Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Karpal Singh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karpal Singh. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 24, 2010

Tolak hudud dan Negara Islam : karpal-I'm Not ALone!!!

0 Komen!!!
Karpal membidas Nik Aziz dengan mengatakan ia tidak berseorangan menolak Hukum Hudud dan negara Islam bahkan bersama dia yang menolak ialah Lim Kit Siang dan Nik Nazmi, Pengarah Komunikasi PKR... dan mungkin tidak ketinggalan yang menolak hukum Hudud ialah Anwar aljuburi..

Lihat artikel penuh dibawah:
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh pada hari Isnin menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata penasihat DAP Lim Kit Siang juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya dalam kenyataan.

Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lepas bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Mursyidul Am PAS itu.

Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: " PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

"Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dan menurutnya beliau berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam.

Jadi tak cukup jelas lagi.. bapa lim Guan Eng pun tolak Hudud.. ni nak tanya Lim Guan Eng khalifah Pakatan Rakyat dan Aljuburi tentang pendirian beliau mengenai Hudud dan Negara Islam.. nak berlakon lagi ke... +

Jumaat, Mac 26, 2010

Jawablah Karpal!!

0 Komen!!!

Siapa tak kenal Sing Is king.. pemimpin DAP yang mulut celupar, anti Islam dan raja Melayu... Sekarang ini menjadi peguam kepada kes Liwat ANUwar ALjuburi setelah semua peguam Islam lari dari kes liwat ini...

Berikutan pendedahan Zulkifli Nordin, King karpal mencabar supaya mendedahkan pihak yang menawarkan tawaran lumayan... dan kalau berani sila buat laporan polis!!

Dengan nada bongkak, king Karpal berkata "Adakah dia rela dalam atau luar dewan untuk membongkar siapakah pihak ketiga ini?"

Namun kali ini King Karpal tersilap langkah, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga!!.. bahkan karpal pula yang dicabar!!!

Team AP Bebas Zulkifli Noordin, Zahrain Bayan Baru, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzil bersatu suara kini membentuk gerakan Anti Pakatan Aljuburi!!.

King Karpal perlu jawab!!!!

1. Jawab dulu kenyataan Wee Choo Keong (Wangsa Maju)yang menuntut King Karpal itu meminta maaf di atas kenyataanya yang mahu Aljuburi perlu bertaubat kerana mengkhianati rakyat. Selain mempertikaikan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) dan meminta Anwar meletak jawatan kerana menimbulkan masalah dalam pakatan pembangkang itu kerana menganjurkan Ahli Parlimen Barisan Nasional lompat parti.(bagi menjayakan Pelan 16 September)

3. Apakah pendirian Karpal berkaitan dengan Islam? Apakah dia masih berpendirian kalau mahu melaksanakan Islam, langkah mayat dia dulu seperti yang pernah dikatakannya dulu? Apa dah jadi dengan pendirian dia? Adakah body dia dah lembik atau dia dah jadi mayat hidup yang tidak mampu mempertahankan pendiriannya?

4. Apakah pendirian Karpal terhadap desakan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya rukun pertama dalam rukun negara ditukar daripada kepercayaan kepada tuhan, kepada kepercayaan kepada Allah.



5. Apakah pendirian Karpal mengenai kenyataan PAS yang menyatakan bahawa pemimpin DAP sudah insaf dan boleh terima Islam.

6. Kami juga nak tanya mengapa dia berdiam diri semasa Ahli Parlimen Bota, Datuk Nasaruddin melompat ke PKR? Kenapa dia tidak mengambil sebarang pendirian semasa itu tetapi hari ini buat pendirian nak cabar kami pula?"

7. Mengapa Karpal tidak mendesak Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang supaya mengambilaih jawatan Ketua Pembangkang jika dia benar-benar mempertahankan nilai-nilai demokrasi yang sering disebutkan.

Jawablah dulu karpal.. ada berani ke?

Selasa, April 28, 2009

Dakwaan menghasut - bantahan karpal ditolak

0 Komen!!!
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak bantahan awal Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya beliau dilepaskan daripada pertuduhan mengikut Akta Hasutan.

Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah, membuat keputusan itu selepas mendapati surat izin daripada Pendakwa Raya lengkap kerana ditandatangani sendiri oleh Pendakwa Raya dan bukan timbalannya.

"Dalam kes kita pada hari ini terdapat surat izin bertulis yang hampir sama dengan apa yang kelazimannya dikeluarkan untuk kes yang membawa hukuman yang lebih berat.

"Izin di dalam kes pada hari ini ditandatangani sendiri Pendakwa Raya. Dari segi nilainya ianya lebih tinggi kerana dipertimbangkan beliau sendiri bukannya oleh timbalannya," katanya.

Pada 17 Mac lalu, Karpal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut kata-kata menghasut berkaitan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada satu sidang media di pejabatnya di Tetuan Karpal Singh & Co, Jalan Pudu Lama di sini antara tengah hari dan 12.30 tengah hari 6 Februari.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. - Bernama

Khamis, Februari 26, 2009

Kerana mulut badan binasa

4 Komen!!!
Keceluparan YB Celaka ini di Sidang Dewan Rakyat benar-benar menguji kesabaran pergerakan Pemuda UMNO, setelah menuduh Pemuda UMNO sebagai celaka dan menuduh menghantar peluru hidup.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang ketika ahli parlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut. Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen tengahari tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

Ini ekoran tindakan YB Celaka dan Celupar itu berkata ''Ini sudah boleh jadi rekod dunia apabila saya mendapat 100 laporan polis dan dua butir peluru.

''Mengikut Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri jika memiliki satu peluru, kalau didapati bersalah boleh dihukum mati mandatori. Jadi di mana Pemuda UMNO celaka dapat dua peluru ini," katanya.

Sehubungan dengan YB Celaka ini telah dikepung oleh pergerakan Pemuda menuntutnya untuk meminta maaf.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tuduhan yang dilemparkan anggota parlimen satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

"Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang ahli parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran.

"Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam.

"Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan,"

Kata Aspirasi : setakat ini YB Celaka ini telah 2 kali menerima peluru hidup, namun tidak mati atau luka atau sewaktu dengannya pun. Malah semakin celupar dan biadap. Sewajarnya Karpal celaka ini ditahan bawah akta hasutan kerana sengaja provokasi dan menimbulkan kemarahan di antara kaum.

Rabu, Disember 24, 2008

Karpal: Nik Aziz’s move an expediency

0 Komen!!!
PETALING JAYA: The threat by Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – that PAS would implement hudud laws – is nothing less than a political expediency without considering the political reality in the country, Karpal Singh said.

The DAP chairman said the PAS spiritual leader also did not take into account the reasons given by DAP for objecting to the implementation of the laws in a multi-racial and multi-lingual country like Malaysia.

“Nik Aziz has asked for reasons we are objecting to the move. To start off, the Federal Constitution does not provide for an Islamic state from which could follow introduction of Islamic criminal laws like hudud.

“Next, PAS cannot afford to ignore the five-man unanimous decision of the Supreme Court, the highest court in the land, in 1988 that the country was not an Islamic state, but a secular state,” he said in a statement yesterday.

He noted that it was Tun Salleh Abbas, who was at one time a PAS state exco member in Terengganu, who headed the five-man panel of the Supreme Court which made that judicial pronouncement.

“The Federal Constitution is a sacred document which must be accepted and respected by everyone, including PAS. PAS leaders, including Nik Aziz, should not defy and continuously be in contempt of it when insisting on the implementation of hudud laws in the country.

“It is wrong for PAS, for political expediency, to crave for what is clearly against the national interest,” he added.

Sabtu, Ogos 23, 2008

DAP AKAN RAMPAS PWTC

0 Komen!!!
PWTC adalah lambang ketinggian maruah orang Melayu dan perhimpunan orang melayu.. kini mula di cabar dan rebut oleh orang Bukan Melayu, DAP Laknatullah.

Satu persatu hak orang Melayu akan di rampas. Dan yang akan di rampas ialah lambang kemegahan orang Melayu yang telah berjuang untuk memerdekakan negara 51 tahun yang lalu.

Setelah biadap dan mempersoalkan kuasa raja Melayu dan kini, DAP berikrar untuk maju selangkah lagi dengan objektif mengadakan mesyuarat tahunannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Objektif utama kami ialah untuk menawan dan mengadakan kongres kami di PWTC," kata pengerusi DAP Karpal Singh ketika berucap merasmikan Kongres Kebangsaan DAP ke-15 di sini Sabtu.

Karpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor menegaskan Malaysia ialah sebuah negara sekular. Beliau percaya hanya seorang yang dapat merapatkan jurang antara DAP dan PAS berhubung isu itu dan "orang" itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya percaya hanya Anwar boleh menjadi orang tengah antara PAS dan DAP. Beliau bukan lagi Anwar yang kita pernah kritik sebelum ini. Beliau kini Anwar yang sudah berubah dan saya percaya kepadanya," kata pemimpin pembangkang yang terkenal dengan kelantangannya itu.

Memang diketahui umum, PAS sering menyuarakan hasrat parti itu untuk mewujudkan sebuah negara Islam manakala DAP yang mahukan sebuah negara sekular bagi semua rakyat Malaysia, menentang hasrat PAS itu.

Beliau juga menegaskan DAP tidak akan berkompromi dengan prinsip asasnya dan menyatakan "perubahan yang dilakukan perlu berteraskan prinsip ini".

"Sudah jelas bahawa rakyat mahukan perubahan pada pilihan raya umum lepas dan DAP menegaskan perubahan yang dilakukan perlu berteraskan prinsip ini," katanya.

Adakah orang Melayu akan terus berpeluk tubuh, bumi yang dipijak kini akan dirampas oleh DAP dan sekutunya.

Percayalah apabila Pakatan Rakyat berkuasa, orang Melayu akan terus mengemis dan dihina di negara ini, meminta-minta bantuan dan pertolongan di bumi sendiri.

Isnin, Mei 12, 2008

Karpal kurang cerdik politik - Teng Chang Kim

0 Komen!!!
Karpal Singh memang hebat dikenali hebat dalam bidang Perundangan tetapi dari segi pendekatan politik, beliau memang agak ekstrem.

Kenyataan-kenyataan beliau yang popular dahulu seperti "langkah mayat aku dulu jika henadak tubuh negara Islam" dan kini "Rakyat bukan hidup lagi di zaman feudal" dan seterusnya mempertikaikan siapa yang menyediakan Teks yang dibaca oleh Yang DiPertuan Agong ketika Titah Perasmian Dewan Rakyat ke-12.

Hari ini, menurut laporan The Star , ahli Ekeskutif Pusat DAP dan Speaker Selangor, Teng Chang Khim menyifatkan Karpal Singh kurang cerdik dalam pendekatan poltik yang diambil khasnya mengenai isu pertikaian Karpal terhadap kuasa Sultan Perak yang berkaitan bidang Kuasa Sultan dan Hal Ehwal Islam.

Sebagaimana laporan the Star “Karpal Singh may be right in law, but this is not merely a legal question, it involves politics. Therefore, I disagree with the approach taken to openly challenge the royal intervention,” said DAP central executive committee member and Selangor Speaker Teng Chang Khim.

Walaupun begitu, Teng bersetuju bahawa MB Perak mempunyai kuasa untuk memindahkan Pegawai Kerajaan.

Tetapi Teng juga mengakui bahawa kuasa Institusi DiRaja, dimana Sultan ialah ketua agama Islam. Ini termasuklah hal ehwal politik dan agama.

Manakala Vateran DAP Lim Kit Siang, menolak untuk mengulas kenyataan Teng ini

Ibrahim questions silence of Malays Opposition MPs

0 Komen!!!
PASIR MAS: Datuk Paduka Ibrahim Ali questions why Malay members of Parliament from opposition parties are silent over the issue of Malay supremacy and the statement by Karpal Singh allegedly questioning the powers of the Perak Sultan.

However, DAP life adviser Dr Chen Man Hin sprang to Karpal Singh's defence, saying he was right in making his statement.

“The Malay MPs from PKR and DAP are silent when these issues are raised in Parliament,” claimed Ibrahim.

“Are they afraid to deal with it? Are they in cahoots since they are part of the Pakatan Rakyat alliance?” asked the independent MP from Pasir Mas.

He said the pin-drop silence from PKR and DAP had created suspicions.

“At least to a certain degree, senior leaders in PAS, such as Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, have presented their views,” he said.

Ibrahim felt that many MPs from the Opposition had gone overboard in questioning the sovereignty of the Malay rulers, and that they had not been duly reprimanded by their Malay leaders.

In light of the political developments, the Internal Security Act was needed to deter anarchy in the country, he added.

Dr Chen said it was legally correct for Bukit Gelugor MP Karpal Singh to say that the appointments in the state civil service are under the jurisdiction of the respective Mentris Besar and executive committees.

He said that since Karpal Singh had also said the full jurisdiction over religious and Malay custom matters was under the state ruler, he had not been disrespectful to the Perak Sultan.

“All the claims that Karpal Singh was disloyal are baseless and is the work of Umno plotting together with a few civil servants.

“It is an open secret that the civil service heads in Perak have been uncooperative and defiant of the state government,” Dr Chen said.

Laporan The Star 12/5/08

Sabtu, Mei 10, 2008

PRM: Lawan Karpal dengan hujah

0 Komen!!!
May 10, 08 11:04am
Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat bahawa isu kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai Sultan Perak dan teks ucapan Yang di-Pertuan Agong perlu ditangani secara bijaksana.

Presidennya, Hassan Abdul Karim berkata, ia boleh dilakukan dengan tampil berhujah secara rasional, berdasarkan undang-undang dan fakta sejarah, bukannya menekan dan menutup mulut Karpal dengan membuat laporan polis supaya tindakan diambil terhadapnya di bawah Akta Hasutan.

"Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Cepat atau lambat, Malaysia akan berdepan dengan isu-isu perundangan seperti yang dibangkitkan oleh Karpal," katanya dalam satu kenyataan.

"Apa faedah yang Malaysia dapat sekiranya Karpal didakwa di bawah Akta Hasutan dan kemudiannya, jika didapati bersalah, dicampak ke penjara, sedangkan isu yang beliau bangkitkan tidak dijawab dan diberi penyelesaian?" soalnya.

Katanya, PRM berpendapat bahawa apa yang dibuat oleh Karpal dan cara ia dilakukan, tidak semestinya betul dan apa yang beliau cakap tidak semestinya benar.

"(Bagaimanapun), kita jangan takut membicarakan isu-isu yang Karpal luahkan dan kerana itu mahu segera mulut Karpal ditutup dengan ancaman Akta Hasutan.

"PRM percaya, sudah sampai masanya kita memikirkan dengan serius tentang keperluan menubuhkan Mahkamah Perlembagaan di Malaysia," tambahnya.

Katanya, isu yang Karpal bangkitkan tentang apa yang berlaku antara Istana Perak dan menteri besarnya, berhubung pertukaran dan perlantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) adalah isu perundangan membabitkan bidangkuasa kerajaan negeri dan Sultan.

Rujuk pada perlembagaan

"Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia perlu dirujuk. Tidak cukup itu, amalan konvensyen perundangan yang digunapakai selama ini, juga perlu diteliti," kata Hassan.

Menurutnya, Karpal perlu diperingatkan bahawa negeri ini bukan negara demokrasi ala Amerika atau Perancis yang tidak beraja.

"Di Malaysia masih ada raja. Ada sembilan Raja-Raja Melayu di 13 negeri dalam Persekutuan Malaysia. Raja-Raja itu juga ada kuasa-kuasa yang tersurat dan juga tersirat dalam Perlembagaan negeri masing-masing dan juga Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan Persekutuan adalah atas nama Kerajaan Yang di-Pertuan Agong, manakala kerajaan negeri Perak adalah atas nama Kerajaan Sultan Perak.

"Dalam hal ini, maka kritikan Karpal terhadap tindakan Sultan Perak tidak semestinya tepat. Karpal mungkin silap dari segi perundangan tetapi adakah dia menghina Sultan?" soalnya.

PRM, tegas Hassan, percaya bahawa pihak-pihak tertentu tidak wajar dengan cepat menuduh seseorang itu menghina Sultan.

"Jika tanpa niat jahat tetapi demi kepentingan umum, seseorang itu perlu mempersoalkan sesuatu tindakan Sultan dari segi perundangan, maka ia tidak patut dianggap menghasut atau menghina.

"Kita perlu ingat, dalam semangat demokrasi, kita rakyat Malaysia mahu maju ke depan membebaskan diri kita dari belenggu sistem feudalisme. PRM menghormati sistem kenegeraan Malaysia waktu ini yang bersifat dualisme iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Laporan polis

"Raja Berperlembagaan berbeza dengan sistem raja mutlak. Justeru itu, PRM membantah tindakan Umno dan pihak-pihak tertentu yang cuba menggunakan Akta Hasutan atau ISA untuk menakut-nakutkan rakyat supaya jangan menyentuh bidangkuasa istana," katanya.

Hassan berkata, PRM berpendapat, pihak-pihak seperti Umno yang mahu mempertahankan status quo yang ada sekarang, supaya jangan menghabiskan masa membuat laporan polis terhadap Karpal.

Sebaliknya, tegas beliau, mereka boleh menjawab hujah Karpal dengan mengingatkan pengerusi DAP itu bahawa Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Malaya, dulunya dipanggil Tanah Melayu.

"Selepas 1957, ia digelar Persekutuan Tanah Melayu. Fakta sejarah menunjukkan sembilan negeri di Semenanjung yang masih ada Sultan dan Raja, tidak pernah terjajah secara terus di bawah Inggeris atau Jepun atau Belanda ataupun Portugis.

"Sebab itulah Sultan dan Raja-Raja Melayu masih ada kuasa hingga sekarang dan diiktiraf serta diperakui oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Oleh itu, katanya, Karpal tidak boleh mencabut kuasa yang ada pada Sultan dan Raja kalau rakyat Melayu masih mahukan Sultan dan Raja mereka terus berkuasa seperti yang ada sekarang.

"Hujah Karpal Singh sebenarnya boleh dikalahkan di Mahkamah Perlembagaan (jika ada) atau dalam pentas pendebatan perundangan pada bila-bila masa.

"Tidak perlu Akta Hasutan atau ISA digunakan untuk menutup mulut pengerusi DAP itu yang kelihatannya agak celupar dan biadap pada sesetengah orang. Hadapilah isu yang Karpal timbulkan dengan berani," tegas Hassan.

Laporan Malaysia Kini (10/5/08)

Karpal alone - queries DAP, Pakatan leaders' silence

0 Komen!!!
Fauwaz Abdul Aziz | May 10, 08 10:15am
Amidst the uproar from Barisan Nasional leaders over Karpal Singh’s remarks regarding Perak Sultan Azlan Shah’s order for a senior civil servant to be reinstated, the DAP chairperson has expressed surprise about the noticeable silence from his own party members.

The DAP boss is wondering why his own party leaders and Pakatan Rakyat coalition colleagues have not openly defended him over the sultan issue

Malaysia Kini (10/5/08)

Isu Karpal Pesongkan Perhatian Rakyat Terhadap Inflasi - Guan Eng

0 Komen!!!
PULAU PINANG, 9 Mei (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba memesongkan perhatian rakyat daripada isu inflasi dan kenaikan harga bahan makanan dengan mempolitikkan kenyataan pengerusi parti, Karpal Singh mengenai bidang kuasa Sultan Perak.

Beliau mendakwa kenyataan Karpal Singh itu digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar yang dihadapi negara iaitu soal ekonomi dan kebajikan rakyat.

"Adalah lebih baik bagi kita membincangkan mengenai perkara yang lebih penting dan berkaitan dengan kehidupan rakyat, iaitu soal beras dan harga barang. Adakah salah sebagai seorang peguam, Karpal memberi pandangan dari sudut undang-undang?" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di pejabatnya, di sini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata daripada pengamatan beliau, kerajaan BN tidak bersikap adil dan mengamalkan dasar berpilih dalam menghadapi isu kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Beliau hairan mengapa ketika anggota Umno membantah dan mempertikaikan pelantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu, tiada tindakan dan laporan polis dibuat sedangkan perbuatan itu jelas tidak menghormati keputusan Istana.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman pelbagai pihak terhadap Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, kerana mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan arahan penukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury ditarik balik.

-- BERNAMA 10/5/08

Jumaat, Mei 09, 2008

Melayu marah - PM. UMNO, lima ahli Parlimen, NGO buat laporan polis terhadap Karpal

0 Komen!!!
Oleh ARSHAD KHAN

LAPORAN POLIS... Tengku Adnan Tengku Mansor yang diarahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya membuat laporan polis terhadap Karpal Singh menyerahkan laporan itu kepada Asisten Supritendan Hafiz Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Shaifudin Mohd Nor

----------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 8 Mei –Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan UMNO membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh ekoran kenyataannya yang mempersoal bidang kuasa Sultan Perak.

Laporan itu telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini.

Presiden UMNO ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia Kelima (MIHAS) di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC) di sini menegaskan, laporan polis dibuat kerana tindakan Karpal mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Menurut beliau kenyataan Pengerusi DAP itu dalam isu berkenaan antara lain boleh dilihat sebagai menggambarkan bahawa sultan tidak tahu tentang tugas dan bidang kuasa mereka.

Katanya, justeru kenyataan itu jelas adalah satu bentuk hasutan dan dengan adanya laporan polis maka perkara itu akan dibawa kepada Jabatan Peguam Negara dan mahkamah untuk tindakan seterusnya.

“Setiausaha Agung UMNO diminta membuat laporan polis supaya kes ini dapat dibawa kepada Jabatan Peguam Negara dan mahkamah,” katanya.

Karpal sebelum ini mempertikaikan tindakan Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan penukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury yang disifatkan sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Karpal sehingga hari ini terus mempertahankan kenyataannya itu walaupun dikritik pelbagai pihak termasuk desakan supaya beliau meminta maaf.

Tidak cukup mengenai isu tersebut, Karpal juga dilaporkan sebagai turut mempersoalkan siapa yang menjadi penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ini mendorong beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) membidas tindakan pemimpin DAP itu yang disifatkan menghina institusi raja.

Tambah Perdana Menteri, kenyataan Karpal yang berunsur hasutan itu secara nyata telah menimbulkan kemarahan banyak pihak di negara ini.

“Malah saya telah diberitahu, bukan sahaja orang Melayu tetapi juga rakyat Malaysia lain, yang menghormati Perlembagaan berasa kesal dan amat marah dengan apa yang berlaku,” jelasnya.

Tengku Adnan ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, kenyataan yang dibuat oleh Karpal itu wajar disiasat dan diambil tindakan mengikut Seksyen 3(1)(a) atau (f) Akta Hasutan 1948 kerana dibuat di kawasan lobi Parlimen.

“Beliau turut mempersoalkan secara terbuka tentang budi bicara raja-raja Melayu di Terengganu, Perlis dan Perak sambil membuat ulasan keras bahawa raja tertakluk kepada undang-undang seperti rakyat biasa ekoran pindaan Perlembagaan tahun 1993.

“Ulasan tersebut seolah-olah memberi amaran kepada Sultan Perak dan raja-raja Melayu yang lain supaya tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri dan ini adalah satu penghinaan kepada raja-raja Melayu,” katanya.

Tambah beliau, Karpal masih perlu dikenakan tindakan walaupun Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury yang sebelum ini ditukar serta-merta telah dikembalikan ke jawatan asalnya.

“Soalnya sekarang, kenapa beliau membuat kenyataan seperti itu dari mula, adakah untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Karpal itu dibimbangi mampu mencetuskan sentimen perkauman di kalangan rakyat negara ini.

Turut membuat laporan polis terhadap Karpal hari ini ialah Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Laporan BNBBC dibuat oleh Penasihat Undang-Undangnya, Razali Ibrahim di Balai Polis Brickfields dengan diiringi empat lagi ahli Parlimen iaitu Dr. Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat), Datuk Mohamad Aziz (Sri Gading), Datuk Ismail Kassim (Arau) dan Ahmad Maslan (Pontian).

Laporan oleh BBPM pula dibuat oleh Pengerusinya, Osman Bakar di balai polis yang sama.

Sementara itu Perdana Menteri ketika diminta mengulas mengenai pendakwaan terhadap editor laman web, Raja Petra Raja Kamarudin di bawah Akta Hasutan, berkata, sesiapa pun tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

‘‘Kalau dah melanggar undang-undang, tentu akan ada tindakan terhadapnya .

‘‘Kalau bersalah dia kena hadapilah, negara kita ada undang-undang dan kenalah hormati,’’ tegasnya.

Rabu, Mei 07, 2008

Komen tidak bermaksud menghina Sultan: Karpal

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataannya bahawa Sultan Azlan Shah tidak mempunyai kuasa ke atas pertukaran seorang pegawai kerajaan tidak bermaksud untuk menghina Sultan Perak.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, komen yang dibuatnya itu semata-mata berdasarkan kepada pandangan daripada sudut undang-undang tetapi dipolitikkan oleh ahli politik Umno.

“Ia adalah satu isu perundangan (tetapi) ahli politik Umno menjadikannya sebagai isu perkauman. Saya tidak menentang Sultan. Dalam apa cara sekalipun saya tidak mahu menghina Sultan Perak atau mempersoalkan kedudukan baginda,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Minggu lalu, Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar supaya melantik semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury memandangkan beliau ditukarkan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan, selaku ketua agama Islam negeri.

Bagaimanapun, semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata titah Sultan Perak itu selari dengan Perlembagaan Persekutuan serta negeri dan kenyataan Karpal itu boleh membangkitkan kemarahan dalam kalangan mereka yang mempertahankan kuasa Sultan. — Bernama

Karpal pertahan kenyataan pertikai kuasa Sultan Perak

0 Komen!!!
Oleh Rohani Ibrahim

KUALA LUMPUR 6 Mei - Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertahankan tindakannya mempertikaikan keputusan Sultan Perak sebagai isu perundangan semata-mata dan berdasarkan satu keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 1981.

Beliau berkata, bidang kuasa sultan dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan adat-istiadat Melayu serta status Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (IJAUP) Datuk Jamry Sury sebagai seorang kakitangan kerajaan negeri merupakan dua perkara yang berbeza.

"Tidak dinafikan Sultan Perak mempunyai bidang kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan adat-istiadat Melayu.

"Sesiapa pun tidak boleh menafikan hak tersebut. Bagaimanapun, semua pihak perlu melihat perbezaan di antara bidang kuasa Sultan dan status Jamry sebagai seorang kakitangan kerajaan negeri,'' katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Laporan polisSemalam, Ketua Pemuda UMNO, Zainol Fadzi Paharuddin membuat laporan polis terhadap kenyataan Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk menukar Jamry sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Karpal menambah, beliau tidak faham bagaimana Zainol Fadzi menganggap kenyataannya bahawa Jamry sebagai seorang kakitangan kerajaan negeri hanya berhak ditukarkan dengan perintah kerajaan negeri yang terlibat.

Sambil memberi contoh kes Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan melawan Loot Ting Yee, Karpal berkata dalam kes itu, Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur berpendapat, tidak ada pegawai yang mempunyai hak untuk tidak ditukarkan memandangkan tindakan menyertai sektor awam membolehkan pegawai berkenaan bertukar.

Selasa, Mei 06, 2008

Sultan Perak acted unconstitutionally - say Karpal

0 Komen!!!
Athi Veeranggan | May 5, 08 12:37pm
Sultan Raja Azlan Shah of Perak had acted beyond his parameters of power by ordering the Pakatan Rakyat state government to reinstate the transferred Jamry Sury as Perak Religious Department director.

DAP chairperson Karpal Singah also noted that the disturbing trend of rulers interfering in the day-to-day running of government administration was not limited to Perak.

Malaysia Kini

Laporan polis terhadap Karpal Singh

0 Komen!!!
Oleh Abdul Razak Din

IPOH 5 Mei - Pemuda UMNO Perak hari ini membuat laporan polis terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata, beliau membuat laporan itu supaya polis menyiasat dan meminta pemimpin DAP itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan berbau hasutan itu.

''Kita meminta polis menyiasat Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 kerana kenyataan itu telah meresahkan rakyat Perak, khususnya berhubung dengan kuasa Sultan Perak itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Sultan Perak tidak mempunyai kuasa terhadap penukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury.

Karpal dilaporkan berkata, Sultan Perak tidak boleh berkata apa-apa terhadap keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri dan mengikut undang-undang, istana tidak boleh melantik kembali Jamry Sury ke jawatannya.

Selasa lalu, Sultan Perak, Sultan Azlan menitahkan agar ditarik balik arahan pertukaran serta-merta Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry pada hari Selasa lalu, telah membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).

Zainol berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh itu menimbulkan satu polemik serta keresahan dalam kalangan rakyat atas bidang kuasa raja ke atas agama dan istiadat Melayu di negeri ini.

Katanya, ia sekali gus menjejaskan kepercayaan atas hujah tersebut.

''Oleh itu, polis perlu menyiasat atas kenyataan ini kerana ia telah menghasut kerana ia boleh menjejaskan di atas kuasa sultan terhadap agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri ini," katanya.

Utusan Malaysia

Karpal pertikai sultan - Sifatkan istana campur tangan pentadbiran negeri Perak

0 Komen!!!
Oleh MARHAINI KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 5 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’'

‘‘Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memetik kes Mahkamah Persekutuan pada 1982, yang menurutnya jelas menunjukkan urusan membabitkan kakitangan awam sama ada patut dipindah dan ke mana hendak dipindah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Sultan Perak sendiri pernah jadi Ketua Hakim Negara, takkan tidak sedar kes ini,” kata Karpal.

Dalam hal ini, beliau berpendapat kerajaan negeri Perak tidak sepatutnya ‘tunduk’ kepada tekanan pihak istana.

‘‘Masalahnya Menteri Besar Perak (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) sudah meminta maaf kepada sultan. Kerajaan negeri tidak sepatutnya dipengaruhi istana.

‘‘Arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang. Jamry patut ditukar seperti keputusan awal kerajaan negeri. (Mohammad) Nizar tidak perlu minta maaf... tiada apa yang salah,” katanya.

Karpal turut menggesa Kerajaan Pusat memastikan sultan dilarang daripada campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri agar apa yang berlaku di Perak tidak menjadi ikutan negeri-negeri beraja yang lain.

Menurutnya, walaupun sultan merupakan ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak dilaporkan akan menghadap Sultan Azlan Shah Selasa ini bagi menyerahkan watikah memohon ampun atas tindakan beliau mengarahkan pertukaran serta-merta Pengarah JAIP baru-baru ini.

Perbuatan Mohammad Nizar itu melanggar tradisi di Perak kerana semua pelantikan Pengarah JAIP sebelum ini dibuat dengan perkenan Sultan Perak.

“Saya amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak.

“Saya akan memohon menghadap dan menyerahkan watikah memohon ampun kepada baginda secepat mungkin,” kata Mohammad Nizar dalam satu kenyataan Sabtu lalu.

Jamry, yang bertugas sebagai Pengarah JAIP sejak 2004, diarah bertukar serta- merta ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.

Mohammad Nizar yang mengeluarkan arahan itu pada 29 April mendakwa Jamry tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Pertukaran itu dikatakan ada kaitan dengan isu-isu pentadbiran agama dan usaha kerajaan negeri yang baru untuk menukar senarai ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.

Pada Jumaat lalu, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran tersebut.

Arahan itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).

Utusan Malaysia 6/5/08

Selasa, April 29, 2008

Pemuda PAS nafi terlibat kes ugut Karpal

0 Komen!!!
Jimadie Shah Othman & Fathi Aris Omar Apr 29, 08 11:37am
kemaskini 2:34pm Ketua Pemuda PAS Johor menafikan beliau turut mengiringi seorang pelajar menyerah diri ke balai polis semalam berhubung isu ugutan bunuh terhadap pengerusi DAP Karpal Singh.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kluang pada jam 1 tengah hari sewaktu pelajar itu dilaporkan berbuat demikian.

"Saya tidak faham bagaimana saya telah dikaitkan dalam perkara ini bersama-sama dengan pemuda-pemuda PAS Johor," katanya hari ini.

Menurut agensi berita Bernama, yang dipetik Malaysiakini malam tadi, pelajar kolej berumur 19 tahun itu menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan ahli parlimen Bukit Gelugor dalam laman web PAS Johor.

Beliau yang dilaporkan diiringi bapanya dan empat anggota Pemuda PAS negeri yang diketuai Khairul Faizi tiba di ibu balai polis Johor Bahru selatan pada pukul 1 tengah hari.

Selepas keterangannya direkodkan oleh polis, lapor agensi berita itu lagi, pelajar itu pergi ke pejabat naib pengerusi DAP Johor Norman Fernandez pada 4 petang.

Khairul Faizi menambah, beliau "amat terkejut" apabila dikaitkan dengan isu kontroversi tersebut seperti diberitakan.

Dihubungi hari ini, Khairul Faizi berkata, Pemuda PAS negeri termasuk beliau tidak terlibat dalam laporan polis berhubung kes berkaitan.

Ditanya pihak yang terlibat, beliau berkata "tidak tahu".

"Saya ada bertanya PAS negeri, tetapi PAS negeri juga tidak tahu-menahu tentang soal ini," katanya.

"Kemungkinan PAS (kawasan) Johor Bahru, kerana berita itu dimuatkan di laman web PAS kawasan tersebut."

Manakala yang dipertua PAS kawasan itu Rosli Kemin ketika dihubungi berkata, pihaknya juga tidak terlibat ke balai polis Johor Bahru selatan untuk mengiringi pelajar tersebut menyerah diri kepada polis.

Beliau menjelaskan, beliau bersama tiga pemimpin PAS kawasan menemui naib pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez.

"Saya bersama bendahari (PAS kawasan), ketua penerangan dan ahli jawatankuasa kawasan menemui Norman Fernandez," katanya lagi.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Fernandez mengakui pertemuan pelajar dan bapanya turut disertai beberapa pemimpin PAS kawasan termasuk Rosli di pejabat pemimpin DAP itu kira-kira 4 petang semalam.

Pelajar tersebut telah memohon maaf kepada Karpal dan surat tersebut akan dikirimkan kepada ahli parlimen DAP itu petang ini, kata Fernandez lagi.

Tambahnya, beliau mengesyorkan kepada Karpal agar menarik balik laporan polis tersebut memandang remaja itu masih belajar dan memohon maaf.

"Bagaimanapun, terpulang kepada Karpal untuk berbuat demikian," katanya.

Fernandez, yang juga seorang peguam, berkata beliau memberikan keterangan kepada polis kira-kira setengah jam pagi ini berhubung pertemuan di pejabatnya semalam.

Penjelasan tentang isu tersebut turut dimuatkan di blognya di alamat normanfernandez.blogspot.com

Laporan Malaysia Kini 24/4/08

Artikel berkaitan :
Ugut Karpal: Pelajar kolej serah diri - PAS tewas
Karpal: I didn't insult Islam

Ugut Karpal: Pelajar kolej serah diri - PAS tewas

0 Komen!!!
Seorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor.

Diiringi bapanya dan empat ahli Pemuda PAS Johor yang diketuai pemimpinnya Khairul Faizi Ahmad Kamil, pelajar lelaki itu tiba di ibu balai polis Johor Baharu selatan pada jam 1 tengah hari.

Menurut Bernama, selepas keterangannya direkodkan oleh polis, pelajar itu pergi ke pejabat naib pengerusi DAP Johor Norman Fernandez pada jam 4 petang.

“Semasa di pejabat saya, beliau menulis surat memohon maaf dan menyatakan rasa kesal kepada Karpal kerana memuatkan komen itu dalam lamanweb itu.

“Pelajar itu juga berjanji tidak akan memuatkan mesej seumpama itu lagi di masa depan," kata Fernandez.

Fernandez juga berkata pelajar itu, yang namanya dirahsiakan, berharap Karpal akan memaafkannya dan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Jumpa Karpal

Katanya DAP Johor akan bertemu Karpal esok untuk menyampaikan surat itu.

kepada Karpal untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC II Amer Awal semasa dihubungi berkata polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi ugutan jenayah.

Polis juga dijangka merekodkan kenyataan daripada beberapa orang lagi.

Dalam laporan polis Sabtu lalu di Pulau Pinang, Karpal mendakwa komen pengulas yang dikenali sebagai "Alif" dalam lamanweb PAS, berbaur ugutan bunuh.

Katanya komen itu mendakwa beliau (Karpal) telah menghina Islam dan “darahnya halal dibunuh.”

Malaysia Kini - Apr 28, 08 10:37pm

Isnin, April 28, 2008

Karpal: I didn't insult Islam

0 Komen!!!
Athi Veeranggan | Apr 28, 08 12:02pm
The Penang police have asked their Johor counterparts to investigate a death threat made on a PAS Johor-related website against DAP national chairperson Karpal Singh.

Penang acting chief police officer Salleh Mat Rasid said although a police report on the threat was lodged by Karpal in Penang, the case was being referred to Johor police because the alleged threat was made in the state.

Malaysia Kini 28/4/08 - English ersion

Kongsi Link Anda