Popular Today

Isnin, Jun 15, 2009

Sivakumar.. memang gila kuasa

3 Komen!!!
Memang patutpun Sivakumar disingkir sebagai Speaker Perak, mangkuk ayun, buta tentang perlembagaan dan undang-undang, Gila kuasa dan berlagak pandai... umpama tin kosong, isi tak de bising sahaja.

Akhirnya kebenaran teserlah, Mahkamah Persekutuan memutuskan bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya speaker Dewan Undangan Negeri Perak, untuk mengisytiharkan sama ada berlaku kekosongan kerusi atau pun tidak, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya 1958, SPR akan memastikan wujud kekosongan kerusi sebelum mengeluarkan writ pilihan raya kecil. Oleh itu, speaker tidak boleh campur tangan dengan tugas perlembagaan SPR untuk memastikan sama ada berlaku kekosongan biasa.

“Mengikut Perkara 36(5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, dibaca bersama dengan Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya, SPR yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan berlaku kekosongan biasa, kata Hakim Nik Hashim dalam penghakiman bertarikh 8 Jun, penghakiman terakhirnya sebelum beliau bersara pada 1 Julai.

“Oleh yang demikian, kami sebulat suara memutuskan bahawa keputusan speaker yang mengisytiharkan kekosongan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak mengikut undang-undang dan dengan itu tidak sah dan batal kerana keputusan itu bercanggah dengan Perkara 36(5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak,” katanya.

Allah sentiasa bersama orang benar dan ikhlas berjuang di jalan Allah. Kalau mereka ni dibenarkan memerintah Malaysia hancur negara jadinya... Alhamdulillah Allah masih memelihara keamanan negara ini.

Lakonan murahan Nizar... bertaraf sampah!

10 Komen!!!
Nizar Jamaluddin mencetuskan lakonan murahan bertaraf sampah jalanan lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN". Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan :

1. Berkelakuan kasar

2. Melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Inilah semua MP mangkuk ayun lakonan murah bertaraf sampah... dey orang sibuk nak perbaiki ekonomi rakyat dan membantu rakyat miskin... muka pun dah macam komunis!

'Demand' pertama Kelab Penyokong PAS Kelantan : Adakah alat Husam larang golongan ulama berkempen PRK Manek Urai?

0 Komen!!!
Aku teringat bila KJ menang dalam pemilihan ketua pemuda dulu ada yang desak beliau jangan datang Bukit Gantang. Kali ini pulak, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.

Tapi kita dah nampak peranan KPP ni dalam PAS.. mereka ni alat orang PAS Kelantan... Husam mungkin yang tidak mahu golongan ulama' yang dah menang dalam pemilihan PAS yang lalu datang. Istilah Kerajaan Perpaduan hanyalah helah sahaja sebenarnya ianya ialah pertentangan yang berterusan antara golongan Erdogan dan Ulama di dalam PAS! Inilah sebenarnya dendam Husam terhadap Ulama'.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

Sepatutnya cadangan ni bukan setakat nak larang penyokong kerajaan perpaduan tetapi cadang juga kenalah larang Presiden PAS, Timbalan Presiden, S/U Agung PAS tak payahlah datang. Kalau kira susah sangat PAS tak payahlah bertanding jadi mereka ni tak perlu datang ke Manik Urai.. ataupun penyokong ulama ni tak payahlah keluar mengundi...

Kongsi Link Anda