Popular Today

Khamis, Oktober 29, 2009

PAS S'gor - JK Displin perlu siasat tuduhan palsu!

0 Komen!!!
Mesyuarat khas jawatankuasa pusat parti itu malam tadi memutuskan PAS Selangor dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin berhubung dakwaan Dr Hassan masih terlibat dengan isu tersebut.

Menyokong keputusan mesyuarat khas itu, setiausaha perhubungan PAS negeri Mohd Khairuddin Othman turut mendesak jawatankuasa disiplin menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat tuduhan terhadapnya jika didapati ia tidak benar.

"Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti.

Antara Pendirian PAS Selangor yang dikeluarkan oleh Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor adalah seperti berikut:

1. Menerima Keputusan khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.

2. PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

3. Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat.

4. Menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh termasuk ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.

5. Mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar.

6. Menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Semua pendirian PAS Selangor ini sekali lagi menegaskan sebagaimana bertentangan dengan kehendak Nik Aziz iaitu tidak mahukan EGM ini bermaksud PAS Selangor menang dalam kehendak mereka.

Selain itu juga, PAS Selangor mahu mengheret bersama mereka yang menuduh PAS Selangor dan yang penting mengenalpasti siapa yang membocorkan rahsia PAS Selangor.

Dan paling penting ialah taat setia PAS Selangor kepada Presiden...

Sumber : Malaysiakini

Terserah Kepada Masyarakat Islam Nilai PAS, Kata Muhyiddin

0 Komen!!!
GENTING HIGHLANDS, 28 Okt – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada masyarakat Islam untuk menilai sikap pemimpin PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan Umno demi perpaduan ummah.

Timbalan Perdana Menteri berkata Umno sebagai parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan umat Islam, bersedia bekerjasama dengan parti pembangkang itu ke arah tersebut.

“Kita sudah nyatakan kesediaan, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun sudah nyatakan kesediaan tetapi kalau mereka (PAS) kata tidak mahu, okay. Setidak-tidaknya kita menunjukkan hasrat baik dan niat yang ikhlas.

“Itu terserah kepada mereka (PAS)…tidak menjadi masalah. Kita nak beritahu masyarakat Malaysia dan Islam, Umno parti yang mendukung prinsip perpaduan ummah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam , bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan Umno tidak lagi wujud dalam kamus parti itu.

Abdul Hadi juga berkata beliau tidak tahu mengenai kesediaan pemimpin Umno sekarang kerana cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan itu dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung cadangan kerajaan perpaduan itu, Muhyiddin berkata kenyataan Presiden PAS itu hanya alasan semata-mata.

“Selepas Pak Lah, Perdana Menteri dan saya telah nyatakan kesediaan yang sama. Sebenarnya mereka ada masalah dalaman dan perbezaan pendapat antara Abdul Hadi dan (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat), jadi Umno sebagai kambing hitam dalam masalah mereka,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Jeffrey Kitingan yang meletakkan semua jawatannya dalam parti itu, Muhyiddin berkata keadaan itu menyerlahkan lagi kepincangan yang berlaku dalam parti berkenaan.

“Saya sudah jangka lebih awal. PKR tidak boleh survive kerana parti itu memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan bukan ideologi sejagat,” katanya.

– BERNAMA

Kronologi krisis kepimpinan PKR terkini

0 Komen!!!
* 16 Oktober – Zaid Ibrahim ambil cuti politik enam bulan selepas Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada menyertai program parti itu di Sabah atas jemputan Naib Presiden PKR Datuk Dr.Jeffrey Kitingan.

* 18 Oktober – Dalam pertemuan secara eksklusif dengan mStar Online Azmin Ali nafi beliau mempunyai masalah dengan Zaid dan menjadi punca mengapa Anwar halang Zaid ke Sabah.

* 18 Oktober – Zaid langar arahan Anwar dan tetap menjejakkan kaki ke Sabah. Bertemu dengan Jeffrey Kitingan dan pemimpin-pemimpin PKR Sabah yang lain.

* 27 Oktober – Dr Jeffrey umum letak jawatan sebagai naib presiden dan semua jawatan politik termasuk anggota Biro Politik PKR.

* 28 Oktober – Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi PKR.

* 28 Oktober – Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim menafikan beliau meletak jawatan selepas khabar angin bertiup kencang mengatakan beliau telah melepaskan jawatannya itu ekoran krisis kepimpinan yang berlanjutan dalam parti tersebut.

* 29 Oktober – Menteri Besar Selangor arah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan sebagai ADUN.

* 29 Oktober – ADUN Pelabuhan Klang ishtihar sebagai calon bebas kerana rasuah pemimpin dan masalah dalaman PKR.

Sumber : Pemuda Enggang dan Warisan 2057

Rasuah dan Perbalahan dalaman PKR punca ADUN Pelabuhan Klang istihar Bebas

0 Komen!!!
ADUN PKR Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah umum keluar PKR dan jadi ADUN Bebas yang sokong BN.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media berlangsung sekarang di Kuala Lumpur. Badrul melahirkan rasa kecewa terhadap kepimpinan PKR yang semakin teruk dilanda pelbagai skandal termasuk skandal sex luar tabii.

Beliau hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim yang menurutnya punca pelbagai masalah yang melanda Pakatan Rusuhan (PR). Oleh itu cara terbaik untuk keluar dari kemelut ini adalah untuk keluar PKR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Beliau membidas Anwar Ibrahim yang sengaja melenggah-lenggahkan bicara kes liwatnya yang menjadikan parti PKR terpalit dalam polemik peribadinya.

Beliau juga difahamkan ingin mencabar MB membubarkan DUN Selangor untuk membuktikan sokongan rakyat yang semakin menurun terhadap Pakatan Rusuhan (PR) kerana perbalahan dalaman dan rasuah pemimpin yang semakin ketara.

Beliau berterima kasih kepada Sdr Ezam Md Nor yang banyak membantunya keluar dari kemelut politik yang tidak berkesudahan dalam PKR.

Menurutnya lagi beberapa orang wakil rakyat Pas, Dap dan Pkr akan mengikut jejak langkahnya dalam masa terdekat ini.

Sumber : Warisan2057

Masalah serius PKR - Imej Nepotisme dan Kronisme Akan Hancurkan PKR

0 Komen!!!
Jika persepsi dibenarkan sebagai satu faktor menilai kepimpinan seseorang, maka PKR di bawah kepimpinan Wan Azizah dan suaminya akan berdepan kehancuran. Ini kerana, pergolakan demi pergolakan yang berlaku dalam parti itu ketika ini khususnya selepas tsunami politik baru-baru ini, semuanya bertitik tolak daripada faktor yang sama iaitu kepimpinan tertingginya.

Setidaknya, ada tiga individu yang selalu dikaitkan setiap kali masalah berlaku, iaitu Anwar, Azizah dan Azmin yang ketika ini digelar bateri 3A. Mereka sering kali dirujuk sebagai punca utama krisis dalaman yang berlaku dalam PKR, meski media-media rasmi mereka sedaya mungkin menyembunyikan situasi yang melanda parti itu. Terkini ialah isu perletakkan jawatan Jefrry Kitingan.

Semua ini sebenarnya akan memberikan tanggapan yang negatif terhadap keupayaan parti itu sebagai parti alternatif nasional. Orang ramai sudah mula berfikir dan bercakap-cakap tentang pergolakan dalaman PKR. Mereka sudah mula mempertikaikan beberapa keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi yang dilihat agak mengelirukan, menghairankan dan sebagainya lagi. Ia menjadi semakin pelik apabila media pakatan menyalurkan berita-berita yang sebaliknya seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat. Apa yang berlaku? Itu yang mereka hendak tahu.

Justeru, tidak mustahil jika berlaku gelombang penolakkan terhadap parti itu oleh penyokong mereka sendiri. Anwar perlu sedar bahawa beliau tidak boleh selamanya meniup angin penipuan yang mengaburkan orang ramai. Dalam pilihan raya umum yang lalu, orang ramai memberikan undi yang cukup tinggi kepada pakatan di bawah kepimpinannya kerana Anwar menjanjikan pelbagai pembaharuan dan harapan, malangnya, selepas berkuasa, macam-macam masalah kepartian timbul mengatasi masalah rakyat sendiri.

Orang ramai juga sudah mula nampak betapa kronisme dan nepotisme adalah imej yang semakin jelas membayangi PKR. Siapa tidak tahu betapa akrabnya Anwar dengan Azmin, Hussam Musa dan sebagainya lagi. Jika dahulu mereka mungkin dilihat sebagai tulang belakang perjuangan menuntut keadilan bagi Anwar, tetapi kini peranan individu-individu terbabit mula menjadi persoalan. Anwar seolahnya tidak nampak orang lain dalam partinya. Yang dicarinya tetap beberapa kerat yang itulah. Maka bagaimana Anwar hendak mengurus negara kelak jika beliau sentiasa melebihkan individu-individu tertentu saja? Kita boleh membayangkan dan mengagak apa yang akan berlaku.

Selain itu, orang ramai juga sudah sedar perjuangan PKR bukan untuk rakyat sebaliknya untuk perut-perut tertentu saja. Hal ini mungkin sudah banyak kali diperkatakan, tetapi tidak ramai yang mahu ambil peduli. Akhir-akhir ini saja ia diperkatakan semula dengan versi baru pendedahan demi pendedahan oleh bekas pemimpin PKR sendiri. Semua ini pasti akan menggoyahkan lagi struktur parti tersebut, dan mungkin akan mempercepatkan proses kehancuran PKR keseluruhannya. Nantikan saja.

Sumber : one2many

Kebebasan bersuara : PKR hanya pandai menipu rakyat

1 Komen!!!
Kita biasa mendengar laungan kebebasan media, ketelusan dan kebenaran oleh pakatan pembangkang. Dalam hal ini kita mengetahui bahawa mereka dikatakn pejuang kebebasan ini.

Namun yang kita tidak ketahui, laungan kebebasan bersuara, kebebasan meduia, ketelusan dan kebenaran hanyalah tipu belaka dari pakatan pembangkang buktinya sebagaimana artikel di bawah yang dipetik dari laman web bapak pembangkang!

Letter Of Protest to Malaysiakini

28 October 2009

Dear Editor,

I wish to bring to your attention a couple of Malaysiakini news pieces that of late have placed Parti Keadilan Rakyat (PKR) in underserved bad light due to alleged accounts of in-fighting and dissensions within the party that have depended largely on unnamed so called “insider sources/ accounts.”

Two recent reports come to mind “Sabah chief throws ‘tantrums’ at PKR meet” (15 October 2009) which I have already clarified with a press statement; and now the latest report “PKR sec-gen denies quit rumours” (27 October 2009) which had several hours earlier appeared in a more scandalous form but has since been amended. As far as the party leadership is concerned, it has not received any resignation letter and Salehuddin Hashim remains PKR’s secretary-general. But the damage has been done: another report on in-fighting and dissensions in PKR. It would be interesting if Malaysiakini could confront these “sources” and demand for a copy of the “strongly-worded letter of resignation.”...........................................

There now seems to be a concerted campaign to portray PKR as a party mired in deep internal trouble and I hope Malaysiakini which has been the leading new media over the last decade can exercise better journalism and avoid being manipulated towards that end.

Thank you.

Yours sincerely,

Latheefa Koya

Information Chief of PKR

Hakikatnya... PKR hanya mahukan 'feel good story' sahaja dalam pemberitaan terhadap parti mereka. Jadi bukan mereka bukanlah pejuang sebenar terhadap kebebasan media dan kebebasan bersuara.. tuduhan mereka terhadap Malaysiakini dari segi konsepnya sama sahaja tuduhan mereka terhadap iaitu tanpa bukti dan asas yang kukuh dan paling penting mereka hanyalah mereka-reka cerita dan menipu semata-mata.

Sebelum ini Pimpinan PAS juga melarang blogger mereka daripada menceritakan perkara sebenar yang berlaku mengenai krisis dalaman PAS.. sehingga ada yang menuduh blogger mereka sebagai penipu.. ini semua bertentangan dengan kebebasan bersuara yang mereka laungkan!

Rakyat mestilah menilai Hipokrit parti PKR dan seluruh pimpinan Pakatan Rakyat.. mereka berkata berjuang untuk kebebasan Media dan kebebasan bersuara tetapi mereka berbohong!

Blogger PAS label Presiden sebagai terlembab dalam sejarah

0 Komen!!!
Pemimpin dari presiden pas setiausaha timbalan presiden dan pesuruh jaya pas selangor sangat memualkan, menjadikan mesyuarat sebagai jalan untuk memperbodohkan ahli pas dan menutupi kesalahan mereka dengan jalan berliku liku sedangkan apa yang diutarakan mursidul am mereka amat jelas yaitu 3 kerat pemimpin utamanya haruslah disingkirakan.

jelaslah ketiga pemimpin utama ini yang selalu melanggar arahan sendiri dengan segala macam cara yang amat mencurigakan. apakah perlunya penyiasatan sedangkan bukti telah terbentang didepan mata dan beredar diinternet dengan rakamannya serta diikuti pengakuan dari mereka tentang ug dan presidenlah sepatutnya mengambil tempat untuk bertanggung jawab diatas kekeliruan yang ada.

perlukah ahli pas melakukan demo berhari hari dipejabat pas? jika tiada jalan lain untuk mereka paham agar meletak jawatan mengapa tidak untuk demo pemimpin yang telah hianat pada perjuangan kita?

sahlah bahawa hadi presiden pas paling lembab dalam sejarah...

Sumber : Klik di sini

MB Selangor desak ADUN PKR Pelabuhan Klang letak jawatan

5 Komen!!!

Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan wakil rakyat kawasan tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

azlan"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau

"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..

"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.

Berikutan itu, Khalid hari ini membuat satu usul kepada MPP PKR supaya Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

"Menteri besar juga akan menghantar satu delegasi untuk memaklumkan pendirian tersebut kepadanya dalam masa terdekat.

"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat," kata kenyataan itu lagi.

AB : Sepatutnya semua kepimpinan PKR letak jawatan... paku dulang paku serpih, kata orang dia lebih... boleh dikatakan semua pimpinan PKR 'under performence'.. asyik berebut jawatan sahaja.... dan jawatan diberikan kepada kroni sahaja..

sumber - malaysiakini

Jambatan runtuh: Operasi cari mangsa dihentikan

0 Komen!!!
Gambar : Agenda Daily

Akhirnya Operasi mencari dan menyelamat berikutan kejadian jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini Isnin lalu, ditamatkan hari ini ekoran penemuan mayat mangsa kedua dan ketiga pada malam tadi dan pagi ini.

Mayat mangsa kedua. M. Devatharsini, 11, ditemui oleh anggota Rela di Kampung Tanjung Tualang pada pukul 11.30 malam tadi.

Manakala mayat mangsa ketiga, V. Diryasree, 12, dijumpai di persimpangan Sungai Chenderiang, Tronoh Mines dekat Batu Gajah pada pukul 9.45 pagi ini.

Kelmarin, mayat mangsa pertama, N. Dina Deve, 11, dijumpai di jalan lama Kuala Dipang pada pukul 8.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh ketika ditemui hari ini mengesahkan pihaknya menghentikan operasi berikutan penemuan kesemua mereka yang hilang.

- Utusan

Preview drama : Fro Zoo Taiping with love (Adun PR)

1 Komen!!!

Tajuk drama: From Taiping with Love
Pengarah : Ngeh Koo Ham (komunis Perak)
Penulis Skrip : ANUwar AlJuburi
Pelakon : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar; ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ADUN Pasir Pinji, Su Keong Siong (Thomas Su), turut menampilkan 'muka-muka baru' ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam .
Genre : Pengkhianat agama, bangsa dan negara
Studio :
hARAKah Daily
Rating : 1/2 bintang


**************************


Memang tak sabaq dah nak tengok drama dari pelakon-pelakon dari zoo taiping ni.

Kali ini 'drama' yang ditayangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak membawa kisah baru, walaupun pengakhirannya tetap sama - mengganggu sidang yang dikendalikan oleh Speaker DUN, Datuk R. Ganesan.

Masih mengekalkan 'hero-hero lama', ADUN Buntong misalnya, A. Sivasubramaniam dilihat sebagai pelapis 'hero' sedia ada apabila menjadi individu yang bertanggungjawab 'mengarahkan' Ganesan meninggalkan kerusi Speaker dan meminta Sivakumar untuk menggantikannya.

Walaupun arahannya tidak dipedulikan, namun 'lakonannya' menempelak Speaker dan mendakwa sidang DUN tersebut adalah tidak sah, dilihat berani (boleh diberi pujian).

Hakikatnya, tidak ramai ADUN pembangkang yang mempunyai bakat lakonan 'sehebat hero-hero sedia ada' sehingga sering mendapat liputan media.

Apa yang berlaku hari ini sememangnya dijangka. Pembangkang masih menggunakan modus operandi yang sama cuma pendekatannya sedikit berbeza.

Skrip yang digunakan masih sama, mungkin tak dapat skrip baru (sebab skrip lama tak dapat di bayar lagi).. Mereka menuduh pihak polis sengaja melakukan kekerasan. Kali ini jubah Speaker dijadikan bahan bukti. Sivakumar mendakwa dia dikasari puluhan anggota keselamatan sehingga jubah Speaker yang dipakainya terkoyak.

Isu sekarang ialah mengapa Sivakumar hadir ke dewan memakai jubah? jeng..jeng..jeng (suspen sikit lah)..

Mungkin ADUN Tronoh itu lupa bahawa beliau bukan lagi Speaker dan polis hanya mengambil tindakan untuk memastikan persidangan berjalan lancar.

Berbeza dengan sidang anjuran pembangkang sebelum ini yang diadakan di bawah pokok dan di hotel, kali ini, mereka mengambil kesempatan mengadakan 'sidang' ketika Sidang DUN yang dikendalikan oleh Ganesan ditangguhkan.

Penangguhan selama satu jam yang bermula dari pukul 10.20 pagi itu memberi peluang kepada Sivakumar untuk terus berlakon sebagai 'Speaker'.

Bagi membuat drama ni 'thrill' sedikit... ADUN Dari Zoo Taiping ni datang lewat sikit, memasuki dewan selepas 20 minit sidang rasmi dimulakan cuba membuat kecoh dengan sengaja melemparkan kata-kata sindiran seperti 'penjenayah' dan 'lanun sudah di dalam'.

Agak memeranjatkan apabila seorang daripada mereka secara terbuka meminta semua percakapan itu dirakam kerana 'mereka tidak takut.'

Keengganan Ganesan berganjak daripada tempat duduknya, memaksa Sivakumar menjadi 'Speaker' di kerusi yang diperuntukkan padanya sebagai ADUN Tronoh.

Dalam tempoh singkat itu, Sivakumar sempat meluluskan tiga usul iaitu ucapan takziah kepada keluarga mangsa jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, laporan audit yang menunjukkan prestasi baik oleh kerajaan pakatan pembangkang bagi tahun 2008 dan melantik bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Osman Abdul Rahman sebagai senator mewakili DUN Perak.

Pada akhir 'persidangan' tersebut, sebelum perjalanan dewan diambil alih semula oleh Ganesan.

seorang rakan wartawan yang pertama kali membuat liputan perjalanan Sidang DUN Perak sempat berbisik, ''Betullah drama."

Dari lima bintang... hanya setengah bintang sahaja layak diberi... maklumlah semua pelakon dari zoo Taiping yang tiada 'latihan'...

*****************
Sumber : www.utusan.com.my (diolah semula oleh Aspirasi)

Mengecewakan - hanya PAS S'gor diseret ke JK disiplin, Mustafa Ali dan Us Nasa terlepas!

2 Komen!!!
Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu bagi menggantikan idea muktamar khas - yang disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.

Dua keputusan penting itu diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini.

Mesyuarat bermula jam 8.45 malam ini untuk membincangkan pertikaian Nik Abdul Aziz terhadap beberapa tokoh PAS, khususnya timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat. Alasan Abdul Hadi kalau ada tuduhan penyiasatan perlu dilakukan. Sehubungan itu Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatn ke atas Hassan.

AB : Matlamat yang hendak di sampaikan melalui mesyuarat ini tidak menepati kehendak ramai penyokong PAS.. mesti mengecewakan mereka... bahkan mereka dihantar pula ke kelas 'seminar poltik' untuk di tarbiyah semula.. hehehe..

Dengan kata lain.. mesyuarat ini gagal!

Sumber: Malaysiakini

HIV Tinggi Di Kelantan : Salah UMNO dan Cyber Troopersnya?

3 Komen!!!
Kelantan menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes HIV baharu tahun lepas dengan 749 kes. Perkara ini didedahkan oleh salah seorang exco kerajaan negeri YB Wan Ubaidah Omar.

Hal ini didedahkan ketika menjawab soalan ADUN Pulau Chondong, YB Zulkifli Mamat.

Menurut YB Wan Ubaidah lagi peningkatan ini membimbangkan kerana kes-kes baharu ini membabitkan remaja dari usia 20-29 tahun iaitu sebanyak 25 peratus, sementara mereka yang berusia dalam lingkungan 30 ke 39 tahun pula membentuk 42 peratus dari kes-kes baharu tersebut.

Ustazah Wan Ubaidah seterusnya mendedahkan sesuatu yang lebih menggamamkan iaitu peningkatan jangkitan HIV itu adalah dari 'sexual transmissions' yakni dari 19 peratus pada tahun 2003 kepada 27 peratus dalam tahun 2008. Sedangkan jangkitan dari pemindahan jarum penagih dadah yang menyumbang kepada 70 peratus kes yang ada pada tahun 2003 merosot kepada 23 peratus.

(Lihat sini)

Cara berfikir tipikal: Rasa elok kita salahkan UMNO (macam biasa) dalam hal ini. Mungkin cyber troopers mereka punya kerja. PAS sebagai kerajaan di negeri Kelantan sama sekali tidak boleh disalahkan kerana ia dapat membawa ahli dan penyokongnya ke syurga. Selain itu kita juga boleh salahkan remaja-remaja yang menghidap HIV ini kerana mereka tidak kuat iman di sebuah negeri yang Membangun Bersama Islam. Mungkin juga kerana secara geografinya Kelantan dekat dengan Thailand maka menyebabkan kita semua terkulai pasrah.

Mungkin ini semua fakta yang tidak benar, dalam usrah dan kuliah tafsir kita diajarkan; 'Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]. Tapi, fakta ini didedahkan oleh YB Wan Ubaidah sendiri. Mungkin juga kerana pimpinan di sana sibuk bergocoh sesama sendiri maka bala pun turun sebagai peringatan; tapi emmm, tak mungkin sama sekali...ini negeri di bawah kepimpinan ulamakan? Jadi, kita kembalilah kepada 'teori asal' - ini semua salah UMNO dan cyber troopers nya.

Sumber : Neutral Daily

7 soalan maut Dr Asri kepada Pas..

1 Komen!!!


1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?

2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?

3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?

4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?

5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?

6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?

7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?


Sumber: Blog Dr Mohd Asri Zainul Abidin, USM.

Kongsi Link Anda