Popular Today

Khamis, Disember 04, 2014

Panas!! Surat saman Najib Razak kepada Rafizi didedahkan

0 Komen!!!

Rafizi sedang panas punggung sekarang.. duduk pun dah tak selesa.. beliau ingat boleh bermaharajalela membuat fitnah.. tiba masanya fitnah beliau memakan diri sendiri.

Tahniah Ds Najib Razak kerana berani menyaman Rafizi..

Jadi.. see u in court from mr presiden!!

PERINCIAN LAPORAN #RCIsabah : ANALISA OLEH IVAN TOH [3 Dis 2014]

0 Komen!!!

Penarikan Darjah Sultan Selangor tadalah taktik Azmin tarik simpati rakyat kepada Anwar?

0 Komen!!!


Semalam Sultan Selangor membatalkan darjah  kebesaran di Raja Selangor kepada Anwar Ibrahim.. adakah ini mainan Azmin Ali yang sengaja mahu rakyat kesian kepada Anwar Ibrahim dan seterusna rakyat membenci Sultan Selangor??

Sebagaimana kita mengetahui hubungan PKR Selangor dengan Sultan Selangor amat renggang dengan isu rampasan Bible, Isu pelantikan MB Selangor dan lain-lain lagi.. 



Namun ANwar masih tersenyum lg.. kerana banyak lagi darjah yang dberikan kepada beliau.. apa mau pening2..


Projek IC hanya fitnah pembangkang!! #RCIsabah

0 Komen!!!


Ianya satu yang sukar diterima oleh pembangkang.. namun ianya sudah diduga kerana pembangkang tidak lain dan tidak bukan hanya pandai memfitnah tanpa bukti..

Kita boleh bercakap macam-macam.. namun cakap2 kita hanya diterima jika ada bukti.. namun cakap kita hanya kosong dan tiada bukti.. ini adalah fitnah..

Jadi apa yang Suruhanjaya Siasatan (RCI) Pendatang Asing di Sabah buat adalah tepat dimana suruhanjaya mendapati tidak ada kesahihan kewujudan "Projek IC" kerana Suruhanjaya tidak buat macam ne PR buat iaitu tuduhan semata-mata. Suruhanjaya pula mengambil bukti dan keterangan dan barulah dibuat kesimpulan.


Ia turut menafikan penglibatan kerajaan Persekutuan dalam pemberian kerakyatan melalui ‘projek’ tersebut.

Namun, apa yang disimpulkan ialah wujud sindiket dan individu yang dibantu oleh pegawai yang korup mengambil kesempatan atas kelemahan sistem kerakyatan berinstitusi demi keuntungan kewangan.

Pada laman 424 di dalam laporan yang dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa di Kota Kinabalu hari ini, perbuatan jenayah itu mencetus dan mempercepatkan kemasukkan pendatang asing tanpa izin ke Sabah.

Akibatnya, Sabah kini mengalami kesan limpahan yang berganda dalam isu warga asing.

Statistik dari tempoh 1996 hingga 2000 menunjukkan ketibaan orang Indonesia ialah 457,850 tetapi pelepasan pulang mereka ialah 228,366 orang.

Dalam tempoh yang sama, direkodkan bahawa ketibaan orang Filipina ialah 210,910 orang dan pelepasan pulang mereka ialah 199,169 orang.

Ini jelas menunjukkan jurang besar antara ketibaan dan pelepasan pulang.

Orang asing tinggal lebih lama di Sabah disebabkan pekerjaan atau sebab-sebab lain berkaitan sosial dan ekonomi.

Walaubagaimanapun, perbezaan besar itu menunjukkan bahawa rakyat daripada kedua-dua Indonesia dan Filipina datang dengan menggunakan visa pelawat atau pas sementara tetapi sudahnya menjadi orang yang tinggal melebihi tempoh secara haram sekaligus menjadi pekerja haram di negeri itu.

Selain itu, laporan itu turut menyatakan bahawa sindiket-sindiket haram tersebut merupakan antara punca dokumen pengenalan dikatakan mudah diperolehi di Sabah.

Kawasan pantai Sabah yang luas juga antara faktor yang membuatkan pendatang asing mudah menyeludup masuk ke negeri itu.

Dalam siasatan yang dilakukan oleh lima ahli panel itu, seramai 211 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan tersebut dimulakan pada 21 Ogos 2012 dan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim.

Prosiding tersebut bermula pada Januari 2013 apabila Manoj Kurup, Datuk Azmi Ariffin and Jamil Aripin dari Jabatan Peguam Negara dilantik sebagai pegawai pengendali bagi membantu suruhanjaya menyoal saksi-saksi.

Saksi-saksi daripada pelbagai jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihanraya, Jabatan Statistik, dan Pejabat Ketua Menteri Sabah turut dipanggil.

Bukti juga dikumpulkan daripada individu-individu dari beberapa negara seperti Filipina, India, Pakistan dan Indonesia, yang memiliki pelbagai jenis dokumen pengenalan diri seperti 1MM-13, permit kemasukan, dan kad pengenalan diri hijau dan biru.

Kongsi Link Anda