Popular Today

Memaparkan catatan dengan label 16 September. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 16 September. Papar semua catatan

Selasa, Mac 23, 2010

MP Kalabakan tak payahlah nak melenting!!!

1 Komen!!!
"Apa yang boleh dikatakan di sini, Zahrain nampaknya sudah gemuk apabila sudah menjadi Ahli Bebas.Saya nak beritahu Zahrain, jangan dengar cerita orang buat masyarakat di tempat saya keliru dan saya mahu tanya kenapa sudah dua kali 16 September, baru kali ini buat keputusan. Tarikh tersebut sudah menjadi sejarah kenapa sekarang baru dipersoalkan,"


Itu kata Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh tentang dakwaan Zahrain mengenai peristiwa 16 September!!

"Minta maaf untuk apa? Saya hanya cerita apa yang Anwar cerita pada saya. Menurut Anwar, Kalabakan (Abdul Ghapur) antara nama yang disebut yang akan melompat.

"Niat saya hanya untuk cerita pada orang, kekecewaan saya pada parti (PKR) dan kenapa saya keluar parti, itu sahaja. Tiada niat untuk memperkecilkan beliau,"

Ini pula kata Zahrain ketika mengulas kenyataan MP Kelabakan..

Isu??... tak de isu sebenarnya besar pun... Zahrain hanya sampaikan apa yang Anwar kata, itulah 8 nama yang ANwar sebut padanya.. jadi tak payahlah nak melenting sangat..
Kalau tiada jemputan ANwar katakan tiada.. jadi ceritalah balik kepada rakyat Kalabakan yang sebenarnya...

Isnin, Mac 22, 2010

Kerajaan didesak tubuh Suruhanjaya Diraja siasat ANuwar

0 Komen!!!

Setelah 10 laporan polis terhadap ANuwar Aljuburi kerana mengheret YDP Agong dalam tragedi 16 September 2008.. Kini seorang lagi MP mencadangkan agar suruhanjaya diraja dibentuk bagi menyiasat tindak-tanduk ANuwar Alkjuburi yang mengancam keselamatan negara atau membuka kertas putih berhubung perkara itu.

Rasional diatas adalah berasas bahawa tindak tanduk ANuwar selama ini memang mengamcam keselamatan negara.. nafsu binatang ALjuburi tidak mengenal batasan Agama, Bangsa dan negara, apa yang penting adalah untuk memenuhi perut politik Anuwar Aljuburi dan kroni mereka.

Tindakan Aljuburi mengaitkan nama YDP Agong, Ketua Turus Tentera, kemudian Apco, mempergunakan tokoh agama iaitu Yusuf al-Qaradawi dan surat serta risalah yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen Machang.. ialah suatu tindakan yang bertentangan dengan semangat demokrasi..

Namun apa yang lebih penting ialah bagi memastikan rakyat tidak terus ditipu oleh ANUwar alJuburi dan pencacainya..

Rakyat kini diasak pemikirannya dengan penipuan dan pemalsuan dari Pakatan Aljuburi.. jika perkara ini tidak dibendung, maka rakyat akan rosak, perlembagaan negara tidak lagi dihormati, Bangsa Melayu dihina, Islam diperdagangkan dan Negara didedah dengan ancaman luar.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah wajar bagi menjalankan Inques secara terperinci mengenai ancaman ANuwar terhadap keselamatan negara!!

Ahad, Disember 28, 2008

Isu MP Kapar, bukti masalah dalaman PKR

0 Komen!!!
Dec 28, 08 6:47pm
Para pemimpin Pakatan Rakyat - gabungan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP - dinasihatkan supaya berhenti menimbulkan perbezaan dan konflik antara mereka melalui media.

"Saya ingin menggesa dan merayu kepada pelbagai pihak dalam Pakatan supaya berhenti daripada membawa perbezaan dan konflik mereka melalui media terutama yang dikawal oleh BN (Barisan Nasional)," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.

"Ini termasuk bukan sahaja MB Selangor (Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Anggota Parlimen Kapar (S Manikavasagam) tetapi juga Speaker Selangor (wakil DAP Teng Chang Khim) dan Anggota Parlimen Klang (wakil DAP Charles Santiago)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, kata beliaiu, mereka hendaklah duduk bersama dan berbincang bagi menyelesaikan perbezaan dan konflik secara dalaman.

Menurutnya, terdapat banyak saluran dan prosedur untuk berbuat demikian.

Jumaat lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, beliau akan keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan Khalid dan cara Menteri Besar itu mentadbir negeri itu.

Khalid pula dilaporkan menjawab bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan jika beliau mahu berbuat demikian dan beliau tidak berminat untuk berjumpa Anggota Parlimen itu atau untuk memintanya menimbang semula keputusannya. Menteri besar Selangor itu bagaimanapun hari ini menafikan berkata demikian.

Bagaimanapun, Santiago dilaporkan bingung selepas Teng menuduhnya bahawa beliau telah dibeli oleh BN dan bersikap seperti seorang pembangkang.

Mengulas lanjut, Dr Syed Husin berkata, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berada di luar negara sehingga 6 Januari depan.

Ekoran itu, katanya, beliau akan mengadakan mesyuarat biro politik Rabu ini bagi membincangkan isu utama dan berkaitan dalam usaha "untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai".

Dr Syed Husin mendakwa, isu berhubung ancaman Anggota Parlimen Kapar untuk meninggalkan PKR telah didedahkan seara berlebihan oleh media yang dikawal oleh BN.

"Mereka telah memutarbelit kenyataan sesetengah pemimpin Pakatan (Rakyat) untuk menggambarkan
seolah-olah pakatan pembangkang dalm keadaan kucar kacir.

"Sebenarnya, niat mereka adalah untuk memesongkan perhatian orang ramai daripada beberapa krisis dalaman BN dan juga di antara parti komponen di dalam kerajaan sehingga kepada pilihan raya kecil Kuala Terengganu," katanya.

Penjelasan Khalid

Sementara itu, pejabat urusetia media Menteri Besar Selangor menafikan laporan akhbar the Star yang memetik Khalid sebagai berkata beliau tidak berminat untuk menemui Manikavasagam atau meminta beliau menimbangkan semula keputusannya untuk meninggal PKR.

Sebaliknya, dalam satu kenyataan hari ini, urusetia tersebut menegaskan bahawa dalam sidang akhbar tersebut, Khalid tidak pernah pada bila-bila masa pun membuat kenyataan seumpama itu.

"Apabila menteri besar ditanya sama ada beliau bersedia untuk menemui ahli Parlimen Kapar itu, beliau menjawab, sebagai seorang ahli parlimen, ia adalah lebih baik bagi ahli Parlimen itu menemui pemimpin parti," kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Khalid tidak pernah mengatakan bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan, seperti dalam laporan akhbar tersebut.

"Dalam sidang akhbar tersebut, menteri besar, apabila ditanya, telah menegaskan bahawa ahli Parlimen Kapar itu bebas untuk membuat keputusannya dan bahawa beliau cukup matang untuk membut keputusan yang baik selaku wakil rakyat kepada lebih 100,000 pengundi dalam kawasan pilihanrayanya dan (selaku) seorang ahli PKR.

"Menteri besar juga berulangkali menegaskan bahawa forum terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut adalah biro politik parti berkenaan (PKR)," tambahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya memandang berat tindakan memutarbelit fakta dan berharap akhbar berkenaan lebih bertanggungjawab dan tepat dalam laporannya mengenai kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat.

Selasa, September 09, 2008

PAKATAN RAKYAT RESAH MENUNGGU 16 SEPTEMBER

0 Komen!!!
Keresahan pembangkang semakin ketara khasnya apabila PM membenarkan ahli Parlimen BN untuk membuat lawatan luar negara.

Keresahan Pekatan Rakyat (PR) ialah PR dilihat akan tidak lagi relevan selepas ini dan janji manis mereka memang tidak boleh 'dipakai'. Harapan penyokong mereka pastinya akan berkecai jika 16 September ini tidak menjadi kenyataan.

Bagi BN pula mereka dianggap sebagai berjaya, khasnya menahan dan menghalang serangan ombak 'tsunami' pembangkang.

Mulai hari ini 49 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai lawatan sambil belajar ke Taiwan. Daripada jumlah tersebut, 41 orang berlepas hari ini manakala lapan orang lagi, akan di sana esok. Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBC), Datuk Bung Mokhtar Radin, yang akan berlepas bersama 41 ahli Parlimen tersebut pada jam 1.45 tengahari ini. Katanya, jumlah tersebut terdiri daripada 10 ahli Parlimen dari Sabah, 12 dari Sarawak dan bakinya dari Semenanjung Malaysia.Mereka dijangka mempelajari secara dekat program pertanian yang dilaksanakan di Taiwan.

Keresahan Pakatan Rakyat dapat dilihat melalui media pembangkang yang menghentam lawatan sambil belajar ini kerana beranggapan BN membawa lari ahli Parlimen mereka. Namun tidak perlu pedulikan tanggapan mereka.

Tindakan pemimpin dan media pembangkang yang terlalu mewar-warkan bahawa 16 September, Anwar akan menjadi PM mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Ini akan menyebabkan Pakatan Rakyat malu besar kerana lebih sudu dari kuah....

Mungkin ada kebenaran yang dikatakan Hj Hadi "saya bukan ahli politik Mat Jenin. Saya, tak mahu berangan-angan macam Mat Jenin, baru nak panjat pokok kelapa dah berangan-angan". Apa yang dimaksudkan oleh Hj Hadi adalah angan-angan Mat Jenin Anwar Ibrahim yang telah mencanang bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini.

Dan menambah lagi keresahan Pakatan Rakyat sehingga kini tiada lagi Ahli Parlimen BN yang mengumumkan akan melompat parti dan tindakan membawa ahli Parlimen BN ke luar negara terus akan memusnahkan harapan mereka.

Namun apa akan jadi kepada Pakatan Rakyat (PR) sekiranya 16 September ini tidak menjadi kenyataan, nescaya PR akan tidak akan relevan selepas ini dan janji manis mereka memang tidak boleh 'dipakai'.

Hmmmm.... harap pembangkang terpaksa menjilat ludah mereka sendiri sekali lagi..

Kongsi Link Anda