Popular Today

Sabtu, Ogos 23, 2008

DAP AKAN RAMPAS PWTC

0 Komen!!!
PWTC adalah lambang ketinggian maruah orang Melayu dan perhimpunan orang melayu.. kini mula di cabar dan rebut oleh orang Bukan Melayu, DAP Laknatullah.

Satu persatu hak orang Melayu akan di rampas. Dan yang akan di rampas ialah lambang kemegahan orang Melayu yang telah berjuang untuk memerdekakan negara 51 tahun yang lalu.

Setelah biadap dan mempersoalkan kuasa raja Melayu dan kini, DAP berikrar untuk maju selangkah lagi dengan objektif mengadakan mesyuarat tahunannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Objektif utama kami ialah untuk menawan dan mengadakan kongres kami di PWTC," kata pengerusi DAP Karpal Singh ketika berucap merasmikan Kongres Kebangsaan DAP ke-15 di sini Sabtu.

Karpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor menegaskan Malaysia ialah sebuah negara sekular. Beliau percaya hanya seorang yang dapat merapatkan jurang antara DAP dan PAS berhubung isu itu dan "orang" itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya percaya hanya Anwar boleh menjadi orang tengah antara PAS dan DAP. Beliau bukan lagi Anwar yang kita pernah kritik sebelum ini. Beliau kini Anwar yang sudah berubah dan saya percaya kepadanya," kata pemimpin pembangkang yang terkenal dengan kelantangannya itu.

Memang diketahui umum, PAS sering menyuarakan hasrat parti itu untuk mewujudkan sebuah negara Islam manakala DAP yang mahukan sebuah negara sekular bagi semua rakyat Malaysia, menentang hasrat PAS itu.

Beliau juga menegaskan DAP tidak akan berkompromi dengan prinsip asasnya dan menyatakan "perubahan yang dilakukan perlu berteraskan prinsip ini".

"Sudah jelas bahawa rakyat mahukan perubahan pada pilihan raya umum lepas dan DAP menegaskan perubahan yang dilakukan perlu berteraskan prinsip ini," katanya.

Adakah orang Melayu akan terus berpeluk tubuh, bumi yang dipijak kini akan dirampas oleh DAP dan sekutunya.

Percayalah apabila Pakatan Rakyat berkuasa, orang Melayu akan terus mengemis dan dihina di negara ini, meminta-minta bantuan dan pertolongan di bumi sendiri.

KENAPA PULA KAMI PERLU BERI UNDI KEPADA PKR?

0 Komen!!!
Tiada seorang pun wakil PAS dalam EXCO kerajaan negeri.
Kenyataan DAP yang mahukan hak sama rata juga hanya bohong belaka kerana lebih ramai EXCO kaum Cina berbanding kaum lain. Laungan hak samarata DAP adalah untuk kaum Cina sahaja!!
8 Cina, 2 Melayu dan 1 India - Di mana kesamarataan! DAP pembohong!!

Seorang pengundi Melayu di Permatang Pauh berkata, kenapa pula kami perlu menyokong PKR dan DAP, sedangkan wakil kami di Kerajaan Negeri pun tiada? EXCO pun kami tak dapat setelah bersusah payah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat?

Setelah disiasat, rupanya beliau ialah merupakan penyokong PAS di kawasan berkenaan. ...

hmmmm... kami pun terpinga-pinga!..

Sebenarnya suasana kempen PKR di Permatang Pauh pun berbeza, tidak banyak aktiviti besar yang diadakan.

Bendera yang dikibarpun kebanyakannya ialah bendera PKR, bendera PAS dan PKR terlalu sedikit.

Tokoh-tokoh utama PAS pun tidaklah banyak berkempen Mahfuz Omar, Mat Sabu dan Nasharudin Mat Isa hampir tidak kedengaran suara mereka berkempen di Permatang Pauh.

Memang nampaknya tidak ramailah 'top gun' PAS yang membantu... pengundi di sini memang mengakui keadaan tersebut.

Anwar dilihat sebenarnya macam kelemasan terpaksa berpaut kepada siapa yang ada...


Kongsi Link Anda