Jumaat, Jun 27, 2014

Rabu, Jun 25, 2014

Akhirnya spekulasi rombakan Kabinet terjawab

2 Komen!!!


PUTRAJAYA - Teka-teki Kabinet baharu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya terjawab hari ini apabila beberapa nama yang sudah dijangka sebelum ini turut diumumkan.

Berikut senarai Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi:

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong

Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Chua Tee Yong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk We Ka Siong

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Lee Chee Leong

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat: Datin Paduka Chew Mei Fun

Keenam-enam menteri Kabinet ini akan mengangkat sumpah pada Jumaat ini, jam 11.30 pagi di Istana Negara.

Fitnah tentang rombakan kabinet bermaharajalela di whatapps

0 Komen!!!

Nmpknya fitnah ni terus bermaharajalela.. cerita tentang rombakan kabinet dan siapa yg terlibat telah dimain di grup2 whatapps..

Dari meeting MT Umno & BN semlm,
Cuti Berehat & Letak Jawatan
- TS Muhyuddin Yassin
(Pemangku DS Hishamuddin)
Digugurkan dari kabinet
- DS Nazri Aziz
- D Hassan Malek
Perlantikan Baru
- DS Azeez Rahim - Menteri Pembangunan Usahawan (calon reserve - DS Rezal Merican)
Perlantikan 2 +1
MCA - 2 Kerusi
- DS Liew Tiong Lai
- D Dr Wee Ka Soing
Gerakan - 1 Kerusi
- D Mah Siew Kong
Ketua Puteri - Mas Eriyanti
- Timb Menteri
2 Menteri Besar bakal digugurkn - calun dr negeri berikut:
- Pahang
- Perak
- Perlis
- N Sembilan.                         

Khamis, Jun 12, 2014

Hayati malam Nisfu Syaban..

0 Komen!!!

Malam Istimewa

Rasullullah SAW bersabda;
"Ada 5 malam yg jika kita berdo'a takkan ditolak do'a kita, Mlm Jumaat, Mlm Nishfu (15 Sya'ban), Mlm (Lailatul)Qodar, Mlm Idul Fatri dan Mlm Idul Adhha"

Tahun ini Mlm 15 (Nisfu) Sya'ban jatuh pd mlm Jumaat 12 Jun 2014 yg bererti 2 mlm kemuliaan itu bergabung menjadi satu

Pada Mlm itu
Do'a kita Pasti akan di Ijabah
Mlm Penentuan Nasib (Mlm Penggantian Buku)
Mlm penuh Berkah

Para Ulama ahli Sunnah Wal Jamaah telah memberi bimbingan utk membaca surah Yasin 3x utk mrk yg mampu @ membaca surah Al-ikhlas ketika teman2 yg lain sdg membaca surah Yasin
Pd Bacaan Pertama dgn niat Pjg Umur dlm Taat dan Ibadah
Pd Bacaan yg ke 2 niat minta diberi Rezeki yg Halal, Cukup dan Berkah
Pd Bacaan ke 3 niat minta diwafatkan dlm keimanan (Husnul Khotimah)

Pada Mlm itu sgl do'a pasti di ijabah asal berdoanya dgn Ikhlas dan Yakin, kecuali ;
Pemabuk
Org yg Durhaka kpd org tua nya
Org yg memutuskan Tali Silatur Rahim
Tukang Tenung, Dukun
Doa mrk takkan di ijabah kecuali mrk Bertaubat dgn Tbat Nasuhah.

Semoga Menjadi Syi'ar Islam, alunan Al-Qur'an menggema pd mlm berkenaan.

MESTI TENGOK! Nora Danish Kantoi Edit Gambar Pakai Baju Ketat

0 Komen!!!

Gambar di atas ini merupakan gambar yang dikongsi Nora Danish di laman Instagram kepada peminat-peminatnya. Sekali pandang mungkin nampak macam tiada apa-apa yang pelik dengan gambar di atas. 

Namun jika dilihat dengan penuh teliti, gambar tersebut jelas telah diedit di bahagian dada artis ini dan perkara ini menjadi benar setelah sekeping gambar sebenar telah dijumpai.

Inilah dia kebenaran disebalik gambar tersebut:




sumber : ini blog saya

Rabu, Jun 11, 2014

Isteri Ganas!! Abby dera mental dan fizikal

0 Komen!!!

Abby sah bercerai talak satu

0 Komen!!!

Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah melalui SMS yang dihantar Muhammad Noor Farhan, Mei lalu.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen & mendengar keterangan kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, cerai pertama pada Januari lalu yang dihantar Muhammad Noor Farhan melalui SMS kepada rakannya, mahkamah tidak mensabitkan jatuh talak berikutan SMS itu adalah lafaz yang tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand setelah berkenalan selama dua minggu. (rtky/m)

Gambar anak saudara Siti Nurhaliza yang mungkin menenggelamkan Nora Danish

0 Komen!!!
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Datuk Siti Nurhaliza mempunyai seorang anak saudara perempuang yang amat mengancam. Tambahan pula anak saudara penyanyi nombor satu tanah air itu baru berumur 17 tahun.

Adakah agak keterlaluan sebuah page di facebook yang mengatakan kecomelan anak saudara Siti Nurhaliza mampu menenggelamkan Nora Danish.?

Untuk pengethuan peminat-peminat, Nora Danish baru sahaja dinobatkan sebagai artis paling popular Instagram di mana dia telah mengalahkan beberapa selebriti wanita hebat lain seperti Neelofa, Che Ta, Sharifah Sakinah dan Lisa Surihani.


Selasa, Jun 10, 2014

MESTI TENGOK! Gambar Adik-Beradik Maya Karin yang Pasti Membuatkan Anda tertarik

6 Komen!!!

Tahukah anda bahawa pelakon terkenal negara kita iaitu Maya Karin mempunyai adik beradik yang handsome dan cantik? Jom kita layan gambar adik beradik pelakon popular iaitu Maya Karin yang cantik ini.
Adik lelaki Maya Karin bernama Armin dan kini menetap di Eropah. Manakala Adik perempuannya Irina Melati bekerja di London sebagai peguam korporat. Jom lihat gambar mereka di bawah ini :





SUMBER : INI BLOG SAYA

UiTM debater ranks no.1 in Asia : ni yang dyana kata UITM tiada kualiti

5 Komen!!!
UiTM law student Maizura Mokhsein ends her debate career on a high.
UiTM law student Maizura Mokhsein ends her debate career on a high.
   
PETALING JAYA: A final year law student from Universiti Teknologi Mara (UiTM) talked her way to emerge the top debater at the recent United Asian Debating Championship (UADC) held in Singapore.
Maizura Mokhsein, 23, also created history by being the first Malaysian to receive the honour in the prestigious competition.
She beat 350 other participants from universities across Asia at the nine-day competition held from May 25 to June 2 at the Nanyang Technology University in Singapore.
"It feels great. It felt even better when I saw how happy my friends were when I received the trophy.
"Having competitors and the people that I admire come up and say congratulations was the best part of it all,” she said.
The UADC is Asia’s largest and most prestigious tournament. It runs in the Asian Parliamentary format, which pitches teams of three against each other. It also provides the definitive ranking for all debaters in the continent.
This year - its fifth year running - the championship drew 120 teams.
Maizura scored top marks in all eight preliminary rounds.
Apart from the win, she holds many other accolades, having won 13 national trophies in her six years taking part in debates. She is also a familiar name in international debate competitions.
Although she will be retiring from the competition this year, Maizura is happy to end on a high note after amassing an impressive debating resume.
“Through debating, I've learned to be more receptive towards ideas. I've also learnt to challenge ideas that people force us to blindly believe in,” she said.
“I have absolutely no regrets joining debates. In a way, it transformed my mind and my life,” she said.
While she took the individual title, Maizura came out a little sad that her UiTM teammates could not follow suit as a fellow Malaysian team from the International Islamic University of Malaysia (IIUM) had beaten the UiTM team in the semi-final.
Nevertheless, the Malaysian contingent did the country proud when IIUM reached the grand final of the tournament - the first Malaysian team to do so. They eventually lost out to Singapore's Nanyang Technology University (NTU).
The IIUM team was made up of three speakers; third-year law student Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 22, second-year Economics student Mubarrat Wassey, 23, and second-year law student 21-year-old Ameera Natasha Moore.
Although they did not bring home the champion’s trophy, months of research, training and mental sparring were made worthwhile by pushing another boundary for Malaysian debates.
“I felt a bit conflicted because I thought I let Malaysia down. However, on the other hand we managed to set a new record for Malaysian teams,” said Syed Saddiq.
Although friendly squabbles are a norm under intense pressure, the three take it all in their stride.
The fact that they have gotten so far in the tournament is a testament to good team dynamics and even greater friendship, they said.
“It felt good to do well but what really made it worthwhile was that I did it with really good friends,” said Ameera.
“Hopefully, we will be in the same team again next year - and win the competition,” said Mubarrat.


Satu Lagi Mesej Antara Zaquan Adha & Seorang Gadis Tersebar

0 Komen!!!
Dunia teknologi zaman sekarang macam-macam boleh dilakukan. Abang Nara mengambil pendekatan tidak mahu mempercayai satu lagi mesej antara Zaquan Adha dan seorang gadis yang sedang tersebar ini. Bukan apa, benda-benda macam ini boleh diubahsuai dengan kecanggihan software. Benda tak ada boleh diadakan, benda yang ada boleh dihilangkan dengan hanya sentuhan jari sahaja.
zaquan dan gadis
Daripada apa yang Abang Nara baca, mesej-mesej di atas di hantar menerusi akaun sosial Instagram. Sememangnya ID Zaquan Adha di Instagram ialah zaqone_08. Mesej ini khabarnya disebarkan oleh si gadis sebagai bukti kononnya Zaquan adalah seorang suami yang bermain kayu tiga. Hmmmmm. Agak pelik tiba-tiba kesemua bukti nak keluar pada satu masa. Konspirasi bukan?
zaquan ayuDiharap Zaquan dan Ayu bersabar dengan ujian ini. Jangan cepat melenting. Apa-apa bincang terlebih dahulu. Mana tahu memang ada pihak yang cemburu melihat kebahagiaan rumahtangga anda dan mahu memusnahkannya. Fikir elok-elok dulu sebelum buat sebarang keputusan. Info asal Forum Cari.

sumber : Beautiful nara

Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor untuk tangani isu perumahan Johor : MB Khaled Nordin

0 Komen!!!


Alhamdulillah Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah meluluskan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 petang semalam.

Lembaga ini sangat penting supaya dapat bertindak menjayakan fokus utama kerajaan negeri terhadap isu perumahan selaras Pelan Suara Hati Johor dan Kerajaan Negeri dapat bergerak menjayakan matlamatnya dan sasarannya , membuat perancangan dan menyelesaikan cabaran perumahan di negeri Johor

Terima Kasih buat semua yang membuat liputan samada yang positif dan negatif. Saya menghargai semua maklum balas positif dan negatif

Saya teruskan juga pembentangan ini kerana bedasarkan komen - komen mereka tidak tahu apa yang mereka cakap dan keliru hasil fakta yang mengelirukan bertujuan untuk melewat lewatkan usaha kerajaan untuk segera bertindak menyelesaikan masalah rakyat.
Tidak perlu mana mana pihak meragui keikhlasan kita untuk memperjuangkan dan melindungi hak rakyat.

Jika Enakmen Lembaga Perumaha dan Hartanah Johor ini dilihat bercanggah dengan sistem Raja Berpelembagaan, maka Enakmen Perbadanan Johor serta beberapa akta di peringkat Persekutuan seperti Akta Suruhanjaya Koperasi, Bank Negara dan beberapa lagi yang memberi kuasa lantikan kepada YDPA juga seharusnya dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah tidak melanggar konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor dan kuasa eksekutif itu adalah seseorang yang mendapat mandat dari rakyat

Bagi elak kekeliruan dan tohmahan dan bagi memelihara prinsip raja berpelembagaan di Negeri Johor, dan beberapa pindaan peranan raja hanya untuk melantik atas nasihat Menteri Besar. Itu sahaja yg menyentuh berkenaan raja walaupun enakmen sebegini pernah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini dan akta-akta di peringkat persekutuan.

Ini semua kita buat untuk rakyat demi rakyat bagi rakyat. Ingin saya tegaskan bahawa belum pernah dalam sejarah anak Johor tunduk dan mengalah hadapi cabaran

Muafakat membawa berkat
Kepada Allah Berserah

Isnin, Jun 09, 2014

Checkmate!! LPHJ mendapat sokongan YB PAS!!

6 Komen!!!

Nampaknya usaha pihak tertentu untuk menggagalkan Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor tidak berjaya.. Bahkan YB PAS pula yang menyokong usul BN ini..

Idea yang dipelopori oleh BN ini adalah satu manifestasi pembangunan pro-rakyat yang kerajaan sentiasa mendengar rintihan rakyat!!

Apa nak dikata lg.. hakikatnya ia adalah usaha yang baik untuk sektor perumahan dan hartanah negara..

Tahiah MB Johor kerana membawa perubahan yang positif untuk negeri bertuah ini!!

PAS umpama "mati pucuk"

0 Komen!!!
ENTAH apa jampi DAP yang begitu mudah dapat menakluk dan menundukkan panglima-panglima Pas yang gagah lagi perkasa. Kepimpinan tertinggi Pas seperti kehilangan tenaga setiap kali berdepan dengan sekutunya DAP. Sedangkan Pas mempunyai banyak ulama dan cerdik pandai.

DULU Karpal Singh kini anaknya, Gobind Singh Deo memburukkan hudud! Dulu mereka kata "kita meraikan perbezaan pendapat"; tapi selepas PRK Teluk Intan mereka ubah dengan slogan "semua bersetuju untuk semua pihak berhak tidak bersetuju". Soal ideologi pun mereka gagal mencapai kata sepakat.

KINI, umat Islam dan orang Melayu dalam parti Pas terus merelakan dirinya dibuli. Suara marah dan kecewa hanya dalam kalangan pemimpin akar umbi; Pemimpin yang di atas senyap. Dasar parti pun boleh diubah-ubah bagi memenuhi selera dan kepentingan semasa. Dalam keadaan seperti ini, sekutu membuli pun Pas meraikannya.

KEPIMPINAN Pas terus mengenepikan prinsip perjuangan parti dan tuntutan agama mereka dengan membantu dan menyokong calon DAP yang terang-terang menentang hudud Pas! DAP langsung tidak menghormati dan menghargai Pas. Ini membuktikan sikap cauvinistik, angkuh dan ego DAP terhadap Pas!

KEKALAHAN DAP di kubu kuat dengan calon Melayunya; adalah satu undi tidak percaya kepada kepimpinan Dinasti Lim dalam DAP. Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng bertanggungjawab atas kekalahan ini! Tapi dua beranak ni memang samseng politik yang pekak dan sombong.

ORANG Melayu telah membuktikan mereka tidak rela diperkaldaikan oleh DAP. Orang Melayu masih mempunyai semangat nasionalisme dan keagamaan yang kuat. Sikap ini yang sepatutnya diberi fokus oleh UMNO untuk memastikan kesinambungan talian hayat politik UMNO terus kukuh untuk menghadapi PRU-14 dan menjaga negara yang kita punyai.

Sumber : Black Panther 

RUU Perumahan : Rakyat sentiasa keutamaan kerajaan Negeri Johor : MB Khaled Nordin

1 Komen!!!


Kerajaan Negeri sedar akan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kemasukan pelabur-pelabur asing di negeri ini terutamanya dalam sektor hartanah. Sungguhpun kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengimbangi pasaran hartanah dan mengawal pemilikan asing, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa menghalang mana-mana urusniaga hartanah milik persendirian, termasuk penjualan tanah oleh orang Melayu sendiri kepada warga asing.

Dalam menyedari kerancakkan pembangunan hartanah dan pembelian oleh warga asing di negeri Johor, percayalah semakin rancak juga usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalam sektor ini. Seperti yang telah saya tekankan sebelum ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran pembinaan 28,000 unit rumah mampu milik dalam masa lima tahun di negeri Johor pada hari ini.

Tidak cukup dengan itu, kita kenakan caj dan menyenaraikan hitamkan mana-mana pemaju yang gagal membina rumah mampu milik selepas dua tahun mendapat Kebenaran Merancang. Secara otomatik juga segala projek pembangunan pemaju yang telah disenarai hitamkan tersebut akan dibekukan serta merta. Bagi pemaju yang mendapat pelepasan kuota Bumiputera, mereka terpaksa pula membayar 7.5% dari harga yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli.




Kerajaan Negeri sedang merangka mewujudkan Zon Antarabangsa di kawasan Iskandar dimana dengan adanya zon ini kerajaan akan mengawal dan mengehadkan peratusan warga asing di luar zon tersebut. Ini supaya mereka tidak bersaing untuk membeli rumah dengan orang tempatan. Kita juga telah menerima pakai keputusan Kerajaan Persekutuan dalam menetapkan RM 1 Juta seunit bagi pemilikan hartanah warga asing bermula 1 Mei yang lalu.



Bagi memastikan golongan berpendapatan rendah daripada pelbagai kaum memiliki perumahan di kawasan bandar, Kerajaan negeri secara adil dan saksama telah memutuskan kuota pemilikan mengikut kaum Melayu, Cina mahupun India dengan masing-masing diperuntukkan 6.5;2.5;1.

Selain itu, setiap kawasan yang ditambak memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk menambah kawasan rezab melayu dan kerajaan juga sedang merangka untuk mewujudkan kawasan lingkaran melayu dalam Bandar, semuanya untuk memastikan melayu tidak berpindah dari Bandar kesan pembangunan yang pesat.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor bagi memantap dan menentukan keberkesanan matlamat untuk memperbanyakkan rumah mampu milik di negeri Johor.

Malangnya, enakmen ini telah dipolitik dan di salahertikan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan serta melanggar prinsip Raja Berpelembagaan yang diamalkan sejak sekian lama di negara kita.

Negeri johor merupakan Negeri pelopor kepada amalan sistem raja berperlembagaan di malaysia. Sebelum negeri-negeri lain di malaysia, malah sebelum kerajaan Persekutuan menggunapakai konsep raja berlembagaan, negeri johor Seawal tahun 1895 telahpun menggunapakai dan mengiktiraf amalan Sistem raja berperlembagaan ini.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum juga, undang-undang tubuh kerajaan 1895 telah wujud dizaman pemerintahan almarhum sultan abu bakar dan menjadi perlembagaan negeri yang pertama di malaysia. jika dilihat secara keseluruhannya peruntukan-peruntukan yang ada didalam undang-undang tubuh ini, secara komprehensifnya ia telah menggariskan satu sistem perundangan yang jelas berkaitan kuasa raja dalam sistem pentadbiran negeri johor.

Perkara ini jelas berdasarkan bahagian pertama undang-undang tubuh.Ini yang memberikan tafsiran kepada perkataan “raja” iaitu:

“ YANG MAHA MULIA TUANKU”, “RAJA”, “RAJA YANG DIPERTUAN”, “SULTAN YANG DIPERTUAN”, DAN “SULTAN” MAKNANYA SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI KERAJAAN DAN JAJAHAN JOHOR DAN SEGALA DAERAH TAKLUKNYA;

Berdasarkan peruntukan ini raja diberi kuasa untuk menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai sultan bagi negeri johor.

Namun persoalan yang menjadi isu adalah, sejauh mana kuasa yang di Peruntukkan kepada raja dalam menjalankan kuasanya? Adakah raja Mempunyai kuasa eksekutif?

Bagi membincangkan isu ini, rujukan haruslah dibuat kepada bahagian dua Undang-undang tubuh kerajaan 1895. Fasal 7(1) memperuntukkan bahawa:-

7(1) RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT

“PADA MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG TUBUH INI ATAU SEBARANG UNDANG-UNDANG ATAU SEBAGAI SEORANG AHLI MAJLIS RAJA-RAJA MAKA RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN ATAU NASIHAT SESEORANG AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN YANG MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT KUASA AM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN DIKECUALIKAN JIKA ADA LAIN-LAIN SYARAT DIUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ATAU OLEH UNDANG-UNDANG TUBUH INI; TETAPI ADALAH IA BERHAK BOLEH MEMINTA APA JUA KETERANGAN YANG ADA PADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN BERKENAAN DENGAN PEMERINTAHAN NEGERI INI”

Perkara berkaitan ini juga adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan dibawah artikel 40 yang mana memperuntukkan bahawa yang Dipertuan agong hendaklah bertindak atas nasihat.

Selanjutnya, dibawah fasal 7(2) undang-undang tubuh kerajaan 1895 Menjelaskan bahawa raja hanya mempunyai kuasa budi bicaranya sendiri Dalam 7 perkara sahaja iaitu:

1. Melantik menteri besar

2. Menangguhkan persetujuan terhadap permintaan meminta dimansuhkan Dewan negeri

3. Meminta diadakan mesyuarat majlis raja-raja yang semata-mata berkenaan Dengan perkara-perkara kebebasan-kebebasan, taraf kedudukan, kehormatan Dan kebesaran duli-duli yang maha mulia atau berkenaan dengan perkara-Perkara, upacara-upacara atau istiadat agama

4. Apa-apa jua kewajipan sebagai ketua agama islam atau berkenaan dengan adat Istiadat orang melayu

5. Melantik ganti atau ganti-gantinya, permaisuri, pemangku raja atau jumaah Pangkuan raja

6. Melantik orang menjadi orang besar-besar negeri dan dato’-dato’ dan Menetapkan kewajipannya

7. Membuat peraturan berkenaan dengan majlis-majlis diraja dan istana

Berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah disebutkan Sebentar tadi, jelas bahawa konsep raja berperlembagaan di johor tidak SAMA SEKALI MEMBERI KUASA EKSEKUTIF KEPADA RAJA



Mungkin hujah yg saya kemukakan ini hanya bersifat akademik memandangkan bahawa terdapat pelbagai tohmahan dan kekeliruan yang timbul bagi enakmen ini. Dan bagi maksud untuk memperkukuh dan memelihara sistem raja berpelembagaan di negeri johor ini maka saya maklumkan kepaga dewan yang mulia ini kita akan lakukan pindaan. Pindaan akan dibuat melalui enakmen yang akan dibentangkan pada hari esok. Khususnya yang melibatkan peruntukan yang menyentuh peranan raja. Ada yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan peranan raja adalah atas nasihat menteri besar, khususnya dari segi perlantikan. dan yang paling penting lain lain fasal semuanya ditiadakan hanya itu saja yang menyentuh pada raja iaitu raja melantik dengan nasihat menteri besar lain lain semua digantikan dengan pihak berkuasa negeri. Apa sebab kita lakukan ini? Semua ini adalah untuk menunjukan bahawa kerajaan berniat ikhlas dan tidak berniat memberi kuasa eksekutif kepada raja dan mengganggu gugat sistem raja berpelembagaan walaupun kandungan enakmen ini serupa dengan enakmen yang terdapat yang kita luluskan dahulu yang serupa dengan beberapa peruntukan yang memang terdapat dalam akta akta peringkat persekutuan. Apatah lagi tidak timbul apa apa masalah bagi kita menyokong enakmen ini dan

Kerana ia adalah untuk rakyat Demi rakyat bagi rakyat!

Jadi kita akan tgk esok pembangkang sokong ataupun tidak.

Sabtu, Jun 07, 2014

Taktik licik pemaju dan PR mahu halang RUU Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor

1 Komen!!!

Mengenai cadangan penubuhan Lembaga Perumahan oleh Kerajaan Negeri Johor, isu ini sengaja disensasikan oleh sesetengah pihak bagi menggagalkan usaha Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah Lembaga Perumahan yang mempunyai bidang kuasa yang lebih menyeluruh dan bersepadu dalam hal-hal perumahan dan  hartanah untuk rakyat.

Ini kerana, sejak isu ini timbul, banyak pihak masih tidak jelas mengenai asas-asas dan justifikasi penubuhan lembaga tersebut yang antara lain akan memastikan agenda penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih tersusun dan sistematik, di samping fungsi lembaga untuk merangka pelan jangka masa panjang bagi meningkatkan pemilikan dan ekuiti Bumiputera dalam sektor hartanah.

Selain itu, lembaga juga akan mempunyai elemen penguatkuasaan yang lebih jelas kepada mana-mana pemaju perumahan dan hartanah di negeri Johor - demi untuk memastikan kepentingan rakyat dapat terus dipelihara.

Selama ini, Johor mempunyai Dasar Perumahan Rakyat Johor yang antara lain menetapkan kuota 40% untuk pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik bagi satu-satu kawasan pembangunan bercampur.

Namun demikian, disebabkan oleh lemahnya aspek penguatkuasaan, kita boleh lihat lebih 180,000 rumah mampu milik yang telah lulus Kebenaran Merancang oleh Pihak Berkuasa Tempata (PBT) tidak dibina oleh pemaju untuk memenuhi keperluan rakyat dan akhirnya menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Inilah yang pemaju hendak menggunakan kelemahan enekmen undang-undang perumahan untuk mengelak membina rumah mampu milik. Mereka menggunakan pelbagai alasan.. bila rumah dibuat atas nama kouta bumiputera mereka buat alasan tiada yang mahu beli.. sedangkan mereka sembunyikan status perumahan tersebut dgn alasan telah habis dijual.. tetapi sebenarnya mereka menipu shj.. inilah taktik licik pemaju..

Inilah peluang yang Kerajaan Negeri akan gunakan untuk memastikan Dasar Perumahan Rakyat Johor tersebut bukanlah hanya cantik dari segi falsafahnya, malah aspek pelaksanaannya juga akan berjaya.

Oleh itu, kita janganlah terperangkap dengan usaha-usaha yang cuba dilakukan oleh sesetengah pihak dalam menggagalkan usaha Kerajaan Negeri Johor untuk menubuhkan Lembaga Perumahan & Hartanah ini.

Mereka hanya sekali sahaja menggunakan platform Malaysia Kini untuk mengeksplotasi perkara ini, sehingga menyebabkan seluruh masyarakat berselerak dengan komen dan pandangan masing-masing dalam pelbagai platform, tanpa kita sedar yang matlamat penubuhan Lembaga tersebut mempunyai hasrat murni dan matlamat yang lebih besar untuk manfaat jangka masa panjang khususnya untuk rakyat Johor.

MalaysiaKini mengeluarkan tomahan secara melulu walaupun rang undang2 ini belum lg dibentangkan di dewan negeri Johor.

Jelaslah portal Malaysiakini yg dipunyai oleh pembangkang cuba untuk mengelirukan rakyat di negeri ini dengan mempertikaikan kuasa DYMM Sultan Johor dalam enakmen lembaga perumahan negeri Johor.

Dalam Fasal 7 Bahagian 2 Undang-undang Tubuh Negeri Johor menyatakan "The Rural may act in His (Sultan) distriction in the performance on the following functions (in addition to those in the performance of the following functions (in addition to those in the perfomance of which He may act  in His discretion under the Federal Constitution)" yang bermaksud perkara2 di bawah lembaga ini di bawah kuasa eksekutif dalam kerajaan negeri.

Walaupun Sultan diberikan Kuasa tertinggi dlm LPHJ ini, namun baginda masih lagi memerlukan nasihat daripada YAB Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri bg membuat satu2 keputusan.

Untuk pengetahuan semua, konsep ini serupa dengan penubuhan Johor Corporation (JCorp) yang di naungi oleh DYMM Tuanku ataupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia yg di naungi oleh Duli Yang Maha Mulia Di Pertuan Agung.

Dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri dlm Fasal 40 Iaitu Yang Di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat :

(1) jemaah menteri di atas nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri
(2) YDPA boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungdi yg berikut:
(a) Melantik Seorang Perdana Menteri
(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen
(3) Mengkehendaki YDPA bertindak selepas berunding dengan atau syor mana-mana orang atau kumpulan orang selain Jemaah Menteri pada menjalankan mana-mana fungsinya..

Di sini jelaslah bahawa bukanlah hanya LPHJ sahaja yang memperkenankan kuasa Raja untuk melantik seterusnya perlu mendengar nasihat dan saranan Menteri Besar dan Pihak Berkuasa Negeri,namun Kerajaan Persekutuan juga mengaplikasikannya.

Maka tidak benar sama sekali apabila pihak pembangkang menyatakan Kerajaan Negeri Johor tidak mengamalkan prinsip Raja Berpelembagaan malah mengamalkan prinsip Raja Berkuasa Mutlak.Srategi DAP bagi memastikan rakyat benci akan Kuasa dan Peranan Raja begitu berkesan dengan kes ini

Selepas pembentangan pada hari isnin ini, maka rakyat mahupun pihak pembangkang mesti jelas akan penubuhan ini.

Janganlah kita terlalu awal menilai sesuatu itu tanpa mengkaji,mendapatkan sumber dan melihat kesan positif/negatif akan penubuhan LPHJ ini.

Semoga dengan adanya LPHJ ini, sektor pembangunan Negeri Johor dilihat akan lebih maju dan bersifat menyeluruh dalam memastikan pembangunan di negeri Johor lebih bermutu, dan terutamanya demi kepentingan Melayu..

Fahami Enekmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.. jangan terus bantah!!

2 Komen!!!

PENYEDIAAN ENAKMEN LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH NEGERI JOHOR

1. Penyediaan enakmen ini bertujuan antaranya untuk membolehkan pembentukan sebuah entiti yang lebih berintegrasi di dalam penyelarasan pembangunan perumahan dan hartanah di Negeri Johor.

2. Fungsi beberapa jabatan dicadang untuk digabungkan di dalam lembaga ini bagi memudahkan pihak-pihak berkepentingan menjalankan urusan berkaitan sektor perumahan dan hartanah.

3. Sebagai contoh, lembaga ini mempunyai bidangkuasa bagi membuat dasar yang kini dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri, melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yag kini dimainkan oleh pihak SUK (Bahagian Perumahan) serta bakal menjadi tempat rujukan berkaitan perkara-perkara berkaitan perumahan seperti data setinggan, perumahan kos rendah, pengendalian perumahan perumahan projek terbengkalai yang kini dijalankan oleh beberapa jabatan seperti Unit Perancang Ekonomi, SUK (Bahagian Perumahan) dan Pejabat Tanah dan Galian Johor.

4. Enakmen ini turut memberikan bidangkuasa kepada lembaga untuk melihat kepada keperluan perancangan, menetapkan panduan serta melaksanakan tindakan sewajarnya bukan sahaja kepada sektor perumahan malahan merangkumi hartanah iaitu pembangunan bersifat komersil. Ini bermakna lembaga ini akan turut berperanan sebagai penyelaras di peringkat negeri bagi melihat perkara dan isu berkaitan perumahan dan hartanah. Saya memberi contoh, sekiranya berlaku masalah projek terbengkalai samada perumahan atau hartanah lembaga akan menjadi badan yang akan berusaha bagi mencari jalan penyelesaian di mana peranan itu kini dijalankan oleh UPEN dan SUK Perumahan.

5. Peranan dan bidangkuasa seperti boleh memiliki hartanah, boleh menubuhkan perbadanan, menjalankan kajian dan mendapatkan maklumat daripada pihak-pihak berkepentingan memudahkan peranan lembaga untuk yang lebih berintegrasi di dalam perancangan pembangunan perumahan dan hartanah terutamanya di dalam pembinaan perumahan rakyat Johor.

6. Secara keseluruhannya, penubuhan lembag
a akan memberi kemudahan kemudahan kepada rakyat, pihak berkepentingan seperti pemaju dan perunding di dalam menjalankan urusan berkaitan sektor perumahan dan hartanah.

Jumaat, Jun 06, 2014

MB Johor jawab fitnah Malaysiakini

0 Komen!!!

Johor Bahru: Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin menjelaskan beliau akan memegang ' kuasa eksekutif' dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah yang akan ditubuhkan oleh kerajaan negeri.

  Beliau juga menolak dakwaan laporan Malaysiakini yang mengatakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mempunyai kuasa mutlak dalam perlantikan lembaga pengarah dan pentabiran dalam lembaga berkenaan.

"Laporan itu sama sekali tidak benar kerana saya yang akan menjadi pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dengan 'kuasa eksekutif' yang diperuntukkan kepada saya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelan Induk Industri Pelancongan Negeri Johor dan Explore Johor Fest 2014 di Senai, semalam.

  Beliau menegaskan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor adalah sama seperti Johor Corporation (JCorp) yang secara automatik peranan pengerusi dipegang oleh Menteri Besar.

Selasa, Jun 03, 2014

Wajar letak kepercayaan pd Jakim

4 Komen!!!

Berhubung isu coklat Cadbury, saya berpendapat:

1) Rakyat Malaysia beragama Islam wajar meletakkan kepercayaan kepada bahagian Halal JAKIM yang merupakan autoriti di dalam hal seumpamanya di Malaysia. Saya yakin SOP mereka dan juga tahap profesionalisme mereka di dalam isu pelabelan halal boleh diyakini. Sebarang penyalahgunaan label mereka adalah di luar kawalan makmal mereka. Keputusan JAKIM yang mengesahkan bahawa dua jenia coklat Cadbury yang dikatakan mengandungi DNA babi (porcene) adalah tidak benar dan status kehalalannya kekal adalah wajar dipercayai dan diiktiraf oleh rakyat Malaysia beragama Islam.

2) Keputusan Jabatan Kimia menguatkan lagi dan mengesahkan lagi kredebiliti pengesahan JAKIM. Jabatan Kimia merupakan pihak yang tiada kepentingan di dalam isu ini, dan pihak yang lebih lama mempunyai reputasi dan kredebiliti di dalam hal ini. Hasil kajian mereka sewajarnya diterima dan dijadikan kata pemutus berhubung penemuan DNA babi di dalam dua jenis coklat Cadbury. Kedua-dua JAKIM dan jabatan Kimia adalah 'ahl dhikr' (pihak yang mempunyai autoriti di dalam bidang mereka) yang wajar dijadikan rujukan oleh rakyat Malaysia beragama Islam di dalam isu halal dan haram.

3) Pihak KKM wajib bertanggungjawab untuk bersikap telus demi menjaga kredebiliti mereka. Sumber coklat yang mereka uji, pihak yang telah menyerahkan sampel tersebut dan juga pihak yang telah membocorkan maklumat hasil kajian mereka kepada media sosial yang sepatutnya dirujuk kepada JAKIM sebagai pihak yang berautoriti perlulah didedahkan dan mengambil tanggungjawab. Hal ini amat perlu berteraskan konsep transparency (ketelusan) dan akauntabiliti. Tindakan ini juga perlu memandangkan apa yang berlaku dan ditumbilkan oleh pihak KKM telah menyebabkan suasana tidak tenteram dan kegelisahan melampau di kalangan rakyat Malaysia beragama Islam.

4) Pihak Cadbury sebagai sebuah syarikat pengeluar coklat bertaraf antarabangsa wajar diakui ketinggian integriti mereka, terutamanya di dalam proses pengeluaran dan persijilan. Kekeliruan yang timbul tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menjatuhkan langsung nama dan juga reputasi syarikat berkenaan yang telah bersikap profesional dan tidak gopoh di dalam mendepani isu tersebut. Walau bagaimanapun, demi memperbaiki kerosakan imej mereka yang kritikal di kala ini, samada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, mereka perlulah menubuhkan badan penasihat Syariah atau Halal advisory council untuk memantau proses pembuatan mereka dan memberikan keyakinan kepada para pelanggan Muslim samada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Penubuhan Syariah advisory council di pihak Cadbury juga akan meningkatkan kredebiliti Cadbury untuk jangkamasa yang panjang.

5) Bagi pihak konsumer Muslim di Malaysia pula, sikap kepekaan dan sensitiviti berhubung halal haram  berhubung isu Cadbury amatlah dihargai. Hal ini menunjukkan bahawa penjagaan Syariat, walaupun dalam isu terpilih, masih mengalir di dalam pengamalan rakyat Muslim terbanyak. Walau bagaimanapun, sikap reaksi melampau sesetengah pihak yang merupakan kesan normal di kalangan rakyat Melayu Muslim di dalam berhadapan isu yang berkaitan sentimen perlulah diperbaiki di masa-masa hadapan. Konsep bertenang dan tidak mudah melatah, sikap profesional di dalam menerima sebarang maklumat di media-media sosial dengan bersikap kritikal dan memastikan kesasihan sumber perlu dipertingkatkan. Islam amat menitil beratkan sikap profesional dan sikap berhati-hati di dalan menerima maklumat, bertindak di atas maklumat yang tersebar mahupun di dalam membuat apa-apa hukuman ke atas pihak yand dituduh aehinggalah bukti dan juga penghukuman telah dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti.

6) Di samping itu, umat Islam juga perlu mengelakkan menghukum sebelum sesuatu isu itu diputuskan oleh pihak yang bertanggungjawab perlu diamalkan. Sikap kegopohan dan tidak cermat di dalam membuat kenyataan seperti ingin membakar kilang Cadbury, ingin menyaman, memaksa Cadbury menanggung prosea penyucian darah dan juga menyebarkan teori konspirasi bahawa pihak musuh Islam ingin merosakkan umat Islam melalui coklat Cadbury ataupun lebih malang menuduh bahawa JAKIM atau kerajaan BN mempunyai kepentingan di dalam syarikat Cadbury adalah terlalu emosional, tidak berjejak di atas fakta dan terlalu prejudis serta tidak Islamik. Sikap tidak Islamik seperti ini tidak akan membantu umat Islam mahupun agama Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, dengan bersikap profesional, ia tidak bermaksud umat Islam tidak perlu peka dan tidak sensitif di dalam isu-isu pengguna. Umat Islam wajib pro-aktif di dalam memperjuangkan isu-isu kepenggunaan dan isu halal-haram berdasarkan tuntutan prinsip 'Islah' yang sentiasa lestari di dalam Syariat Islam.

7) Berdasarkan sikap pro-aktif di dalam isu halal haram, umat Islam di Malaysia juga wajib meluaskan momentum mereka di dalam memerangi riba, rasuah, penyalahgunaan wang awam dan juga ketirisan di dalam penggunaan dana negara. Keharaman riba, rasuah dan salahguna wang rakyat di pihal mana sekalipun adalah lebih besar dari isu coklat Cadbury.

8) Golongan intelektual Muslim perlulah menjadi kumpulan yang memberikan pencerahan, bimbingan dan panduan ketika rakyat dilanda kegelisahan kolektif kerana dilanda isu sensasi yang berkait dengan sentimen. Mereka tidak seharusnya bersikap gopoh, melatah dan terlalu populis dengan mengikuti arus yang timbul tanpa berpihak di atas fakta, metod yang sahih dan juga tahap profesionalisme yang tinggi.

Dr Maszlee Malik
Pensyarah kanan
Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh,
Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Syabas!!! Akhirnya DS Najib saman Malaysiakini

1 Komen!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan writ saman terhadap Malaysiakini berhubung pembaca komen yang disiarkan oleh portal berita itu.

 Writ dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada portal berita itu di pejabatnya di Bangsar hari ini.

 Ia menamakan penerbit Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd; Ketua Pengarang Kumpulan; Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar.

 Penyaman bersama adalah Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh. Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Jun.

WAN AZIZAH BUAT LAWAK.. HAHAHA

0 Komen!!!

KESIAN JIJAH NI.. NAMA SAHAJA PRESIDEN TAPI DUNGU.. DAH NAMA PEMILIHAN PKR.. MESTILAH AHLI SAHAJA YANG BOLEH MENGUNDI.. NI NAK TUDUH PIHAK LUAR YANG TIADA KUASA UNTUK MENGUNDI BUAT KECOH PULAK... 





PAS gunakan isu halal untuk tutup isu kegagalan Hudud

0 Komen!!!
49a3a5f69fc67d347b288aaffef3c554
HARAKAH mula memainkan peranannya mengelirukan rakyat berhubung isu penemuan DNA babi dalam coklat Cadbury apabila memutar belitkan fakta setelah JAKIM semalam mengesahkan tiada DNA babi dijumpai dalam sampel yang diambil di kilang pengeluaran coklat tersebut.

Cara selamat yang digunakan Harakah ialah dengan memetik beberapa kenyataan beremosi oleh pengguna laman sosial berhubung isu sama, dengan mereka sendiri sekadar mengulas di permukaan saja, tidak langsung menyentuh aspek teknikal yang diperlukan bila membincangkan hal-hal sedemikian.

Sebetulnya tidak ada apa yang perlu dikelirukan.

Pertama, yang mula-mula menjumpai DNA babi ini ialah Kementerian Kesihatan, bukan JAKIM.  Kedua, prosedur yang digunakan kedua agensi ini mungkin berbeza kerana Kementerian Kesihatan menumpu kepada aspek keselamatan makanan, sementara JAKIM menumpu kepada aspek halal/haram.

Yang diperlukan sekarang ialah untuk Kementerian Kesihatan memberikan penjelasan pula bagaimana mereka memperolehi keputusan yang menunjukkan penemuan DNA babi itu dan dari mana sampel itu diperolehi.  Ada kemungkinan sampel itu diperolehi dari coklat yang dikeluarkan bukan dari negara ini atau pencemaran semasa ujian dijalankan.

Itu saja.

Lagipun apa nak kecoh-kecoh sebab dalam soal halal/haram makanan ini, pokok pangkalnya ialah keyakinan kita.  Kalau tidak yakin, lebih baik jangan makan, senang, apa yang susah sangat?  Coklat cardbury ini bukan makanan ruji pun, makanan sampingan saja.

Bercakap tentang para di atas, inilah antara yang buat penulis susah sangat nak faham kenapa Harakah bersungguh-sungguh mempolitikkan isu ini?  Adakah kerana nak jatuhkan kredebiliti kerajaan atau nak jatuhkan kredebiliti JAKIM saja?

Maklum sajalah, sejak jawatankuasa untuk mengkaji perlaksanaan hudud ditubuhkan antara kerajaan Kelantan dan kerajaan persekutuan yang diwakili JAKIM, agensi itu memang menjadi serangan penyokong PAS yang tidak berpuas hati kenapa parti kesayangan mereka perlu merujuk kepada JAKIM untuk melaksanakan hudud.

Seolah-olahnya ulama dalam PAS tak cukup ilmu sehingga perlu merujuk kepada JAKIM.  Tak sebut lagi, isu hudud ini ditimbulkan kembali semata-mata untuk menjaga air muka Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaakub yang berjanji meletak jawatan kalau hudud tidak dilaksanakan sepanjang dia berkuasa, bukan betul-betul nak laksana pun.

Tapi nak kondem terang-terang tak berani, biasalah PAS, sebab itu isu coklat ini dijadikan peluru untuk menjatuhkan kredebiliti JAKIM, supaya bila perbincangan hudud ini mencapai jalan buntu besok, JAKIM boleh dipersalahkan kerana tidak layak dan sebagainya dengan mengambil isu DNA babi ini sebagai contoh.

Nampak macam tak berkaitan (coklat & hudud) tapi bagi siapa yang biasa dengan politik PAS, ini bukanlah satu keganjilan, tapi memang modus operandi yang biasa.

sumber : Mykmu

Tahniah Kerajaan Negeri Johor berjaya lancarkan Pelan Suara Hati Johor!!

0 Komen!!!


Kerajaan negeri Johor, baru-baru ini telah melancarkan Pelan Suara Hati Johor dalam usaha memastikan pentadbiran negeri ini dilaksanakan mengikut dasar dan program yang selari dengan kehendak sebenar rakyat.

Selanjutnya ikuti kenyataan penuh dari YAB. Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor, berkaitan Pelan Suara Hati Johor yang telah beliau lancarkan, Sabtu lalu.

"Pelan Suara Hati Johor yang saya lancarkan pada Sabtu merupakan pemacu transformasi pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan usahanya menangani segala permasalahan rakyat masa kini dalam usaha memastikan pentadbiran negeri ini dilaksanakan mengikut dasar dan program yang selari dengan kehendak sebenar rakyat.

Pelan ini merupakan satu pelan pencapaian yang berlandaskan permantauan, ukuran dan berstrategi bagi menangani tuntutan semasa rakyat sekaligus menjurus ke arah pembangunan negeri yang mapan  secara berterusan sehingga tahun 2018. Budaya dipacu prestasi akan terus menjadi budaya baru dalam pentadbiran kerajaan negeri dengan semua projek dan program mempunyai sasaran yang boleh diukur.

Tidak ada lagi retorik, omongan politik dan pembangunan kosong, semua projek dan program akan melalui proses penilaian

Kita buka ruang untuk rakyat Johor menyatakan apa yang mereka perlukan. Kita perhalusi setiap cadangan dengan tekun. Kita bincang bagaimana sesuatu itu boleh dilaksanakan dalam konteks pembangunan mengikut acuan kita

Setiap exco yang bertanggungjawab diberikan petunjuk prestasi tahunan sebagai sasaran untuk dicapai. Mereka kemudiannya akan dipantau dan diukur prestasi masing-masing menggunakan indeks dikenali sebagai Indeks Penilaian Prestasi (INPRES) oleh badan bebas yang dilantik.

Tujuh fokus itu adalah meningkatkan tahap keselamatan, menyediakan perumahan mampu milik, menangani kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat, menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur, memartabatkan agama Islam, menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan meningkatkan tahap ekonomi dan pembangunan usahawan.

Fokus pertama membabitkan keselamatan selepas semua rakyat menyatakan keprihatinan terhadap keselamatan kerana masing-masing mendambakan Johor yang bebas jenayah.Rakyat mahukan keadaan keselamatan dipertingkatkan dan saya berjanji akan meletakkan keselamatan negeri di atas segala-galanya.

Fokus kedua pula mengenai pertumbuhan ekonomi yang mapan secara adil kerana rakyat mahukan pekerjaan dan bukan ihsan, malah memerlukan kehidupan lebih bermaruah dengan pendapatan yang membolehkan mereka berdikari.


Ketiga pula membabitkan tempat berlindung sebagai hak asasi yang mana memiliki rumah bukan lagi keperluan, tetapi hak yang mesti mampu dimilikiSaya memahami betapa peritnya untuk melihat sektor perumahan tumbuh dengan pesat, tetapi tujuannya untuk ditawarkan kepada warga asing dengan harga yang amat luar biasa tingginya.

Keempat pula mengenai kos kehidupan di Johor yang diharapkan lebih munasabah dan sesuai dengan pendapatan.Rakyat merasa terbeban dengan kos hidup yang semakin meningkat. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berterusan dan perlu ditangani

Ramai yang merasakan kemudahan awam Johor jauh dari memuaskan, sedangkan Johor yang maju dan moden mesti mempunyai prasarana setara negara maju sebagai perkara asasi sebagai fokus kelima.

Kemudahan kesihatan yang baik dan bermutu tinggi menjadi fokus keenam kerana rakyat bukan sahaja memerlukan kemudahan kesihatan yang mudah didapati, malah kepakaran yang terbaik.

Akhirnya, di sebalik semua keperluan material dan asasi, rakyat juga mahukan pemerintahan dan masyarakat Johor yang Islamik serta berpegang kepada agama dan nilai. Semua ini adalah hasrat sebenar rakyat Johor. Ia adalah setulusnya suara hati rakyat Johor, tetapi saya tidak boleh hanya menjadi pendengar yang baik sahaja.

Saya dan rakan-rakan dalam pentadbiran negeri mesti respons secara objektif, praktikal, terancang dan mempunyai impak kepada tujuh fokus utama ini. 

- YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin.
Menteri Besar Johor.

Dibawah: Gambar sekitar Hari Terbuka Pelan Suara Hati Johor yang telah berlangsung di Madini Mall, Nusajaya pada Sabtu, 31Mei lalu.









sumber : Mael Pengerang

Isnin, Jun 02, 2014

BILA MAK DAH BERANGAN ANAK JD MP..

3 Komen!!!

Alhamdulillah kemenangan di PRK Teluk Intan, Perak semalam membuktikan kerjasama berpasukan yang baik di dalam Barisan Nasional (BN) membuahkan hasil positif dan terbaik untuk semua.

Jutaan terima kasih dan tahniah daripada kami cybertroopers @ bloggers Pro UMNO / BN kepada keseluruhan jentera di semua peringkat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Tidak dinafikan perjalanan PRK Teluk Intan ini dirasakan sedikit sukar dengan pembabitan calon Melayu mewakili DAP. Lebih menyulitkan keadaan lagi apabila Yammy Samat, ibu kepada calon DAP merupakan ahli UMNO yang layak digelar pengkhianat turut menyokong tindakan anaknya.

Sebagai ahli dan penyokong setia UMNO, kami menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mengambil tindakan MEMECAT keahlian beliau daripada parti keramat yang tak pernah gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu semenjak 68 tahun ini. 

Jika ditanya ahli-ahli UMNO di semua peringkat, pastinya mereka juga menolak pengkhianat parti seperti ibu kepada calon DAP yang dilihat turut sama berkempen bagi pihak Pembangkang. 

Sejajar dengan itu, kami mendesak sekali lagi UMNO memecat Pn Yammy Samat. Bloggers & Cybertroopers yang menyokong kenyataan ini.

1. Rezqeen Hill
2. Bersih 3 Suku
3. The Kuala Lumpur Chronicle
4. Cucu Tok Selampit
5. MedanTempurKedah
6. From The Eye Of Segambut Princess
7. Mallaccra
8. Brader Jai
9. Parit Buntar Rebels
10. AntiDotCom
11. Generasi Pejuang Bangsa
12. Kedah Ke KL
13. Pemuda Putrajaya
14. Kelab Chedet
15. Pisau Kedah
16. Penggempur Mutiara
17. Team Media Kedah
18. Tenteramaya
19. Anak Seberang
20. Hablulyuzi
21. Media Haria
22. Wan Radzuan
23. Keris7lok
24. Harapan Esok
25. Tun Faisal
26. Dr. MiM
27. Warta Rakyat
28. Shah Alam Rebels
29. Empayar Pemuda
30. Panglima Perang Cyber
31. Mat Kilau Penang
32. Sir Azri
33. Afiq KL Town
34. Daeng Selili
35. Mega Bidaman
36. Badut Rakyat
37. 1Peluru
38. Sir Zapa
39. MyMassa
40. Malay Rights
41. Ramadhan Ramli
42. Celapak Mantah
43. Aboudiabydoo
44. Pecah Palak Mikir
45. Kome Sokmo
46. Semut Hitam

Esok pasti jumlah sokongan ini akan bertambah bukan saja dari kalangan bloggers malahan ahli-ahli UMNO di luar sana juga. Sama-sama kita desak agar kepimpinan parti membuat keputusan mengutamakan ahli dan perjuangan parti tanpa pengkhianat!!! - Rezqeen Hill

Kongsi Link Anda