Khamis, Ogos 21, 2008

BERANI vs BACUL..!!!

0 Komen!!!
Dikemaskini Jam 2.30 pg

Hari ini media pembangkang sekali lagi ingin menimbulkan keraguan terhadap isu sumpah laknat ini.

Terbaru media pembangkang, mula menyerang peribadi imam yang bertugas dan menjadi saksi bagi Sumpah Laknat yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dengan mengatakan beliau adalah ahli pemuda UMNO, pengundi Parlimen Permatang Pauh dan semuanya itu betul. Jika di katakan ini kebetulan mesti mereka tidak akan percaya. Sebab pembangkang tidak percayakan tuhan... tidak percayakan Qadha dan Qadar... Tidak percayakan Allah dan ketentuanNya..

Tujuan mereka mudah iaitu... 'diskredit' imam tersebut dan mendakwa ianya sebahagian daripada konspirasi kerajaan BN. Imam tersebut hanya menjalankan tugas dan majlis tersebut diadakan pada lewat petang...

Dalam laporan Malaysiakini Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas. Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.

Beliau mengaku bahwa adalah ahli UMNO, bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful. "Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.

Oleh itu, beliau memperjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Menurutnya, beliau salah seorang daripada sembilan imam yang bertugas di masjid berkenaan sejak Jun 2005.

Mengulas dakwaan dalam emel tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: "Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)".

Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17.

Jika bilal, kata Ramlang, diletakkan di bawah gred S11 dengan nama jawatan pembantu rendah hal ehwal Islam

Memang strategi biasa yang dibuat oleh media pembangkang antaranya iaitu
:
1.Tuduh tanpa usul periksa sebagaimana kata Koh Tsu Koon, maklumat separuh lengkap dengan kata lain tak lengkap.
2.Menyalahkan orang lain, seperti kes saiful, rasuah exco Perak, Isu Sumpah laknat dan sebagainya.
3.Tidak percaya kepada ketentuan tuhan, tidak pernah yakin kepada Qadha dan Qadar Allah SWT.
3. Diskredit terhadap orang yang menimbulkan isu.
4. Orang lain sahaja yang salah, dia sahaja yang benar seperti isu debat Koh Tsu Koon.
5. Menggunakan tokoh tertentu yang untuk menyokong kenyataan mereka.

Jadi apa nak hairan dengan tindakan pemabangkang!

Cuma persoalannya apakah isu sebenar... Isu Sumpah Laknat atau imam masjid wilayah tersebut...

Semuanya mengakui bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful adalah sah disisi Islam dan ini telah di akui sendiri oleh Nik Aziz...

Sumpah laknat tidak boleh dimain-main, dilakukan di tempat suci, di dalam masjid, di hadapan mimbar

Persoalannya juga sekarang... kenapa DSAI Laknatullah begitu takut untuk bersumpah mubahalah..... adakah ini bermakna DSAI memang betul melakukan L I W A T?

Apa-apa halpun tahniah dan syabas buat Mohd Saiful dan Iman Ramlang Porigi kerana berani..

Bukan seperti DSAI Laknatullah yang P E N A K U T dan B A C U L...

PENYOKONG PKR SEMAKIN KURANG AJAR

4 Komen!!!
video

Tidak bertamadun, kurang ajar dan tidak langsung menikut ajaran agama Islam... mungkin inilah hasil didikan pemimpin agung mereka DSAI.....

Isu Forum Peluk Islam: DAP-PKR bertikam lidah

1 Komen!!!
Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila wakil pembangkang daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertelagah sesama sendiri berhubung isu kesaksamaan agama dan forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pendidikan (pindaan) 2008, Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) telah menyentuh tentang prinsip kesaksamaan dalam Islam apabila menyatakan kedudukan Islam sama dengan agama lain begitu juga sekolah jenis kebangsaan yang sepatutnya mendapat layanan sama dengan sekolah kebangsaan.

Ekoran kenyataannya itu, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim/Bandar Baharu) bangun dan mahu memperbetulkan kenyataan Chong Eng dengan menjelaskan, Islam menghormati agama lain tetapi dalam soal kesaksamaan ia adalah berbeza terutama dari segi akidah

Tersiratnya, ianya boleh dilihat sebenarnya sebagai lakonan murahan PKR dan DAP. Sehingga kini masih tiada respon di peringkat pucuk pimpinan PKR apatah lagi Anwar Ibrahim dan tiada pun apa-apa tindakan yang dikenakan ke atas Zulkifli kerana bertentangan dengan dasar PKR yang berbilang kaum. Ini hanyalah cara terdesak mereka untuk mendapatkan undi Melayu kerana mereka kononnya memperjuangkan Islam.

Rakyat mengetahui bahawa DAP dan PKR ialah parti multiracial... tetapi lebih kepada kaum Cina... tidak mungkin isu Islam ini akan diterima oleh mereka yang bukan Islam...

Kesimpulannya... ianya adalah sandiwara murahan DAP dan PKR


Sumber: Utusan Malaysia

Pemuda PAS Selangor pula cabar Anwar bersumpah

1 Komen!!!

Ramai semakin yakin mengenai isu sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan. Terkini Dewan Pemuda Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.

Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.

Kongsi Link Anda