Popular Today

Rabu, April 20, 2011

Ustaz PAS memang jenis kuat makan duit!!!

2 Komen!!!
sekarang ini tengah hangat mengenai isu cukai Tanah UUM yang melambung tinggi iaitu dari RM 100,000 pada tahun 2006 melambung kepada RM 1,744,357 Juta... zalim betul kerajaan PAS kerana menindas pelajar, pensyarah, pekerja dan sebagainya.. agaknya bagaimana UUM nak bayar duit ni kalau bukan memlalui menaikkan yuran pelajar, toyong duit pensyarah dan pekerja..

Inilah dia pemerintahan Uztaz Pas yang menyusahkan rakyat, mencekik hak rakyat.. bayangkan bagaimana cukai tanah boleh melambung dari RM 100 ribu kepada RM 1,74 juta.. memang banyak gila ustaz PAS makan duit ni..

Senarnya ayat si Ustaz PAS ni memang taknak bagi rebat pun kepada UUM.. cubalah tengok akhalk ustaz PAS ni.. "kerajaan negeri bersifat terbuka, tiada masalah untuk mempertimbangkang jika UUM memohon lagi, tapi lulus atau tidak itu tidak tahulah" tengoklah ayat di atas tu.. tidakkah ia sangat biadap dan kurang ajar.. kalau tak nak bagi.. bagi tahu sahajalah..

Sebenarnya berapa kali nak hantar Surat.. Naib Censelor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustaf ishak berkata rayuan dah dibuat 2 kali pada 2009 dan 3 kali pada tahun 2010.. Surat untuk MB pula telah diberikan pada 25 Julai 2010.. setakat di atas surat rayuan dah dihantar 5 kali...

Inilah balasan kerajaan PAS kepada institusi pendidikan yang telah memberi jasa kepada rakyat kedah.. lihat sahajalah berapa banyak peluang pendidikan, kerja dan ekonomi yang rakyat kedah dapat melalui UUM.. ruang niaga, rumah sewa, peluang pekerjaan dan sebagainya.. berapa banyak anak kedah mudah nak belajar di Universiti kerana dekat, tak payah pergi jauh... kalau tak apalah sangat yang ada pada Changlun tu..

Kalau beginilah cara kerajaan PAS menguruskan negeri, rasanya patut UUM keluar sahajalah daripada kedah.. takkan UUM nak jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.. orang dah tak nak bagi.. biarlah PAS cari Universiti lain yang nak bayar 1.7 juta tu.. dan biarkanlah PAS urus sendiri universiti tu..

Jadi pengajarannya.. lain kali jangan bagi undi lagi kepada kerajaan Pakatan.. ia umpma cerita buaya dan lembu.. buang masa sahaja lembu menolong buaya yang tersepit, akhirnya lembu mati digigit buaya!!!.. macam lah kerajaan PAS juga, buang masa membantu mereka bagi ekonomi kepada mereka.. akhirnya mereka yang menindas pensyarah, pelajar dan sebagainya!!!

BN sediakan 74,547 peluang pekerjaan, pembangkang pula?

0 Komen!!!
Memang terdapat beza besar antara BN dan Pakatan Omega dalam merancang sesuatu dasar..

Paling ketara ialah dasar BN lebih fokus bagaimana untuk menjana pendapat negara dan bagaimana rakyat boleh menerima manfaat dan peluang pekerjaan dari sesuatu dasar dan projek.

Manakala pembangkang pula fokusnya ialah bagaiamana nak habiskan duit .. apa lagi.. janilah nak tabur duit sini dan sana.. tapi tak de pun satu dasar kerajaan Pakatan yang fokus nak dapatkan duit untuk negara..

Lihat sahaja yang PM umumkan semalam iaitu 12 projek di bawah tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) akan menjana pelaburan RM11.6 bilion, pendapatan negara kasar (GNI) RM16.62 bilion selain 74,457 peluang kerja baru.

“Setakat ini, kita sudah umumkan 72 inisiatif projek di bawah 54 Projek Permulaan (EPP), bermakna 41.2 peratus daripada 131 EPP sudah dimulakan, semuanya dalam tempoh kurang enam bulan sejak ETP dilancarkan. “Sasaran kita sekarang ialah projek yang hasilnya besar yang pantas,”.

Cuba bandingkan pula dengan buku JingGay.. apa yang ditulis satupun tidak menjuruskan inovatif dan mesra pelabur.. sebab itu bila keluar video seks tentang Anwar, ianya bukan satu yang mustahil sebab bagi Anwar, Pelabur dan Pelacur sama sahaja..

Apa yang ditulis dalam buku JingGay sangat kabur, tidak dihuraikan dengan jelas serta terperinci.. apatah lagi setiap angka yang peratus yang dikeluarkan langusng tidak disandarkan kepada sumber yang konkrit.. jadi.. ianya bahan yang sesuai dibakulsampahkan semata-mata..

Janji adalah satu perkara.. tetapi bagaimana hendak melaksanakan setiap janji ialah satu perkara yang lain.. Buku Jinggay hanya menceritakan bagaimana Pakatan berjanji dan habiskan duit rakyat tetapi buku JingGay tidak sebut bagaimana Pakatan nak dapatkan duit untuik tunaikan janji..

memerintah negara bukanlah sesuatu yang boleh dicuba-cuba.. jadi melalui buku Jingga ini sebenarnya Pakatan gagal untuk menunjukkan mereka ini mampu mentadbir dengan cekap..

Jika mereka kata, bagi mereka peluang dahulu baru mereka akan tunjukan cara bagaimana hendak mencari duit.. maka ianya telah terlambat kerana sebenarnya mereka dah dibagi peluang di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.. Anwar pun dah jadi Penahsihat Ekonomi Selangor.. berapa banyak yang kerajaan Selangor bawa masuk pebur.. berapa banyak peluang pekerjaan dapat untuk rakyat selangor..

Apa yang pasti Anwar berjaya membawa balik pelacur.. dan paling berjaya di Selngor ialah peluang gejala sosial semakin bertambah apabila satu persatu rumah urut bagai cendawan tumbuh... inilah peluang pekerjaan kepada wanita muslim selangor.. boleh bgerkeja di rumah-rumah urut..

Hakikatnya buku jingGay Pakatan hanyalah sampah.. dan membuang duit rakyat.. dan lebih teruk ianya kan membankrupkan negara kepada keadaa yang lebih teruk!!

Dalang Godam Laman Web Pembangkang sudah terdedah!!!

1 Komen!!!

Wah.. pelik bin ajaib.. kecoh semasa Pilihanraya Umum Negeri Sarawak bahawam Laman Web Malaysiakini dan Harakah dogodam sehingga terganggu siarannya secara online.

Pada ketika itu ramailah yang menuduh bahawa UMNO adalah dalang kepada serangan terhadap laman web tersebut.

Namun hakikat kebenarannya ialah dalang sebenar yang menyerang laman Web Pembangkang adalah pembangkang sendiri bagi mencetuskan provokasi dan simpatisme terhadap pembangkang... memang pembangkang ini Raja Fitnah!!!

Patutlah pembangkang tak buat aduan pun kepada SKMM memang serangan ni sebenanrnya dianggap tak serius!!!

Dalang ini terdedah apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berhubung dakwaan berlakunya pencerobohan terhadap dua buah laman web propembangkang semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, baru-baru ini. Ianya dijelaskan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, walaupun dakwaan berkenaan disebarkan melalui media, sehingga kini tiada aduan dibuat terhadap SKMM. {klik sini}

''Saya percaya, itu (dakwaan) berkemungkinan bermotif politik kerana pembangkang sudah ketandusan idea.

Wah nampaknya drama murahan dan propaganda terus dimainkan dengan hebat oleh pihak pembangkang termasuklah laman web yang dimiliki pembangkang iaitu Malaysiakini dan Harakahdaily. Walaupun terpaksa godam laman web mereka sendiri..

Mujurlah ramai yang masih rasional dan tidak termakan dengan drama murahan ala aljuburi dan video seks Anwar...

Sebenarnya apa yang diberitahu pembangkang melalui media mereka hanyalah pembohongan semata-mata.. inilah yang diajar oleh ulama PAS mereka yang menghalalkan pembohongan dan penipuan demi kuasa yang sangat bertentangan dengan Islam...

Undi Pembangkang : Undi Fitnah

Iktibar sikap pengundi Melayu Singapura

2 Komen!!!
PENULIS ialah GeoStrategis Institut Teknologi dan Sains GeoSpatial (INSTEG), Universiti Teknologi Malaysia.

ISYARAT paling penting dan begitu jelas mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah pengundi bumiputera yang terdiri daripada masyarakat Melayu/Melanau, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu telah memberi sokongan tanpa belah bahagi kepada Barisan Nasional (BN) sehingga mengekalkan majoriti dua pertiga.

Manakala pengundi masyarakat Cina pula terutama sekali di Miri, Bintulu dan Sibu telah mempamerkan kecenderungan yang bertentangan dengan memberi sokongan kepada parti pembangkang DAP.

Ramai yang beranggapan bahawa kecenderungan pengundi Sarawak adalah manifestasi kepada pola pengundi Malaysia secara umumnya dan bakal mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat keputusan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tetapi sebenarnya jiran Malaysia iaitu Singapura memerhatikan dengan teliti apa yang berlaku di Sarawak kerana Perdana Menteri Lee Hsien Loong perlu mengadakan pilihan raya selewat-lewatnya Februari 2012. Besar kemungkinan pilihan raya Singapura akan dilaksanakan terlebih dahulu berbanding Malaysia dan ramai menjangkakan sama ada suku ketiga atau keempat 2011.

Singapura amat berminat dengan apa yang telah berlaku di Sarawak kerana pengundi masyarakat Melayu Singapura juga mampu memilih pendekatan seperti yang telah dipamerkan oleh pengundi Cina Sarawak. Walaupun parti Hsien Loong iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) begitu dominan menguasai senario politik Singapura tetapi kerunsingan mengenai pengundi Melayu tidak pernah luntur.

Pilihan raya umum 2001 umpamanya telah menyaksikan PAP menerima sokongan undi Melayu paling sedikit kerana kegusaran masyarakat tersebut terhadap tindakan memerangi keganasan kerajaan PAP yang dinilai selari dengan sikap anti umat Islam. Tetapi pengundi Melayu Singapura cepat belajar daripada kesilapan 2001 kerana pada pilihan raya 2006, sokongan begitu tinggi telah diberikan kepada PAP.

Pada pilihan raya tersebut dianggarkan 80 peratus pengundi Melayu telah memberi undi mereka kepada PAP. Tidak keterlaluan jika dibuat penilaian bahawa pengundi Melayu sebenarnya telah banyak membantu Hsien Loong meraih 67 peratus undi popular.

Sokongan padu yang diberikan oleh pengundi Melayu kepada PAP pada tahun 2006 adalah kerana kepentingan jangka masa panjang masyarakat minoriti tersebut. Pengundi Melayu Singapura sebenarnya lebih menaruh harapan kepada PAP berbanding dengan parti pembangkang untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

Walaupun pengundi Melayu hanya merangkumi 20 peratus daripada keseluruhan pengundi Singapura, tetapi sikap yang telah dipamerkan oleh mereka semasa pilihan raya begitu menarik perhatian berbanding dengan pengundi Cina Sarawak.

Melayu Singapura cuba menyampaikan isyarat kepada PAP bahawa kesetiaan mereka kepada Singapura tidak perlu dipersoal lagi. Terdapat tuduhan bahawa jika mereka menyokong pembangkang, PAP akan menuduh masyarakat Melayu sebagai tidak setia kepada negara. Ini adalah kerana wujud persepsi bahawa PAP itu adalah Singapura dan begitu juga sebaliknya yang sudah lama tertanam dalam jiwa rakyat mereka.

Pengundi Melayu Singapura juga dianggap begitu bersikap pragmatik kerana menggunakan kuasa politik untuk kepentingan masa hadapan mereka. Ini adalah kerana kerajaan PAP tanpa segan silu akan menghukum kawasan pengundi yang lebih cenderung kepada pembangkang.

Ketika melancarkan manifesto pilihan raya PAP beberapa hari lepas, Hsien Loong dengan terus terang menyatakan walaupun pembangunan akan dinikmati oleh semua rakyat Singapura, tetapi keutamaan hanya akan diberikan kepada pengundi yang menyokong PAP.

"Apabila saya perlu membuat keputusan siapa yang perlu didahulukan, maka faktor sama ada anda telah memberi sokongan kepada kerajaan atau tidak sudah pasti memainkan peranan," tegas beliau ketika menekankan kepentingan pengundi menyokong PAP.

Ada juga yang berpendapat bahawa pengundi masyarakat Cina Sarawak mahukan tadbir urus yang lebih baik sehinggakan mereka memilih DAP. Tetapi agak janggal analisis tersebut kerana selama tiga dekad BN telah membuktikan mereka mampu mentadbir Sarawak dengan baik dengan membawa pembangunan walaupun menghadapi cabaran fizikal yang begitu ketara.

DAP pula tidak mempunyai sejarah lampau yang mempamerkan mereka mampu mentadbir sebuah negeri dengan baik dan telus.

Dalam hal ini elok diperhatikan sikap pengundi Melayu Singapura apabila berhadapan dengan isu tadbir urus sebuah kerajaan. Sukar untuk menafikan bahawa ahli parlimen PAP adalah terdiri daripada kalangan yang terbaik kerana parti tersebut menggunakan segala ruang untuk mencari calon yang mampu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Pemilihan calon PAP untuk bertanding dalam pilihan raya adalah begitu panjang dan kadang kala memenatkan.

Malah sebelum Parlimen dibubarkan, Hsien Loong beberapa hari lepas telah memperkenalkan 24 muka baru yang akan menjadi calon PAP. Bukan sahaja setakat memperkenalkan muka baru, tetapi Hsien Loong dengan yakin menyatakan lima daripada mereka berkemungkinan besar akan dilantik sebagai menteri. Beliau dengan bangga juga memberi jaminan kesemua calon tersebut adalah yang terbaik dipilih dari golongan korporat, penjawat awam, akademik dan tentera.

Sebab itu pengundi Melayu Singapura tanpa berbelah bahagi memilih calon PAP, kerana kewibawaan tadbir urus adalah begitu terjamin sekali kerana bagi pengundi tersebut, kesinambungan pembangunan adalah begitu penting sekali.

Menarik juga jika diteliti pemerhatian Hsien Loong mengenai pengundi yang tidak menyokong PAP. Menurut beliau pengundi seperti ini sebenarnya juga memerlukan pembangunan dan yakin proses tersebut akan diteruskan oleh PAP.

"Mereka ini sebenarnya mengharapkan orang lain mengundi PAP supaya mereka boleh mengundi parti pembangkang. Singapura akan hancur jika semua pengundi mempunyai pendirian sedemikian rupa," sindir Hsien Loong.

Mungkin juga pengundi Cina Sarawak mempunyai pendirian di atas kerana mereka akur bahawa pembangunan tetap akan diteruskan oleh kerajaan BN walaupun mereka mengundi sebaliknya. Sebenarnya banyak iktibar yang boleh dipelajari daripada sikap pengundi Melayu Singapura.

Sumber : Utusan Malaysia

Kongsi Link Anda