Jumaat, Januari 23, 2009

TIBA MASANYA POLITIK WANG DIBERSIHKAN

12 Komen!!!

Ada yang setuju dan mungkin ada juga yang setuju....

Ini semua berkaitan laporan akhbar baru-baru ini yang melaporkan ramai ahli UMNO yang didakwa dan direman oleh SPRM kerana politik wang dengan kata lain rasuah politik.

Yang bersetuju akan mengatakan inilah jalan terbaik untuk mengatasi politik wang. Namun bagi yang tidak bersetuju pasti akan berkata "apa guna menteri gaji besar, projek berjuta-juta, setakat hendak campak sepuluh, dua puluh sen pun berkira", "buat apa nak undi A, tak ada apa-apa pun"..  semua  kenyataan ini memang biasa didengar oleh perwakilan... sehingga yang PUTERI pun yang baru setahun jagung mengenal politik, ada yang mula pandai berjinak-jinak dengan politik wang...

Namun jika difikirkan, apakah jalan baik yang terbaik untuk membenteras politik wang ini yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim suatu masa dahulu sehingga menjadi 'trend' yang kini berterusan. 

UMNO patut menjadi wadah yang relevan bagi orang Melayu sehingga bila-bila. Oleh itu, jika ahli UMNO itu seorang pejuang maka dia akan relevan sampai bila-bila, namun jika ahli UMNO itu seorang mata duitan dan oppurtunis maka nescaya mereka pasti tenggelam.

Rasulullah SAW pernah bersbda "sesungguhnya sesuatu amalan itu bermula dengan niat dan sesuatu perkara itu dilakukan bermula dengan apa yang diniatkan, sesiapa yang berhijarah demi Allah dan Rasulnya, maka Hijrahnya itu akan kembali kepada Allah dan Rasulnya, tetapi jika Hijrah semata-mata untuk urusan dunia dan wanita untuk dinikahi, maka Hijrahnya ke atas apa yang diniatkan" maka niat sesoranglah yang akan menentu segala.

Tidak kiralah sesiapa yang besar mahupun yang kecil, yang tinggi mahupun yang rendah dan sesiapa yang benar-benar berjuang demi agama, bangsa dan negara maka tidak boleh tidak politik wang ini mestilah ditangani. Sesiapa yang ikhlas dan jujur hendaklah laporkan kes politik wang ini.

Apa yang penting kita tidak mahu UMNO dihancurkan oleh mereka yang berkepentingan, jadi tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) amatlah tepat, jika tiada cara lagi untuk tangani isu politik wang di dalam UMNO.

Namun padangan ini jika dilihat ianya hanya idealistik semata-mata, bukan realistik yang sepenuhnya. Memang sukar untuk diatasi, namun jika azam dan iltizam yang kuat pasti sesuatu yang sukar manapun pasti dapat diatasi.

Jumaat, Januari 16, 2009

KENALILAH PERANGAI ORANG PAS...

12 Komen!!!
PAS.... uhhh... jahatlah.. ni kebanyakan persepsi yang sering dikaitkan dengan orang PAS ialah ganas, ekstrem dan samseng....

Bagi orang Kuala Terengganu memang dah kenal perangai orang PAS.. khasnya dikampung-kampung. Sikap tidak mahu menegur masyarakat lain apatah lagi UMNO, kalau diberi salam tidak di jawab, dan muka sentiasa bengis,.. kalau tak percaya lihatlah air muka diantara orang PAS serta sekutunya dan yang bukan PAS... memang berbeza.... tapi air muka orang PAS san mudah dikenali dengan air muka bengis, jahat dan samseng...

Jika orang luar datang.... secara mudah dapat mengenalpasti antara PAS dan bukan PAS.... mungkin ini akibat ajaran sesat oleh pemimpin mereka yang sentiasa mengajar mencemuh, memfitnah, mengejek dan sebagainya...

Kesimpulannya, ramai penyokong PAS amal ajaran Al-Quran suku, suku... ikut dalil mana yang dia suka..

Khamis, Januari 15, 2009

PAS semakin jauh menyeleweng

6 Komen!!!

Yang sudah terang lagi bersuluh... PAS dari dahulu memang tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam dan Hukum Hudud....

PAS tidak boleh hendak salahkan UMNO kerana kegagalan PAS sendiri mempertahankan Hudud di hdapan DAP dan PKR..

Dan paling memalukan apabila Haji Hadi menipu rakyat Malaysia bahawa DAP telah menerima hukum Hudud... Tetapi dinafikan sendiri oleh Karpal Singah dan mengugut pula untuk keluar dari Pakatan Rakyat...

Sangat rendah martabat pemimpin seperti ini...... jika hadapan DAP pun tidak mampu untuk berhadapan mengenai Hudud dan Negara Islam secara tegas inikan pula hendak memerintah negara. Jauh pulut dari panggang...

Takkan pemimpin seperti ini dapat diharap untuk melindungi Islam... Walaupun PAS sentiasa memusuhi UMNO tetapi UMNO sebaliknya sentiasa bersikap terbuka untuk menerima PAS.... dengan mengadakan muzakarah dan sebaliknya... begitulah ikhlasnya UMNO untuk bersama pemimpin Melayu dan Islam PAS bagi membincangkan kepentingan bersama.

Namun PAS lebih rela mengkhianati perjuangan, bangsa dan agama sendiri kerana mahukan semata-mata yang jelas tidak akan tercapai bersama Pakatan Rakyat.

PAS yang dikenali dahulu sangat berbeza dengan PAS yang dikenali sekarang... kalau dahulu jelas memegang teguh dan tegas perjuangan mereka tetapi kini PAS telah jauh menyeleweng dari matlamat perjuangan mereka.


Ahad, Januari 11, 2009

HADI PEMBOHONG?

11 Komen!!!
Hari ini Karpal Singh membidas kenyataan Hj Hadi kononnya parti itu tidak mempunyai sebarang masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru- baru ini.

"Kenyataan oleh Abdul Hadi berhubung perlaksanaan hukum hudud, kononnya DAP sudah jelas dan faham dengan apa yang sedang bermain difikiran Pas, sebenarnya tersimpang jauh daripada kebenaran.

"Pas tidak pernah menjelaskan isu berhubung perlaksanaan hukum hudud kepada DAP. DAP sudah tentu ada masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara," menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perkara ini sememang bukan pelik sebab PAS ni memang sudah lama berbohong kepada rakyat..Bagi orang PAS berbohong adalah suatu yang biasa? Kalau Presiden pun dah bohong, yang bukan Presiden lagilah banyak berbohong!

.. setuju...?

Sabtu, Januari 10, 2009

Hudud: Pakatan Rakyat semakin tidak sehaluan

0 Komen!!!
KUALA TERENGGANU 9 Jan. - Pertikaian di kalangan pemimpin pembangkang mengenai hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud menunjukkan pakatan mereka tidak boleh membentuk kerajaan yang mempunyai dasar bersama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti-parti pembangkang tidak mempunyai polisi bersama, cuma ada pakatan yang agak longgar yang tujuannya hanya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, pakatan yang longgar menyebabkan semakin hari semakin banyak perbezaan pendapat timbul di kalangan pemimpin pembangkang.

"Apa yang berlaku sekarang jelas menggambarkan mereka tidak ada pendirian bersama.

"Mereka tidak boleh membentuk satu kerajaan yang mempunyai dasar bersama," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menolak hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya memerintah negara ini.

Anwar juga dilaporkan menolak teguran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyatakan hukum hudud tidak menepati Perlembagaan Persekutuan dengan menyifatkan kenyataan itu bersifat umum.

Mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak perlu menjelaskan kepada rakyat bukan Islam mengenai hudud sebaliknya mahu menjelaskan perkara itu kepada UMNO kata Najib, perkara itu tidak perlu.

Ini kerana menurutnya, sikap pemimpin pembangkang itu menjelaskan bahawa mereka sebenarnya bermain politik sejak dari awal isu hudud dibangkitkan.

"Tak payah hendak jelaskan kepada UMNO, mereka sebenarnya main politik dari mula isu hudud ini," jelasnya.

Beliau percaya ramai pengundi bukan Islam tidak senang hati dengan apa yang dinyatakan pemimpin Pas itu mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Khamis, Januari 08, 2009

Kempen PAS di KT bergerak perlahan - bukti boikot?

5 Komen!!!
Tidak seperti keghairahan peminat politik di seluruh negara, kempen di hari ketiga pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu masih bergerak perlahan-lahan sejak penamaan calon.

Walaupun tiga calon, khususnya PAS dan BN, mula bertemu pengundi, poster-poster masih banyak belum dinaikkan sehingga menjadi tanda tanya sama ada wujud pilihanraya kecil di bandar ini atau tidak.

Seorang petugas Angkatan Muda PKR dari Gombak "terkejut" dengan gerak perlahan kempen dalam pilihanraya kecil ini, khususnya jentera PAS.

Muhamad Islam Ismail, yang berpangkalan di DUN Ladang, berkata daya gerak pilihanraya ini "sangat berbeza" daripada pilihanraya-pilihanraya kecil yang pernah disertai sebelumnya.

Menurut sumber ianya sangat berbeza pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, terdapat perbezaan ketara... apakah ini membuktikan memang terdapat 'boikot' oleh kumpulan tertentu di dalam PAS... ekoran tidak puas hati terhadap penamaan calon baru-baru ini...

Perang poster - yang menjadi kemuncak kempen tradisi BN dan PAS - hanya kelihatan di beberapa bilik gerakan dan simpang-simpang jalan tertentu sahaja.

Sementara banyak kampung masih lengang daripada suasana pilihanraya yang dianggap penting bagi parti-parti Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan lawannya Mohd Abdul Wahid Endut.

Bagaimanapun BN menaikkan banyak poster besar calonnya bersama barisan pemimpin kanan negera dan negeri.

Hudud: Kenyataan Anwar mengelirukan, kata Karpal

2 Komen!!!
Jan 8, 09 6:40pm
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan.

"Kenyataan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa tidak perlu menolak hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam adalah bertentangan dengan hasrat PAS yang mengakui mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Ini memang menjadi pendirian PAS sejak ditubuhkan sepertimana dicerminkan dalam kenyataan oleh bekas dan pemimpin PAS sekarang," katanya dalam kenyataan di ibunegara, lapor Bernama

Karpal Singh menegaskan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, dipetik dalam laporan berita pada 23 Disember tahun lalu sebagai berkata: "Saya tidak nampak kenapa mereka (iaitu orang bukan Islam) tidak dapat menerima hukum hudud yang tidak berbeza daripada undang-undang Barat".

Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata untuk hukum hudud diguna pakai, prasyaratnya ialah penubuhan sebuah negara Islam seperti Arab Saudi di mana undang-undang Islam terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam.

"Adalah penting untuk Anwar mengetahui apakah niat sebenar PAS yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam.

"Mungkin Presiden PAS (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang patut memberikan penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS terpakai kepada orang Islam dan juga bukan Islam sekiranya PAS berjaya menubuhkan sebuah negara Islam. Demi kepentingan orang ramai, beliau patut berbuat demikian," katanya.

Karpal Singh berkata Malaysia bukan sebuah negara Islam dan kelulusan serta pelaksanaan hukum hudud adalah melanggar Perlembagaan.

Jadi macamana PAS? Nak jawap ataupun tidak... Nak Jawap ke atau nak hilang undi bukan Islam?....

Jawap ... jangan tak jawap...

Apa beza sumpah, janji dan ikrar

0 Komen!!!
Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan seandainya diberi mandat memerintah negara.

"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji, tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat.

"Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," katanya dalam satu ceramah di Kuala Terengganu malam tadi, lapor Bernama.

Persoalannya apa beza sumpah, janji dan ikrar....? rasanya semakin 'bengong'Anwar ini...

Mungkin kenyataan ini berikutan kegagalan Anwar pada 16 September yang lalu... namun dulu beliau sangggup bersumpah kerana beliau bertanding pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang lalu. Tapi kini apabila telah menang beliau mula melepaskan tanganlah secara halus... dan tak nak berjanji itu dan ini... sebab beliau memang tahu beliau tidak mampu menunaikan janji... ataupun beliau berpendapat PAS akan kalah di Kuala Terengganu?...

Rabu, Januari 07, 2009

Bukti prihatin, Sime Darby batal ambil alih IJN -

3 Komen!!!
Tahniah kerajaan Malaysia yang semakin peka dengan permasalahan rakyat dan tidak mengunggub terlalu lama untuk membuat keputusan

Sime Darby Bhd. (Sime Darby), sebuah konglomerat tempatan yang sebelum ini berhasrat mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN) sehingga menimbulkan bantahan ramai, hari ini memutuskan untuk tidak melaksanakan cadangan itu.

Syarikat milik kerajaan itu dalam kenyataannya di sini berkata, pihaknya telah mencapai satu persefahaman selepas mengambil kira sentimen orang ramai dan juga maklum balas yang diterimanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan penangguhan terhadap rancangan Sime Darby untuk memulakan perundingan dengan Menteri Kewangan Diperbadankan bagi membeli 51 peratus kepentingan dalam IJN.

IJN diurus oleh IJN Holdings Sdn. Bhd., dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dalam kenyataan yang sama berkata, pihaknya menghormati kehendak rakyat negara ini supaya IJN kekal dalam bentuk yang sedia ada.

Beliau berkata, ''Kami percaya pelaburan berterusan dalam penjagaan kardiovaskular penting kerana ia adalah punca utama pesakit dimasukkan ke hospital dan menjadi salah satu punca utama kematian di Malaysia.

''Perkongsian dengan IJN sekiranya terlaksana akan menguntungkan kami, IJN, pemegang kepentingan dan juga orang ramai, dan bersandarkan hakikat itu kami telah mengemukakan cadangan pembelian ekuiti itu kepada kerajaan.

''Tetapi, kami sebagai sebuah syarikat yang mana pemegang sahamnya mewakili lebih 10 juta rakyat negara ini, menghormati hasrat mereka supaya (status) IJN dikekalkan seperti mana adanya,'' kata beliau lagi.

Sime Darby menjelaskan, pada Ogos lalu, pihaknya telah memaklumkan kepada kerajaan tentang hasratnya memiliki kepentingan IJN kerana melihat kepada faedah meluaskan skop dan skala operasi Sime Darby Healthcare, sebuah cabang operasi penjagaan kesihatan Sime Darby dan IJN.

Jelasnya, semasa memajukan cadangan itu, Sime Darby menyedari peranan IJN dalam menyediakan rawatan perubatan yang cemerlang pada harga berpatutan, terutama kepada golongan pesara, berpendapatan rendah dan miskin.

Katanya, cadangan pemilikan IJN adalah memastikan rakyat tidak dipinggirkan daripada menerima rawatan kesihatan berkelas dunia dan juga menjamin mereka yang berkenaan termasuk juga golongan pendapatan rendah dan sederhana terus menikmati perkhidmatan seperti mana sebelumnya tanpa ada perubahan.

Berdasarkan cadangan dan jaminan itu, kerajaan memberikan 'lampu hijau' kepada Sime Darby untuk melaksanakan kajian berhemat ke atas IJN dan menyediakan pelan perniagaan bersepadu yang perlu diperakui lebih dahulu oleh Kementerian Kewangan sebelum Sime Darby dibenarkan menguasai kepentingan berkenaan.

Ahmad Zubir kekal optimis dengan prospek sektor penjagaan kesihatan dan akan terus mencari peluang untuk mengembangkan sektor berkenaan, sekali gus menjadikan Sime Darby sebagai penyedia penjagaan kesihatan standard di rantau ini.

ZIONIS KEJAM @ ISRAEL LAKNATULLAH VS UMAT ISLAM BERPECAH

2 Komen!!!
MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.

------------------------------------

Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.

Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.

Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.

.

Selasa, Januari 06, 2009

Pertandingan tiga penjuru di K. Terengganu

4 Komen!!!
06/01/2009 1:15pm

Calon Barisan Nasional bagi parlimen Kuala Terengganu, Wan Farid wan Salleh (tengah) bersama calon Pas, Wahid Endut dan calon bebas, Azharudin Mamat (kanan) pada majlis penamaan calon yang akan bertanding dalam pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini di Kuala Terengganu

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA TERENGGANU 6 Jan. – Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Bebas.

BN yang diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.13 pagi.

Calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut pula menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.18 pagi.

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.58 pagi.

Pengumuman pengesahan pertandingan tiga penjuru itu diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya, Datuk Mat Razali Kassim pada pukul 11.28 pagi. - Utusan

Isnin, Januari 05, 2009

ISRAEL, OBAMA DAN PAKATAN RAKYAT SAMA SAHAJA..

3 Komen!!!
Ramai yang tergamam melihat kekejaman Yahudi dan Israel Laknatullah terhadap pembunuhan rakyat Palestin.

Pada masa kemenagan Obama semua meraikannya... kini Bakal Presiden Amerika Barack Obama tidak akan mengubah pendirian Amerika Syarikat menyokong Israel walaupun rejim Zionis itu secara nyata telah bertindak kejam terhadap Palestin, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Israel sebenarnya memerintah dunia melalui proksinya kerana tiada calon presiden Amerika termasuk Barack Obama yang berani mengatakan bahawa mereka tidak menyokong Israel.

“Malah orang kanan Obama, Joseph Biden, secara terbuka telah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Czarist. Jadi anda boleh bayangkan dasar luar negara Obama pada masa hadapan,” katanya pada satu sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini bagi mengulas kekejaman Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak seminggu lepas hingga menyebabkan hampir 500 penduduk Palestin di situ terbunuh.

Czarist mengamalkan konsep penjajahan atau penaklukan dalam pemerintahan mereka, sama seperti konsep penaklukan yang diamalkan oleh rejim Israel terhadap Palestin ketika ini.

Mengulas mengenai tragedi di Palestin dan sokongan Amerika terhadap Israel, Dr. Mahathir berkata seluruh dunia perlu bersatu menyatakan pendirian dan tentangan terhadap pendirian Amerika yang masih tidak mahu berganjak daripada terus menyokong Israel walaupun dikutuk oleh semua pihak.

Hakikatnya begitulah... harapan rakyat dan masyarakat dunia melihat perubahan apabila Obama menjadi presiden namun ianya hanyalah mimpi ngeri yang menjadi kenyataan.

Dan hal ini juga boleh dikaitkan dengan Malaysia yang mengharapkan perubahan.. namun mimpi ngeri yang mereka hadapi...... seperti orang Melayu di Selangor, Perak, Pulau Pinang.... satu persatu hak dan keistimewaan Melayu dan Islam dicabut secara terancang oleh Pakatan Rakyat..

Kezaliman dan keangkuhan Pakatan Rakyat yang sama seperti Israel dan Osama yang menggunakan nilai universal seperti samarata dan keadilan telah mencabut satu persatu segala terancang hak dan keistimewaan kaum Melayu dan Umat Islam dan tidak dapat disanggah lagi kerana PAS yang diharapkan untuk mempertahankan Islam hanya mampu berdiam diri dan senyap seribu bahasa apabila diserang oleh DAP dan PKR.

Perjuangan PAS selama lebih 50 tahun untuk menubuhkan negara Islam menegakkan undang-undang Islam kini tinggal kenangan..

Sangat memalukan apabila bukan sahaja Hudud tetapi untuk mengusulkan pengharaman arak sahaja tidak berani... Suara yang suatu masa dahulu lantang untuk mengharamkan kilang arak dan tempat perjudian kini senyap seribu bahasa....


Jadi bagaimana wahai penyokong PAS dan pengundi Kuala Terengganu... adakah mahu bersekongkol dengan sibacul PAS ini....

Jumaat, Januari 02, 2009

Dr Syed Azman lebih layak menjadi calon PAS Kuala Terengganu.

5 Komen!!!
Semua Calon yang disebut-sebut untuk menjadi Calon PAS Kuala Terengganu tidak terpilih... apa telah terjadi?

Calon Nik Aziz - Mat Sabu tidak terpilih

Calon Haji Hadi - Dr Syed Azman tidak terpilih

Dan Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu, Mustafa Ali (cikgu pa) juga tidak terpilih...

Nampaknya pemilihan calon PAS kini mengecewakan banyak pihak samada Mat Sabu dan penyokongnya, Dr Syed Azman dan penyokongnya dan juga Cikgu Pa dengan penyokongnya....

Nampaknya ADUN Wakaf Mempelam sejak lima penggal yang lalu masih dipilih oleh Pemimpin PAS untuk menjadi calon PAS Kuala Terengganu.

Terdapat cakap-cakap kedai Kopi bahawa sebenarnya yang paling layak untuk menjadi calon PAS Kuala Terengganu ialah Dr Syed Azman dan jika beliau bertanding peluang untuk menang semakin besar iaitu 60/40. Namun jika Abdul Wahid pula peluangnya hanya 50/50 kerana pengundi sangat mengenali beliau dan prestasinya..


Ramai juga yang mempersoalkan pemilihan ini, persoalannya jika dengan meletakkan Dr Syed Azman peluang kemenangan semakin besar, jadi kenapa tidak meletakkan beliau? apakah terdapat pihak yang hendak mencantas Dr Azman untuk menjadi pemimpin PAS Kuala Terengganu atau pusat pada masa akan datang?

Dengan ketokohan Dr Syed Azman, pengundi mula mempertikaikan calon PAS ini
.

Namun sesuatu yang PAS terlupa.. apabila terlalu lama menjadi calon... biasanya calon / ADUN tersebut tidak produktif.

Mengikut sumber dan penyokong PAS Wakaf Mempelam sendiri mempertikaikan pemilihan Abdul Wahid Endut berikutan prestasi yang semakin menurun. Beliau kini banyak menerima rungutan oleh rakyat Wakaf Mempelam kerana tidak mesra pengundi. Beliau juga didakwa tidak menghiraukan masalah dan aduan pengundi dalam kawasan dan juga sukar dijumpai oleh pengundi. Selain itu juga Abdul Wahid juga dikatakan suka tidur dalam Dewan Undangan Negeri.

Dengan kata lain, jika pengundi Wakaf Mempelam pun yang telah lima penggal diwakilinya merungut mengenai prestasi ADUN ini apa akan terjadi kepada permasalahan pengundi di Kuala Terengganu pada masa akan datang.

Perkara ini boleh disahkan oleh pengundi kawasan Wakaf Mempelam dan kawasan sekitarnya. Jika pengundi Wakaf Mempelam pun tidak terjaga apatah lagi di kawasan yang lebih besar iaitu di Parlimen Kuala Terengganu.

Seelain itu bagi memastikan kemenangan PAS ini, mereka akan mengharapkan kesetiaan penyokong mereka jika tidak mereka akan tewas. Namun kita mengetahui bahawa pemilihan PAS pusat akan diadakan pada tahun ini (2009). Inilah masanya pihak tertentu membuat percaturan bagi menaikkan atau menghapuskan nama tertentu. Di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu nama Dr Syed Azman telah dikorbankan.

Perlu diingat ialah setiap calon ini mempunyai kekuatan dan pengaruh mereka sendiri, jika mereka berasa kecil hati dan dipinggirkan kemungkinan mereka 'lepas tangan'. Mungkin mereka manafikan tetapi di hati kecil mereka pasti timbul perkara seperti ini.

Rambut sama hitam, hati tiada siapa pun tahu...

WAHID ENDUT CALON PAS?

2 Komen!!!
... WAHID ENDUT MUNGKIN TERMENUNG MEMIKIRKAN NASIB PAS YANG DITIPU SETERUNYA DALAM PAKATTIPU RAKYAT

1. PAS yang ketandusan calon untuk meneruskan agenda kemunafikannya dan kedayusan perjuangannya di Kuala Terengganu, memilih YB Wahid Endut ( ADUN Wakaf Mempelam ) sebagai calonnya untuk PRK P.036 Kuala Terengganu.

2. Wahid Endut, walaupun bukan calang-calang orang di Kuala Terengganu, sebenarnya bakal membawa agenda kejatuhan yang PAS alami sekarang. Dalam pilihanraya Umum yang lalu Wahid telah menewaskan calon BN, Othman Awang dengan kelebihan 2,193 undi. Mungkin ini yang dipertaruhkan PAS.

3. PAS mengambil kesempatan dengan kedudukan Wahid di Kuala Terengganu sebagai ADUN, selain daripada kelebihannya sebagai anak tempatan yang berpengaruh di Wakaf Mempelam. Selain daripada pengalamannya sebagai bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

4. Menurut sumber yang boleh dipercayai, telah berlaku perbezaan pendapat di antara 2 Tuan Guru dalam PAS. Nik Aziz dan Hadi Awang mempunyai calon masing-masing. Nik Aziz mahukan Mat Sabu atau Syed Azman, dan Hadi mahukan Wan Mutalib atau Mustafa Ali. Tapi akhirnya calon yang tiada dalam senarai menjadi pilihan PAS

5. Khabarnya juga, dalam PRK ini PAS terpaksa tanggung perbelanjaan sendirian??? mengapa agaknya yer?? mungkin Parti Budak Milo ini didenda kerana degil untuk adakan juga agenda Hudud dalam Pakattipu Rakyat ???????

6. Untuk rekod, dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wahid Endut sendiri mengaku bahawa sepanjang 1999-2004, tiada pembangunan yang dibawa oleh PAS ke dalam negeri Terengganu.
(Klik di sini)

7. Nampaknya Wahid Endut sendiri nampak segala dusta PAS sewaktu memerintah Terengganu, dan beban dosa itu sekarang bakal diletakkan ke bahunya untuk digalas berjuang dai Kuala Terengganu. Wahid kenalah sediakan satu mesin penyedut ludah untuk menjaga perjuangan politiknya oleh sebab sejak PRU-12 yang lalu Pakattipu Rakyat banyak menyembur ludah janji-janji kosong.

APAPUN, SELAMAT BERJUANG KEPADA KEDUA-DUA PIHAK LAWAN. ALLAH AKAN SENTIASA MENOLONG YANG HAK DAN MERUNTUHKAN IDEOLOGI PIHAK YANG BATIL.

Khamis, Januari 01, 2009

PAS KETANDUSAN ISU - AKTIVITI KELUARGA DIPOLITIKKAN

1 Komen!!!
Kita mungkin biasa melakukan aktiviti bersama keluarga beriadah, menyanyi, berkelah, berjoging dan sebagainya... nampaknya aktiviti ini juga menjadi isu pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, nampaknya macam dah tiada sangat isu puak PAS ni....

Memang lumrah penyokong dan pemimpin PAS ambil hukum sekerat - sekerat..... jadi ambil gambar pun sekerat sahaja... tak mabil gambar penuh!

Dah lah Hudud dan hukum Islam PAS hancur lebur dikerjakan Pakatan Rakyat dan DAP.... sekejap ada, sekejap tak de, sekejap tangguh, sekejap batal, kata depan penyokong PAS lain, kata depan DAP lain, kata depan bukan Melayu lain, katan depan Melayu lain....

Habis tipu belaka.... wahai pemimpin PAS! ... cukup dah tipu rakyat wei.....

Yang benar ....


Yang palsu ....


Aktiviti Keluarga ....


Dari Kiri :

Wan Amir Faizi Bin Wan Nor Azman
Wan Jihana Amirah Binti Wan Nor Azman

Belakang :

Wan Nor Azman Bin Wan Salleh
Fuzianna Binti Ibrahim
Wan Hisham Bin Wan Salleh
Mohd Nasihuddin Abdullah

Semoga dirahmati Allah.
Hidup UMNO..!! Allah Huakbar..!!

Sumber : Tranungkite, Perak Bangkit

Kongsi Link Anda