Selasa, September 30, 2014

PAS harus keluar PR kerana bersalah atas isu MB selangor - LENSA

1 Komen!!!
bendera-pakatanm-1
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu.
NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.
“Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.
“Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan.
“Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR,” katanya selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Lensa semalam berkata PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR.
Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor.
Koordinator Lensa Ekhsan Bukharee berkata, PAS menjadi faktor utama menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir 5 bulan sedangkan konflik ini boleh diselesaikan lebih awal jika PAS menghormati semangat setiakawan menyokong calon menteri besar yang dipersetujui PKR dan DAP.
Katanya, hubungan sesama komponen PR juga menjadi tidak menentu apabila terdapat pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan terbuka merugikan PR.
“Lensa khuatir jika pertembungan dalam PR tidak diurus segera, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS. Ini berikutan tanggapan umum terhadap PAS yang dilihat membelakangkan semangat Pakatan.
“Dalam empat siri forum yang dijalankan, 33 soalan diajukan penonton kepada ahli panel. Hasilnya 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap PAS dalam krisis Selangor.
“Analisis juga menunjukkan semua soalan diajukan penonton bukan Islam mempertikai sikap PAS sepanjang konflik berlaku,” katanya kepada pemberita yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Lensa Safwan Anang.
Ekhsan berkata, PR perlu sentiasa memperkukuh persepakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pakatan pembangkang yang kuat akan melahirkan kerajaan yang lebih prihatin dan telus dalam pemerintahan.
Katanya, PR begitu longlai dalam menangani keghairahan kerajaan menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin utama PR sendiri disabitkan dengan akta drakonian tersebut.
"Sebagai contoh, dalam masa PR terheret dengan konflik dalaman yang berpanjangan dan kelihatan lemah, tempoh tersebut digunakan pihak berkepentingan untuk menganiaya pemimpin politik dan aktivis rakyat menggunakan Akta Hasutan,” katanya, lapor TMI.

AB : nampaknya bagi mereka PAS ni hanyalah sesuai sebagai pak turur sahaja.. apa yang dituduh terhadap PAS menunjukkan mereka tidak tahu hormat kepada PAS.. LENSA ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah ajen pihak tertentu dalaman PR untuk menghentam PAS khasnya golongan ulama dalam PAS yang menjadi batu penghalang kepada cita-cita PR.. 

Misteri kipas jijah terjawab!!

0 Komen!!!


Nampak tu?? apa gunanya kipas jijah tu? 
bagaimanalah boleh jadi wakil rakyat tapi kena panas sedikit pun x boleh??

sampai terpaksa tutup muka dengan kipas..
tahniah le orang Kajang.. 


Lagi fitnah jahat ke atas kerajaan Negeri Johor!!

0 Komen!!!


Kerajaan  Negeri Johor mahu pemaju Forest City supaya mematuhi Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)  dan hidraulik sebelum membangunkan projek di Tanjung Kupang, Gelang Patah itu. Ini penting bagi memastikan kebimbangan rakyat seperti isu alam sekitar diberi perhatian sepenuhnya dan segala peraturan yang ditetapkan di negara ini dapat dipatuhi.

Kerja penambakan bukan sesuatu yang asing kerana banyak negara dan negeri yang melakukan tambakan termasuk Singapura juga telah lama melakukannya. Kita juga belajar dari Singapura.

Ada penulisan penulisan jahat menyebarkan khabar angin tidak berasas kononnya sebanyak 10 padang golf akan dibina di atas tanah penduduk .


"Ini tidak benar dan Kerajaan Negeri tidak pernah bersetuju tanah orang kampung diambil bagi membina padang golf seperti didakwa."

Saya juga memberi jaminan bahawa tidak ada tanah penduduk kampung akan diambil untuk tujuan pembangunan projek tersebut.

Mohamed Khaled Nordin

Kongsi Link Anda