Popular Today

Memaparkan catatan dengan label BPN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BPN. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 09, 2010

EDISI KHAS : RESOLUSI BPN 1 / 2010 MENYOKONG PERDANA MENTERI MENGUTUK TINDAKAN MEMBAKAR GEREJA !!

1 Komen!!!
Blogger Pembela Negara ( BPN ) bersama-sama dengan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak di dalam mengutuk tindakan membakar 3 buah gereja yang telah dilaporkan berlaku awal pagi tadi. Ia terjadi sebelum demonstrasi membantah nama Allah kepada Gereja Katolik berlangsung di Masjid Negara, Masjid Kg Baru dan Masjid Negeri Shah Alam hari ini.

Perbuatan membakar rumah ibadat bercanggah dengan ajaran Islam dan semua pihak tidak patut menyokong tindakan tersebut kerana ia boleh mengancam keselamatan dan menghakis kedamaian yang kita nikmati sekarang ini.

Ketegasan Perdana Menteri di dalam mengutuk perbuatan tidak bermoral tersebut adalah bukti beliau benar benar mengamalkan tuntutan agama di dalam memelihara keamanan dan menjaga keselamatan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau bangsa. Selaras dengan tuntutan Islam yang meminta umatnya menjaga rakyat yang dipimpin dengan adil dan saksama.

Pihak berkuasa perlu menyiasat dengan segera tindakan membakar gereja yang sangat berbahaya kepada perpaduan di negara kita. Apatah lagi jika ia didalangi pihak tertentu khasnya parti politik yang sememangnya ingin menjadikan negara kita di dalam suasana huru hara selepas mereka sudah tidak mampu lagi membawa isu isu yang lain bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Atau ia boleh jadi satu cubaan jahat bagi memburukkan Islam selepas isu penggunaan nama Allah ditentang hebat oleh kita semua !

Insiden pergaduhan membabitkan agama di beberapa negara luar seharusnya sudah cukup menjadi panduan kepada kita semua betapa bahaya jika persengketaan berdasarkan agama ini berlaku di negara kita. Kita perlu berganding bahu memadamkan segera benih permusuhan yang timbul agar ia tidak memudaratkan semua pihak.

Meskipun kita membantah tindakan Gereja Katolik memohon penggunaan nama Allah di Mahkamah Tinggi tetapi mana-mana orang Islam kita tidak sepatutnya membuat tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Kerana kedaulatan undang-undang adalah asas kepada kestabilan sesebuah negara termasuk Malaysia. Bahkan agama kita tidak mengajar membakar rumah ibadat agama lain.

Keselamatan adalah harta pusaka yang akan kita tinggalkan sebagai warisan anak cucu dan janganlah tangan kita yang memusnahkan pusaka tersebut yang sudah dijaga dengan baik oleh datuk nenek kita terdahulu.

Marilah kita mengutuk tindakan membakar gereja tersebut dan bersama membantu menjaga keamanan agar ia berkekalan hari ini dan untuk selama-lamanya...

Disediakan oleh

Panglima Perang Cyber


AT MENYOKONG PENUH RESOLUSI BPN.

SEMUGA ISU PANAS LAGI SENSITIF INI AKAN BERAKHIR DENGAN BAIK.

SELAIN DARI ITU AT JUGA INGIN MEMBERIKAN BEBERAPA PANDAGAN BERKAITAN ISU INI.

SEMUA PIHAK HARUS MEMAINKAN PERANAN BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN NEGARA DIUTAMAKAN.

DI HARAP PIHAK GEREJA DAN THE HERALD TELAH FAHAM BETAPA SENSITIFNYA ISU INI DAN DIHARAP MEREKA DAPAT MENGKAJI SEMULA TUNTUTAN MEREKA.

PIHAK GEREJA DAN PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM PERLU BERSEMUKA BAGI MENDAPATKAN SATU KESEFAHAMAN BAGI MENYELESAIKAN DAN MENAGANI ISU INI DENGAN BAIK DI LUAR MAHKAMAH.

PIHAK PEMIMPIN PEMBANGKANG USAH LAGI MEMAINKAN POLITIK TUDUH MENUDUH DEMI MERAIH KEUNTUNGAN POLITIK SEMATA-MATA.

PIHAK PEMBANGKANG JUGA PERLU TEGAS MENARIK BALIK SOKONGAN MEREKA TERHADAP PENGUNAAN KALIMAH AGUNG UMAT ISLAM.

PIHAK BERKUASA KERAJAAN DIHARAP JANGAN TERAGAK-AGAK MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN BAGI MENGEKANG ISU INI MENJADI LEBIH BURUK.

AT MENYOKONG DEMONSTRASI TETAPI PIHAK YANG BERDEMONSTRASI DIHARAP DAPAT MENJAGA EMOSI DAN ETIKA KETIKA BERDEMO AGAR TIDAK KELIHATAN KETERLALUAN.

PIHAK BLOGGER DIHARAP DAPAT SAMA MEREDAKAN ISU INI DENGAN MENYUMBANG PANDANGAN-PANDANGAN YANG POSITIF LAGI BERHEMAH.

Selasa, Oktober 20, 2009

Edisi Nasib Melayu di Pulau Pinang : Kenyataan Akhbar Perkasa dan Fakta oleh Blogger Pejuang Bangsa !

3 Komen!!!



[logo_pekasa.jpg]


KENYATAAN AKHBAR WIRA PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR, – Ketua Penerangan WIRA, sebuah sayap pemuda di bawah PERKASA,
bagi Wilayah Persekutuan, menyenaraikan 22 alasan tentang ancaman Melayu-Islam di Pulau Pinang :

1) Wakil Rakyat Islam & Melayu dalam Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah diberi kuasa tadbir sebenar. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya bukan Kerajaan Campuran 3 Parti tetapi sebaliknya ditadbir sepenuhnya oleh Kepimpinan Sosialis DAP yang anti-Islam & anti-Melayu.

2) Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Melayu tidak diiktiraf oleh Sosialis DAP Pulau Pinang. Ahli Majlis berbangsa Melayu dipecat kerana memboikot majlis angkat sumpah YDP MPPP.

3) Minuman keras dibenarkan di majlis rasmi Kerajaan Sosialis Pulau Pinang. Arak dibenarkan dijual secara terang-terangan ketika sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang di Autocity.

4) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang mendesak supaya jawatan Exco Tanah diberi kepadanya. Taktik ini serupa dengan cara Lee Kuan Yew menghancurkan Ketuanan Melayu di Singapura.

5) DAP Pulau Pinang campur tangan dalam pengurusan zakat negeri. Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang mahu guna kutipan wang zakat para asnaf bagi kegunaan orang bukan Islam.

6) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang rampas tanah seluas 140 ekar kawasan Melayu di Pondok Upeh Balik Pulau untuk membina pusat pengajian tinggi ala-Singapura. Projek Universiti Nanyang Singapura ini akan mengakibatkan gangguan geo-politik Melayu Pulau Pinang.

7) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang desak supaya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tender PDC & PBA bagi menjayakan Misi Sosialis DAP meskipun wujud ‘Konflik Kepentingan’.

8) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang menipu orang Islam kononnya mahu mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi membiarkan pusat-pusat judi, rumah-rumah urut serta premis-premis arak & premis-premis maksiat berleluasa tanpa kawalan.

9) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang menghapuskan syarat mewajibkan pemaju swasta bina rumah kos rendah. Akibatnya Melayu Pulau Pinang menjadi semakin sukar memiliki rumah.

10) Masjid Jalan Kelawei dilambatkan penyiapannya melalui syarat Sosialis MPPP, sedangkan gereja-gereja, tokong-tokong & kuil-kuil dibiarkan tumbuh macam cendawan selepas hujan.

11) Tender perolehan kerajaan negeri dibuka sebebas-bebasnya secara Sosialis kepada kontraktor bukan Melayu. Jadi, ribuan kontraktor Melayu Pulau Pinang terpaksa gulung tikar.

12) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang luluskan syarat pertukaran tanah pertanian kepada tanah perkuburan cina walaupun 30% sudah didominasi oleh jirat Cina. Orang Melayu Pulau Pinang menjadi semakin tersepit kerana masalah kekurangan tanah perkuburan Islam yang serius.

13) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang membangunkan marina, resort & hotel mewah di Pulau Betong sebagai strategi secara langsung untuk menghalau keluar orang Melayu Balik Pulau.

14) Ahli Majlis MPPP pula dihina oleh Sosialis DAP Pulau Pinang hanya kerana beliau mahukan Melayu kuat demi menguatkan Islam, walaupun beliau sendiri seorang berbangsa Cina.

15) Kerajaan Sosialis negeri mempermainkan Warga Emas Melayu Pulau Pinang dengan menyuruh mendaftar bagi mendapatkan bantuan tetapi hanya diberi beras 10 kg seorang.

16) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang telah mengarahkan gerai-gerai kepunyaan penjaja-penjaja kecil Melayu ditutup walaupun mereka hanya melakukan kesalahan-kesalahan biasa.

17) Perbelanjaan Keraian Kerajaan Sosialis Pulau Pinang telah semakin meningkat dengan ketara kerana bertambahnya perbelanjaan pembelian arak para penyokong Sosialis DAP.

18) Pentadbiran Lim Guan Eng menghina Khalifah Umar Abdul Aziz. Kerajaan Sosialisnya bayar elaun guru KAFA RM50 sebulan seorang, sedangkan Kerajaan Pusat bayar RM500.

19) Lim Guan Eng sanggup membuat apa sahaja demi Politik Sosialisnya. Kerajaan negeri kerugian puluhan juta ringgit ketika membatalkan saman parking PBT pesalah sebangsanya.

20) Dasar Kelulusan Terbuka Sosialis Tukar Syarat Tanah dilaksanakan di kawasan Melayu, di mana status tukar syarat tanah pertanian kepada kediaman dilakukan tanpa sekatan.

21) Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dibentuk bagi melaksanakan Visi Sosialis DAP bagi menguburkan terus Melayu Pulau Pinang. Sasaran pertamanya ialah Tanah Wakaf Melayu.

22) Jawatan Gred 48 ke atas perlu mendapatkan kebenaran Ketua Menteri Pulau Pinang. Kini, Ketua Penolong Pegawai Daerah Balik Pulau, iaitu kawasan Melayu, seorang Sosialis DAP.

Ketua Penerangan WIRA PERKASA Wilayah Persekutuan merayu sokongan umat Islam dan bangsa Melayu yang tidak rela & tidak redha ke atas Sosialis untuk terus bertapak walau seinci pun walau sesaat pun lagi di bumi bertuah Malaysia yang kita cintai ini, agar bersatu hati tanpa mengira apa jua fahaman parti politik, demi menentang Agenda Sosialis Kerajaan Pulau Pinang.


Sekian, terima kasih.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN !
MERDEKAKAN PULAU PINANG DARI KERAJAAN SOSIALIS DAP !


Yang benar kerana Islam & Melayu,

Ab Halim Tuah bin Rahmat
KETUA PENERANGAN
WIRA PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN

Isnin, Ogos 17, 2009

Resolusi BPN 7 / 2009 : Anwar Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara kita !!

0 Komen!!!
1. BPN bersepakat mengutuk Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat agama.

2. BPN sedar segala kecaman yang melampau batas terhadap institusi Raja dan agama Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca dari tindakan beliau yang membuka pintu kepada penghinaan tersebut samada nyata atau rahsia.

3. BPN mendesak agar si pengkhianat ini yang terus mengajak ke arah ketidakstabilan dan mengancam keselamatan awam agar ditahan dengan segera atau diusir dari Malaysia jika kita tidak ingin melihat negara kita akan terjerumus ke kancah peperangan saudara atau berlainan etnik agama dan fahaman politik mereka.

4. BPN juga meminta kerajaan turut mengusir sesiapa sahaja yang berkeras ingin menyentuh perkara sensitif seperti Raja dan Agama Islam agar turut diusir keluar dari negara kita tidak kira dari apa jua bangsa atau agama mereka.

5. BPN akan terus berkempen agar rakyat menolak si pengkhianat ini dan juga sesiapa sahaja yang menyokong idealisme perjuangan songsang beliau dari terus diberikan ruang di tanah Malaysia.

6. BPN menyeru rakyat Malaysia membantu usaha menolak tokoh pengkhianat moden ini yang terang terangan telah banyak melanggar undang-undang negara kita dan sibuk mencari idea untuk menjatuhkan pemimpin negara walaupun telah menyebabkan urusan kebajikan rakyat sudah tidak lagi terbela di negeri yang mereka telah diberi kuasa.

Yang benar,

Panglima Perang Cyber,

Jumaat, April 17, 2009

Edisi Khas : Resolusi BPN Video Palsu Mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia Oleh Pembangkang

2 Komen!!!
1. BPN merasa sangat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan seorang bergelar Malaysianews yang telah membuat video klip menghina Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

2. Ini kerana jelas ucapan yang diubah dan dicantum menzahirkan satu gambaran palsu yang berbeza sama sekali dengan ucapan sebenar YAB PM dan boleh menimbulkan keresahan berpanjangan rakyat yang pasti akan marah dengan tindakan tersebut.

3. BPN merasakan perbuatan ini sangat kotor, jijik dan tidak berbudi pekerti yang mulia kerana ia melibatkan maruah seorang Ketua Kerajaan bagi negara Malaysia.

4. Perbuatan sebegini perlu dihentikan dengan segera sebelum ia merebak atau menjadi perbalahan antara ahli parti politik pro atau anti kerajaan demi memastikan keamanan dan ketenangan rakyat Malaysia berkekalan sampai bila bila.

5. BPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan keras terhadap individu yang terlibat mencipta atau menyebarkannya, untuk menjadi pengajaran dan iktibar agar tidak lagi berulang pada masa masa akan datang.
Video tersebut ada di bawah ini ( link asal klik sini ):

Isnin, Mac 02, 2009

RESOLUSI BPN 3/2009 MENGUTUK TINDAKAN KARPAL SINGH DAN SARANAN KEPADA AHLI BPN AGAR RESOLUSI DISIARKAN BERSAMA-Malaysiakini

5 Komen!!!
Resolusi BPN 3/2009 Mengutuk Tindakan Karpal Sing isu CELAKA Pemuda UMNO

Selepas dibuka kepada komen dan juga cadangan selama 8 Jam 1/2 dari jam 9 am hari ini maka di bawah ialah Resolusi terkini BPN siri 3/2009 untuk diedar dan disalin oleh Blogger BPN semua. Di harap dapat sokongan sahabat sahabat semua demi agama bangsa dan negara kita..

BPN dengan ini mengambil keputusan mengeluarkan resolusi berkenaan tindakan Karpal Singh yang terang dan jelas ingin menaikkan kemarahan bangsa Melayu dan Muslim berhubung tindakannya mencarut perkataan CELAKA beberapa hari yang lalu di Parlimen. Meskipun sudah ditarik kembali namun ia tetap didengar dan dibaca oleh rakyat Malaysia.

BPN merasakan tindakan beliau sangat tidak wajar menggunakan perkataan CELAKA kepada pemuda UMNO tersebut, apatah lagi dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai pihak yang telah menghantar dua butir peluru kepadanya tempoh hari. Ini sangat berbahaya kepada suasana harmoni negara kita dan juga boleh menaikkan sentimen kebencian yang boleh memudaratkan orang awam yang tidak berdosa.

Permainan politik keterlaluan ini boleh menimbulkan huru hara di negara kita jika tidak dibendung dengan segera oleh pihak yang berwajib.

Seperti mana yang kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang sudah terang terangan sejak dahulu hingga kini cuba menyentuh beberapa isu sangat sensitif negara kita dengan sengaja dan jelas ada niat jahat di sebalik tindakan mereka.Isu babi,azan,tanah,papan tanda jawi,Hindraf adalah contoh yang boleh kita nampak telah dipolitikkan sebelum ini.

Meskipun sudah diberi amaran oleh Raja Raja kita agar isu isu sensitif tersebut jangan diusik atau dicabar oleh mana mana pihak, namun mereka seperti tidak mendengar atau memahami atau menghormati titah Raja kita yang menjadi RUKUN NEGARA yang kedua ( Kesetiaan Kepada Raja dan Negara ) yang sangat penting sehingga diletakkan di kedudukan tersebut selepas keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa,

BPN dengan ini merasa terpanggil untuk membuat satu Resolusi bersama oleh rakan rakan Blogger BPN agar semua dapat menyedari tindakan Karpal ini sangat berbahaya dan perlu dikutuk oleh kita semua. Jika kita masih sayangkan negara yang menjadi tempat kita bernaung selama ini.


HIDUP BPN !!!

SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...


Disediakan :

Panglima Perang Cyber
Yang Dipertua Blogger Pembela Negara.

Selasa, Disember 02, 2008

KEHADIRAN BLOG BPN MAKIN DIRASAI PIHAK LAWAN

5 Komen!!!

PENGACAU SIDANG BLOGGER PEMBELA NEGARA SUDAH DITEMUI OLEH CHE MOQ


Pagi ni selepas sarapan jam 10.30 kerana sambung tidur selepas Subuh, memandangkan tidur lewat jam 4 selepas berjumpa kawan blogger BPN di kedai mamak di ibukota dan menyambung menulis di blog, saya menerima info dari Che Moq tentang siapa pengacau yang datang sejak Jumaat lepas di sidang kita.

Ketika itu kami sedang berbual dengan sahabat sahabat YeopPerak dan Fazrull di warung kopi maya chatroll kita .

Rupa rupanya pengacau tersebut masih budak lagi dan memang sengaja ingin menguji kewibawaan team BPN sejauh mana dapat mengatasi serangan siber.

Usaha dilakukan bagi mengelakkan pengacau yang menggunakan beberapa nama seperti si Saiful/Malaysian/Telong ini dengan menghitamkan namanya di senarai chatroll kita. Perkara ini diakui sendiri oleh beliau dan saya sudah mengambil gambar blog untuk rekod kita di sini.

Sila lihat betapa bangganya blogger revolusi rakyat ini yang mungkin tidak kenal solat Jumaat memandangkan provokasi pertama diterima ketika kita solat Jumaat dua hari yang lalu... Perkara ini jelas menerusi waktu dia menghantar mesej serangan pertama dulu iaitu jam 2 petang.

Tidak pelik kerana kebanyakan penyokong PKR adalah mereka yang suka perkataan jilat seperti Carburator Dung yang mungkin tidak kenal sejadah kerana hidup bebas dengan bimbangan Guru mereka Hishamudin Rais.

Kata aspirasi : tahniah BPN anda kini bergerak sebagai satu pasukan. Tiada yang kini mampu menghalang. Teruskan fokus kita demi kebenaran dan menghapuskan kebatilan...

Laporan Sidang Blogger Isnin 7 / 2008

0 Komen!!!

Topik : Isu Gabungan Graduan Melayu Muda dan pendirian Blogger Pembela Negara

RESOLUSI

1 - BLOGGER PEMBELA NEGARA bersetuju dengan tindakan Gerakan Graduan Muda Mahasiswa mengambil tindakan tegas berlandaskan undang undang terhadap pihak yang menentang ketuanan Melayu sebagai tuan asal negara Malaysia. Selagi ia berlandaskan undang undang dan tidak mencemarkan keharmonian negara Malaysia yang didiami oleh pelbagai bangsa

2. Ahli BPN disarankan meletakka logo dan link GGMM sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu Islam ini dari dinodai oleh mana mana pihak

3. BPN akan menjadi badan tidak rasmi bagi mempromosi segala aktivit GGMM dan kerjasama ini akan dijayakan oleh semua ahli ahli di dalam BPN termasuk yang bertaraf pemerhati di blog mereka melalui usul dalam resolusi sidang maya.

Kehadiran ahli sidang : Lihat imej di atas...

4. Memandangkan Melayu merupakan bangsa yang menitikberatkan budi pekerti dalam berbahasa, BPN memohon agar pihak jawatankuasa tertinggi GGMM mengulas mengenai sebuah blog yang menggunakan nama GGMM di mana ianya telah mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak kerana kandungannya yang agak keterlaluan. Sila klik sini ( http://graduanmelayumuda.blogspot.com/ )

5. GGMM perlu membuat penambahbaikkan blog rasmi mereka sejajar dengan reputasi GGMM sebagai wakil graduan yang mempunyai daya intelektual yang tinggi dan Visi dan misi perjuangan GGMM perlu diperjelaskan bagi memantapkan gerakan penuh berani dan bijaksana selari dengan budaya bangsa.

6. Ahli BPN disarankan dan digalakkan menyertai tindakan dan aktiviti yang digerakkan oleh GGMM yang berteraskan dan berpaksikan menjaga nama baik bangsa dan agama di bumi melayu yang bertuah ini...manakalan GGMM pula akan menggalakkan ahli ahlinya membantu BPN di alam siber ini bagi menjadikan agenda menjaga ketuanan agama dan bangsa tetap terpelihara dan berjaya dengan satu suara yang bersepakat dan muafakat.Ia akan menjadikan BPN dan GGMM saling melengkapi antara satu sama lain di dalam menjadikan perjuangan lebih kemas dan fokus kepada arah yang sama walau di alam yang berbeza...

Sekian.

Disediakan oleh,

Panglima Perang Cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com

12.01 pagi 2 Disember 2008

Kongsi Link Anda