Popular Today

Isnin, September 06, 2010

Azmin mula pancung Zaid Ibrahim

0 Komen!!!
Azmin pembunuh anak-anak Ibrahim.. Khalid Ibrahim berjaya dijatuhkan dan kini giliran zaid Ibrahim.. mungkin selepas ni giliran Anwar Ibrahim pula dijatuhkan oleh Azmin..

PKR kini sedang berperang sakan untuk merebut jawatan dalam kepimpinan PKR.. apa yang berlaku dalam PKR kini adalah lebih teruk daripada pemilihan UMNO.. fitnah memfitnah mula merebak bagaikan tidak terkawal.

Perang mulut secara terbuka sudah bemula.. Azmin Vs Zaid.. semua mengeluarkan kenyataan melalui media... may the best man win...

Semalam kenyataan Zaid Ibrahim Alkataki yang menyebut ada pihak sudah cuba membunuh karier politik beliau apabila beliau umumkan untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR [rujuk sini]. sampaikan ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat.

Begitulah yang disebut oleh zaid Ibrahim Alkataki, barulah beliau tahu politik PKR lagi dahsyat daripada UMNO. Mungkin Zaid Ibrahim terlupa tentang siapa PKR sebenanrya.. semuanya hanya pentingkan jawatan semata-mata.. kini perpecahan semakin ketara dalam kepimpinan.. Apatah Azmin telah mengambengkag sayapnya.. dan hari ini beliau dah berjaya melobi 20 Ahli Parlimen PKR untuk menyokong beliau bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR.. Ini adalah isyarat jelas supaya zaid undur atau dibunuh.. Dalam pemilihan PKR ini apa yang jelas Syed Husin telah dicincang awal-awal oleh Azmin..

Bukan sahaja Syed Husin Wan Azizah juga akan ditendang keluar supaya duduk jaga rumah... itulah sebahagian pendedahan Zaid Ibrahim..

Hakikatnya PKR hanyalah parti oputunis semata-mata sebab tu masa Zaid masuk jadi wira.. itupun hakikatnya sebab PKR nak duit Zaid je... lepas tu peranannya adalah untuk serang UMNO dan institusi kehakiman.. tapi kini takkanlah orang baru masuk setahun jagung dalam PKR nak rebut jawatan dalam kepimpinan tinggi PKR.. Zaid ingat dia banyak duit tu dah cukup jamin dia mendapat jawatan dalam PKR.. inipun sebenarnya matlamat Zaid masuk PKR nak jadi orang no.1 parti..

Dia terlupa Azmin tu bukannya budak kecik.. orang paling rapat dengan Anwar Eljuburi.. semua rahsia Anwar dalam genggaman beliau..

Hakikatnya kedua-duanya calon yang rosak lagi merosakkan rakyat.. Zaid dan Azmin terkenal kerana faktor kewangan mereka yang banyak.. apa yang untuk ialah perwakilan.. Zaid nak menang dan azmin pun nak menang... mesti banyak tabur ni...

Kongsi Link Anda