Popular Today

Ahad, Jun 12, 2011

Akhirnya musuh Erdogan semua disingkir!!!

2 Komen!!!
Selangor dan Terengganu merupakan dua daripada lima negeri menyaksikan ditukar pesuruhjaya PAS, dilihat terdiri daripada kalangan profesional [rujuk sini].

Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan turut berubah tampuk pimpinan.

Pengumuman barisan Kabinet baru PAS dan negeri-negeri dibuat presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat kali pertama petang ini susulun muktamar tahunan minggu lalu.

Di Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Abd Rani Osman dilantik sebagai pesuruhjaya PAS yang baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali, yang merupakan Exco Kerajaan Negeri manakala di Terengganu Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut menggantikan Datuk Harun Taib.

Harun merupakan Ketua Dewan Ulama PAS.

Di Melaka, Adly Zahari dilantik sebagai pesuruhjaya PAS menggantikan Abdul Ghani Abd Rahman sementara di Negeri Sembilan, Adun Paroi Mohd Taufek Abd Ghani diangkat menerajui parti itu menggantikan Zulkefly Mohamad Omar dan di Sabah Aminuddin Ali pula dilantik pemimpin nombor satu negeri di bawah bayu itu menggantikan Muhamad Abdullah.

The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua Abd Rani dan Mohd Abdul Wahid merupakan golongan profesional. Begitu juga lantikan baru di Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan.

Pemilihan pusat PAS yang berlangsung 3 Jun lalu menyaksikan calon kalangan profesional mengatasi kumpulan ulama.

*** catatan : akhirnya puak-puak ulama di sembelih sorang-sorang.. inilah dendam edrogan kepada ulama!!!

Kongsi Link Anda