Popular Today

Ahad, Mac 30, 2014

Khalid Ibrahim : Calon PKR lain tidak boleh dipercayai dan tiada integriti.

1 Komen!!!

Bahang pemilihan PKR terus di rasai..  Rakyat Malaysia dihidangkan demokrasi paling bodoh amalan PKR.. iaitu perebutan jawatan presiden antara suami dan isteri. Ianya menjadi bahan lawak seluruh negara oleh rakyat Malaysia.

Perebutan jawatan dalam PKR makin kotor dan kritikal. Masing2 calon secara tidak langsung telah melobi secara terbuka melalui media.

Terkini apabila Khalid Ibrahim memperkecilkan calon PKR yang lain yang dianggap tidak boleh dipercayai dan tiada integriti.

Abdul Khalid yakin dengan kualiti yang dimilikinya iaitu pendirian reformasi dengan integriti yang membezakan dirinya dengan pencabar lain.

"Kalau nak buat perubahan mesti dipercayai oleh masyarakat dalam perjuangan membawa perubahan.

Malah Abdul Khalid turut menjelaskan bahawa pertembungan enam penjuru dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR itu sebagai perkara biasa.

Posisi berkenaan turut direbut Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Azmin Ali, Datuk K. Rama Chandram dan Murali Subramaniam.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Khalid ialah pemimpin PKR ni mmg gila jawatan.. mmg meriah pertandingan dalam PKR.

Nampaknya Khalid semakin yakin dengan dirinya berbanding sebelum ini. Walau macam mana pun seteru khalid seperti Azmin Ali pastinya tidak akan benarkan perkara ini berlaku.

Jika terdahulu Azmim bertanding sebagai Timbalan Presiden dengan harapan dapat menjawat jawatan MB Selangor. Namun hasrat dia tidak tercapai.  Masalah Azmin dikatakan Anwar, Pas dan DAP tidak menyukai beliau.

Kita akan di sajikan selepas ini politik hutan yang bakal diamalkan PKR..

Sumber : Klik Sini

Penjelasan tentang kemalangan lori Lynas di Lanchang

0 Komen!!!

PahangKu | Penjelasan GM Corporate Comm Lynas Mal…: http://youtu.be/-ihDCFF8Bz4

Kerajaan dan Lynas selalu ditohmah oleh pembangkang yg menuduh Lynas memproses bahan berbahaya sedangkan hakikatnya tidak... GM Lynas menafikan perkara tersebut....

Jawapan Lynas ttg kemalangan yg melibatkn bhn kimia pada 28/3/14 di Lanchang

Lawak Ahad.. Adui sakit perut.. LOL

3 Komen!!!

Jom.. kita santai hari Ahad ni..

Semalam ada berita lawak yang mencuit hati..

Yang lawak nya parti ini nak tunjuk demokratik sangat.. sampai jawatan Presiden yang bakal bertanding suami Isteri..

Mmg rosak le parti ni.. cuba tgk senarai calon di bawah..

HARI PENCALONAN PUSAT (PKR)
29 Mac 2014 Sabtu
Ibu Pejabat PKR, Tropicana Petaling Jaya

Tutup Jam 5.00 Petang

Calon Presiden:
1. YB Datuk Seri Anwar Ibrahim calon No 2
2. YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim calon No 1

Calon Timbalan Presiden:
1. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim No 3
2. YB Tian Chua No 6
3. YB Saifudin Nasution No 2
4. K Ramacahandran No 1
5. Murali No 4
6. YB Azmin Ali No 5

Calon Naib Presiden
1. Baru Bian
2. Dato Mansor Osman
3. YB Fuziah Saleh
4. Suresh Kumar
5. N Surendran
6. Mustafa Kamil Ayob
7. YB Ellizabirth Wong
8. Dr Shurumugam
9. Dr Trishtaram
10. YB Mohd Rafizi Ramli
11. Mohd Yahaya Shaari
12. Lee Chen Cheh (letak jawatan di DUN Kajang)
13. YB Nurul Izzah Ibrahim
14. YB Dr Xavier
15. Shamsul Iskandar

Calon Ketua Wanita
1. YB Roziah Ismail
2. YB Zuraida Kamarudin

Calon Timbalan Ketua Wanita:
1. Haniza Mohd Talha
2. Prof Rusnah Anai
3. Tengku Intan Tengku Abd Hamid

Calon Naib Ketua Wanita:
1. Gam Pi Nee
2. Norshah Abd Samad
3. Dr Daroyah Alwi
4. Sivamala
5. Joha Mat Lani
6. Tan Po Lai

Calon Ketua AMK
1. Nazri Yunus
2. YB Nik Nazmi Nik Ahmad
3. YB Amirudin Shaari

Calon Timbalan Ketua AMK
1. Mohd Sarman
2. Chan lee kang
3. Afif Barudin
4. Ramesh Kumar

-Sumber Urusetia Pencalonan Pusat PKR

Kongsi Link Anda