Popular Today

Rabu, April 02, 2014

Exco lari bayar hutang.. Kerajaan PKR Selangor terpaksa jelaskan!!

0 Komen!!!
Kerajaan Selangor akan menjelaskan bayaran untuk dua buah lukisan sasterawan negara Datuk A Samad Said yang didakwa tidak dibayar seorang exco kerajaan negeri.

 Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail (kanan) berkata, apa yang berlaku adalah ekoran salah faham kerana beliau yang ketika itu memegang portfolio kebudayaan negeri, tidak mengetahui yang lukisan tersebut perlu dibayar berasingan.


Samad: Mata pencarian saya 

 Dalam pelancaran novel Samad Sungai Mengalir Lesu di ibu negara malam tadi, seorang pengulas membangkitkan soal pembelian lukisan bernilai “belasan ribu ringgit” yang didakwa gagal dibayar kerajaan negeri. Baca seterusnya di sini

Sumber : Klik Sini 

Harga sebuah lukisan lebih mahal dari maruah

2 Komen!!!



Berapakah nilai maruah anda?

Boleh kah maruah anda dibeli?

jadi apa bezanya dengan pelacur?

"Saya katakan kepada exco itu kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.

"Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8 ribu,"
A. Samad Said

Rasa simpati dan impati kepada seorang tuan dan warga emas sentiasa ada. Apatah lagi yang menzaliminya adalah pemimpin dalam Pakatan itu sendiri yang pernah dianggap hero oleh beliau. 

Untuk pengetahuan beliau Exco kaki kencing dalam PR adalah suatu yang lumrah.. sebab itu biasa bagi pemimpin PR.. ni dah terhantuh pak samad baru tergadah.

Nilai lukisan - 16 ribu tak bayar bising
Nilai sasterawan negara 
diseret demonstrasi jalanan hilang harga diri tak mengapa @ mungkin dibayar 

Gambar yang membuat setengah orang menyampah!!

2 Komen!!!



Kata orang gambar menceritakan 1001 kisah kan? Aku suka anak muda yang menghormati orang lama. Ini contoh yang baik....

sumber : Blog Parpu kari

Wajah Sebenar Princess Elsa Dalam Filem Frozen

0 Komen!!!
Wajah Sebenar Princess Elsa Dalam Filem Frozen




Wajah Sebenar Princess Elsa Dalam Filem Frozen

Wajah sebenar Princess Elsa dalam filem animasi Frozen – Salah satu filem animasi yang mencetuskan fenomena di Malaysia ialah Frozen. Ianya sangat suka ditonton segenap lapisan masyarakat Malaysia kerana jalan cerita yang menarik dan menghiburkan.
Tahukah anda, watak utama dalam filem tersebut yang dipegang Princess Elsa sebenarnya menggunakan wajah milik seorang wanita yang amat cantik dan jelita. Penulis akui turut terkejut dan tidak menyangka.
Princess Elsa from Frozen





Akibat tidak puas hati - Koperal dilibas parang

0 Komen!!!


Azid Ismail (kiri) menunjukkan kesan cedera di lengan kiri Ahmad Irwan Benjamin selepas terkena libasan parang daripada seorang suspek lelaki dalam kejadian di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut, semalam. - Utusan/HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT 1 April - Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera akibat dilibas dengan sebilah parang oleh pemuda yang hendak diberkasnya dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Kota Gelanggi Dua, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Koperal Ahmad Irwan Benjamin, 33, cedera di bahagian lengan kiri akibat terkena libasan parang tersebut selain luka di kaki kiri dan lebam di lengan kanannya.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supritendan Azid Ismail berkata, suspek berusia 24 tahun yang disenaraikan sebagai orang dikehendaki bertindak agresif melibas parang setelah menyedari kehadiran sepasukan polis di rumahnya.

"Berikutan kejadian itu, Ahmad Irwan yang cedera dikejarkan ke Hospital Jerantut untuk rawatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa bersama enam lagi anggota polis ke rumah suspek untuk menahan lelaki itu atas kesalahan jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana pernah mengugut untuk membunuh ibunya pada tahun lepas.

Bagaimanapun katanya, semasa pasukan polis memperkenalkan diri, suspek tiba-tiba bertindak agresif lalu mencapai parang dan melibas anggota terbabit sebelum berjaya ditahan selepas kejadian.

Azid berkata, hasil pemeriksaan di dalam bilik suspek, polis menemukan sebilah pisau buatan sendiri, sebilah kerambit dan tiga bilah parang panjang.

Selain itu, katanya, polis juga merampas satu tiub straw berwarna merah yang disyaki mengandungi dadah jenis heroin.
"Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140402/je_02/Koperal-cedera-di-lengan-kiri-dilibas-parang#ixzz2xgFzslcA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Insiden terowong: JDT didenda RM30,000

0 Komen!!!


PETALING JAYA - Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya dikenakan denda sebanyak RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung 'insiden terowong,' manakala tindakan ke atas individu yang didakwa terlibat dalam kejadian itu akan dibuat hanya selepas kes itu diputuskan oleh Peguam Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.

"Kes ini sedang disiasat oleh dua pihak iaitu pihak polis dan FAM, hasil siasatan polis telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

"Jadi Jawatankuasa Tatatertib berpendapat adalah wajar untuk menangguhkan terlebih dahulu siasatan terhadap individu-individu yang terbabit kerana tidak mahu ada dua keputusan berlainan.

"Jawatankuasa Tatatertib akan membiarkan pihak polis menyelesaikan siasatan mereka dan jika pihak polis mengambil tindakan, kami akan mengambil langkah yang sama kerana kami boleh bangkitkan perkara ini dalam tempoh dua tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM selama hampir 11 jam, yang berlanjutan sehingga pukul 8.30 malam ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140401/su_12/Insiden-terowong-JDT-sekadar-didenda-RM30000#ixzz2xgCuAsTj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kongsi Link Anda