Selasa, April 08, 2008

Karpal tolak jemputan Nik Aziz ke Kelantan

0 Komen!!!
Pengerusi DAp, Karpal Singh hari ini menolak jemputan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk melawat Kelantan ekoran kenyataan agar PAS tidak memasang angan-angan untuk menjadi tunjang pakatan Rakyat (Utusan Malaysia ms.4,8 April 2008)

Karpal juga memberitahu, sampai masanya PAS menggugurkan idealoginya itu, sebaliknya PAS perlu memperjuangkan hak semua warganegara ini tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Maka semakin terhakislah perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat.

Kita tunggu dan lihatlah sejauhmana keberanian PAS, adakah akan terus bersama Pakatan Rakyat atau terus menggadai maruah Melayu dan Islam.

Pas sokong Selangor maju projek ternak babi

0 Komen!!!
Sebagaimana yang diketahui PAS memang tidak berani bersuara untuk kepentingan orang Melayu dan Islam. Tidak ada dalam sejarah dalam pemerintahan kerajaan BN memberikan peruntukan untuk menternak babi secara komersial dengan peruntukan kerajaan/ peruntukan rakyat sebanyak RM 100 juta. Alasan mereka ialah orang Islam (PAS) tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging babi. Jadi boleh dianggap la juga, (PAS) tidak berhak untuk menhalang orang bukan Islam minum arak, jual arak, berjudi dan sebagainya seperti mana dahulu diperjuangkan oleh orang PAS. Jadi mana perginya prinsip PAS tenatng berkawan dengan orang kafir yang pernah UMNO dituduh sebagi kafir dahulu. Kini PAS semuanya boleh, tiada lagi istilah haram. Penting dapat undi cukuplah.

Sekarang semakin jelas, PAS sebenarnya lebih teruk daripada UMNO. Kerana UMNO masih menjaga sensitiviti orang Melayu dan Islam. Tetapi PAS tidak, kalau Melayu dan Islam tergadai pun tak pa.

Kongsi Link Anda