Popular Today

Selasa, Ogos 26, 2008

TERKINI DI PERMATANG PAUH.... 3.00 ptg

2 Komen!!!
Secara umumnya di semua Daerah Mengundi suasana pembuangan undi agak panas, namun tiada kejadian tidak diingini yang erlaku setakat ini. Pihak keselamatan telah meningkatkan pemantauan dan rondaan serta kawalan bagi memastikan pengundian berjalan lancar.

Namun disebabkan kenderaan yang banyak menyebabkan trafik yang sesak menyebabkan kawasan ke tempat pengundian.

10.50 pg

Seorang penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan polis selepas dipercayai cuba mengapi-apikan penyokong parti itu di kawasan bawah jejantas di Seri Penanti, jam 10.50 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Superintendan Shaharon Anuar Abdul Latif, berkata lelaki berusia 22 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 186 kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas

11.00 pg

Terdapat laporan petugas pembangkang telah mengugut pengundi dari keluar mengundi dengan kapak di Taman Guar Perahu, Penanti.

11.45 pg

PKR dijangka akan mecetuskan huru-hara di Daerah Mengundi Permatang Tengah dan kawasan sekitar dengannya lebih kurang jam 3.00 ptg bagi menghalang pengundi keluar mengundi pada waktu tersebut.

1.00 ptg

Di Daerah Mengundi Bukit Indera Muda, kerani SPR dikatakan telah mengarahkan warga Emas khasnya wanita untuk memangkah calon no.2 iaitu DSAI. Ini adalah hasil rungutan warga emas terbabait yang keluar dari tempat pengundian tersebut.

3.00 ptg

Jalan di seluruh Pematang Pauh sesak, pihak PKR sedang membuat kesesakan dengan perarakan dan sorakan kemenangan walaupun masa pegundian belum ditutup.

MALAYSIA KEKAL NEGARA SEKULAR : PRINSIP PAKATAN RAKYAT ??

2 Komen!!!
Saya sebenarnya tertarik dengan satu artikel di halaman tranungkite, saya cuma berharap ramai lagi penyokong PAS yang berfikiran seperti beliau. Sememang PAS ditipu dan dibohong oleh DAP. Inilah hakikatnya!!!

Saya berharap agar mereka yang dapat berfikiran seperti ini dapat lagi menyeru kepada rakan-rakan mereka orang Islam bahawa mereka telah ditipu oleh sikafir Laknatullah.

Di sini saya telah memetik beberapa perkara dalam artikel tersebut.

Oleh Tantawi08 tranungkite.net

Saya tidak hairan apabila Lim Guan Eng kembali menegaskan dasar perjuangan partinya DAP, bahawa mereka menentang keras siapa sahaja yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sewaktu merasmikan Kongres parti itu baru - baru ini .

Kita sedia maklum sikap DAP dan sikap itulah yang membuatkan DAP memilih untuk keluar dari Barisan Alternatif seketika dahulu. Malah sewaktu kita bertahalluf dengan PKR membentuk Barisan Rakyat dan Barisan Rakyat menerima persefahaman dengan DAP melalui PKR sebelum dan semasa kita menghadapi pilihanraya umum ke 12 baru - baru ni pun kita sedar bahawa DAP mempunyai sikap dan prinsip sedemikian .

DAP ANTI NEGARA ISLAM

Kita sedar DAP sememangnya anti Negara Islam dan mereka sangat terkesan dengan Islamphobia terutama selepas insiden World Trade Centre . Kita tidak terperanjat atau hairan dengan sikap dan prinsip mereka memandangkan mereka adalah non muslim yang tentunya tidak memahami secara mendalam apakah asas dan matlamat Islam agama suci yang diwahyukan ini . Dari persefahaman ini , kejayaan ditempa dalam PRU yang lalu .

Selepas kemenangan dicapai maka Barisan Rakyat di up grade sebagai Pakatan Rakyat ( PAKATAN ) . Usia PAKATAN barulah setahun jagung malah tak sampai pun setahun . Dalam usia sebegini, harapnya agar semua pihak saling menghormati setelah menyedari bahawa ideologi antara komponen PAKATAN adalah berlainan arah . Apalagi yang boleh menjadi sendi kukuh untuk PAKATAN melainkan semangat bermesyuarat dan saling menghormati dasar atau prinsip perjuangan masing - masing .

Tapi saya lihat , sejak awal DAP tak sudah - sudah melemparkan wasangkanya kepada PAS sehingga satu peringkat membawa kepada pertelingkahan antara Karpal Sigh dengan Tok Guru Nik Aziz seketika dulu . Malah dalam blog Lim Kit Siang pun tak mudah juga mereka menyerang peribadi Tok Guru Hj. Hadi sehingga jubah Tok Guru turut dipertikai .

Tapi apa yang menghairankan saya ialah apabila Lim Guan Eng sewaktu merasmikan Kongres Kebangsaan DAP bagi kali ke 15 pada 24 ogos yang lalu telah mengeluarkan kenyataan yang sangat mengelirukan malah menggusarkan saya . Saya tidak tahulah orang lain , apakah mereka juga turut gusar dan bimbang .

Tetapi saya terasa kegusarannya . Bukan kerana ucapannya yang ingin menentang usaha untuk menegakkan Negara Islam oleh mana - mana pihak dan bukan juga kerana sikap anti Negara Islam yang kembali mereka luahkan dalam Kongres baru - baru ini . Kerana itu adalah Kongres mereka dan mereka berhak untuk bercakap apa sahaja tanpa kita berhak untuk campur tangan . Yang ini memang saya sedia maklum dan sedia mengambil langkah berhati - hati sejak dulu . Tetapi yang menggusarkan saya ialah apabila Lim Guan Eng menyebut dalam sidang akhbarnya selepas itu , bahawa DAP Komited memegang 4 prinsip yang disepakati komponen PAKATAN iaitu salah satunya mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular . 4 Prinsip yang disepakati ?

Antaranya ialah mengakui Malaysia akan Kekal sebagai sebuah negara Sekular ? Persoalan yang timbul dalam kepala saya ialah benarkah ada kesepakatan seperti ini ? kalau benar , siapa pula yang mewakili PAS untuk setuju dengan prinsip seperti itu ? Mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular adalah bertentangan pula dengan dasar dan prinsip perjuangan PAS .

Kalau ada yang berbincang dan bersetuju pula dengan prinsip sedemikian dalam PAKATAN , saya kira ini lebih teruk dari isu muzakarah , sebab jelas ianya bertentangan dengan dasar dan prinsip perjuangan yang kita perjuangkan selama ini . Apa yang pasti jika ada kesepakatan terhadap prinsip seperti itu ( Mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular ) , ianya diluar pengetahuan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi selaku Presiden parti.

Apakah keputusan PAS untuk memperkukuhkan PAKATAN ini tidak sampai ke pengetahuan Lim Guan Eng atau sememangnya sampai tetapi enggan difahami secara jujur oleh beliau ? Akhirnya , saya juga ingin bertanya kenapa beliau ( Lim Guan Eng ) sukar berlunak dengan PAS setelah PAS mengorbankan segalanya untuk membolehkan tenaga dan perasaan ahli - ahli PAS menerima DAP sebagai rakan dalam PAKATAN . Bukankah Lim Guan Eng sering menyebut bahawa beliau ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Omar bin Abdul Aziz ? Bukankan Khalifah Omar bin Abd Aziz itu adalah khalifah Islam yang memerintah sebuah Negara Islam ? atau ada apa dengan ungkapan ingin mencontohi Khalifah Omar ini ?

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi
Nota :Penulis adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

SELAMAT MENGUNDI PERMATANG PAUH

0 Komen!!!
Masa berkempen telah tamat jam 12.00 tengah malam tadi.

Kepada pengundi Permatang Pauh, selama tempoh berkempen 10 hari diharap dapat membuat penilaian, pertimbangan dan keputusan sebijaknya dalam memilih calon Ahli Parlimen mereka.

Lihatlah kepada rekod bekerja calon, rekod bekerja parti yang diwakilinya serta perjuangan yang konsisten terhadap kepentingan agama, bangsa dan negara. Bukannya terhadap kepentingan individu tertentu yang bersekutu dengan DAP Laknatullah yang akan menghancurkan asas kemerdekaan Tanah Melayu iaitu perkongsian kuasa yang berasaskan dasar hormat menghormati serta toleransi berpolitik dengan melihat latar sejarah sesebuah negara bangsa.

Oleh itu undilah dengan bijak, bukan dengan emosi dan fanatik tetapi unti dengan hati dan akal yang terbuka.

UNDILAH BARISAN NASIONAL DEMI KESINAMBUNGAN SEJARAH BANGSA YANG MERDEKA.

Anwar Tertekan Berhadapan Dengan Tuduhan Liwat

0 Komen!!!
BUKIT MERTAJAM, 26 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan kelihatan tertekan dengan menggunakan pelbagai taktik untuk mempertahankan dirinya.

Hari Ahad, beliau menggunakan Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi dalam kempen pilihan raya Parlimen Permatang Pauh untuk mendakwa sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari pada 15 Ogos lepas tidak sah di masjid itu dan tidak boleh diterima pakai.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari Isnin pula berkata imam itu yang menjadi saksi kepada sumpah tersebut tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fekah, selain hanya berjawatan pegawai rendah.

Wan Zahidi berkata beliau bimbang kenyataan imam itu yang bersifat peribadi boleh menimbulkan kekeliruan umat Islam.

Sebelum ini Anwar turut menggunakan nota perubatan Mohd Saiful Bukhari di hospital swasta Pusrawi untuk mempertahankan bahawa bekas pembantunya tidak diliwat oleh beliau.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican hari ini berkata rakyat tidak boleh buat kesimpulan seseorang itu menjadi mangsa salah laku seks hanya daripada pemeriksaan awal kerana ia memerlukan pemeriksaan lebih terperinci.

"Tolong jangan terpengaruh dengan apa yang didakwa sebagai laporan perubatan ini kerana ia tidak lengkap. Pertama sekali kita tidak tahu sama ada laporan yang tersiar dalam risalah itu sahih atau tidak. Laporan perubatan perlu disahkan," katanya.

Pada Sabtu lepas Pengurus Besar Hospital Pusrawi Wan Mahmood Wan Yaakob berkata hospital itu tidak bertanggungjawab terhadap penyebaran meluas laporan pemeriksaan perubatan yang dibuat pada 28 Jun lepas ke atas Mohd Saiful Bukhari yang bukan berkaitan liwat oleh seorang pegawai perubatan klinik kemalangan kecemasan hospital itu.

Malah Anwar sebaik Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur pada 28 Jun lepas telah melarikan diri awal pagi 29 Jun ke kediamana rasmi Duta Turki di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

29 JUN: Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Anwar telah menyembunyikan diri kerana mendapat ugutan untuk membunuhnya sejak seminggu lepas dan beliau sedang berbincang dengan peguamnya untuk mendapatkan suaka polilik untuk Anwar.

30 JUN: Selepas bersembunyi di kediaman rasmi Duta Turki selama 26 jam Anwar kembali ke kediaman beliau yang diiringi keluarganya pada pukul 6.45 petang.

9 JULAI: Anwar mengadu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bahawa beliau telah difitnah oleh bekas pekerjanya itu tetapi mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 atas nasihat beberapa orang ulama yang turut menasihatkan beliau supaya tidak melakukan sumpah mubahalah.

14 JULAI: Anwar gagal hadir seperti dijanjikan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung dakwaan liwat oleh bekas pembantunya terhadap beliau.

16 JULAI: Anwar ditahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat dan ditahan reman selama sehari. Beliau turut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.

17 JULAI: Anwar dibebaskan dengan jaminan polis selepas polis mengambil keterangan daripadanya berhubung dakwaan kes liwat.

31 JULAI: Dr Wan Azizah umum letak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh bagi memberikan laluan kepada Anwar bertanding.

7 OGOS: Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari dan dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Beliau dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap Mohd Saiful Bukhari.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu, Anwar menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat.

16 OGOS: Anwar mencalonkan dirinya bagi mewakil PKR pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos.

Beliau ditentang oleh Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat.

-- BERNAMA

Kongsi Link Anda