Rabu, September 17, 2014

Pemimpin PR akan pulau ucapan Hadi Awang

0 Komen!!!



Berita baik untuk Hadi, ucapan dasarnya esok tidak akan dipulaukan kumpulan Erdogan.

Beginilah taraf seorang presiden dan ulama dalam PAS..

Ulama tidak lagi dihormati.. betul kata Harun Din ada agenda lain yang mahu musnahkan doktrin ulama dalam PAS..

 
 
Perpecahan dalam PAS semakin terserlah.. Agenda Anwar dalam PAS semakin berjaya.. PAS kini bukan lagi yang dahulu.. dulu mereka mahu nafikan.. namun kali ini telah semakin jelas..
 

Gambar diatas menunjukkan betapa rendahnya taraf ulama dalam PAS.. sehingga timbalan Presiden PAS pun menyuruh ulama PAS ini berubah.. siapa?? ulama!!


Wan Azizah masih ditolak sebagai MB - ulama Pas

0 Komen!!!


Dewan Ulama ‎PAS menegaskan masih mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kerana percaya beliau tidak bersalah atas tuduhan dilemparkan kepada bekas ahli politik PKR itu.

Dr Wan Azizah tidak sesuai menjadi menteri besar, menegaskan "Langkah Kajang" untuk meletakkan beliau mengikut perundangan membazirkan duit rakyat.‎ 

Nasib lah ko Wan Azizah.. sebenarnya kalau Dewan Ulama tak cakap pun.. Ko memang tak layak jadi MB... ko jadi MB atas faktor Anwar sahaja.. bukan kelayakan ko...

Harun Din : Apa yang berlaku di selangor adalah salah PKR #MuktamarPAS2014

0 Komen!!!


Tuan Guru Harun Din sekali lagi mengulangi pendirian beliau mengenai hubungan PAS dengan parti PR yang lain.

Bagi beliau hubungan Pas dan pakatan Rakyat adalah satu hubungan yang biasa. Umpama sebuah perkahwinan..ia berdasarkan satu persefahaman. Selagi dalam persefahaman n menghormati satu sama lain, perkahwinan adalah sangat relevan. Namun jika persefahaman tiada, malah dah mula menimbulkan keraguan. Maka tidak salah perpisahan / perceraian berlaku.

Beliau turut berkata dalam kes MB selangor, terdapat ketidak sefahaman. Malah hilang rasa hormat menghormati antara komponen PR.  Bahkan Apa yang berlaku di selangor adalah salah PKR dan tindakan itu tidak betul.

nampaknya semakin jelas pendirian dewan Ulama PAS ini.. Satu pendirian yang konsisten dengan mementingkan agama berbanding hubungan dalam PR.

Namun pendirian ini tidak selari dengan ahli PAS yang lain yang takut hilang kuasa jika tidak bersama PR..


Gambar pokok tumbang akibat Ribut di Pengkalan Kubor

0 Komen!!!

Sepanjang kempen di PRK Pengkalan Kubor ni diiringi dengan hujan setiap petang.

Pada petang tadi hujan ribut telah berlaku di Pengkalan Kubor menyebabkan kejadian pokok tumbang berdekatan dengan balai Bomba Pengkalan Kubor.

Cuma mohon Pas jgn kaitkan kejadian ribut ini dengan Umno pulak.. maklumlah Pas kan dah x de isu..

Gambar kempen calon bebas Pengkalan Kubor

0 Komen!!!

PRK Pengkalan Kubor

Calon Pengkalan Kubor #Mudahbaso #PengkalanKubor

0 Komen!!!



Undilah calon BN.. PRK Pengkalan Kubor :)
Mudah baso.. sene kiro..

Gambar Nik Aziz terlalu letih berkempen di #PengkalanKubor

1 Komen!!!


Nampaknya Tn Guru Nik Aziz macam terlalu letih semasa berkempen di Pengkalan Kubor baru-baru ini.

Sebagaimana di ketahui selain faktor umur, Tn Guru Nik Aziz juga mempunyai masalah kesihatan yang lain. Moga Allah sentiasa berikan beliau kesihatan.. AMin..

DAP tidak akan bantu PAS di #PengkalanKubor

0 Komen!!!


PAS umpama sudah jatuh ditimpa tangga.. banyak daripada ahli PAS ingin menafikan masalah dalaman yang berlaku antara PAS dan kawan PR mereka iaitu DAP dan PKR..

Namun kali ini memang terbukti masalah dalaman memang betul berlaku.. PAS telah ditinggalkan DAP dan PKR..

Anthony Loke Siew Fook selaku Setiausaha DAP Pusat berkata kerana PAS dah ada cukup tenaga di Pengkalan Kubor dan selain itu DAP juga ada sedikit ahli di Kelantan dan sebab itu mereka tidak terlibat di sana (klik sini).

Sebab itu kali ini kita tidak menyaksikan pentas ceramah PAS tidak meriah dan tidak ikuti oleh penceramah PR yang lain. Malah pimpinan PAS Pusat yang pro Anwar juga tidak membantu kempen PAS sendiri.

Sedangkan rakyat tahu, apa yang DAP cakap hanyalah alasan mereka tidak mahu membantu PAS kerana pada 2009 di Manik Urai, 2010 di Galas DAP tetap bantu PAS walaupun pengundi DAP hanya sedikit sahaja.

Adakah ini sabotaj sendiri dari dalaman PAS supaya singkirkan Hj Hadi jika PAS kalah dalam PRK Pengkalan KUbor.. 


Video Pemuda PAS tinggalkan ceramah Mat Sapu #MuktamarPas2014

0 Komen!!!


Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar dewan tersebut ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya.
Mereka memakai jaket bertulis ‘kami bersama Presiden dan Majlis Syura.’
Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor

image
Teriakkan “Hancur PasMa” telah bergema mengiringi ucapan Mat Sabu yang merasmikan muktamar di Dewan Chon Moi. Lebih 100 perwakilan yang berbaju hitam yang bertulis “Kami Bersama Presiden dan Majlis Ulamak” terus meninggalkan majlis dan meninggalkan Mat Sabu tersengeh-sengeh di atas pentas.
Macam mana PAS.. nampaknya semakin parah perpecahan dalaman PAS.. ini akibatnya PAS tidak mengikut prinsip ajaran Islam lagi.. terikut-ikut dengan DAP dan PKR.. 

sumber: Pisau

Ekslusif !!! Akibat Lari Dari Sekatan Polis, Anak Calon PAS #PengkalanKubor Masuk Longkang

0 Komen!!!

Diberitakan bahawa anak kepada calon PAS di PRK Pengkalan Kubor telah masuk longkang di Kampung Pak Yong pagi ini. Diberitakan bahawa anak kepada calon PAS ini tidak mempunyai lesen memandu kereta dan cuba melarikan diri dari sekatan polis. Beliau dikatakan cuba memasuki jalan pintas agar dapat melepasi sekatan tetapi akhirnya telah termasuk ke dalam longkang. Kalau dilihat di gamabar tersebut, jalan amat luas lagi untuk dikatakan mengelak dari berselisih dengan kenderaan lain.

Inilah dikatakan belum sudah jatuh ditimpa tangga.

sumber : black 


Seram!!! Gambar Pontianak di Kompleks Kastam Alor Star.

0 Komen!!!

Gambar penampakan makhluk yang dipercayai pontianak dirakamkan oleh seorang kakitangan Unit Pencegahan Penyeludupan Kedah pada satu jamuan hari raya lepas.

Gambar tersebut dirakamkan di Kompleks Kastam Alor Star. Agak menyeramkan kerana didalam gambar berkenaan terdapat penampakan lembaga putih yang dipercayai sebagai hantu pontianak.

Kongsi Link Anda