musa’s apparent U-turn on hudud.

Raising the temperature on the hudud debate, he said Husam was bowing to the intimidation of the DAP when he admitted it would be difficult for Pas to implement strict Islamic law without the agreement of its partners in the PR alliance.

In a public debate last Saturday, Husam had said in response to a question from Khairy that Pas would implement hudud, the strict Islamic code which prescribes amputation, stoning and whipping as punishment for criminal offences, if the party won federal power.

Husam’s comments came under fire from Pas’s partners PKR and DAP. Lim Kit Siang, the veteran DAP leader, pointed out that hudud was not part of PR’s policy.

The barrage of criticisms from PKR and DAP caused Husam to apparently backtrack in saying the implementation of hudud would be postponed until all parties agreed to it.

Writing in his rembau.net blog today, Khairy said Husam, whom he described as “appearing to be brave and in high spirits” during the campaign, was now “listlessly bowing down to the intimidation of DAP”.

“It has not even been two days since Datuk Husam loudly guaranteed his supporters that hudud will be implemented if Pakatan Rakyat took federal power.

“And now he has surrendered.”

Husam’s comments appear to have given Barisan Nasional parties an opening to exploit just weeks before the crucial Kuala Terengganu by-election, which the ruling coalition hopes to win to hold off the tide and momentum of a resurgent opposition.

Speaking to The Malaysian Insider earlier, Khairy denied he had backed the implementation of hudud during his debate with Husam.

Khairy, who has in recent weeks been campaigning on a more inclusive agenda in the race for the top job in his party’s Youth wing, was quoted by The Star as saying he supported the implementation of hudud, in what would have certainly damaged his reputation among more moderate Muslims and non-Muslims.

The Star later retracted the report.

Wacana Perdana tidak capai objektif?

1 Komen!!!
Oleh annasru


Dalam sehari dua ini khalayak masih membicarakan tentang Husam dan Khairy dalam Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia. Sayangnya kelantan.tv tidak dapat menyiarkan lintas langsung forum bersejarah itu kerana masalah teknikal. Anak buah saya di Cairo telefon menyatakan kekecewaan tak dapat menyaksikan secara live wacana paling hangat bagi tahun 2008 ini.

Pastinya kalau ia dapat disaksikan secara langsung di webtv, perbincangan akan bertambah hangat. Nak harapkan hak siaran media eletronik arus perdana jangan diharaplah. Saya rasa sekiranya ada stesyen tv yang sudi menyiarkan rakaman Wacana Perdana malam tersebut, nescaya rating yang menontonnya tinggi.

Blog adalah antara medan alternative memberi pandangan, mencerakin dan menganalisis wacana tersebut. Saya hanya ingin mengulas 2 laman maya yang memberi ulasan wacana itu.

Tinta Merah walaupun kelihatan teruja dengan forum tersebut, baginya wacana transformasi itu tidak mencapai obejektif (matlamat yang mungkin beliau letak sendiri, bukan objektif penganjur).

Objektif kami adalah untuk mempertemukan dua jaguh politik tersebut dalam satu forum. Sebagaimana dalam posting saya terdahulu kita bukan ingin melihat siapa kalah siapa menang walau pun itu yang menjadi nawaitu penyokong kedua pihak bila menghadiri wacana itu. Walaupun objektif wacana lari sedikit menjadi debat hangat, kami tetap berpuas hati kerana berjaya membuka minda dan pemikiran kedua-dua penyokong dua individu itu.

Bagi Tinta Merah, bagaikan tidak ada satu pun hujah yang bernas, kukuh dan menarik dari pihak Dato’ Husam. Ibarat ibu tiri yang sentiasa mencari-cari kesalahan Si Bawang Merah!

Kelab Penyokong Muda Umno (kpmu.net) sewajarnya berterima kasih (walaupun kami tidak menagihnya) kerana WP telah memberi millage politik kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu yang akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu Mac depan. Sesungguhnya Wacana Perdana telah melonjak nama Khairi Jamaludin di persada politik Umno.

Dalam perbincangan mesra kami dengan bro Zuri dan bro Dek (pegawai Khairy), kami difahamkan saudara Khairy menggunakan peluang keemasan itu untuk turun ke Kelantan, berjumpa dengan pemuda Umno Kelantan. Sedang sebelum dari ini pencabarnya Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo telah mendahului turun melobi untuk jawatan nombor satu pemuda Umno Malaysia di Kelantan. Mereka yang datang sebagai penyokong Khairy pada malam itu adalah kalangan mereka yang layak memilih dalam perhimpunan agung mereka Mac depan.

Tegasnya kami memilih saudara Khairi atas sifatnya yang berani mencabar kedua pencabarnya untuk berdebat. Beliau juga dikategorikan sebagai pimpinan pemuda yang memperjuangkan reform dalam Umno dan lancar dalam berhujjah. Itu tidak kami nafikan. Sekali lagi, atas faktor itulah kami memilih beliau.

Belum pun kami mengingatkan moderator professor Agus agar mengawal suasana dan menghalang sekiranya ada soalan bersifat peribadi pada mana-mana panelis dia terlebih dahulu menyebut,

“ Saya tahulah bagaimana akan buat, bukan saya hendak memalukan dan menjatuhkan maruah sesiapa”

Bahkan selepas wacana berlangsung beliau menyebut kepada kami,
“ Kalaulah saya hendak memalu dan menekan Khairy, saya boleh meneruskan soalan apabila dia teragak-agak untuk menjawab komitmennya sebagai ketua pemuda terhadap hudud, seandainya terpilih sebagai ketua pergerakan tersebut”

Profesor Agus dan profesor Aziz Bari dimomok sebagai berlagak netural dan professor cari makan. Macam terbalik kot pulak!. Kami memilih Prof Agus atas kehebatannya mengendali rancangan talk show Hujah terbitan TV9. Tak kan TV9 akan terus membenarkan beliau bersama rancangan tersebut sekiranya dia penyokong tegar parti pembangkang

“Saya ada pilihan parti mana dalam hati saya, tetapi itu menjadi rahsia saya”
Itu baru politik demokrasi. Kecenderungan politik tidak boleh dipaksa-paksa sebagaimana kakitangan kerajaan dipaksa menyokong parti pemerintah.

Kami mengatur majlis makan malam sejam sebelum berlangsungya Wacana Perdana di hotel tempat penginapan moderator dan panelis. Prof Agus tidak hadir dan apabila ditanya,

“Saya tidak mahu berjumpa dengan mereka sebelum program kerana bimbang akan ada bias pada mana-mana pihak”

Bukankah malam itu Dato’ Husam juga terkena soalan maut moderator?

Profesor Aziz Bari adalah pakar undang-undang dan perlembagaan. Sememangnya dia bercakap dan memberi pandangan atas dasar itu. Kebetulan Umno dan Barisan Nasional dilihat sebagai pengubal undang-undang yang melanggar undang-undang.

“Saya ahli akademik dan saya tiada roh ahli politik,” akuinya.
“ Kerana itu saya tidak pandai menghentam ahli politik, saya bercakap atas asas undang-undang dan perlembagaan.”

Saya menjangkakan selepas ini akan ada lagi kalangan Umno yang berani menerima undangan daripada PAS sebagaimana beraninya Khairi Jamaludin. Tak tahulah kalau hanya Khairy saja yang punya semangat begitu.

Sebaliknya kita mengharapkan Umno boleh lebih terbuka dengan menjemput PAS dalam forum mereka. Kerahlah seramai mana penyokong anda, tetapi keselamatan mesti menjadi prioriti kerana itu antara keutamaan kami ketika menganjurkan wacana yang lalu.

Husam longlai digertak DAP isu hudud

0 Komen!!!
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berdolak-dalik untuk melaksanakan undang-undang hudud apabila ditekan DAP walaupun beriya-iya berbuat demikian, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Dicabar ke kanan, digertak ke kiri. Inilah yang saya lihat tentang YB Datuk Husam.

"... belum pun sempat hilang panasnya bara ketetapan dan jawapan beliau untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia, (beliau) terus tersungkur dan menyerah kalah pada gesaan DAP," kata naib ketua Pemuda Umno.

"Akibat pukulan dan desakan DAP ini, Datuk Husam yang tampak berani dan bersemangat tinggi semasa majlis wacana di Balai Islam tiba-tiba pula menjadi ikon transformasi politik layu, dengan longlai dan lesunya tunduk kepada gertakan DAP."

Beliau mengulas pendirian terbaru ahli politik Kelantan itu selepas bertegas untuk melaksanakan hudud sewaktu berdebat dengannya dengan judul 'Wacana Transformasi Politik Malaysia' di Kota Bharu, Sabtu lepas.

Menulis dengan nada sinis dalam coretan 'Transformasi Politik Husam' di blognya hari ini, Khairy berkata pemimpin PAS itu beberapa kali menegaskan kesediaan parti itu untuk melaksanakan perundangan Islam jika berjaya menguasai Malaysia.

"Beliau menjawab dengan jelas 'kita akan buat.'

"Saya selanjutnya meminta beliau jelaskan sekali lagi jawapannya dan beliau menegaskan sekali lagi bahawa 'kita akan buat' sambil mengangkat jari dan tangan menandakan kesungguhan jawapan beliau," coretnya lagi.

Semalam, Husam mengakui pelaksanaan hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan PAS selama ini terpaksa ditangguhkan kerana ia memerlukan persetujuan rasmi dua rakan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

Beliau dilaporkan berkata tiga parti itu telah menandatangani perjanjian Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya seperti dilaporkan.

Terdahulu semalam, DAP membantah hasrat Husam.

"Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia."

DAP, tambah Lim, kekal dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.

Khairy, calon ketua Pemuda Umno, juga dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan hudud dalam perdebatan tersebut tetapi cepat-cepat menafikan pernah berkata demikian semalam.

"Kenyataan 'U-turn' Datuk Husam dalam tempoh yang amat pendek sekali memberikan kita satu lagi contoh di mana PAS terpaksa tunduk kepada desakan parti DAP," kata menantu perdana menteri itu.

"Di manakah prinsip PAS yang dikatakan oleh Datuk Husam semasa beliau bentangkan mukadimahnya di wacana tersebut yang mana antara 'P' penting yang disebut adalah prinsip?

"Takkan prinsip boleh dibuang begitu mudah sahaja?"

Hudud: Husam sudah 'corner baring'

0 Komen!!!
Oleh Mohd Sayuti Omar

BELUM sampai 36 jam atau kalau tanam kacang belum sempat kulit arinya pecah, Naib Presiden Pas, Husam Musa telah memperbaiki kenyataannya berhubung perlaksanaan hukum hudud yang dibuat ketika berwacana bersama Khairy Jamaluddin dan Abdul Aziz Bari di Balai Islam malam Sabtu lalu.

Semasa respon kepada provokasi Khairy Jamaluddin yang ingin tahu apakah Pas akan laksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat menang, Husam menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

"Iya kita akan laksanakan," begitulah jaminan Husam apabila diasak lebih dua kali oleh Khairy. Kurang diketahui pula MB Kelantan dalam penantian itu sedar atau tidak ketika beliau mengeluarkan kata-kata itu.

Tetapi hari ini Husam telah membuat pembetulan ke atas persetujuannya semalam. Katanya perlaksanaan itu akan ditangguhkan dan ia akan dimaklumkan kepada DAP dan Keadilan terlebih dulu.

Kononnya pemberitahuan itu kerana Pakatan Rakyat telah menandatangani dasar Pakatan itu Ogos lalu? Kata Husam pihaknya tidak akan membuat keputusan secara uniteral sebalik akan membuat secara multiultra.

Barang kali baik juga kalau isi kandungan perjanjian itu didedahkan kepada umum untuk ketahui apakah semangat dan roh perjanjian itu.

Kenapa Husam nampak gelabah dengan jaminannya malam kelmarin itu? Mungkin dia tahu ia bakal menjadi isu dan polimek dalam Pakatan Rakyat seperti mana yang saya jangkakan sebelum ini. Dugaan ini ternyata benar apabila DAP sudah kelam kabut dengan kenyataan itu sehingga mahu rujuk kepada Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Media kroni pula sudah tentu sedang menyusun untuk mengeksploitasikan isu itu di Kuala Terengganu nanti. Justeru pada saya penegasan Husam malam itu kurang berhemah dan memakan diri!

Sebenarnya Husam tidak payah membuat pembetulan atas kenyataan itu. Kenyataan beliau malam tadi mendapat sambutan hangat dan itulah yang diharapkan. Langkah beliau membetulkan kenyataan itu menyebabkan ia akan mengelirukan penyokong Pas dan orang Islam sendiri serta mereka yang rindukan hudud.

Pembetulan itu juga menjadikan orang akan pertikaikan pengakuan Husam itu sebagai bersifat politik semata-mata. Dengan kenyataan pembaikian itu Husam melakukan dua kali kesilapan dalam satu masa.

Apa yang beliau tegaskan kelmarin (ketika menegasnya siap dengan mengangkat telunjuk ke langit), sudah tepat dan satu kebenaran yang dibanggakan. Sebagai orang Islam, pemimpin parti Islam sewajarnya agenda melaksanakan hudud itu diletakkan di atas.

Segala unsur dan usaha mengenepinya perlu ditentang habis-habisan. Hukum hudud tidak boleh dikorbankan atas maslahat politik atau ia ditangguhkan atas dasar menghromati orang lain.

Saya rasa orang Pas lain juga cukup senang dengan jaminan Husam itu. Golongan ulama yang selama ini berjuang bermati-matian untuk melaksanakan hudud merasakan mereka mendapat semangat baru apabila ia disanggupi sendiri oleh seorang pemimpin bertaraf Naib Presiden yang profesionalis dan dianggap bijak.

Ketika dipersoalkan oleh Khairy, Husam ada menjelaskan Kelantan merayakan hari memperingati hudud setiap tahun.

Dengan penuh bangga beliau memaklumkan itu kepada audience. Tetapi sesudah sehari penegasan itu menerawang masuk ke rongga kepala rakan bukan Islam Husam semacam gelabah pula. Kenapa?

Sebagai pemimpin yang meletakkan taqwa sebagai syarat orang untuk menjadi Perdana Menteri, Husam tidak perlu takut sebenarnya.

Beliau juga tidak perlu merasa malu dan gerun kalau tidak popular dari kalangan bukan Islam kerana menjadi juara hudud. Bila beliau mengubah dan meralatkan kenyataannya ini menyebabkan orang boleh mengatakan Husam tidak istiqamah dalam iltizamnya.

Sepatutnya ia tidak perlu dibimbangkan Husam, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah membela Husam mengenai kenyataannya tentang hudud itu. Kata Nik Aziz hudud bukan hak Pas tetapi hak Islam.

Katanya fungsi atau martabat hudud sama dengan sembahyang, kalau sembahyang wajib boleh buat kenapa hudud yang juga wajib tidak boleh dibuat? Jadi apabila tuan guru sudah memberi isyarat dan beranalogi begitu nah, teruskan saja.

Tidak patut dan wajar kalau Husam bermain sorong tarik dengan hukum hudud dan qisas ataupun aspirasi Islam lainnya. Beliau juga sesungguhnya tidak perlu bimbang dengan penerimaan bukan Islam mengenai penegasannya itu.

Bukankah beliau sendiri mengatakan bahawa kefahaman Islam dari kalangan bukan Islam termasuk DAP dan orang seperti Pengerusi Kelab Penyokong Pas dari kalangan orang Cina itu lebih baik berbanding dengan Umno atau Khairy Jamaluddin.

Jadi apa yang nak dibimbangkan lagi laksanakan Islam yang menjadi cita-cita dan matlamat perjuangan Pas itu? / msomelayu.blogspot.com

PAS candidate: Mat Sabu out

2 Komen!!!
Party vice-president and firebrand Mohamad Sabu is out of the running in the race for the PAS candidate in the Kuala Terengganu by-election.

Although endorsed by PAS spiritual leader and Kelantan Menteri Besar, Nik Abdul Nik Mat, it appears party vice-president Mohamad Sabu had been ruled out as candidate to contest in the Kuala Terengganu by-election.

Pas yet to finalise its KT candidate

0 Komen!!!
KUALA TERENGGANU, Dec 22 - Pas has yet to finalise its candidate for the Kuala Terengganu parliamentary by-election although its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang claims the name is "in my pocket" party sources said today.

"They have narrowed down the names but the president has yet to decide," a source told The Malaysian Insider here.

Hadi had said the candidate, whom he said is a professional and people-oriented, was more than qualified to face Barisan Nasional's Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, who is also deputy home minister. Wan Ahmad Farid said he will quit both appointments a day before nomination day on Jan 6.

Polling day is January 17 for the parliamentary constituency which has 80,229 voters. BN's Datuk Razali Ismail narrowly won the seat with a 628 vote majority in the March 8 elections, beating PAS' Mohamed Sabu and grandmonther Maimum Yusof. Razali, who was deputy education minister, died late last month.

Speculation is rife that PAS will name Batu Buruk assemblyman Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi as its candidate as he was the Kuala Terengganu MP between 1999 and 2004.

Hadi, who had said he will make the announcement on Jan 1, is confident the party candidate will triumph on polling day.

The by-election is crucial to both Barisan Nasional and PAS with the ruling coalition out to prove it has regained support and strength after the dismal outing in the general elections where it lost its traditional two-thirds parliamentary majority and four more states to the opposition which has formed the Pakatan Rakyat electoral pact.

Barisan Nasional also lost the Permatang Pauh parliamentary by-election to Datuk Seri Anwar Ibrahim, who took back his political stronghold from his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, the president of Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Pas has to prove to PKR that it is more than a junior member in the three-party electoral pact. The other party in the pact is the Democratic Action Party (DAP).

The DAP has now asked Pas to clarify its vice-president Datuk Husam Musa's declaration that it will implement the Islamic criminal laws known as hudud when the pact captures Putrajaya.

Both parties fell out over the same issue after the 1999 general elections where the opposition gained more seats due to Anwar's sacking as deputy prime minister and finance minister by then prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

After Husam’s hudud remarks, a small opening for BN in KT vote

0 Komen!!!
By Debra Chong
KUALA LUMPUR, Dec 22 — By declaring that his party would introduce the hudud if it wins federal power, Pas vice president Datuk Husam Musa may have unwittingly placed the Islamic state issue on the Kuala Terengganu by-election agenda.

Today, the DAP, the Chinese-dominated secular partner of Pas in the Pakatan Rakyat alliance, quickly disassociated itself from the remarks, which will certainly cause concern among many non-Muslims because such strict Islamic law would introduce whipping, stoning and amputation as punishment for criminal offences.

"Hukum hudud is not Pakatan Rakyat policy and it is for Husam to clarify what he actually said," veteran DAP leader Lim Kit Siang wrote in his blog today.

"DAP's stand on the secular character of Malaysian nation and state as agreed in the social contract by our forefathers when Merdeka was achieved 51 years ago remains consistent and unchanged," he added.

Husam's hudud remark will give the MCA, a party which had been abandoned by Chinese voters in the March elections, an opening to regain some support from the opposition and possibly win over the small but significant number of Chinese voters in the crucial Kuala Terengganu vote.

MCA Wanita chief Datin Paduka Chew Mei Fun told The Malaysian Insider that her party was against hudud, saying that the entire non-Muslim community would "definitely go against it".

She noted that Husam had effectively shot PR's chances in the by-election with his statement and that nothing the DAP said now could lessen the damage.

"The most important thing is what exactly is the policy when they run the government," Chew said, drawing attention to Pas's act in passing hudud law in Terengganu when it ruled the east coast state previously.

"I think people will look for that," she said.

Husam was challenged by Umno Youth chief hopeful Khairy Jamaluddin to disclose Pas's stand in a public debate on "Malaysian Political Reformation" in Kota Baru last Saturday.

The other Umno Youth chief hopeful, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, was equally dismissive of Husam.

"That is only political rhetoric, trying to be a champion for the Malays without thinking of the nation's multiracial structure," the former Selangor Menteri Besar told The Malaysian Insider.

"Hudud is only a small claim in Islam. Not implementing hudud does not mean we fail to become good Muslims," said Khir.

"For me, it is more important that the effort to become a good Muslim should be done by Umno Youth, by having youths who are responsible, ready to face challenges, willing to uphold justice and who are free from all the bad points of life," he added.

Hudud NOT in Pakatan policy, Lim tells Husam

0 Komen!!!
The DAP veteran wants the PAS vice-president Husam Musa to clarify his statement that the Islamic party would pursue its agenda on hudud.

DAP supremo Lim Kit Siang today took to task PAS vice-president Husam Musa for reiterating PAS' plan to implement Islamic hudud laws if the party succeeded in taking over the federal government following a general election.

Pas says difficult to get consensus on hudud from political partners

0 Komen!!!
Pas has admitted that the implementation of hudud and Qisas laws would have to be postponed even if Pakatan Rakyat is able to take over the government in future.

This is because it will require the agreement of its two other Pakatan Rakyat partners, Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP, which has already objected to the plan.

The admission was made by Pas vice-president Datuk Husam Musa at a press conference, here, today as the three opposition components had signed an agreement in August, stating that any policy change should have a multilateral agreement among them.

Husam said Pas would not act unilaterally in coming up with the Hudud law if the party ruled the country but would instead work together with DAP and PKR on the matter.

"However, Pas will continue with its struggle to implement hudud law, which is God's law, by explaining to all quarters, including the Pakatan Rakyat component parties, until they are ready to accept the law.

"We will discuss the hudud law and if they cannot accept its implementation when the time comes, we will postpone it," he said.

In Islamic law, hudud usually refers to the punishments that are fixed for certain offences including theft, robbery, illicit sex, alcohol consumption and apostasy. Punishment for these offences are corporal in nature, involving whipping, stoning to death and amputation of limbs.

Qisas (law of retaliation) refers to offences that involve bodily injury or loss of life. The punishment is death or imprisonment, but compensation in the form of money or property is accepted if the victim's guardian forgives the offender.

Husam said many things had be done before the Hudud and Qisas laws could be brought to Parliament, including holding a referendum or discussions with the legal bodies.

He said at the same time, several national issues such as racial unity, the New Economic Policy (NEP), corruption and the economy, would also have to be addressed fast.

"The hudud law is still hypothetical. There are other issues that have to take precedence," he said.

He cited the NEP which focused on the advancement of the Malays in the field without taking into consideration the poor among the Indians and Chinese who also needed assistance, hence Pas regarded the NEP as unIslamic.

He said PAS would continue to explain to the people Hudud and Qisas laws to discourage them from committing crime.

Asked how long would the people have to wait for the implementation of the laws, Husam said: "What's wrong with waiting longer? Umno has not done it after more than 50 years in power." - Bernama

PAS challenges DAP to give its reasons

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR: PAS, in its push to have hudud laws introduced if the opposition coalition takes power, has upped the ante on its partners by challenging the DAP to give its reasons for its objections.

The call for DAP to explain why it objected to hudud laws was made by its spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“If they (DAP) refuse to accept the laws, they must state their reasons why they cannot accept it.

“This message is for all coalition members to state strong arguments why they cannot accept hudud laws,” Nik Aziz told reporters at his office here yesterday.

Nik Aziz, who is also Kelantan Mentri Besar, was asked to comment on the recent statement by party vice-president Datuk Husam Musa during a debate with deputy Umno Youth chief Khairy Jamaluddin recently.

Husam said that Pakatan Rakyat would have implemented hudud laws had they been successful in taking over the Federal Govern- ment on Sept 16.

However, Khairy disagreed with the hudud implementation suggestion and said that the present status quo should stay.

Nik Aziz said there would not be any problem for PAS to implement hudud laws if Pakatan became the Government because the only obstacle was the lack of understanding of the laws by those within the coalition.

He said he could not see why people were reluctant to accept the punishment of 100 lashings for illicit sex, amputation of limbs for theft or death for murder when the current punishment for murder and drug trafficking was also death by hanging.

“I cannot see why they cannot accept hudud laws which are no different from the colonial laws of the West,” he said.

In a separate press conference, Husam said non-Muslim voters in Kuala Terengganu should not be unduly worried over his statements on hudud laws.

Speaking to reporters at the PAS headquarters here yesterday, Husam said the Barisan Nasional was using scare tactics to frighten voters.

DAP denounces statement

0 Komen!!!
GEORGE TOWN: DAP leaders have reacted strongly against PAS vice-president Datuk Husam Musa’s statement that Pakatan Rakyat would have introduced hudud laws if they had formed the Government on Sept 16.

DAP secretary-general Lim Guan Eng said he was surprised by Husam’s statement as hudud laws had never been part of the Pakatan manifesto.

“I am also unsure if the news report is correct. If it is true, then I will contact (Opposition Leader) Datuk Seri Anwar Ibrahim for clarification,” he told newsmen here yesterday.

Lim, who is Penang Chief Minister, said

the DAP had never agreed to the implementation of hudud laws or the forming of an Islamic state.

DAP chairman Karpal Singh said: “The statement cannot and will not get any support from the DAP.” Karpal said PAS should not sacrifice the unity of Pakatan on the altar of political expediency.

“The time has come for PAS to discard myopic political considerations and try to appreciate the larger political landscape which is a necessity for the continued existence of Pakatan,” he said.

In Petaling Jaya, DAP adviser Lim Kit Siang said Husam must clarify his statement otherwise it would create unease, anxiety and opposition among Chinese voters in the Kuala Terengganu by-election, as well as Malays and other non-Malays.

PAS only brings up hudud laws issue during polls, says DPM

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR: PAS is seen to be intentionally raising outdated issues when it brought up the question of implementation of hudud laws with the coming Kuala Terengganu by-election on Jan 17, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said yesterday.

He said the implementation of hudud laws was often brought up during elections but so far nothing has been done by PAS to fulfil its political slogan.

“This is an old story, it is nothing new. They had not implemented the hudud laws in Kelantan and Terengganu but at every election they raise it as an issue,” he said of the statement by PAS vice-president Datuk Husam Musa that PAS would implement hudud laws if Pakatan Rakyat came to power at the federal level.

Najib asked why the hudud issue was not included in the party’s manifesto for the 12th general election last March when the party championed a welfare state in- stead.

Najib also proposed that Islamic institutions in the country study how Prophet Muhammad practised the ‘zimmi’ (free non-Muslims living under Muslim rule) concept in managing racial conflicts and ensuring religious tolerance during his time.

“Let us together think of ways and take action to rebuild harmony in the country through wisdom by applying the formula that had been practised by the Prophet.

“At the same time, the Prophet was also firm with elements that tried to disturb the prevailing peace and harmony. The Prophet’s attitude towards the ‘harbi’ group or aggressors and hypocrites had been firm and clear,” he said.

Under the ‘zimmi’ concept, Mus- lims are required to protect the weak, including from among the non-Muslims, as long as they are not against Islam, while the “harbi” group refers to those who are blatantly against Islam.

PAS stands firm over Islamic criminal laws

0 Komen!!!
KOTA BARU: PAS has stood firm that hudud and qisas laws will be implemented should Pakatan Rakyat take over the government.

The latest call for the implementation of Islamic criminal laws came from its spiritual leader, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

The push has not only resulted in criticism from Barisan Nasional parties, which say that it is a PAS tactic for the Kuala Terengganu by-election, but also from its Pakatan Rakyat partner DAP.

The DAP has come out strongly against PAS’ statement and pointed out that it was never part of the Pakatan Rakyat manifesto. It has called on PAS to explain.

DAP bantah hasrat PAS laksana hudud

0 Komen!!!
DAP membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan seperti ditegaskan naib presidennya Datuk Husam Musa.

"Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

Beliau mengulas kenyataan ahli politik Kelantan itu sewaktu berdebat dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti dilaporkan semalam.

"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia," kata Lim lagi.

DAP, tambahnya dalam satu kenyataan, terus dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.

"DAP tidak bersetuju an membantah cadangan itu," katanya hari ini, lapor Bernama.

Ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau akan menghubungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Husam dilaporkan berkata PAS tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim pula berkata jika PAS ingin melaksanakan hudud, ia perlu merujuk pandangan Pakatan Rakyat.

"PAS perlu merujuk kepada semua parti komponen yang berada di bawah Pakatan Rakyat.

"Tak eloklah sekiranya mereka membuat keputusan sendiri," beliau dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, kenyataan Husam itu berkemungkinan hanya pendapat peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS.

Tetap tidak setuju hudud, qisas

KUALA LUMPUR: DAP tetap dengan pendirian dulu bahawa parti itu tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas di negara ini.

Pengerusinya, Karpal Singh, berkata DAP akan terus berpegang dengan pendirian itu dan akan membantah usaha melaksanakan undang-undang berkenaan di negara ini.

“Sukar untuk DAP bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang ini. Pendirian kita, ia tidak harus dilaksanakan... ini pendirian dari dulu dan kita akan berpegang kepadanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata Pas akan tetap melaksanakan undang-undang hudud dan qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum.

Beliau mengulangi janji parti itu selepas dicabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan pemimpin PAS selepas pilihan raya umum Mac lalu.

“Kita akan buat,” kata Husam pada wacana perdana bertajuk “Transformasi Politik Malaysia” di Balai Islam di Kota Bharu, Kelantan.

Karpal berkata, DAP akan berbincang dengan Pas dan akan bertemu dengan Husam untuk mendapatkan penjelasan dan apa sebenarnya yang diperkatakan Naib Presiden Pas itu.

“Kita pun tak pasti apa sebenarnya yang dia cakap,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, berkata PKR tidak mahu memberi reaksi terlalu awal mengenai apa yang dikatakan Husam itu sebelum mendapat penjelasan daripadanya.


DAP Bantah Rancangan Pas Laksana Hudud

PULAU PINANG, 22 Dis (Bernama) -- DAP hari ini menyatakan pendiriannya membantah cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

"DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau akan menghubungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Akhbar hari ini melaporkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.

Katanya kerajaan PAS Kelantan terus mengadakan perayaan Hari Hudud setiap tahun kerana tidak berupaya melaksanakan undang-undang Islam itu disebabkan kuasa mutlak berada pada Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata sekiranya PAS ingin melaksanakan cadangannya itu, parti itu perlu merujuk pandangan daripada rakan sekutunya sebelum membuat keputusan.

"PAS perlu merujuk kepada semua parti komponen yang berada di bawah Pakatan Rakyat. Tak eloklah sekiranya mereka membuat keputusan sendiri," katanya dan menurutnya kenyataan Husam itu berkemungkinan hanya pendapat peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS.

Pesuruhjaya PAS negeri Salleh Man berkata PAS Pulau Pinang akan akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan parti.

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tiada masalah untuk PAS melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas kerana halangannya hanya terletak pada pemikiran mereka yang kurang memahami undang-undang itu.

Jika hukuman gantung boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah maka tidak jadi masalah untuk rakyat menerima hudud yang antara lain menguatkuasakan hukuman bunuh kepada pembunuh dan hukuman potong tangan kepada pencuri, katanya.

"Hudud ini bukan dibawa PAS tetapi dibawa oleh Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi, jadi bagi orang Islam yang mentadbir negara adalah wajib bagi mereka melaksanakan hudud," katanya kepada pemberita.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemimpin PAS seperti beliau hanya mampu menggubal undang-undang Hudud dan Qisas itu tetapi pelaksanaannya akan diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan bukti dan fakta.

"Jika tidak cukup bukti, hakim tidak akan jatuhkan hukum hudud ke atas pesalah itu. Sama seperti undang-undang yang ada sekarang," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan parti komponen Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR, Nik Abdul Aziz berkata PAS sedia berbincang dengan mereka mengenai hukum hudud.

"Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya...Islam memberikan peluang kepada semua untuk berbincang," katanya.

-- BERNAMA

Pas tetap laksana hudud, qisas: Husam

0 Komen!!!
KOTA BHARU: Pas akan tetap melaksanakan undang-undang hudud dan qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk kepemimpinan negara melalui pilihan raya umum.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengulangi janji parti itu selepas dicabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan oleh pemimpin Pas selepas pilihan raya umum Mac lalu.

“Kita akan buat,” katanya pada Wacana Perdana bertajuk “Transformasi Politik Malaysia” di Balai Islam di sini, malam kelmarin.



Selain Husam dan Khairy, anggota panel wacana itu termasuk Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari dan dipengerusikan pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.

Husam menegaskan tugas untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak seharusnya dipikul Pas kerana tanggungjawab itu harus dipikul semua orang Islam, terutama pemimpin.

Husam mendakwa dasar Pas kini semakin diterima semua pihak, termasuk bukan Islam menerusi penubuhan kelab penyokong dan Pas turut mendapat sokongan rakan dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP.

Mengulas bidasan Khairy mengenai pendirian Pas terhadap beberapa keputusan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti pengharaman jualan arak di Selangor dan pertandingan tarian jalanan di Pulau Pinang, Husam berkata, Pas ketika ini hanya mampu menyuarakan bantahan.

"Kita membantah (apabila dasar itu diteruskan) tetapi tidaklah sampai mengambil tindakan keluar parti kerana ada pertimbangan lain yang diambil kira," katanya.

Lebih 3,000 penonton yang sebahagian besarnya terdiri penyokong Pas memenuhi ruang dalam dan luar dewan Kompleks Balai Islam itu.

Khairy hadir pada majlis itu sambil ditemani kira-kira 50 ahli Pergerakan Pemuda Umno Kelantan.

Pas Akan Tetap Laksana Hudud Jika Memerintah Negara - Husam

0 Komen!!!
KOTA BAHARU, 21 Dis (Bernama) -- PAS akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengulangi janji parti itu setelah dicabar oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan oleh pemimpin PAS selepas pilihan raya umum Mac lalu.

"Kita akan buat," katanya pada wacana perdana bertajuk "Transformasi Politik Malaysia" di Balai Islam di sini, Sabtu malam.

Selain Husam dan Khairy, anggota panel wacana itu termasuk Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari dan dipengerusikan pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff .

Husam bagaimanapun menegaskan tugas untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak seharusnya dipikul oleh parti PAS sahaja kerana tanggungjawab itu harus dipikul oleh semua orang Islam terutamanya pemimpin.

Dr Abdul Aziz pula berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika kerajaan negeri tidak mampu melaksanakannya.

"Kerana undang-undang jenayah itu terletak di dalam bidang kuasa kerajaan pusat dan bukan di dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

"Jika kerajaan negeri Kelantan tidak mampu melaksanakan hudud maka kerajaan pusat harus melaksanakannya," katanya.

-- BERNAMA

UMNO SERIUS TANGANI RASUAH - LEMBAGA DISPLIN UMNO

0 Komen!!!
Bekas ketua bahagian Datuk Ahmad Kuris Mohd Nor diberikan amaran oleh lembaga disiplin Umno kerana berkempen menggunakan blog bagi mengekalkan jawatan tersebut.

Selain pemimpin bahagian Hulu Langat itu, Abdul Kadir Abdul Karim dan Remlah Abd Rahman, kedua-duanya dari Batu, turut diberi amaran.

"Ahmad Kuris didapati bersalah kerana membina blog untuk berkempen bagi pemilihan parti," kata pengerusi lembaga disiplin parti Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Ahmad Kuris, juga bekas wakil rakyat Semenyih, berblog di 'Salam Perjuangan' (dkuris.blogspot.com) yang dibangunkan sejak April lalu.

Tengku Ahmad Rithauddeen menambah, Abdul Kadir dan Remlah kerana mengadakan majlis jamuan makan semasa kempen mesyuarat bahagian.

Ketua bahagian Umno Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin digantung keahlian selama dua tahun kerana bersalah mensabotaj dalam pilihanraya umum lalu.

Ahmad menang tanpa bertanding jawatan ketua Umno bahagian dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Ahli Umno cawangan dalam bahagian berkenaan Halimah Hanafi digantung selama tiga tahun kerana membuat aduan palsu kepada lembaga tersebut.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, penggantungan keahlian Ahmad dan Halimah berkuatkuasa mulai 17 Disember lalu.

Menurutnya, lembaga disiplin Umno menerima 865 aduan. Daripada jumlah itu, 224 aduan telah disiasat.

Sementara itu, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, ahli jawatankuasa bahagian Tanah Merah, Abdul Rahman Ibrahim dipecat kerana membawa isu dalaman parti ke mahkamah.

"Dua lagi ahli dari Kota Tinggi dan dan Ledang yang membawa parti ke mahkamah akan digantung setelah proses siasatan selesai," katanya.

Beliau berkata, lembaga disiplin telah melantik 11 orang ahli baru menjadikan semua 26 orang untuk membantu mempercepatkan proses siasatan dan pendengaran aduan ahli-ahli parti.

Katanya, 11 yang dilantik itu termasuk bekas hakim, bekas polis dan bekas tentera.

Abim: Batalkan penswastaan IJN

0 Komen!!!
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan membatalkan sahaja penswastaan Institut Jantung Negara (IJN), bukan ditangguhkan oleh kabinet, Jumaat lepas.

"Penswastaan IJN yang bermotifkan keuntungan komersil dikhuatiri akan meningkatkan kos rawatan yang seterusnya membebankan pesakit," kata presidennya Yusri Mohamad.

"Abim menegaskan bahawa perkhidmatan kesihatan adalah berteraskan keperluan umum atau public need yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan secara percuma atau pada kadar yang berpatutan."

Kenyataan NGO Islam mengulangi bantahan serupa beberapa pihak lagi, selain pemimpin pembangkang, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan ahli parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir, yang juga calon ketua Pemuda Umno.

Yusri menambah, sebarang projek penswastaan kesihatan haruslah mengambil kira tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyat.

KT: PAS umum calon 1 Januari

0 Komen!!!
Dec 21, 08 6:19pm
PAS akan hanya mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, pada 1 Januari depan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.

Pada mulanya, PAS dijangka mengumumkan nama calonnya hari ini, selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan semalam pemilihan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pada masa ini, parti itu telah menentukan calonnya itu, yang merupakan seorang profesional dan berjiwa rakyat, lapor Bernama.

"Kita sudah ada calon...dalam poket saya, Insya-Allah...tunggu 1 Januari depan (kita umumkan)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di Pusat Tarbiyah PAS Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Abdul Hadi berkata calon yang akan diketengahkan oleh PAS itu merupakan seorang yang lebih layak daripada calon yang ditampilkan oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata calon PAS itu adalah individu yang mempunyai ketokohan daripada pelbagai aspek dan yakin akan dapat diterima oleh pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN.

Ditanya mengapa PAS mengambil masa yang lama untuk mengumumkan calonnya berbanding BN, Abdul Hadi berkata PAS tidak mahu terikut-ikut dengan cara BN dan tidak tergesa-gesa untuk berbuat demikian.

"Tidak lama, penamaan calon pun lambat lagi (6 Januari)," katanya dan menurutnya kelewatan pengumuman calon itu tidak akan meresahkan penyokong PAS kerana pada masa ini mereka begitu bersemangat menjalankan tanggungjawab dalam menghadapi pilihanraya kecil itu.

Abdul Hadi berkata dengan pemilihan calonnya itu, PAS yakin dapat merampas kerusi parlimen berkenaan, tambahan pula kawasan tersebut merupakan antara kubu kuat parti berkenaan.

Mengenai calon PAS sama ada penduduk setempat atau Naib Presidennya, Mohamad Sabu seperti yang dicadangkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: "(Sama ada) Mat (Mohamad) Sabu, Nasharuddin atau Salahuddin...1 Januari."

Mengenai pemilihan Wan Ahmad Farid sebagai calon BN, Abdul Hadi berkata perkara itu terserah kepada BN untuk menilai calon mereka sendiri.

"Kita tidak perlu komen (Wan Ahmad Farid sebagai calon), itu hak BN. Yang pasti, kita akan lawan (calon BN)," katanya.

Beliau juga berpuas hati dengan persiapan jentera pilihanraya PAS dan parti komponen Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong berkata pihaknya akan mencadangkan kepada PAS pusat untuk mengumumkan nama calon lebih awal.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata ini bagi memudahkan jentera pilihan raya membuat perancangan serta strategi dalam usaha menarik sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

Wan Farid diumum calon BN di KT

0 Komen!!!
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis pengumuman calon BN di Kuala Terengganu petang ini.

Najib juga merupakan pengarah pilihanraya kecil tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Januari depan.

Wan Ahmad Farid, 46 - bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London - merupakan anak jati Kuala Terengganu.

Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.

Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan menjadi menjadi exco pemuda Umno pusat dari 1999 hingga 2004.

Pada tahun 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik menjadi setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.

Beliau menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik.

Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail di Genting Highland pada 28 November lalu.

PAS pula akan mengumumkan calonnya esok. Antara nama yang disebut-sebut sebagai calon PAS ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Dewan Undangan Negeri Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi; Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali; Timbalannya, Datuk Wan Mutalib Embong dan tokoh korporat, Mohd Khazani Abdullah.

Selain itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding. Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.

Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.

Isnin, Disember 22, 2008

Husam terperangkap dalam jerat buatannya sendiri

0 Komen!!!
Oleh Mohd Sayuti Omar

SELEPAS mebelasah Umno dan beberapa tindakan tranformasi politiknya yang dianggap kulitan – gimik seperti pembentangan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Perlantikan Hakim (SPH) serta pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Husam membangkitkan politik dosa dan pahala yang dilupakan atau tidak dititikberatkan oleh Umno.

Inilah juga menjadi titik perbezaan besar antara Pas dengan Umno. Tegas Husam, kalau Umno bersedia mengambil kira politik dosa dan pahala (politik Islam) Pas akan menyokong Umno dan juga menyokong Khairy Jamaluddin sebagai calon ketua pemuda Umno.

Apa yang dijelaskan Husam itu sekali lagi menurut sifir-sifir atau fatwa politik Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz. Nik Aziz dalam agendanya menolak Umno menggunakan alasan itu. Dari kacamata Nik Aziz Umno menolak Islam seperti mana Islam politik yang Pas fahamkan itu.

Persoalan ini dibidas oleh Khairy dengan mempersoal balik apakah Pas juga tidak berada dalam zone makruh? Maksudnya di sini Pas juga bebas dari bermain dengan politik dosa dan bukan pahla semata-mata? Khairy menyinis apakah hukumnya pencampuran Pas dengan Pakatan Rakyat yang mengandungi parti yang tidak sama prinsip Islam seperti mana difahami Pas itu?

Apa yang ingin diangkat Khairy apakah DAP itu tidak bergelombang dalam 'dosa' seperti mana ditafsirkan Pas itu maka Pas boleh berkawan dengan DAP membentuk kerajaan bersama? Dalam masa lain Husam menjelaskan kononnya pemahaman Islam oleh DAP lebih baik daripada Umno. Dakwa Husam DAP lebih faham Islam daripada Umno! MasyaAllah!

Beliau menyatakan ketertegunan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap pendekatan dan stail pemerintah Khalifah Umur Abdul Aziz sebagai buktinya. Untuk rekod Guan Eng beberapa kali menceritakan yang beliau membaca kehebatan Umur Abdul Aziz sebagai seorang khalifah yang adil dan saksama. Bagi Pas langkah Guan Eng itu dianggap sebagai Guan Eng menerima konsepi dan prinsip pentadbiran Umur Abdul Aziz.

Satu lagi isu yang memberi bidasan balik kepada Naib Presiden Pas itu ialah apabila beliau mengkritikan Umno yang bersikap arrogant of power? Husam memberi contoh bagaimana Khairy menggelarkan para demonstrasi jalanan anjuran Bersih dulu sebagai monyet-monyet, manakala sewaktu pilihan raya dikecil Permatang Pauh, Khairy mencanangkan ingin menguburkan politik Anwar Ibrahim.

Bagai Husam tindakan dan kata-kata Khairy itu sebagai arrogant of power. Politik angkuh dengan memiliki kuasa besar. Pandangan bersifat peribadi itu dibalas oleh Khairy dengan mempersoalkan apakah janji Anwar untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September bukan arrogant of power? Sambil melihat jam ditangannya (date) kata Khairy kini sudah 20 Disember tetapi kerajaan yang dijanjikan itu masih belum ada. Bidasan Khairy itu menyebabkan Husam hilang tumpuan sehingga ditegur mediator.

Ketika isu ini dibangkitkanlah keadaan dewan menjadi riuh randah. Sorakan dan tepukan dari kedua pihak bersabung menghangatkan dewan.

Keadaan menjadi bertambah hangat lagi apabila Khairy membangkitkan soal hudud yang mahu menguji apakah pendirian Pas (sebenarnya Husam) setelah bergabung dengan Pakatan Rakyat kini. Khairy bertanya apakah Pas bersedia melaksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan kelak? Pertanyaan itu tentuk kompleks kerana aspirasi Pas itu begitu kontras dengan aspirasi DAP.

Ternyata persoalan itu kurang diminati Husam dan Husam tahu ianya satu perangkap. Namun hendak tidak hendak beliau terpaksa menjawabnya sambil menempelak balik kepada Khairy dengan meminta Khairy membawa persoalan hudud itu ke dalam Umno. "Iya kita akan laksanakan (hudud) tetapi kalau saudara ikhlas nak perjuangkan hudud saudara bawa dalam perhimpunan agung Umno," begitu kira-kira balas Husam disambut sorakan dan tepukan bergemuruh.

Aziz Bari yang banyak menjadi pemerhati dan menyokong kenyataan Husam dengan menjelaskan soal jenayah (hudud dan qisas) itu tanggungjawab kerajan Pusat. Sikap dan kecenderongan yang jelas Aziz kepada Pas dalam wacana itu kurang disenangi oleh penyokong BN yang beberapa kali menyoraknya.

Di sini Khairy terpaku sekejap dan tidak dapat memberi jawaban terhadap persoalan Husam yang cuba melepaskan diri daripada persoalan yang dibangkitnya itu. Khairy tidak memberi jaminan soal hudud akan dibincangkan dalam Umno. Keadaan ini menyebabkan Khairy pula yang terperangkap.

Bagaiman pun malam itu Khairy berjaya meletakkan Husam dalam keadaan serba salah dengan persoalan arrogant of power, dosa pahala dan hudud, dan selepas ini ia bakal menimbul polimek dalam Pakatan Rakyat dan isu hudud itu pasti akan dijadikan isu murahan oleh Umno pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu nanti. Tentu!

Penilaian terhadap wacana.

Keseluruhan wacana itu tidak mencapai matlamat untuk mendedahkan idea ataupun mekanisme transformasi politik yang memberi kebaikan kepada bangsa bangsa Melayu dan Islam. Tidak ada kesimpulan atau resolusi dari wacana itu yang mengemukakan bagaimana cara untuk mencapai kata sepakat dalam politik. Kedua pihak terus menengak benang basah antara satu sama lain dengan nawaitu wacana untuk menjatuhkan antara satu sama lain di hadapan penonton.

Abdul Aziz pula juga tidak berperanan seperti diharapkan memberi formula pembaikian politik yang lebih positif dalam mencapai kematangan politik. Beliau lebih menyalahkan sikap kerajaan kerana terlalu banyak menyalahgunakan demokrasi. Persoalan yang diajukan oleh seorang hadirin perempuan yang mahu satu gagasan atau kaedah untuk melihat suasana kondusif dalam politik orang Melayu tidak terjawab oleh sesiapa?

Wacana itu hanya mempamirkan keegoaan masing-masing dan menjadi medan untuk mengulangi kritikan antara satu sama lain yang pernah disajikan sewaktu kempen pilihan raya. Bagaimana pun ia satu menu politik menarik selepas musim banjir di Kelantan.

Dari segi profesional atau gaya pedebatan, Husam agak emosi dan tertekan berbanding Khairy yang datang sebagai tetamu banyak merendah diri dan bersikap terbuka dan apologetik kepada Nik Aziz. Khairy jelas membuat persiapan baik secara fakta dan minda untuk berdepan dengan ribuan penyokong Pas. Keikhlasan terserlah kepada Khairy baik dalam memberi hujah atau harapan untuk mematangkan proses politik khasnya antara Umno dengan Pas.

Husam nampak mahu mengambil kesempatan dari wacana itu bagi menimbulkan kebencian publik kepada Khiary dan bukan mencari titi temu dengan Umno secara profesional dan jujur. Ini jelas apabila Khairy secara terbuka (seloroh) menyatakan sokongan kepada Husam jika Exco itu bertanding presiden Pas di balas oleh Husam dengan menegaskan beliau tidak akan menyokong Khairy untuk ketua pemuda (juga berseloroh).

Husam juga malam itu agak emosi dan tidak berjaya manahan daya intelektualnya apabila mencabar penyokong BN naik sendiri ke atas pentas apabila beliau disorak oleh mereka. "Apa saudara tidak yakin dengan wakil saudara, mari naik sendirilah atas pentas," begitu kata Husam sambil memalingkan muka ke arah kumpulan penyokong Khairy.

Mengenai telatah hadirin, mungkin segelintir hadirin fanatik dan emosional tidak layak berada dalam majlis wacana berkelas ilmiah seperti itu. Apapun sorakan dan cemuhan dari kalangan penyokong kepada Khairy kesediaannya hadir itu satu keberanian dan beliau memperolehi political mailage yang cukup baik. Belum tentu kalau calon ketua pemuda lain Mukhriz Mahathir dan Mohamad Khir Toyo dipanggil mereka bersedia untuk datang.

Secara keseluruhannya baik dari segi keberanian, gaya berhujah, semangat untuk berwacana jelas Khairy boleh diberi 57% manakala Husam 43%. Peratus ini tanpa menolak peratus untuk seorang lagi ahli panel. Kepada penganjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri patut diberi pujian atas usaha mengadakan wacana itu. Mungkin pada masa akan datang perlu diperbaiki sedikit sebanyak kelemahan yang ada.

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

BERITA BERKAITAN

PEMUDA PAS PENANG...YOU GUYS ROCK!

0 Komen!!!


Posted by Desperado at 11:02 PM

PULAU PINANG: Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang tidak membantah kerajaan negeri untuk meneruskan tarian jalanan I-Dance di sini esok dengan syarat ia tidak membabitkan penyertaan umat Islam. Bagaimanapun menurut Ketuanya, Mohamed Hafiz Mohd Nordin, pihaknya masih berpendirian bahawa pertandingan itu harus dibatalkan.

BACA DI mSTAR

Des : JANGAN LIBATKAN REMAJA ISLAM! Itu pendirian utama yang dipersetujui oleh Pemuda PAS Penang apabila mereka mempersetujui untuk tidak membantah tarian jalanan yang akan diadakan 20 -27 December 2008 di Queensbay Mall Pulau Pinang.

Ermmm...penglibatan yang sebagaimana? Jika tidak dapat menjadi peserta, adakah ok menjadi penonton? Itu tujuan I Dance ni sebenarnya..mempengaruhi remaja-remaja melalui pertunjukan dan persembahan yang dilakukan..

Kalau nak bantah, bantah la bagi habih-habih..jangan la sekerat jalan, tutup Queensbay Mall pada hari pertandingan tersebut, minta mereka buat secara tertutup, ataupun apa saja alternatif yang boleh mengelakkan ianya menjadi tatapan remaja Islam. Walaupun Pemuda PAS membantah penglibatan remaja Islam, sedarkah mereka bahawa yang tercongok sampai meleleh air liur di bawah stage bahawa anak Melayu yang beragama Islam!

Esok-esok, jangan dibantahnya pulak senamrobik nasional...street dance jugak tuh!

Jumaat, Disember 19, 2008

PEMBELIAN INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN) DITANGGUH

13 Komen!!!
Hari ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan akan menangguhkan pengambilalihan 51 peratus ekuiti dalam Institut Jantung Negara (IJN)oleh Sime Darby hingga kajian mendalam dilakukan oleh kementerian-kementerian yang berkaitan.

Pihak yang terlibat dalam kajian itu termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan serta Unit Perancang Ekonomi.

Walaupun secara dasarnya kerajaan memberi kelulusan kepada syarikat berkaitan kerajaan itu untuk mengambil alih kepentingan dalam IJN Holdings tetapi kajian yang rapi mestilah dilakukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sehingga memberi kesan kepada rakyat miskin untuk menikmati kemudahan ini.

Penangguhan pembelian ini menunjukkan kepekaan kerajaan terhadap rungutan rakyat yang jelas kurang menyokong pengambilahan IJN ini. Dalam masa yang sama Sime Darby perlulah memberi penjelasan yang terperinci mengenai 'tindakan' membeli IJN ini supaya rakyat mengetahui apakah alasannya.

KISAH MB YANG 'BENGONG'...

2 Komen!!!
Hendak ketawa pun ada tengok gelagat pemimpin Pakatan Rabun ini.. kalau menyalahkan orang tanpa usul periksa, itu memang kepakaran pemimpin Pakatan Rabun ni...

Ni kisah MB yang 'BENGONG' ini semalam menyalahkan JKR... sedangkan jabatan itu bercadang menyerahkan laporan berkenaan selepas ia dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri pagi ini dan diumumkan oleh menteri berkenaan...

Terdahulu, Abdul Khalid dilaporkan berkata keputusan membenarkan penduduk pulang dicapai selepas menerima kajian awal geoteknikal JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Beliau bagaimanapun berkata belum meneliti sepenuhnya laporan tersebut.

Semalam kerajaan Selangor melahirkan rasa kecewa dengan sikap Kementerian Kerja Raya yang enggan membenarkan JKR menyerahkan laporan tersebut semalam sehingga menghalangnya memaklumkan kepada penduduk dalam satu pertemuan yang dijadualkan jam 10 pagi ini.

Penang factories take a longer break as demand slumps

1 Komen!!!
GEORGETOWN, Dec 19 — Penang’s industrial areas will turn into ghost towns between Dec 22 and Jan 5 as factories shut down longer for the year-end holidays amid falling demand from major markets that are already in recession. Some manufacturers have also sent back foreign workers as their contracts lapse.

But industry insiders say Penang’s multinational manufacturers, particularly in the electronics sector, face a bleak 2009 as demand dries up for components and accessories. They expect further job cuts even as the companies mull over shortening work weeks or closing production lines.

The DAP secretary-general said Penang has attracted RM8 billion thus far in investments for 2008 against RM4.7 billion last year, adding the state could have taken in RM10 billion in investments if there was no economic downturn.

Despite the rising investments, Penang businessmen are bracing for hard times. Manpower suppliers say one multinational had just sent back nearly 400 workers or 10 percent of their workforce when their contracts lapsed. “The MNC has another 100 foreign workers and they are expected to leave once their contracts expire too,” one labour consultant told The Malaysian Insider.

He added some companies are thinking of reducing work days to retain their staff and avoid retrenchment.

“Retrenchment is the last option as some don’t have the funds to pay severance packages,” he explained.

A senior executive at a multinational electronic maker said the situation will get worse in 2009.

“There is just no demand for anything electronics. We will have to let the workers go and close production lines very soon,” said the executive,

Source: The Malaysianinsider

Khamis, Disember 18, 2008

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU : PROVOKASI PAKATAN RABUN BERMULA

6 Komen!!!
Melihat di dada akhbar pro-pembangkang hari ini, nampaknya serangan Pakatan Rabun telah bermula...

Walaupun terpaksa melupakan isu Eurocopter dan Isu Attantuya nampaknya kini Pakatan Rabun telah mengeluarkan isu dari 'peti sejuknya' iaitu isu mengenai Balkis dan dakwaan rasuahnya dan penyelewengan kerajaan negeri Selangor.

Rakyat boleh menilai dengan jelas, setelah 9 bulan memerintah nampaknya kinilah maa yang sesuai untuk mengeluarkan isu dari peti simpanan Pakatan Rabun... Apalah jenis punya kerajaan negeri.. betul ke nak perjuangkan isu rasuah? Kalau betul? kenapa baru sekarang? Kenapa dulu senyap sahaja?.... macam ni ke nak jadi kerajaan...?

Nampaknya Pakatan yang tidak berapa nampak ni @ Pakatan Rabun ni ketandusan isu... isu nak tubuh kerajaan tak boleh hendak diguna?...

Kalau dahulu tuduh UMNO kafir kerana berkawan dengan orang kafir.. kali ini... mereka pun berkawan dengan orang kafri... dan lagi teruk ialah DAP Laknatullah.. kafir harbi..

Kalau dulu juga tuduh UMNO sekular... kali ini Pakatan Rabun ini lebih sekular dan dengan jelas mengakuinya sebagaimana kata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng... 'kawan rapat' PAS...

Kalau dahulu kata nak laksanakan hukum hudud.... sekarang apabila memerintah negeri
Perak, Selangor, Perak dan Kedah... tak dengar langsung hukum hudud hendak dilaksanakan... senyap...

Kalau dahulu tuduh kerajaan rasuah... mereka pun ada lakukan rasuah... rasuah seks lagi...

Kalau dahulu tuduh kerajaan dapat sumber wang haram kerana membenarkan kilang arak... kali ini apabila mereka memerintah tak tutup pun kilang arak.. kalau dahulu bsisng sangat...

Kalau dahulu kata nak perjuang untuk haramkan arak dijual dikedai-kedai.. tetapi apabila ditegur oleh 'kawan rapat' DAP Laknatullah... Nak kemukakan usul arak haram pun takut...

Isu rasuah pula.... kerajaan dah tunaikan janji, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telahpun diluluskan di Dewan Rakyat dan diakui pula oleh Pengerusi ICAC Hong Kong bahawa skop pencegahan rasuah Malasyia lebih luas dari ICAC Hong Kong..

Isu-isu di atas adalah sebahagian bukti penipuan mereka kepada rakyat.. Kalau ada lagi kawan-kawan bloggers boleh tambah lagi..

Dan banyak lagi mereka ini cakap tak serupa bikin... sebab itu dikatakan 'Pakatan rabun' sebab tak jelas perjuangan mereka...

Sebab itu hari ini Nik Aziz menyatakan bahawa Pakatan Rabun akan menang besar... Nampaknya ada harapan Mohamad Sabu akan bertanding di Kuala Terengganu ini... manaka Mr Hj Hadi Awang pula kata "line clear" untuk Mohamad Sabu...berputih matalah PAS Kuala Terengganu... nampaknya tiada orang dalam yang lebih layak lagi untuk menjadi calon PAS untuk bertanding.....

Tapi.. nak buat macam mana... sekalipun Nik Aziz sayang Mohamad Sabu ni... kenapa Nik Aziz tak letak Mohamd Sabu bertanding di Kelantan sahaja pada pilihanraya umum yang lepas.. pasti menang... sayang tapi tak berapa sayang.... ?????

Kelantan lain Terengganu lain... Penyokong PAS sana tak kisah jika kasut pun diletak sebagai calon yang penting ada simbol PAS pasti kawasan tersebut akan menang... Penyokong PAS Kelantan pun tak kisah jika pemimpin PAS tempatan tidak diletakkan sebagai calon.. walaupun PAS Kelantan terkenal dengan pemimpin kawasannya... Tapi apakah di Terengganu situasinya sama...

Sebenarnya apa yang patut difikirkan oleh PAS ialah apa sebenarnya hala tuju perjuangan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang dilihat perjuangan Islam semakin kabur dan berkubur?

Apa-apa pun.. pesanan kepada member blogger... kita mulalah untuk menentang kebatilan, kepalsuan dan penipuan yang dibawa oleh Pakatan Rabun.... Fokus kita adalah untuk membela dan memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara yang tidak mungkin diperjuangkan oleh Pakatan Rabun yang tak tentu arah ni...

Selamat berjuang... Semoga Allah selamatkan 'Kuala Terengganu'

Kongsi Link Anda