Selasa, Oktober 26, 2010

Malaysian Insider portal penipu No.1 !!!

0 Komen!!!
ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita The Malaysian Insider kerana menyiarkan berita yang memfitnah dan mengaibkannya, Rabu lalu.

Thank You AllahSyed Sobri yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, berkata laporan portal berita itu yang menyebut beliau diisytihar muflis Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Oktober lalu berikutan kegagalan syarikatnya membayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tidak berasas.

Katanya, laporan itu jelas berniat jahat untuk menjejaskan reputasinya sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan ahli perniagaan.

Baca seterusnya di berita harian

DAP dan PAS tidak sehaluan di Galas

0 Komen!!!



Bila PAS dan DAP sedar yang mereka tak sehaluan, saling merenung masa depan





Nampak gayanya PAS dan DAP mula tidak sehaluan.. masing-masing tidak berpandangan.. untuk melihat gambar PASberg klik sini


Berkaitan juga.. PAS kini mula risau apabila pengundi Cina semakin hilang kepercayaan terhadap PAS akibat janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan PAS Kelantan. Ianya berkaitan janji PAS untuk menyelesaikan kes tanah di Kg Pulai, Gua Musang...

Baca seterusnya di sini...

Panas!!! Video pergaduhan samseng PKR di Kota Raja

0 Komen!!!


Inilah rupanya demokrasi ganas ala PKR!!!...

Panas!!! PAS mulakan kempen PRK Galas dengan rasuah

3 Komen!!!




PAS sudah ditemui menabur rasuah dan membuat ugutan terhadap pengundi-pengundi dari kaum Cina di DUN Galas, Gua Musang.

Blog Ohpolitik! telah menjumpai barangan 'goodies' tersangkut di rumah kaum-kaum Cina. Dalamnya berisi, teh Boh 50g, keropok Sira Berlada 80g, Lee Cream Crackers 420g, Munchy's Yosss 105g, dan gula pasir PRAI 1kg.

Bukan setakat itu saja.

Pembahagian hadiah ini adalah sebahagian dari gelombang pertama kempen PAS yang melibatkan kempen rumah ke rumah oleh Muslimah PAS.


Blog Yang Gambi di sini melaporkan isteri Tok Guru Dato Nik Aziz Nik Mat, Datin Salbiah turut sama dengan Muslimah PAS memberi 'rasuah' pilihanraya. Dalam gambar di atas, Datin memberi hadiah kepada pengundi Cina.

Walaupun kerajaan PAS masih tidak menunaikan janji lebih 10 tahun untuk memberi peneroka Cina geran,  kesan kempen Muslimah PAS ada kesannya.

Tinjauan dengan pengundi-pengundi Cina di Kg Pulai mendapati mereka terus terang berkata akan tetap memberi undi kepada PAS. Difahamkan kempen yang dimainkan oleh Muslimah PAS berbunyi satu ugutan. Kalau tidak undi PAS, mereka tidak akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri.

Selain itu, penoreh-penoreh getah Cina faham maksud tersirat dalam ceramah pemimpin PAS kepada mereka yang mana mereka berjanji ‘tidak akan menggangu atau tidak akan diambil tindakan atau diusir dari tanah-tanah yang diceroboh’ selagi PAS memerintah Kelantan. Penoreh getah kaum Cina sentiasa dalam kerisauan kerana tanah yang mereka teroka tidak mempunyai geran dan tanah mereka boleh dirampas.

Pengundi Cina melihat bagaimana ganas dan penuh tipudaya kerajaan PAS negeri merampas tanah-tanah yang diduduki orang Melayu dan tanah-tanah terlindung bawah Akta Orang Asli 1954 yang diduduki orang Asli dirampas untuk diberi kepada tauke-tauke Cina urus sebagai Ladang Rakyat atau ladang sayur.

Ini tentu membuat mereka berfikir, terutama dengan harga getah sekarang sudah setinggi sekitar RM6.40 sekilo.

Kalau kempen dan ugutan tidak berkesan, khabarnya PAS sudah mendapatkan bantuan taukeh-taukeh balak Ladang Rakyat seperti Kenneth Tan dan Ah Min serta taukeh sayur dan balak dari Singapura, Bernard Loo.

Mereka akan memberikan wang 'saguhati' antara RM800 - RM1,000 seorang kepada sebahagian besar dari 2,000 pengundi Cina. Jika pujuk rayu, 'hadiah' dan wang masih tidak mengekalkan undi mereka kepada PAS, tidak hairan tauke-tauke ini menggunakan samseng untuk mengugut pengundi-pengundi Cina.

Orang dan penyokong PAS nampaknya sudah begitu kaya hingga sedia memberi rasuah dan bersekongkol dengan kemungkaran. Selama ini, mereka menuduh UMNO dengan pelbagai fitnah dan menambah-menambah cerita, rupanya mereka sebenarnya "cakap tidak serupa bikin." 

di petik dari Blog : Galas untuk BN 

Panas!!! Bagaimana seorang Settlement Officer (SO) boleh hidup begitu mewah?

0 Komen!!!




Gambar diatas ini adalah banglo mewah milik Zakaria Mustapha, bekas Settlement Officer (SO) Gua Musang yang telah ditukarkan ke Kota Bahru tidak lama dahulu. Selepas beliau bertugas di Kota Bahru beliau ditukarkan ke Kuala Krai pula.

Beliau juga memiliki beberapa buah kereta mewah, antara kereta mewah koleksi beliau adalah Mercedez Benz, Peugot Sport dan Harrier (Lihat di dalam pagar rumah gambar-gambar  di atas)

Berapa gaji seorang SO yang hanya berkelulusan SPM? Bagaimana boleh beliau memiliki rumah mewah dan kereta-kereta mewah ini?


Menurut orang-orang Gua Musang, beliau adalah seorang yang korup.

Beliau merupakan salah seorang broker perantara kepada cina-cina Cameron Highland yang kini memiliki tanah di Lojing (sila rujuk video di bawah). Ramai tauke-tauke cina yang mendapat tanah dari Zakaria semasa dia menjadi SO di Gua Musang.


Sedikit latar belakang mengenai Zakaria.

Beliau adalah ahli PAS seumur hidup tetapi pernah bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai menentang Tuan Aziz. Walaupun beliau menabur duit untuk membeli undi, beliau masih tewas di tangan penyandang jawatan tersebut sekarang iaitu Tuan Aziz.

Tujuan Zakaria bertanding jawatan Ketua Pemuda Kuala Krai hanyalah untuk menjadi 'trojan horse' sahaja. Beliau fikir dengan cara itu beliau dapat mengusai Pemuda UMNO Kuala Krai sekaligus memusnahkan seteru utama belaiu iaitu Tuan Aziz.

Minggu lepas, beberapa 'tauke cina' datang berjumpa beliau dan meminta Zakaria agar segala perjanjian mereka (yang telah dibuat sebelum ini) tidak diketahui oleh sesiapa pun.

Zakaria dikatakan berulang-alik ke Cameron Highlands setiap minggu. Mengapa dia suka ke Cameron Highlands? Setiap minggu pula tu?

Zakaria memiliki banyak tanah di Gua Musang, tetapi beliau tidak letakkan atas nama beliau. Zakaria menggunakan nama saudara-maranya. Khabarnya, beliau memiliki 6 ke 7 lot tanah.

Ada banyak lagi cerita mengenai Zakaria tetapi cukup setakat ini dahulu. Terjawabkah misteri bagaimana seorang yang berekerja sebagai SO boleh memiliki harta sebegini banyak?

SPRM wajar menyiasat Zakaria.

PAS mungkiri janji - Bukti PAS pinggirkan orang asli

0 Komen!!!

Sekali lagi orang Asli Galas ditipu PAS Kelantan..
Pas janji calon anak tempatan Galas. Mana dia kredibiliti PAS dan MB Kelantan sebenarnya telah ada calonnya sendiri walaupun Dr Zul bermasalah. Dah la tak popular tambah lagi cerita khalwatnya. Kalau gitu lebih molek letak calon dr ORE ASLI spt yg Husam janjikan. Kami rasa tertipu. Fikirkan la.
Hahaha.. orang Asli hanya digula-gulakan oleh PAS kelantan.. dah lha tanah lesap dek kena balun kerajaan PAS.. lepas tu main cakap-cakap nak letak calon orang Asli.. akhirnya.. orang yang berkhalwat tetap menjadi pilihan...

Kasihan orang asli Galas hanya diperbodohkan PAS Kelantan.. mungkin dah tiba masanya orang aslinya mereka ni hanyalah alat mainan politik PAS...

Yang keduanya.. PAS janji nak letak calon tempatan... tapi akhirnya.. PAS sekali lagi pinggirkan pemimpin tempatan...

Lihat biodata ringkas Calon PAS... mana dia anak asal galas?

Dr. Zulkefli Mohamad merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978. Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh.

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Baca seterusnya di Galas untuk BN

Kongsi Link Anda