Khamis, November 05, 2009

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Berita hangat!

1 Komen!!!
Berita paling hangat di alam maya... hahaha

Blogger upahan PAS akan berkonvensyen blogger PAS untuk atasi ftnah media baru. Konvensyen yang masih belum diputuskan tarikh dan tempatnya itu akan mengumpulkan semua blogger PAS di peringkat pimpinan pusat, negeri, kawasan dan ahli di cawangan.

"Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, konvensyen itu antara lain bertujuan menjadikan blogger PAS sebagai kumpulan yang memperbetul persepsi masyarakat terhadap PAS."

Nampaknya macam serius sangat ancaman blogger BN terhadap PAS ni.....  ni kira konvensyen nak bincang macamana blogger PAS nak tipu rakyat la ni... kira nak cari taktik baru untuk menipu maklumlah taktik lama dah kantoi... rakyat dah tahu dah..


Macamana tak kata bloger upahan PAS... belum nak buat kerja dah tanya upah ke, durian ke, langsat ke.... tengok tulisan macam kat bawah ni (klik di sini)..

"Ni nak jemput blogger UMNO tak? kalau jemput, gua boleh tolong iklan kan ...

Huhuhuh .... janji ada durian ... Ha ha ha .."
Macamana Blogger Upahan ni tak lingkup!....


1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Aziz Bari mahu Hassan Ali dan Us Nasha 'disembelih'

3 Komen!!!
Ada seorang profesor barua Erdogan ni bersungguh-sungguh nampaknya nak jatuhkan pemimpin puak ulama di dalam PAS.

Agaknya kenapa prof barua Erdogan ni nampaknya bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Nasha dan hassan Ali... agaknya berapa banyak puak erdogan ini dah bayar pada prof ni.

Aziz Bari berkata PAS memerlukan "korban" dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanannya untuk menyelesaikan masalah dalamannya berhubung kontroversi idea kerajaan perpaduan, kata seorang ahli akademik dan barua PAS.

"Tidak perlu ulang apa yang saya sudah katakan. Kalau itu terlalu berat, gugurkanlah (timbalan presiden) Nasharuddin Mat Isa atau (pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Hassan Ali, sebab terlalu jelas PAS perlukan korban," kata profesor Dr Abdul Aziz Bari.


Pakar undang-undang perlembagaan itu, yang membangkitkan semula itu bulan lalu, diundang menghuraikan pandangannya berhubung masa depan PAS bawah kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dianggap lemah dan perlu berundur bagi menyelamatkan parti itu.

Dr Abdul Aziz dijangka mengulangi dan mempertahankan nada kritikalnya itu di seminar politik PAS di Gombak, Sabtu ini.

Ia diadakan sebagai menggantikan muktamar khas seperti disarankan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melenting selepas merujuk artikel Dr Abdul Aziz, 'Pengajaran Dari Bagan Pinang' di sebuah akhbar 19 Oktober lalu.

Ahli akademik yang dekat dengan politik pembangkang itu mengkritik Abdul Hadi dan beberapa pemimpin kanan parti itu, antaranya Dr Hassan yang dianggap menimbulkan di Selangor sehingga membawa kemerosotan kepada undi PAS pada pilihan raya kecil tersebut.


Kenyataan profesor ini sekali lagi penipuan pemimpin PAS yang mengatakan PAS tidak berpecah....     nampaknya PAS menjilat lidahnya sendiri lagi... seterusnya apa yang yang dikatakan blogger UMNO adalah benar.

Siapa akan disembelih dalam seminar politik ni.... erdogan atau ulama'..

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Dr Abu Hassan - PAS memang bergolak

1 Komen!!!
Seorang tokoh akademik terkenal Prof Dr ABu Hassan Hasbullah, mengesahkan bahawa pergolakan dalam PAS memang berlaku (baca di sini).

Dr Abu Hassan pula berkata masalah parti itu kini masih di peringkat pergeseran antara tokoh pemimpin, khususnya antara "aliran agama" dengan "golongan liberal," dan bukannya melibatkan masalah institusi-institusi PAS.

"Kemunculan tokoh-tokoh moderat dalam PAS terutamanya selepas (era) Reformasi 1998 meletakkan mereka di pesisir PAS, sedangkan golongan ulama masih di teras (kepemimpinan)," katanya.

"Masalah dalaman PAS ini tidak akan memungkinkan parti itu runtuh tetapi kemungkinan akan melemahkan jentera dan pengurusan parti."


Ulasan AB : Satu lagi bukti bahawa PAS memang bergolak...

Buat malu Sultan Selangor - Khalid patut letak jawatan

2 Komen!!!
Khalid Ibrahim patut bertanggungjawab dengan peristiwa yang memalukan Sultan Selangor ini. Apatah lagi perkara agama ini terletak dibawah sultan... Sultan Selangor sudah ibgatkan beberapa kalai agar masjid jangan di jadikan tempat politik kotor Pakatan Pembangkang.



dah 2 hari gambar ini dikeluarkan. mana pergi utusan,tv3,berita harian dll yang kononnya perjuangkan hak keadilan ? jika dr asri dijadikan bahan utama kempen berita, kenapa tidak kamu gemburkan cerita dalam gambar ini.

gambar ini diambil pada 31/8/09 bersamaan dengan 10 ramadhan. lokasi ceramah tanpa tauliah ini di dalam masjid (saf ke2). masjid bernama masjid rahimiah . kenapa masjid ini dinamakan masjid ar rahimiah ? kerana bersempena nama almarhum bonda sultan selangor pada ketika ini.sultan selangor tidak pernah lepas solat tarawih di masjid ini pada setiap tahun.


Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku. Apatah lagi penangkapan ini ialah pendakwaan terpilih oleh Jais... sedangkan ramai penceramah PAS yang berceramah tetapi tidak dimabil tindakan..

Apa yang memalukan ianya bukanlah ceramah di presmis kerajaan seperti di surau atau masjid tetapi di rumah orang... kalau begitu lebih afdal tangkap penceramah PAS yang berceramah dalam markas mereka....

Kerajaan negeri hari ini meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan mengenai isu pemberian tauliah untuk mengajar agama di negeri itu serta isu kontroversi penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia merupakan kaedah terbaik bagi mengendalikan isu-isu yang mencetuskan kontroversi tersebut.

Buat malulah kau ni Khalid... tak reti memimpin langsung... letak sahajalah jawatan tu.. apa jenis MB yang macam ni...

Era Anwar Cabut Lari : Akhirnya DSAI mengaku salah...

1 Komen!!!

Satu pengakuan yang ikhlas walaupun beliau dikelilingi oleh manusia-manusia HIPOKRIT..

Satu pengakuan yang amat dinanti-nantikan oleh segenap masyarakat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat..

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memperketat proses pemilihan calon wakil rakyat dalam menghadapi pilihan raya akan datang supaya mereka yang tidak konsisten dengan parti tidak dipilih.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan terdapat segelintir wakil rakyat PKR tidak berkhidmat kepada rakyat dengan baik.

Menurutnya, dalam pilihan raya akan datang, katanya, parti perlu memperhalus proses pemilihan calon yang akan bertanding di atas tiket PKR dan calon tersebut mestilah mempunyai rekod yang baik dan berkelayakan.

“Saya tidak nafikan ada di kalangan wakil rakyat dari PKR tidak memberi khidmat dengan baik dan ada yang sudah melompat. Ini merupakan kesilapan parti memilih calon dahulu.

“Kita perlu perbaiki sistem pemilihan calon supaya dapat memastikan wakil rakyat yang dilantik dapat menjalankan tugas mereka dengan baik,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Sejak Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu, beberapa wakil rakyat pembangkang telah keluar dari parti. Yang terbaharu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah.

Anwar berkata, beliau menemui Badrul Hisham 7 bulan lalu dan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepadanya setelah terdapat laporan beliau tidak menjalankan tugas dengan baik.

Menurutnya, beliau tidak menafikan bahawa Badrul Hisham juga tidak hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jangankan sidang DUN, saya sendiri datang ke kawasan beliau pun beliau tidak muncul. Saya tidak nafikan bahawa beliau tidak menunjukkan prestasi yang sewajarnya,” katanya.

Mengenai penahanan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor, Anwar menyifatkannya tidak wajar kerana Asri layak beri ceramah agama.


Sambung baca disini.

Kongsi Link Anda