Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Admin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Admin. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 21, 2014

LLM tawar diskaun, rebat tol sempena Deepavali

0 Komen!!!
LLM tawar diskaun, rebat tol sempena Deepavali
Selain pemberian rebat dan diskaun kadar tol, beberapa lebuhraya juga akan memberikan sebanyak 500 hingga 1,500 kad Touch and Go secara percuma kepada pengguna lebuh raya.

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menawarkan diskaun kadar tol di antara lima hingga 37.5 peratus dan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena cuti perayaan Deepavali Rabu ini.

Ketua Pengarah LLM, Datuk Ismail Md Salleh berkata lebuh raya yang menawarkan rebat tol ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar; Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK) dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang.

Beliau berkata, lebuh raya yang menawarkan diskaun pula ialah Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) dan Lebuhraya SMART.

"Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX) juga memberikan diskaun tol," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Lebuhraya lain ialah Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS).

Selain pemberian rebat dan diskaun kadar tol, Ismail berkata beberapa lebuhraya akan memberikan sebanyak 500 hingga 1,500 kad Touch and Go secara percuma kepada pengguna lebuh raya.

Lebuh raya itu ialah Lebuhraya SILK, Lebuhraya Grand Saga dan Lebuhraya LATAR, katanya.

Jumaat, Februari 03, 2012

Komuniti Alert : Remaja OKU hilang, Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down

0 Komen!!!


Hari ni hari Jumaat dah tentu ramai yang akan keluar ke Masjid Masjid dalam menunaikan Solat Jumaat. Jadi Gomo dengan rendah hati ingin meminta bantuan dari pembaca untuk sama sama kita mencari seorang remaja lelaki yang Hilang. Berikut makluman yang diberi:

Disini kak Su ingin memohon jasa baik semua untuk menolong mencari anak saudara Kak Su Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down (gambar diatas). Beliau telah hilang semenjak 23/1/2012 hingga sekarang. bermacam-macam cara telah kami sekeluarga lakukan termasukan menghubungi TV3 pada 26/1/12 dan 28/1/12 (3 kali) dan pada 31/1/2012

TV3 telah menghantar reporter untuk mebuat liputan di rumah keluarga Fitri. tetapi hingga sekarang berita kehilangan beliau belum disiarkan. kami ada menghubungi TV3 untuk bertanya tentang tarikh siaran, dan jawapan mereka "mungkin besok". menurut kru TV3 yang datang kerumah kakak saya, mereka telah menghantar rakaman ke TV3 head office pada hari yang sama 31/1/12. Report polis telah dibuat pada hari sama kehilangan nya. Harian metro juga datang tetapi berita belum disiarkan lagi.

Kami ada mendapat maklumat bahawa kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian Jelutong. Kak su amat-amat berharap pembaca Blogger Jalanan dapat menolong membantu kami sekelurga menghebahkan kepada umum tentang kehilangan Mohd Nor Fitri.

Pertolongan dari rakan Blogger Jalanan amat-amat kami sekeluarga harapkan.

Kak suraya.

019-5449170

Taman Semarak
Sungai Petani Kedah.


GOMO: Jadi buat para pembaca yang prihatin dan peka mengenai pekara ini maka diminta anda semua untuk bersama sama kita mencari remaja yang hilang ini. Remaja tersebut syndrom down Dan sudah pasti jika kita tidak membantu maka potensi untuk pekara tidak diingini mungkin berlaku.

Gomo harap para pembaca dapat menolong mencari Remaja Syndrom Down ini.

Buat sahabat Blogger, facebooker, Twitter dan mana mana medium yang ada sama ada dari Pro Kerajaan mahupun Pembangkang marilah kita sama sama menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Remaja lelaki ini. Gomo yakin jika sebaran secara total melalui semua Media Cyber baik pro Kerajaan mahupun pembangkang remaja yang hilang ini akan dijumpa dalam masa yang singkat.

Tolong Ye sahabat Blogger, facebooker, Twiiter baik Pro Kerajaan mahupun Pembangkang.

Khamis, Januari 20, 2011

Al Fatihah, ADUN Merlimau meninggal dunia

0 Komen!!!
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

Khamis, Januari 13, 2011

Al Fatihah, Blogger YANG GAMBI telah kembali ke Rahmatullah

4 Komen!!!


AL-Fatihah kepada salah seorang pejuang blogger Yang Gambi yang telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11.10 malam tadi, akibat jangkitan kuman dalam paru paru. Arwah telah di sahkan meninggal Dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Beliau akan dikebumikan di Felda Keratong 2, Rompin, jam 10.00 pagi.



Allahyarham seorang yang sangat vokal dalam pandangannya dan seorang pejuang yang komited kepada Agama, Bangsa dan Negara. Banyak komen dan artikel yang dibangkitkan membangkitkan kerisauan beliau mengenai masa depan bangsa Melayu dan umat Islam.


Kepada keluarga beliau, diminta tabah dan redha pemergian Allahyarham ke rahmatullah.. sehubungan itu, keluarga Allahyarham minta ampun dan maaf bagi pihak Allahyarham, sekiranya dalam hidup Allahyarham adan membuat silap dan salah dan jika termakan dan terminum, samada sengaja atau tidak sengaja minta dimaafkan.


Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Amin.. Alfatihah

Jumaat, Disember 17, 2010

Alfatihah, Salam Takziah untuk keluarga ADUN Tenang

0 Komen!!!
Salam TakZiah kepada Keluarga Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, ADUN Tenang yang telah kembali ke Rahmutlulah jam 1.15 Pg tadi di Hospital Ampang Puteri.

Moga Rohnya dicucuri Rahmat di malam Jumaat yang penuh barakah.. Alfatihah

Sabtu, Disember 04, 2010

Syabas kepada kontijen PDK Johor

0 Komen!!!
Aspirasi tumpang bangga ke atas kejayaan kontijen PDK Johor yang berjaya membolot hadiah utama dan juara untuk 3 kategori iaitu Pertanian, Ternakan dan Nyanyian Bakat Istimewa Solo dan juga mendapat naib juara bagi 3 kategori iaitu Tarian berkumpulan, nyanyian duet dan Kraftangan.. selain mendapat anugerah khas gerai terbaik..

Sekalung syabas dan tahniah kepada pelatih, guru dan semua pihak pihak yang bersama-sama menjayakan kemenangan ini...

Bukan mudah hendak menguruskan golongan istimewa ini... tapi inilah kesempatan mereka untuk meju ke hadapan...

Tabik kepada semua guru yang berjaya mengajar dan melatih mereka.. penat lelah rasa berbaloi..

Semua yang berada di rumah dan member-member bersorak dengan penuh bangga...

Isnin, November 22, 2010

DAULAT TUANKU!!!

1 Komen!!!

SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA
TUANKU SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
YANG KE 52

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!

Ahad, Oktober 31, 2010

Tahniah Nuar Musa, Kelate Mene Piala Malaysia 2010

1 Komen!!!

Tahniah kepada semua pemain Kelantan, Presiden KAFA, Nuar Musa..kerana kejayaan Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010 apabila tewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kelantan melakar sejarah apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, malam ini.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun. -

Sabtu, Oktober 09, 2010

Selamat menunaikan Haji yang Mabrur

0 Komen!!!

Labbaikallahhumma Labbaik.. Labbaikallah humma la syarikala kala baik...

MADINAH: Rombongan pertama jemaah haji Malaysia seramai 340 orang selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Putera Mohamed Abdul Aziz di sini kira-kira pukul 7.02 pagi waktu tempatan (12.02 tengah hari waktu Malaysia).

Selesai urusan pemeriksaan imigresen dan kastam yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam, mereka dibawa dengan bas ke hotel penginapan Anwar Al-Madinah Movenpick dan hotel Al-Haram berdekatan Masjid Nabawi di sini.

Ketibaan rombongan itu dari Kuala Lumpur di hotel Anwar Al Madinah kira-kira 8.17 pagi disambut Duta Malaysia ke Arab Saudi, Prof Madya Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji (TH) Datuk Ismee Ismail, Konsul Haji Malaysia di Jeddah, Khalid Nordin, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan ketuaMuassasah bagi Malaysia, Dr Yusof Ahmad Hawala.


Alhamdulillah rombongan Jemaah haji pertama Malaysia dah sampai dengan selamat.. semoga melaksanakan haji yang mabrur.. Amin

Sumber: Mstar

Isnin, September 27, 2010

Al Fatihah - ADUN Galas kembali ke Rahmatullah

0 Komen!!!

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima disahkan meninggal dunia pada pukul 4.35 petang di Hospital Pakar Al-Islam di Kampung Baru di sini hari ini.

Beliau sebelum ini dilaporkan mengidap kanser usus.

Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa ke Gua Musang, Kelantan untuk dikebumikan. - Utusan

Khamis, September 09, 2010

Salam Aidil Fitri 1431 H

2 Komen!!!


Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin, Moga Aidil Fitri ini diberikan kebahagiaan yang berterusan serta ceria-ceria selalu.

Dari : Aspirasibangsa

Khamis, Ogos 26, 2010

RM500 duit raya untuk kakitangan kerajaan

2 Komen!!!
Semalam ramai kakitangan awam yang tersenyum sedikitn bila diumumkan pemberian duit raya kepada mereka semua... dan sebenarnya bukan sahaja mereka yang senyum, anak mereka, isteri mereka dan sedara mara mereka.. maksudnya adalah duit tambahan nak hadapi raya ni..

Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada 1.24 juta kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan 590,000 pesara kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu dalam satu kenyataan bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan berkenaan dibuat mengambilkira kebajikan mereka bagi meringankan beban kos membuat persiapan menyambut Hari Raya.Bayaran itu akan melibatkan kos RM 934.6 juta.-
Apa yang penting ialah kesyukuran kita kepada Allah SWT.. Firman Allah yang bermaksud, jika kamu bersyukur aku akan tambah tetapi jika kamu kufur, maka azab Allah amat pedih sekali..

Selamat Menyambut Aidilfitri 1431H..

Selasa, Ogos 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK 1431H

2 Komen!!!
Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakyat Malaysia!

Semoga ibadah dan taqwa kita semua bertambah dan mendapat maghfirah daripadaNya.

Rabu, April 14, 2010

Selamat Pengantin Baru, Tan Sri!!!

2 Komen!!!

Gambar : Berita Harian
MAJLIS persandingan Tan Sri Mohd Isa Samad, 61, dengan Bibi Sharliza Mohd Khalid, 40, selepas diijab kabul di rumah pengantin perempuan di Taman Fatimah, Kuala Pilah, petang tadi. - Foto Dzulkeffli Mustapha


Syabas dan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad dan Bibi Sharliza.. Selamat Pengantin Baru.. moga panjang umur dan murah rezeki... ni nama dia rezeki tuhan...

Khamis, Februari 25, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H

0 Komen!!!

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431H..
Bersama kini mengingati perjuangan dan pengorbanan Rasululullah SAW
untuk dihayati dan diamalkan..

Ahad, Januari 24, 2010

Sembah Takziah

0 Komen!!!

Salam semua,

Sebagai anak Jati Johor mohon sembah takziah Ke Bawah
DYMM Seri Paduka Baginda Alutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor
yang telah mangkat pada 22 Januari 2009 jam 7:08 petang.

Semoga Almarhum DYMM ditempatkan bersama golongan meraka yang Beriman...

Al-fatihah...

Ikhlas dari Aspirasibangsa

Jumaat, Januari 01, 2010

Jumaat, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

0 Komen!!!
Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam... marilah kita menghayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS...

Jumaat, Oktober 23, 2009

Tindakan tegas kepada penyeleweng

0 Komen!!!
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

MINGGU ini kita dihidangkan Laporan Ketua Audit Negara 2008. Seperti laporan bagi tahun-tahun sebelumnya, ia masih mengesan kes-kes pembelian atau pembekalan barangan atau alatan kepada agensi-agensi tertentu pada harga yang tidak munasabah.

Kes komputer riba yang dibeli pada harga RM84,640 seunit berbanding harga pasaran terbuka bagi jenis dan model yang sama RM9,000; peralatan makmal telekomunikasi yang dibeli pada harga berbeza antara RM1,240 dan RM30,510 seunit sedangkan harga di pasaran hanya RM900 seunit; dan kes bayaran bagi petrol pada kadar RM300 seliter berbanding harga pasaran tidak pun sampai RM2 seliter, adalah antara contohnya.

Ia menggambarkan wujud kelemahan yang memberi kesan kepada perbelanjaan wang kerajaan; yang perlu diambil tindakan segera.

Sungguhpun kes-kes luar biasa itu dari segi peratusannya adalah rendah berbanding dengan kos pembekalan peralatan kepada jabatan atau agensi kerajaan, ia tetap tidak boleh dipandang ringan. Tindakan pembetulan perlu dilakukan dengan memastikan mereka yang diamanahkan perlu mengambil tanggungjawab tersebut.

Jika kita memberi penghargaan kepada kakitangan kerajaan yang menunjukkan prestasi cemerlang; tindakan perlulah diambil ke atas mereka yang gagal dalam kerja mereka.

Awang – Diaudit pembaca.

Sabtu, Oktober 17, 2009

Hepi Deepavali...

0 Komen!!!
Happy Deepavali kepada semua penganut agama Hindu.... Moga sejahtera hendaknya....

1 Malaysia hidup rukun bersama......

Kongsi Link Anda