Popular Today

Sabtu, September 13, 2014

Jadi calon boleh takkan bayar sama tak boleh!!

0 Komen!!!

Sebelum ini, bekas calon PAS di PRK Kuala Besut, Che Long yang merupakan seorang kontraktor kelas A telah didedahkan dengan  11 saman polis yang tidak berbayar yang berjumlah hampir RM4000.

Kini, calon PAS di PRK Pengkalan Kubor pula yang juga merupakan seorang kontraktor binaan lepasan Institut Kemahiran MARA telah didapati mempunyai saman polis yang tidak berbayar


Apabila KLXpress meminta pendapat penduduk kawasan setempat mengenai isu ini, rata-rata menyatakan bahawa Wan Rosdi seharusnya menjelaskan saman sebelum berniat untuk bertanding. Pihak kepimpinan PAS pula perlulah peka terhadap calon mereka supaya tidak mempunyai sebarang kesalahan yang boleh menjejaskan kredibiliti calon apabila bertanding kelak.

“Selesaikan saman dahulu sebelum bertanding!” ujar seorang pengundi di DUN tersebut.

Kecenderungan PAS memilih calon yang merupakan latar belakang kontraktor juga menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan pengundi.

Seorang penyokong PAS berasa kecewa apabila golongan bukan Ulama dipilih sebagai calon PAS.

“Tak serik lagi ke kalah di Kuala Besut dulu? Masalah di Selangor pun sudah jelas menunjukkan kita kena ada ramai golongan ulama sebagai wakil rakyat. Kalau tidak, kena pijak saja lah!” ujar beliau yang namanya tidak mahu dikenali.

sumber : klxpress

Cara Wan Azizah persenda calon PAS Pengkalan Kubor

0 Komen!!!


Pada penamaan calon td tidak kelihatan langsung kelibat presiden PKR, Wan Azizah dan ketua Umum mereka Anwar Ibrahim.

Mereka dilaporkan pada masa tersebut ada program bersama Tadika di Kelana Jaya, Selangor..

Bagi orang politik secara sedar mereka faham dengan tindakan Presiden PKR ini hanya mempersenda calon PAS Pengkalan Kubor.. bagi rakyat perkara tadika ini terlalu kecil berbanding pilihanraya.

Sebenarnya pilihanraya ini adalah medan untuk rakyat melihat sejauh mana hubungan PAS dengan rakan PR mereka iaitu PKR dengan DAP..

Terbukti pada penamaan calon tadi terbukti hubungan PAS dan juga yang masih lagi dingin. Semua gara-gara kes pelantikan MB Selangor baru-baru ini yang masih belum selesai kemelut PR.

Dendam Anwar dan Azizah pada masih lagi membara dan tindakan mereka tanya hanya cara untuk memperlekehkan PAS..

DAP boikot Penamaan Calon PAS PRK Pengkalan Kubur

6 Komen!!!

Ketiadaan tokoh DAp pusat mahupun negeri mengiringi calon PAS Pengkalan Kubur..

Begitu juga PKR.. tiada pemimpin utama mereka yg ikut penamaan calon PAS..

Suasana penamaan calon PAS kali ini adalah berbeza.. PAS dilihat bersendirian tidak diiringi rakan PR mereka.. kalau tidak dalam suasana begini mesti ramai apek2 cina yg bawa bendera PAS.. tp kali ini tidak..

Dengan kata lain PAS telah diboikot oleh rakan PR mereka..

Selepas naikkan VEP, Singapura naikkan kadar tol pada 1 Oktober

1 Komen!!!

Kadar VEP Singapura..


Sebelum
Selepas 1 Ogos
Tempoh
VEP/ HARI
KERETA
S$20
(RM 51.40)
S$35
(RM 90.00)
Isnin-Jumaat
(2.00 pg - 5.00 ptg)
MOTORSIKAL
S$4
(RM 10.30)
S$4
(RM 10.30)
GVP/ BULAN

S$10
(RM 25.72)
S$40
RM 102.88)
Tempoh tiada VEP :
Isnin - Jumaat (5.00 ptg - 2.00 pg)
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Singapura
Kenaikan Kadar VEP Songapura pada 1 Ogos 2014


Tol Malaysia
Tol Singapura
Sebelum
selepas 1 Ogos
Sekarang
selepas 1 Oktober
Kereta
RM 2.83
RM 16.50
RM 3.10
RM 16.50
Bas
RM 2.30
RM 13.40
RM 2.60
RM 13.50
Van/ Kenderaan Muatan Ringan
RM 4.63
RM 25.00
RM 4.90
RM 25.00
Kenderaan Muatan Berat
RM 6.18
RM 33.50
RM 6.70
RM 33.00
Teksi
RM 1.30
RM 8.20
RM 8.20
RM 8.40
*Angka diatas dalam ringgit berdasarkan kadar pertukaran 12 Sep 2014
* Motosikal dikecualikan daripada tol

Mulai 1 Oktober ini, kadar tol untuk semua kenderaan (kecuali motosikal) yang meninggalkan Singapura melalui Tambak Johor akan dinaikkan.
Kenyataan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) menyebut ini kerana menjadi amalan Singapura untuk memadankan kadar tol di Tambak Johor dan Link Kedua dengan apa yang ditetapkan oleh Malaysia.
Menurut kenyataan itu, kadar baharu tol akan turut dikenakan ke atas semua kenderaan (kecuali motosikal) yang memasuki Singapura menerusi Tambak Johor.
Bagaimanapun, LTA menyebut tiada perubahan dalam kadar yang dikenakan di tol Link Kedua.
Kadar tol sedia ada bagi kereta yang meninggalkan Singapura akan meningkat kepada S$3.80 (dari S$1.20) manakala van dan lori serta bas kecil S$5.80 (dari S$1.90), Kenderaan berat pula S$7.70.
Kadar tol bagi teksi serta bas pula akan meningkat kepada S$1.90 dan S$3.10 berbanding S$0.60 dan S$1 sebelum ini.
LTA akan mengenakan bayaran sebanyak $2.70 untuk kereta, $4 (van/lori serta bas kecil), $5.30 (kenderaan berat), $1.40 (teksi) dan $2.20 (bas) yang memasuki Singapura.
Bagi kereta dengan nombor pendaftaran asing, LTA berkata kadar bayaran akan direkod dalam sistem tol dan dipamer kepada pemandu ketika memasuki Singapura.
Pembayaran akan ditolak hanya selepas meninggalkan Singapura (sama ada melalui Tambak Johor atau Link Kedua) bersama-sama kadar tol keluar, bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) dan caj Jalan Berbayar Elektronik (ERP) (jika ada).
Perkara sama juga akan dilakukan di tol Link Kedua.
– Bernama, 12 September, 2014.

Kongsi Link Anda