Rabu, Mac 19, 2014

#masihMisteri : SIMULASI - ADAKAH KAPTEN ZAHARIE AJEN CIA?

3 Komen!!!


Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

“Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharia,” kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai. – www.astroawani.com



Semakin lama semakin mendedahkan siapa itu Kapt Zaharie.. banyak persoalan yang timbul mengenai siapa sebenarnya Kapt Zaharie ini..

Kenapa dia buat simulasi dengan landasan yang dimiliki oleh tentera Amerika ni? Simulasi untuk mendarat kat sana? 

Bagaimana dia tahu mengenai landasan ini dan siapa boleh izinkan dia mendarat di sana..


Apapun ini hanyalah persoalan semata-mata. Apa yang sebenarnya masih belum diketahui.


Marilah kita doakan keselamatan MH370

#PRKKajang : gambar-gambar menarik sekitar pembuangan undi awal di IPD Kajang

0 Komen!!!

#PRKKajang :PKR hanya gula-gulakan pengundi kajang!!

0 Komen!!!

Bila masalaha rakyat Kajang akan selesai.. seorang demi seorang ADUN yang dipilih oelh pengundi Kajang telah meletakkan jawatan... Adakah Kajang akan menerima nasib yang sama sekiranya mereka memilih sekali Calon PKR yang telah ada sejarah meletakkan Jawatan sebagai Ahli Parlimen!!


PR sentiasa mengaku mereka yang terbaik.. tapi hakikatnya di bawah mereka tidak langsung merasai khidmat wakil rakyat PKR ini. Walaupun gaji dah naik tetapi prestasi masih buruk.. masalah rakyat tetap tidak dijaga.. 


Masalah rakyat Kajang ini tidak akan selesai jika pengundi Kajang masih memilih Nek Wan.. kerana beliau tidak berani untuk selesaikan masalah rakyat. Tetapi jika penundi Kajang memilih Chew Mei Fun sebenarnya rakyat Kajang menunjukkan kecerdikan mereka.. Mereka tahu Chew Mei Fun sebagai seorang pembangkang di DUN Selangor boleh mendesak masalah rakyat diselesaikan. Jika tidak Kerajaan Negeri akan menyembunyikan masalah rakyat ini daripada pandangan umum rakyat Selangor!!


Serangan peribadi : Saingan semakin sengit di Kajang

0 Komen!!!
Restu ibu adalah azimat yang sentiasa dibawa oleh Mei Fun.. 

Chew Mei Fun terus mendapat sokongan rakyat... Bila PR dah kehabisan modal.. serangan peribadi terhadap calon BN menjadi agenda utama PR!!
 


Pada PRK Kajang ni menunjukkan betapa rendahnya politik yang PR amalkan. 


Tindakan Chang Khim menghina saya : Mei Fun

1 Komen!!!

 KAJANG - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini menyelar Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim kerana membuat kenyataan menghina beliau di dalam ceramahnya semalam.
 
Mei Fun berkata gesaan Chang Khim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor supaya beliau menarik diri dalam tempoh 48 jam daripada bertanding disifatkan amat menghina kredibiliti beliau.

"Dia (Chang Khim) hanya menghina saya... kalau saya nak jadi Ahli Majlis, tak kan saya meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) pada tahun 2010," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Pesara-Pesara Kerajaan anjuran Kelab Umno Pesara-Pesara Kanan Kerajaan di sini hari ini.

Chang Khim dalam ceramahnya semalam menyeru beliau untuk menarik diri daripada bertanding pada PRK ini dan sebagai ganjarannya beliau ditawarkan jawatan Anggota Majlis Perbandaran Kajang, katanya.

Mei Fun berkata Pakatan Rakyat sengaja memperlekeh kekuatan dan perkhidmatan yang disediakannya ketika menjadi Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal.

"Pakatan sengaja memutarbelit kredibiliti saya kerana mereka sedar rekod pencapaian saya baik selama ini dan terbukti bahawa saya memang berkhidmat untuk pengundi di PJ (Petaling Jaya) Utara,” katanya.

Mei Fun berikrar akan menjadi jambatan antara rakyat dengan kerajaan pusat agar terus membawa pembangunan di Kajang sekiranya beliau mendapat mandat daripada pengundi-pengundi di sini. - Bernama

Kongsi Link Anda