 Tahniah blogger pejuang... Jeffry Dimensi telah menyerahkan diri  di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru.
Tahniah blogger pejuang... Jeffry Dimensi telah menyerahkan diri  di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru.Sumber polis Kelantan mengesahkan kepada dia ditahan selepas menyerah diri
Menurutnya, penulis blog lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Pihak polis akan menjalankan siasatan di sana terlebih dahulu," kata sumber sambil menambah bahawa penulis blog itu masih ditahan di Johor Bahru.
Sementara itu, Star online hari ini melaporkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis blog itu dan menurutnya, siasatan lanjut akan diuruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan.
Menurut rakan-rakan, Jeffry telah dibawa ke Kelantan pagi ini untuk di soal siasat.. dan dakwaan tertakluk kepada soal siasat ini.
Rakan-rakan blogger BPN hari ini berdiri di belakang Jeffry untuk berikan tabik spring kepada Jeffry untuk sokongan moral.. Sterusnya berdoa agar semua berjalan dengan lancar dan Jeffry dibebaskan..
 
 
 

