Selasa, April 07, 2009

'la tahzan!' jangan bersedih...

11 Komen!!!
Terima kasih kepada semua yang telah berjuang bersama untuk memperjuangkan kebenaran.

Kepada yang menang diucapkan tahniah buatlah kerja tapi jangan angkuh..

Kepada yang kalah jangan bersedih, bukanlah kalah selamanya. Kena bekerja keras dan berdoa dan teruskan perjuangan untuk memepertahankan tanah Melayu yang tercinta hingga ke titisan darah yang terakhir.

Apa yang penting ialah tetapkan tekad kita, teruskan niat ikhlas kita..

Gambar panas Nizar apa kata Pakar...

10 Komen!!!


Ni ada orang ulas tentang gambar ni..dia ni memang mahir, photograferlah katakan... dia ni cakap tentang pencahayaan gambar..

Dia kata pada gambar Mail keseluruhannya, cahaya flash datang sebelah kiri foto termasuklah gambar awek-awek tu, tetapi pada muka Mail Pian ni pula datang dari kanan foto di.. memanglah jelas..

Tapi dia kata dari segi cahaya flash pada muka Nizar tu memang agak real sikit, tone cahaya tu sama pada awek-awek sebelah dia... iaitu cahaya flash datang dari kiri termasuk cahaya foto nizar..

Tapi tulah dia kata.....

Mufti Vs PAS : Nga hina agama, umat Islam

0 Komen!!!
Adun perlu mohon maaf kepada umat Islam segera KUALA LUMPUR: Mufti, pakar perundangan dan pertubuhan Islam menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming, yang membaca ayat suci al-Quran dalam siri ceramahnya semata-mata untuk memancing undi pada pilihan raya kecil sebagai usaha menghina agama dan umat Islam.

Mufti Perlis dan Selangor berpendapat perkara itu jika terus dibiarkan tanpa tindakan tegas pihak berkuasa boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara kerana ia jelas tidak menghormati agama rasmi negara ini.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga membuat laporan polis secara berasingan di sini, semalam, sebagai membantah dan mengutuk tindakan Nga dan memintanya memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata Islam tidak melarang bukan Islam membaca al-Quran kerana kitab itu untuk semua manusia tetapi hendaklah digunakan dalam suasana, niat baik dan bacaan yang betul.

Beliau yang mendengar bacaan Nga yang disiarkan di televisyen kelmarin berkata, bacaan dilafazkan itu jelas tidak betul dan menyeleweng.

“Kalau orang Islam sendiri yang menyalah guna ayat suci itu juga dilarang, apatah lagi orang bukan Islam. Ia boleh menggugat kestabilan, jangan heret kitab suci dalam kemelut politik sebab kita tidak mahu berlaku salah guna dan tidak ada rasa hormat pada sensitiviti penganut agama lain,” katanya ketika mengulas desakan pelbagai pihak supaya Nga memohon maaf dan menghentikan perbuatannya kerana mempersendakan agama Islam semata-mata untuk memancing undi orang Melayu.

Kelmarin, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping susulan rakaman video youtube.com yang memaparkan Nga membaca ayat al-Quran selama satu minit 16 saat.

Dalam rakaman itu, Nga memberi salam secara tidak tepat dan membaca petikan yang didakwa dari surah ‘Aura’ yang tidak ada dalam al-Quran.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata ayat al-Quran adalah kalam Allah yang suci dan membaca al-Quran adalah ibadah.

Namun katanya, umat Islam yang menyebut ayat al-Quran tidak betul, bukan mendapat rahmat sebaliknya laknat.


“Kalau bukan Islam yang tidak tahu sebut, dan salah bacaan, sudah tentu mirip kepada senda gurau yang tidak sepatutnya berlaku.

“Lebih baik mereka baca tafsiran saja, lebih selamat,” katanya.


Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainal Rijal Abu Bakar, berkata hukuman penjara dan denda boleh dikenakan terhadap mereka yang jelas menghina agama Islam mengikut kanun keseksaan mengikut Seksyen 298.

Pas kalah moral!

2 Komen!!!
Terkini dilaporkan bahawa Pas terpaksa berundur di Pengkalan Aor, Air Kuning... ini merupakan kekalahan moral bagi PAS.

Memang telah menjadi perangai Pas zaman berzaman sengaja mencari pasal untuk menimbulkan huru hara khasnya semasa hari pengundian. Terbaru perayu undi Pas menceroboh di pondok panas UMNO di Pengkalan Aor walaupun telah diberikan tempat khas masing-masing untuk merayu undi.

Keadaan diredakan apabila SPR masuk campur dan menenangkan keadaan. Akhirnya dengan arahan Nasarudin Mat Isa penyokong PAS akhirnya akur dan terpaksa berundur.

Sebagaimana yang dikatakan tadi memang sikap kurang ajar, biadap, tidak hormati orang lain, angkuh, sombong dan keji memang telah sebati dalam diri penyokong PAS! setiap arahan mereka akan langgar dengan angkuh dan sombongnya! Apatah lagi meghormati hak orang lain!.

Adakah orang seumpama ini yang hendak dijadikan pemimpin! Sifat sombong dan angkuh ini ialah warisan Iblis Laknatuullah...

PKR kini parti kaum Cina dan India

0 Komen!!!
Rasanya dah tiba masa orang Melayu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat beramai-ramai. Ini berikutan keluarnya 5 orang pemimpin Melayu PKR di kedah baru-baru ini.

PKR kini menjadi parti kaum Cina dan India. Semua ini gara-gara Melayu dipinggirkan oleh kepimpinan tertinggi PKR. Adapun Melayu yang kini tinggal besama PKR ialah mereka yang hidup 2 alam iaitu mereka penyokong PAS tetapi duduk di dalam PKR kerana mahukan tempat dan jawatan.

Apa yang berlaku sepanjang beberapa tahun ini membuktikan, ramai pemimpin Melayu yang telah keluar dari PKR.

Tokoh PKR seperti Ezam, Lokman Adam dan ramai lagi menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalaman PKR yang membuatkan rakyat tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku dalam PKR.

Kini yang menjadi pemimpin dan ahli PKR majoritinya hanyalah dari kaum Cina dan India yang menentukan dasar dan perjuangan pasrti tersebut... Melayu yang menjadi kuda tunggangan Cina dan India terus disokong tetapi disisih secara terancang khasnya apabila mereka menunjukkan pro dan mahu membela kepada Melayu!...

Inilah nasib kaum Melayu yang mehu membela Melayu dalam PKR.....

Pengundi hantu vs taktik lapuk hantu Pas

1 Komen!!!
Malam tadi penyokong PAS mengatakan bahawa terdapat Bas yang membawa pengundi hantu yang kononnya dikesan. Apa lagi maka hantu-hantu PAS pun tahanlah bas tersebut.

Cuma nak tanya PAS, jika melihat orang lur yang datang berkereta-kereta dan berbas-bas ni semuanya penyokong PAS... rasanya penyokong PAS dari luar lagi ramai yang dari UMNO... jika dilihat bendera yang dikibar dikereta-kereta dan bas-bas.

Rasanya lagi ramai hantu dan jembalang PAS dari BN!...

Kalau tak percaya silalah tengok pemandangan di sekitar kawasan Bukit Gantang ni.....

Macam biasalah, kisah pengundi hantu ni taktik lapuk PAS.... setakat ni tak de pun hantu yang ditangkap PAS....

Maklumlah yang menangkap hantu ni syaitan je......

Kempen Tun Mahathir di Bukit Gantang!

3 Komen!!!






Tekadkan hati! undilah BN

0 Komen!!!


Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh dan salam sejahtera!

Aspirasi mengucapkan selamat mengundi kepada semua Pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Sebagaimana pesan Tun Mahathir, kepada semua ahli BN samada UMNO, MCA, Gerakan, PPP. MIC dan lain-lain kembalilah kepada BN dan undilah BN... BN kini sedia untuk membuat tranformasi.... perubahan berteraskan kehendak dan keperluan rakyat!

BN telah terbukti bukanlah parti perkaumankerana selama 50 tahun rakyat berbilang kaum dan agama duduk bersama dengan aman dan damai dan bersama-sama memajukan negara ini.




Pilih lah calon dari parti yang telah terbukti memberi jasa dan perkhidmatan dan terus akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat!

Tekadkan pilihan Anda.... Undilah BN

Satu Malaysia!
Rakyat diutamakan!
Pencapaian didahulukan!

Selamat mengundi!

PKR semakin parah- Lima ketua bahagian PKR di Kedah umum letak jawatan!

1 Komen!!!

Perasaan tidak puas hati semakin memuncak di kalangan kepimpinan PKR negeri Kedah. Lima ketua bahagian parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing dan meninggalkan parti itu kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang meletak jawatan itu ialah:
1. Ketua PKR Bahagian Jerlun Azhar Ahmad ,
2. Ketua Bahagian BalingBakar Din,
3. Ketua Bahagian Padang Serai,Hamid Othman,
4. Ketua Bahagian Sik, Wahab Mat Isa
5. Ketua Bahagian Pendang, Bakar Hamid.

Azhar berkata, mereka telah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti itu yang didakwa sebagai tidak relevan lagi kerana Anwar membawa parti itu ke arah merugikan masa depan orang Melayu.

Katanya, selepas kemenangan besar pilihan raya umum lepas, penasihat PKR itu tidak memperdulikan ketua-ketua bahagian yang selama ini membantunya.

“Saya kecewa kerana Anwar sudah mula lupa daratan dan lebih mengutamakan pandangan daripada pemimpin Pas dan DAP dalam membuat sebarang keputusan mengenai masa depan rakyat di negara ini, terutamanya orang Melayu, kata beliau.

Azhar berkata, Anwar juga telah mengabaikan pimpinan bahagian PKR dan tidak melantik mereka dalam sebarang jawatan termasuk jawatan Majlis Ketua Kampung (MKK).

“Di Kedah tidak ada orang PKR dilantik menjadi MKK semuanya dikuasai oleh Pas, di mana kewibawaan Anwar dalam mencaturkan tempat untuk pemimpin PKR yang setia di Bahagian”, kata beliau.

Kesemua lima bekas ketua bahagian berkenaan mahu pengundi di Bukit Selambau tidak terperangkap dengan ceramah Anwar dan mahu mareka menolak calon PKR S. Manikumar.

Kita melihat bagaimana hubungan antara PKR dan PAS sebenarnya..... Pas sdari dahulu hanya memakai baju PKR untuk sebagai kesempatan meraih undi yang bukan dari kumpulannya... memang cara PAS umpama kulat dan virus yang menumpang induk untuk menghisap darah! itulah cara pas dengan S46, PAS dengan Barisan Alternatif. Semata-mata untuk meraih undi dari pihak yang lain....

Baguslah PKR di Kedah sudah perasan siapa sebenarnya PAS. Pas tidak pernah ikhlas bersama Pakatannya hanya apabila senang mereka bersama, tetapi jika susah mereka ditinggalkan...

Gambar Palsu : Calon BN buat laporan polis

1 Komen!!!
Calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian membuat laporan polis berhubung satu surat layang berbentuk fitnah yang dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya ditulis oleh beliau sendiri.

Ismail, yang ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Simpang jam 6.45 petang tadi menafikan menghantar surat berkenaan kepada Perdana Menteri dan berkata ia adalah satu propaganda pihak pembangkang terhadap beliau.

"Ini satu kempen terdesak oleh pihak pembangkang yang cuba mencemar nama baik saya dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan memalukan dirinya dan keluarga serta rakan-rakannya," katanya.

Kongsi Link Anda