Popular Today

Selasa, Februari 28, 2012

Syabas DS Najib : akses penuh SPRM terhadap harta pak menteri

0 Komen!!!


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Isnin dibenarkan mempunyai akses penuh kepada dokumen-dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri, timbalan menteri dan keluarga mereka.

Maklumat tersebut yang sebelum ini hanya boleh diakses oleh Perdana Menteri akan diserahkan kepada SPRM bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka kepada umum, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Panel penasihat SPRM membuat saranan itu bahawa mereka akan diberi salinan pengisytiharan harta anggota pentadbiran keluarga termasuk ahli keluarga mereka.

"Saya bersetuju dengan saranan panel penasihat bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM dibenarkan mempunyai akses penuh kepada dokumen pengisytiharan harta semua anggota pentadbiran Persekutuan," kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah 2012 di sini, hari ini.

Najib berkata, kerajaan telah sekian lama meminta semua anggota pentadbiran kerajaan termasuk keluarga terdekat untuk mengisytiharkan harta mereka kepada beliau menerusi dokumen pengisytiharan.

"Setiap pertambahan atau pelupusan harta mesti diisytiharkan secara berkanun," katanya.

Ketika menghasilkan kertas cadangan itu baru-baru ini, Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berharap agar kerajaan negeri mematuhi perintah itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengalu-alukan saranan itu dan berkata pasukannya akan bertemu dengan beberapa pegawai di Jabatan Perdana Menteri untuk membincangkan pelaksanaan tersebut.

Katanya, mereka akan meminta salinan dokumen pengisytiharan yang kini berada di tangan Perdana Menteri.

Abu Kassim berkata, perhatian utama SPRM bukanlah jumlah aset sebelum mereka menyandang jawatan dalam kerajaan, tetapi yang penting ada atau tidak pertambahan yang mendadak sehingga boleh menimbulkan keraguan sepanjang memegang jawatan kerajaan.

Kongsi Link Anda