Popular Today

Isnin, April 13, 2009

Amaran kepada komponen : 'Jumpa PM kalau tidak puas hati' Muhyiddin

3 Komen!!!
Era bercakap secara terbuka oleh sesetengah pemimpin komponen mungkin sudah berakhir, semuanya patut dibincang secara tertutup untuk kebaikan rumah tanggga sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang mempunyai sebarang masalah mengenai pelantikan wakil mereka dalam pentadbiran baru supaya bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya meluahkannya secara terbuka.

Beliau berkata, perkara seumpama itu tidak seharusnya dibincang secara terbuka kerana mereka perlu menghormati Perdana Menteri yang mempunyai kuasa memilih menteri.

"Jadi apa-apa perkara yang tak disenangi, eloklah jumpa dengan PM sendiri dan tak perlu buat kenyataan di luar.

"Kita harus beri peluang kepada jemaah menteri yang dipilih dan mereka juga sudah mengangkat sumpah pun untuk jalan tugas," katanya selepas menyerahkan tugas sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada Datuk Mustapa Mohamed di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan kononnya seorang pemimpin MIC mahu supaya parti itu menarik wakil parti berkenaan daripada pentadbiran kerajaan kerana tidak berpuas hati MIC tidak diberikan portfolio Kerja Raya.

Namun, Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dilaporkan berkata, bahawa MIC tidak pernah mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu.

Muhyiddin berkata, bahawa dalam BN, semua pihak perlu menghormati bidang kuasa Perdana Menteri.

Mengenai pembaharuan dalam BN yang perlu dilaksanakan sebagaimana dilakukan oleh Umno, Muhyiddin berkata, beliau juga dimaklumkan parti komponen sedang melaksanakan perkara yang sama untuk memperkukuhkan parti masing-masing.

"Saya kira (pembaharuan) sudah dimulakan tapi momentum tu belum dapat dilihat. Sebab itu saya katakan masih peringkat awal kerana kita baru saja menghadapi pilihan raya dan membentuk kerajaan.

"Bila parti sudah kukuh, BN akan bertambah kukuh," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah dua Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Dr Mahathir dan Datuk Jacob Dungau Sagan. - Bernama

Thailand oh Tahiland...

0 Komen!!!

Bendera baru PAS... ada bintang 3


Di thailand kini digemparkan dengan rusuhan dan demonstrasi anti kerajaan... yang menuntut supaya Abishit, Perdana Menteri Thailand untuk meletakkan jawatan...

Apa yang berlaku di Thailand hanyalah pusingan demokrasi jalanan semata-mata... Apabila Abishit meminta supaya kumpulan demontrasi dileraikan macamlah Abishit terlupa beliau juga terdahulu membuat demontrasi untuk menjatuhkan kerajaan Thaksin....

Jadi apa yang Abishit patut buat... samada letakkan jawatan sahaja.... ikut kehendak rakyat... atau menentang kehendak rakyat...

Bila ketam mengajar anak berjalan.... sama sahaja buruk rupanya...

Kongsi Link Anda