Popular Today

Jumaat, April 18, 2014

Siapa Yang Mahu Masuk Neraka? – Dr. Asri Respon Kenyataan Panas Erma

0 Komen!!!

Siapa Yang Mahu Masuk Neraka?   Dr. Asri Respon Kenyataan Panas Erma
‘Andai kemban membawaku ke neraka, aku redha’. Itulah kenyataan yang ditulis sendiri oleh pengarah tersohor tanah air, Erma Fatima yang dipercayai untuk mempertahankan prinsipnya sebagai seorang anak seni.
Isu yang berpunca daripada babak berkemban dalam drama Takhta 3 Ratu ini sekaligus telah mengundang lambakan kritikan daripada pengikut laman Instagramnya.
Terkini, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin meminta agar Erma memperbetulkan semula kenyataannya dan menyifatkan bahawa pengarah itu mungkin sedang dipengaruhi emosi.
Siapa Yang Mahu Masuk Neraka?   Dr. Asri Respon Kenyataan Panas Erma
Dr. Asri anggap Erma Fatima didorong oleh emosi
“Saya minta dia perbetulkan balik kenyataan, saya rasa caranya mempertahankan adegan itu tidak kena. Saya yakin dia tidak berniat untuk tulis begitu..mungkin dia sedang beremosi..siapa yang mahu masuk neraka?”
Malah, menurut Dr. Asri lagi, Erma seharusnya menjaga sensitiviti dan menegaskan bahawa adegan sebegitu tidak perlu ada dalam filem Malaysia.
“Kenapa mesti ada adegan yang melanggar nilai kita (orang Islam). Penonton pula adalah rakyat Malaysia dan saya tahu tidak ramai masyarakat kita yang mahu menonton adegan seperti itu.
Lihat sahaja negara Iran mereka sering memenangi Anugerah Filem Antarabangsa tanpa perlu menggadai nilai yang mereka pegang contohnya filem Children of Heaven. Adegan itu boleh disampaikan dengan cara lain.”
Beliau turut menambah bahawa Erma perlu memikirkan cara lain yang lebih rasional dan relevan untuk memaparkan kehidupan orang Melayu zaman lalu

sumber : oh bulan

Gambar Adun paloh YB Datuk Nazula cedera parah kemalangan

0 Komen!!!
 - Ahli Undangan Negeri (ADUN) Paloh Gua Musang terlibat kemalangan petang tadi berdekatan Cameron Highland. Beliau disahkan mengalami kecederaan teruk manakala isterinya meninggal dunia.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kawasan kemalangan jalan raya yang sudah pasti turut mengejutkan kita kerana awal pagi sebelumnya, bekas pengerusi DAP disahkan maut kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Gua Tempurung. - Infolagi2u





Kongsi Link Anda