Khamis, Disember 13, 2012

Salon : Islam tewas di Kelantan

4 Komen!!!
KOTA BHARU 12 Dis. - Setelah lebih 21 tahun melaksana dan mempertahankan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, Kerajaan Pas Kelantan akhirnya 'mengalah' atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya yang semakin dekat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri memutuskan menangguhkan serta-merta penguatkuasaan semua syarat lesen kedai gunting rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang membabitkan masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata, penangguhan itu termasuk kompaun yang telah dikeluarkan sebelum ini, bermaksud penggunting rambut bukan Islam boleh menggunting rambut pelanggan bukan Islam berbeza jantina





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121213/po_07/Salon-Pas-akhirnya-mengalah#ixzz2Eshm9BN0
© Utusan Melayu (M) Bhd


Kongsi Link Anda