Popular Today

Selasa, Oktober 07, 2014

Isu Pesta Arak Selangor - kenyataan ulama kini "dibangkulsampahkan"

2 Komen!!!


PAS terus membisu dengan Pesta Arak besar-besaran yang dianjurkan di sekitar Selangor. Malah billboard mempromosikan pesta ini juga telah dipasang sekitar Shah Alam yang mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Minggu lalu, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam mengatakan yang pesta arak di Selangor tidak boleh dihalang kerana di Selangor punyai rakyat berbilang bangsa dan agama. Jadi, Khalid berkata kepada media pesta tersebut JANGAN dihalang kerana takut melukakan hati orang bangsa lain.



Timbalan Pengerusi 1, Lajnah Dakwah Pas Pusat, Nasruddin Hassan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Ajk Pas Pusat, Khalid Samad.

"Saya tidak nafi hak arak dibolehkan bagi mereka yang agamanya membenarkan. Tetapi dalam sebuah negara yang Islam menjadi agama Persekutuan seperti di Malaysia, hak itu mestilah ditunai secara tertutup dan tidak dipromosi, apa lagi dipestakan secara besar-besaran begini," katanya.

Namun lain pulak yang jadi apabila kenyataan Nasruddin dikatakan KETINGGALAN ZAMAN.

Komentar yang diberikan dalam sebuah akaun facebook mengutuk dan menghina Nasruddin supaya tidak JAGA TEPI KAIN orang lain terutama di Selangor.

Komen-komen yang dipercayai daripada penyokong Pas Liberal menasihatkan Nasruddin supaya tegur dahulu kelab-kelab malam yang ada disekitar Bandar Temerloh iaitu tempat beliau menang.

Tutup dahulu kelab malam yang menyajikan arak sebelum memberi nasihat kepada Pas Selangor.

Teruk jugak perangai Pas Liberal ni. Nampaknya Pas sudah hilang Islamnya.

sumber : Jawabernam

Kongsi Link Anda