Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Media. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Media. Papar semua catatan

Khamis, November 10, 2011

Mengaku Fitnah Shahrizat!!!.. Malaysiakini rangkul Anugerah Portal Berita Pembangkang Pembohong No.1

2 Komen!!!


Lihat Tajuk Atas... Malaysiakini petiik kata shahrizat keluarga beliau patut dapat projek lembu...

Lihat Tajuk bawah dengan catatannya sekali... disusuli dengan RALAT malaysiakini yang mengaku secara indrectly nya telah memfitnah shahrizat.


Malaysiakini memang Portal Berita pembangkang pembohong no.1 di Malaysia.... kantoi.. kantoi ..

Sebenarnnya semua media pembaangkang semuanya pembohong.. dakwaaan hanya diada-adakan.. ini strategi Yahudi untuk jatuhkan negara Islam!!!

Credit to : GAP

Rabu, November 09, 2011

Panas !!! Penipuan Blogger Pakatan Rakyat terkantoi lagi!!!

0 Komen!!!


Kalau bapa kecing berdiri anak kencing berlari.. inilah pepatah paling tepat yang diikuti oleh blogger pembangkang.. sama macam pemimpin mereka.. kaki tipu, kaki bohong, kaki pembelit.. kaki china doll, kaki aljuburi dan bermacam-macam jenis kaki..

Nampaknya inilah MODUS OPERANDI pemimpin dan media pakatan termasuklah blogger mereka.. iaitu menipu, membohong, putar belit, fitnah, iaitu menipu, membohong, putar belit, fitnah, iaitu menipu, membohong, putar belit, fitnah, iaitu menipu, membohong, putar belit, fitnah dan diulang-ulang supaya rakyat percaya... heeei cukup-cukuplah tu.. ingat kat tuhan...(baca Blog Be Da Man)

Dia ni tak serik-serik lagi mahu mencipta fitnah dan menipu besar. MiM sendiri sudah melondehkan blogger pro-pembangkang ini. BACA SINI

Selasa, November 08, 2011

Malaysiakini bohong lagi : Putarbelit kenyataan Mufti

1 Komen!!!
Malaysiakini berbohong lagi apabila mufti Perlis Dr Juanda menafikan merasa terkejut dengan ibadah haji seperti yang disiarkan di Malaysiakini. Dr Juanda cuma dihubungi oleh Malaysiakini untuk mendapat penjelasan mengenai Haji yang paling awal boleh dibuat sahaja tanpa mengaitkan dengan Perdana menteri dan isteri serta rombongannya.

sumber: Sg.Rapat Online 

Isnin, Disember 06, 2010

Jumlah Peserta demo : Siapakah juara penipu?

3 Komen!!!
Cuba lihat angka-angka kehadiran pserta Demo anjuran Pakatan Haram jadah... yang menyusahkan rakyat... bezakan!!!..


... Harakah dengan anggaran 15,000 jumlah peserta demonstrasi air di Masjid Negara ... kah kah kah


Mengalahkan Utusan dengan anggaran 2,500

Sun dengan 4,200 orang.


Bernama dengan 4.350 campur penuntut2.


AFP 5,000 orang.
The Malay Mail 2,500 - 3,000 orang.

Agendadaily sebanyak 2,000


Pro Pembangkang First Malaysia Today hanya 2,000


mStar berbeza dengan Star pada 2,000.


Hadiah istimewa kepada Malaysiakini yang melaporkan sebagai ribuan ...



Baca juga RBF sini berkenaan penipuan laporan pembangkang.

Selasa, November 30, 2010

Terkini 100 Ranking terbaik : Pro BN (60) - Pro Pakatan (33)

1 Komen!!!

Blog Alexa Ranking Malaysia



1 Tranungkite.net 131
2 Agenda Daily 404
3 House PK @ ParpuKari 418
4 Tukar Tiub 509
5 Gerakan Anti PKR @ GAP 559
6 The Unspinners 562
7 MyKMU 640
8 Chedet Blog 663
9 Anwar Ibrahim Blog 665
10 RBF 696
11 Pisau 759
12 The Flying Kicks 770
13 Perak Today – The Portal 812
14 Dr Novandri 821
15 Papa Gomo 933
16 Lim Kit Siang 961
17 Media Permatang Pauh 967
18 Taipingmali 988
19 Milo Suam 1,050
20 Kedah La Nie.. 1,163
21 Zulkifli Nordin 1,248
22 Pejuang Bangsa 1,305
23 Kelab Greenboc 1,326
24 Biaqpila 1,351
25 Anak Sungai Derhaka 1,417
26 Keris Putera 1,441
27 Gelombang Rakyat 1,450
28 Rocky’s Bru 1,535
29 Cina Islam 1,556
30 Ikut Suka Aku 1,589
31 Kita Gempur 1,720
32 MSO 1,777
33 McTheory- Kedah ke KL 1,820
34 Medan Info Kita 1,880
35 Warta Maya 2,006
36 AIDC 2,114
37 Haris Ibrahim 2,305
38 Darul Ehsan Today 2,375
39 UMNO Online 2,463
40 Semut Hitam 2,483
41 Malaysia-Instinct 2,519
42 Kerabu Bersuara 2,542
43 Panglima Perang Cyber 2,631
44 Ibnu Hasyim 2,657
45 Kerajaan Rakyat 2,679
46 Kickdefella 2,681
47 Din Merican 2,867
48 Blog PM Najib Razak 2,990
49 Selangor Daily 3,107
50 Azli Shukri 3,315
51 Gelombang Wangsa Maju 3,318
52 Ek-Ele Ada Ada je 3,399
53 Husin Lempoyang 3,480
54 Anak Seberang 3,570
55 Anwar Pembohong 3,688
56 Pengundi Setia Sg Rapat 3,721
57 Gunug Mat Cincang 3,746
58 Desperado 3,841
59 Celah Gelegar 3,860
60 Kedah Times 4,077
61 Wfauzdin 4,237
62 Gelombang Merah 4,280
63 Tulang Besi – Malaysia Waves 4,379
64 My Blog Hub 4,490
65 Sakmongkol 4,616
66 From Perak With Love 4,722
67 Big Dog 4,786
68 Bumiyang 4,790
69 Batu vs Kayu 4,921
70 Out Syed The Box 5,030
71 Blog Tamingsari 5,055
72 Badut Rakyat 5,464
73 Fakulti Siyasah Syariah 5,570
74 Apa Yang Tersirat 5,579
75 Warisan2057 5,590
76 Anil Netto 5,622
77 Penghuni Gua 5,666
78 Manjung Mari 5,686
79 Melayu Raya Daily 5,707
80 Perisik Rakyat 5,751
81 Cucu Tok Selampit 5,825
82 Siasah Daily 5,981
83 Gelagat Anwar 6,088
84 Aduka Taruna 6,198
85 Niamah 6,319
86 Bawean Termenung 6,426
87 Sahabat Gunung 6,570
88 Chegu Bard 6,682
89 Jeff Ooi 6,694
90 Dato Kadir Jasin 7,016
91 Rajahmas 7,057
92 Empayar Pemuda 7,152
93 UMB Penang 7,164
94 Jeffry Damien 7,190
95 Another Brick 7,191
96 Sanggul Melayu 7,355
97 Aku Budak Balun 7,515
98 Penarik Beca 7,578
99 Satu Melayu 7,860
100 Aspirasi Bangsa 7,876

MERAH-Mesra Kerajaan : 60

BIRU-Pemimpin Politik BerBlog : 6

HIJAU-Mesra Pembangkang : 33

HITAM-Neutral : 1

Terima kasih kepada Peraktoday

Isnin, November 22, 2010

Apa salahnya lapor perkara sebenar!!!

1 Komen!!!

Kenapa agaknya pembangkang mahu pertikaikan media arus perdana jika yang dilakukannya adalah melaporkan perkara sebenar [klik sini]..
Malaysian Insider melaporkan BN mengarahkan media dikuasai parti komponennya agar menerbitkan laporan ‘positif’, yang boleh memberi gambaran baik tentang parti pemerintah itu di samping terus-menerus memfokus kelemahan pesaingnya — Pakatan Rakyat (PR) — menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dipercayai diadakan Mac depan.
Sebenarnya Malaysian Insider ini hanyalah merupakan suara proksi Pembangkang.. yang hanya mahu menimbulkan berita negatif terhadap kerajaan.. inilah yang pembangkang mahukan.. walaupun banyak berita yang dilaporkan pembangkang hanyalah aspek kecil sahaja.. tetapi berita hanya diperbesarkan.. sedangkan berita kejayaan kerajaan langsung tidak disentuh...

Begitu juga berita mengenai keadaan parti pembangkang.. ianya bukanlah satu pembohongan..
Isu keputusan Datuk Zaid Ibrahim keluar PKR secara tiba-tiba dan dakwaan kepincangan pemilihan langsung yang berakhir semalam. DAP juga menyaksikan perpecahan di dua negeri utamanya iaitu Perak dan Selangor.

Ketika pemilihan pucuk kepimpinan DAP Perak, kumpulan Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran disapu keluar manakala pemilihan negeri Selangor akan berlangsung hujung minggu ini.

PAS pula masih mula pulih daripada kekalahan di Galas manakala pemimpin-pemimpin muda pula mempersoalkan keberkesanan barisan kepimpinan lama seperti Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Rakyat tahu bahawa mereka bukan lebih baik atau hebat berbanding BN sebagaimana mereka dakwa..

Selain itu usaha-usaha Najib yang mahu membawa kembali pelaburan dan memastikan ekonomi negara berjalan lancar seiring dengan sasaran pertumbuhan tahunan enam peratus. Suku pertama tahun ini menyaksikan pertumbuhan 9.5 peratus tetapi dijangka merosot ekoran permintaan yang rendah.
Perkara yang disebut media perdana bukanlah pembohongan dan ianya fakta.. namun ianya adalah berita yang sangat menggerunkan pembangkang...

Pembangkang manganggap pemimpin BN semuanya bodoh tak pandai tadbir ekonomi.. dan mereka sentiasa mahu rakyat menganggap diri mereka lebih baik dari BN.. sedangkan apa yang mereka tunjuk hanyalah lakonan semata-mata..

Hakikatnya media pembangkang seperti Malaysiakini, Harakah, Malaysian Insider dan Suara Reformasi sebenarnya yang menerima arahan untuk sentiasa memberi berita positif mengenai Pakatan Rakyat.. lihat sahajalah berita liputan mengenai Pemilihan PKR yang kecoh seluruh negara sehingga timbul rasa tidak puashati terhadap kepimpinan mereka.. tetap media pembangkang masih memberi gambaran yang baikl terhadap proses pemilihan paling kotor dalam PKR..

Media pembangkang sebenarnya tidak berani untuk menceritakan keadaan sebenar pembangkang.. takkan mereka nak lawan bos...

Ahad, November 14, 2010

PAS sama macam ISRAEL- larang kebebasan media

1 Komen!!!

Tengok tindakan MB PAS Kedah macam tiada beza dengan Nentayahu, Perdana Menteri Israel yang menghalang kebebasan media...

Tengoklah siapa yang dahulu tuduh BN halang kebebasan media.. tetapi rupannya kerajaan PAS lagi teruk dari BN bahkan dari teruk dari kerajaan ISAREL.. sekaligus menghalang kebebasan bersuara..



Ketua Pemuda GERAKAN negeri Tan Keng Liang berkata, ini kerana kebebasan media di negeri jelapang padi itu kini semakin terjejas [klik sini].

"Pakatan Rakyat juga perlu menjamin dan mengekalkan kebebasan media di negeri Kedah," katanya.

"Saya berharap pemimpin-pemimpin pusat Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri dan mengabaikan kepentingan rakyat negeri Kedah."

Kerajaan PAS Kedah dilaporkan mengeluarkan arahan itu melalui sepucuk surat yang ditandatangani oleh setiausaha akhbar menteri besar yang hanya membenarkan Harakah, The Star, Sinar
Harian, Sin Chew Daily and Makkal Osai membuat liputan sesi belanjawan sehingga Selasa ini.

Selain Pemuda GERAKAN, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia Hata Wahari dilaporkan kecewa dengan langkah itu, sekali gus mendesak larangan itu dibatalkan.

"Ia suatu tindakan kerajaan negeri yang tidak rasional dan tidak adil dengan memilih beberapa media tertentu.

"Mereka tidak harus berlebih-lebihan melatah terhadap laporan yang tidak digemari mereka," Hata yang juga wartawan kanan Utusan Malaysia dipetik sebagai berkata.

"Sekiranya kerajaan negeri tidak mahu menarik balik surat (larangan itu), semua organisasi media patut memulaukan persidangan DUN sebagai tanda bantahan." 

Isnin, November 01, 2010

Tahniah, Malaysia paling popular di internet!!!

0 Komen!!!
Tak caya...  hehehe.. tahniahlah pada korang semua.. termasuklah aku... kerana korang semua, rakyat Malaysia adalah mereka yang paling popular di internet..

Malaysians won the Internet popularity contest with an average of 233 friends in their social network, compared to 68 in China and just 29 in Japan, according to the Digital Life study by global research firm TNS.
The findings are no surprise in a gregarious, multicultural nation which has a tradition of "open house" parties where the doors are literally thrown open to all, and where new acquaintances are eagerly made.
Nak tahu secara lanjut korang bacalah sendiri... di sini

Selasa, Oktober 26, 2010

Malaysian Insider portal penipu No.1 !!!

0 Komen!!!
ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita The Malaysian Insider kerana menyiarkan berita yang memfitnah dan mengaibkannya, Rabu lalu.

Thank You AllahSyed Sobri yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, berkata laporan portal berita itu yang menyebut beliau diisytihar muflis Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Oktober lalu berikutan kegagalan syarikatnya membayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tidak berasas.

Katanya, laporan itu jelas berniat jahat untuk menjejaskan reputasinya sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan ahli perniagaan.

Baca seterusnya di berita harian

Isnin, Oktober 18, 2010

Kebangangan Penulis Upahan HaprakDaily

0 Komen!!!
Memang benarlah bahawa HarakahDaily adalah penyebar pemalsuan dan fitnah yang nyata. Penulis sentiasa mengikuti portal tersebut untuk mengetahui sehingga tahap manakah portal tersebut sanggup membohongi pembaca portal tersebut. Yang terbaru ialah satu artikel tentang kes liwat Anwar Ibrahim yang ternyata mengelirukan dan berbau pembohongan.

Artikel tersebut ditulis oleh Mohd Rashidi Ismail Kes sodomi II : Ada lagi mak nyah, pondan Siam hendak tampil?

Rashidi Ismail ternyata telah berbohong dan memberi input yang amat salah. Di antara pembohongan penulis HarakahDaily itu :-

Kedua, Saiful berkunjung ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan. Selepas doktor Pusrawi membuat pemeriksaan, beliau mendapati tiada sebarang kesan tusukan (tiada penetrasi), tiada luka dan sebagainya.

Kemudian apabila Saiful tidak berpuashati beliau pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Jarak HKL hanya 5 minit berjalan kaki dari Pusrawi. Seberang jalan sahaja sudah sampai. Tetapi Saiful mengambil masa dua jam lebih untuk sampai.

Ok, jarak bukan persoalan. Tetapi hasil testimoni atau laporan perubatan Pusrawi, dengan jelas mencatatkan bahawa tiada sebarang tusukan atau kesan liwat berlaku di dubur Saiful, bagaimana mungkin selepas lebih dua jam, pihak doktor di HKL boleh mendapati adanya tusukan? mengapa laporan HKL bercanggah dengan Pusrawi?

Peliknya, hal-hal teknikal sebegini, apakah mungkin doktor tidak tahu membuat pemeriksaan, atau mungkin doktor dipaksa membuat laporan palsu, atau mungkin Saiful yang membuat tusukan sendiri?

Inilah masaalahnya apabila seorang penulis HarakahDaily yang tidak arif dalam perubatan cuba menunjuk pandai tetapi kenyataan beliau itu begitu cetek dan membodohkan diri beliau sendiri. Adalah amat memalukan apabila masih ada lagi orang seperti Rasidi Ismail ini yang masih berpegang kepada laporan perubatan Pusrawi yang dilakukan oleh seorang doktor biasa.

Pemeriksaan doktor di Pusrawi adalah berdasarkan penilaian mata kasar sahaja padahal perubatan forensik adalah lebih teliti dan mikro. Sebab itulah bahan kimia dan pemeriksaan makmal diperlukan dan dilakukan oleh pakar perubatan HKL.

Secara perbandingannya, doktor di Pusrawi tidak mempunyai sebarang kelayakan dan pengalaman jika dibandingkan dengan 3 pakar perubatan HKL.

Seperkara lagi, penulis hairan daripada mana penulis HarakahDaily menafsirkan bahawa Saiful Bukhari tidak puas hati lalu pergi ke HKL.

Jika kita merujuk kepada laporan Hospital Pusrawi, doktor tersebut yang menulis surat dan merujuk Saiful Bukhari ke HKL. Berkemungkinan besar doktor Pusrawi mahu Saiful Bukhari mendapatkan pemeriksaan lanjut di HKL kerana HKL mempunyai kepakaran dan lebih lengkap.

Penulis HarakahDaily juga berlagak pandai dengan menimbulkan tuduhan bahawa pakar perubatan HKL dipaksa membuat laporan palsu. Tuduhan tersebut sangat memualkan dan menyerlahkan kebangangan wartawan Harakah Daily. Sungguh menyedihkan...

Mungkin artikel penulis HarakahDaily yang seterusnya akan menulis "air mani di paksa berada di dalam Saiful Bukhari"?

So pathetic !! HarakahDaily memang pembohong dan penyebar fitnah !

Artikel asal : Dr Novandri Hasan Basri

Rabu, April 21, 2010

PRK HS : Malaysiakini yang kehabisan modal!!

1 Komen!!!
Yang diulas hanyalah 3 ayat sahaja.. namun tajuknya umpama semua ceramah TS Muhyidin persenda moral Zaid [baca sini]... geli hati aku baca.. nampak sangat dah 'desprate' sangat pembangkang ni..

Rakyat hendak tengok sangat media yang dikatakan bebas, natural dan tidak bias yang disebutkan pembangkang.. ya lah.. sebab mereka biasa serang utusan sebagai bias.. jadi kita nak tengoklah juga standart 'profesional' media ini... sejauh mana mereka laporkan kebenaran.. tapi sebenarnya laporan mereka juga tidak lari dari bias dan 'unprofesional'.. apatah lagi menipu.. itu dah menjadi kebiasaan... jadi layak ke mereka kata mereka ini bebas!!!.. piiirah!!!.. semuanya pencacai pembangkang semata-mata.

Itulah penangan Malaysiakini media spin pro pembangkang.. tak lain dan tak bukan sebabnya memang Malaysiakini mencari salah UMNO khasnya pemimpin mereka...Jadinya habis dihebohkan kepada Dunia TS muhyidin persenda peribadi calon.. tapi pemimpin pembangkang persenda peribadi pemimpin UMNO.. tak pe.. ini tidak menjadi isu.. memang dah nama pembangkang.. moral pun tiada... kalau nak persenda calon atau peribadi pemimpin UMNO tidak jadi masalah.

Inilah dinamakan laporan ala sampah terdesak mencari isu... Ayatnya :
"Meskipun berjanji tidak akan berkempen dengan menyerang peribadi calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, namun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal mengotakan janji-janjinya itu."
Tetapi apa yang dipetik dari malaysiakini dari ucapan TS Muhyidin
“Dia tidak merokok, tak minum,”

“Seseorang calon semestinya seorang yang tidak membuat perkara yang tidak bermoral, sesuatu yang bertentangan dengan agamanya,”

“Tidak semua orang di Hulu Selangor hidup dalam kekayaan,”
Sebenarnya TS Muhyidin tiada pun sebut dalam mana-mana perenggan di atas nama zaid Ibrahim... namun dalam pepatah Melayu ada menyebut "siapa makan cili, akan terasa pedas".. jadi ini hanyalah kes 'terasa'.. Pembangkang terasa??.. kenapa mereka perlu 'terasa'??.. jika mereka tidak melakukan kesalahan.. lainlah kalau mereka buat salah!!!

Kepada Malaysiakini yang menjadi barua pembangkang, janganlah tulisan laporan sampah macam ni... ini bukan berdasarkan fakta tetapi hanya memainkan persepsi dan spin kenyataan TS Muhyidin..

Rasanya anugerah media kepada Malayskini tidak patut dibagi pun... kalau setakat laporan sampah dan penipu ni..

Sabtu, Mac 20, 2010

Media pro ANuwar jadikan China Press isu perkauman!!

0 Komen!!!

Rakyat kini semakin jelas siapa Malaysiakini sebenarnya.. adakah ia entiti media yang bebas atau bias.. namun dengan penjelasan DS Zahrain, Malaysiakini adalah media pro Pakatan Aljuburi yang mendapat pendidikan dan dokongan barat!!!.

Malaysiakini tidak lebih dari media upahan Pakatan Aljuburi dengan rangkaian antarabangsa seperti Aasil ini adalah salah seorang pembantu khas YB Permatang Pauh yang bekerja di Pejabat Ketua Umum PKR di Ibu Pejabat PKR. Beliau juga adalah salah seorang ’spin doctor’ bagi mereka khususnya bagi perhubungan luar dan antarabangsa mereka.

Bukan setakat itu sahaja bahkan laporan awal MalaysiaKini disalurkan kepada Raja Petra untuk dicanaikan dahulu!.. untuk membohongi rakyat dan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan. Namun dalam masa yang sama laporan ini akan menjadi pencacai kepada ANUwar ALjuburi.

Seorang lagi tokoh spin doktor dan politikus bertopeng ialah Terence Netto adalah penulis upahan mereka. Ini adalah golongan yang mengamal politik jijik dan kotor, dasar matlamat menghalalkan cara yang akan menyebabkan pengasas fahaman ‘Machiavelli’ boleh mati terkedu.

Itu adalah sebahagian kata DS Zahrain mengenai siapa itu Malaysiakini yang menjadi barua ANUwar Aljuburi...

Sebenarnya kalau dianalisis satu persatu berita Malaysiakini, ianya sudah cukup membuktikan dakwaan Zahrain tersebut.

Cuba sahaja lihat pada kes China Press yang dikenakan tindakan oleh KDN.. bukankah ianya sesuatu yang jelas mengenai laporan tidak tepat dengan kata lain laporan palsu.
Jadi salahkan laporan palsu ini dikenakan tindakan..

Namun Malaysiakini menjadikan ianya sebagai isu perkauman "Why China Press punished, not Utusan".. ini mudah sebab China Press ialah akhbar berbahasa Cina oleh orang Cina, Manakala Utusan Akhbar Melayu dan berbahasa melayu...

Bila membandingkan ianya akan membandingkan kenapa Cina kena hukum, Melayu tak kena hukum.. bukankah ini perkauman.. setentunya ini adalah hasutan yang menyemarakkan lagi api perkauman...

Kita juga melihat bahawa laporan Malaysiakini hipokrit dan double standart, laporan Berbahasa Melayu lain, Bahasa Inggeris lain, Cina lain.. ini memang jelas mainan halus yang diamalkan Malaysikini sebagai barua ANuwar yang mendapat pendidikan Yahudi dan CIA.

Malaysiakini tidak patut diberikan kebenaran permit untuk diterbitkan lagi.. Media ini telah merosakkan perpaduan dan keamanan negara ini..

Selasa, Mac 24, 2009

Malaysiakini tidak diberi pas untuk PAU2009

5 Komen!!!
Malaysiakini has been denied media accreditation by Umno to cover the party's annual general meeting beginning today

At least six new media publications including Malaysiakini have been denied media accreditation by Umno to cover the party's annual general meeting beginning today.

No official reasons were given for the party's decision in denying official access to these news organisations to cover the five-day meet.

Apart from Malaysiakini, the other organisations denied official access are The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah, Merdeka Review and Chinese website Laksou.

Malaysiakini submitted its applications on Feb 27 and was unofficially informed yesterday that it would not be granted accreditation.

Officials at the party headquarters today informed Malaysiakini journalists that the decision to deny the official media tag was made at a higher level.

Umno executive secretary Husainy Hashim said Malaysiakini had been barred because the online website's coverage of previous party meetings was "not friendly

Apa yang nak terkejut dulu utusan pun pernah di halang untuk mengadakan liputan. Jika Malaysia kini pun dihalang. Apatah lagi kalau dilihat laporan Malaysiakini berbeza bagi setiap bahasa Melayu, Cina dan Inggeris bagi setiap isu yang dilaporkan.

Rabu, Disember 31, 2008

Pas dibidas kerana 'pilih bulu'

2 Komen!!!
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Pas bersifat 'pilih bulu' dalam membela nasib rakyat apabila menolak kehadiran ahli Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk menyerahkan memorandum supaya memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka semalam.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md. Harun berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Pas itu kerana pada masa sama parti itu menyokong pertubuhan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan demonstrasi.

''Pihak kami hadir untuk membela nasib penduduk Melayu dan Islam di kawasan Masjid Tanah yang mengalami masalah kesihatan serta pencemaran sungai akibat operasi ladang ternakan babi yang masih berleluasa.

''Pas sepatutnya lebih prihatin terhadap isu mengenai orang Melayu dan agama Islam seperti yang diuar-uarkan mereka sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, memorandum itu akan dihantar kepada semua pemimpin Melayu dan Islam dalam usaha memansuhkan ternakan babi di kawasan tersebut.

Semalam, majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, kecoh dengan kehadiran 500 penduduk Kampung Paya Mengkuang, Melaka bagi menyerahkan memorandum membantah penternakan babi di kampung mereka.

Kekecohan berlaku apabila Unit Amal Pas yang mengawal keselamatan tidak membenarkan penduduk memasuki perkarangan kompleks bagi menyerahkan memorandum itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hadir untuk memberi ceramah pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, pihaknya tidak berniat merosakkan majlis ceramah perdana anjuran Pas tersebut kerana sebelum ini telah memaklumkan hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum berkenaan.

"Kami terlebih dahulu telah menghantar notis

Ahad, Mei 11, 2008

Khairy: Mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

0 Komen!!!
May 10, 08 8:25pm
Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa supaya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan.

Sehubungan itu, katanya, terdapat keperluan untuk menubuhkan sebuah badan kawal selia bebas seperti majlis akhbar bagi menggubal sebuah mekansime untuk memansuhkan akta tersebut.

Berucap pada forum Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) bertajuk "Kebebasan Akhbar: Pilihan Raya Umum 2008" sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Kuala Lumpur hari ini, Khairy berkata, media arus perdana perlu melakukan pembaharuan.

Jika gagal berbuat demikian, katanya, maka adalah sukar untuk menghadapi saingan dari segi nilai berita mengikut keadaan semasa, demikian menurut laporan Bernama.

Ahli parlimen Rembau itu berkata wujud tahap keterbukaan sejak empat tahun kebelakangan ini tetapi ia tidak disusuli dengan pembaharuan perundangan dan
birokrasi.

"Saya berpendapat jika kerajaan bersedia untuk memberi ruang tersebut tanpa pembaharuan undang-undang maka kita mungkin menyelesaikan menerusi sebuah badan kawal selia bebas, menawarkan latihan yang lebih baik dan melupuskan halangan
birokrasi," katanya.

Khairy berkata beliau berharap pengamal media dapat menerajui dalam penubuhan sebuah badan kawal selia bebas dan ia mungkin dalam bentuk suruhanjaya aduan akhbar.

"Pada ketika pembaharuan merupakan istilah masa kini, apa yang saya ingin sekali cadangkan supaya media bergerak ke arah kawal selia secara bebas," katanya sambil mengakui ia merupakan cadangan peribadinya dan bukan parti atau kerajaan.

Mansuh syarat pembaharuan

"Tanpa pembaharuan, media arus perdana mungkin tidak dapat banteras krisis kebolehpercayaan yang kita saksikan hari ini. Tanpa pembaharuan seperti ini, kebenaran menjadi kabur manakala sentimen dan sindiran menjadi penguasaan," katanta.

Badan kawal selia bebas boleh dimulakan dengan menggalakkan menteri dalam negeri memansuhkan syarat pembaharuan lesen tahunan seperti diumumkan sebelum ini, katanya.

Kemudian, katanya, media - kedua-dua media arus perdana dan dalam talian - harus memperkukuhkan keupayaan mengadakan inisiatif bagi memastikan amalan terbaik dalam menjana laporan menerusi latihan keras sebelum melangkah ke fasa terbaru dan mengadakan eksperimen.

Khairy berkata banyak usaha perlu diselami dalam bentuk standard kewartawan dan etika yang harus diharapkan selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Kita tidak perlu khuatir dengan bentuk baru dunia kewartawanan tetapi harus membantu memperkukuhkannya supaya rakyat Malaysia akan mendapat manfaat dari bahan berita yang boleh dipercayai dari media arus perdana dan bentuk media lain.

"Saya mungkin nampak seperti melampaui batasan parti. Mungkin jugak tetapi saya mempunyai pandangan peribadi untuk mempercayai kepada pembaharuan-pembaharuan ini," katanya.

Forum anjuran NUJ itu dikendalikan oleh Ketua Jabatan Kajian Media, Universiti Malaya, Prof Dr Azizah Hamzah.

Ahli penal forum tersebut terdiri daripada Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, Timbalan Editor Laporan Khas dan Penyiasatan akhbar The Sun, R. Nadeswaran, Editor Agenda Daily Hanafiah Man dan penulis blog Ahiruddin Atan.

Laporan Malaysia Kini 11/5/08

Kongsi Link Anda