Khamis, Mac 27, 2014

Satu lagi bukti kezaliman Kerajaan PR..

2 Komen!!!
Kisah peniaga Melayu yang sentiasa dianaktirikan oleh kerajaan PR bukanlah perkara baru. Banyak berlaku sebelum ini banyak premis perniagaan Melayu yang menjadi sasaran kezaliman kerajaan PR.


Berbeza dengan nasib peniaga Cina.. walaupun mereka berniaga secara haram tetapi mereka adalah anak emas DAP..

Terkini gerai milik Melayu di Teluk Bahang diruntuhkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang pagi tadi. Satu tindakan yang di sifatkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan, sebelum ini telah berlaku sedikit kekecohan apabila para peniaga yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut bertindak menghalang anggota MPPP daripada meneruskan tugas mereka sehingga berlaku pergelutan.
Insiden terbabit telah menyebabkan operasi perobohan dihentikan buat sementara waktu di sebabkan para peniaga dan penduduk mula bertindak agresif untuk mempertahankan gerai milik mereka.Baca Sini
Namun setelah beberapa lama, gerai-gerai tersebut tetap dirobohkan. Operasi perobohan melibatkan 13 binaan gerai milik orang Melayu

PKR kata Adenan pengecut!!

0 Komen!!!
Mungkin beliau celum cukup sebulan lagi menjadi ketua Menteri, namun beliau telah membuktikan bahawa beliau layak dipanggil ketua Menteri Sarawak. 

Tindakan beliau yang tidak teragak-agak menghalang pengacau dari semenanjung sewajarnya dipuji. Inilah keunikan yang diperolehi oelh Sarawak apabila mereka menandatangani memasuki Malaysia.. Mereka boleh menghalang mana-mana individu yang boleh mengganggu ketenteraman Sarawak.

Susulan kejadian beberapa pemimpin PKR dihalang dari memasuki Sarawak, PKR semalam telah membuat satu sidang media khas untuk mengutuk tindakan tersebut.




Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam kenyataannya membidas tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak itu dan turut menyifatkan Ketua Menteri yang baru ini memang seorang yang sombong dan angkuh. 
Beliau turut menyalahkan pihak Barisan Nasional di atas insiden ini sambil menuduh bahawa pihak kerajaan negeri Sarawak telah mengikut telunjuk BN untuk menghalang pemimpin Pakatan Rakyat dari membantu calonnya dalam kempen sempena PRK Dun Balingian.
“BN jelas menggunakan Akta Imigresen bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat dari berkempen di Balingian dan tidak menghormati proses pilihan raya,” ujar Surendran kepada media.

PKR menuduh Sarawak tidak menghormati proses pilihanraya.. tetapi apabila difikir balik.. adakah PKR sendiri menghormati proses pilihanraya atau bukankah PKR yang sebenarnya mempermainkan demokrasi.

Sebenarnya PKR cakap tidak serupa bikin.. 

Tahniah Adenan Satim!!

Khas untuk penyokong Pas..

2 Komen!!!
Banyak perkara Pas dan Umno mempunyai perbezaan.. namun sekiranya Pas dan Umno setuju dalam beberapa perkara pun sudah sangat baik.

Saya percaya jika penyokong Pas yang masih berpegang kepada ajaran agama dan bukan taksub kepada pemimpin. Pastinya mereka akan bersetuju dengan perkara ini 

PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk mengeluarkan satu perenggan dalam penghakiman bertulis mahkamah persekutuan yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual.  Anwar memfailkan permohonan itu pada Mei tahun lalu, iaitu 10 tahun selepas beliau dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah persekutuan daripada tuduhan meliwat pemandu peribadi keluarganya, Azizan Abu Bakar.
Panel lima hakim mahkamah persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak permohonan itu.
Korum berkenaan turut dianggotai Datuk Seri Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali.
Ketika membuat keputusan itu, Zulkefli berkata, Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang menyediakan penghakiman bertulis tersebut telah mendapati bukti yang mencukupi sebelum menyediakan penghakimannya.
Menurutnya, hakim-hakim mahkamah persekutuan ketika itu sebulat suara membuat keputusan bahawa salah laku homoseksual itu berlaku namun hanya terdapat keraguan bilakah ianya berlaku.
Menurut Zulkefli,  mahkamah itu mempunyai kuasa budi bicara di bawah peraturan 137 Undang-undang Mahkamah Persekutuan (RFC) yang perlu dilaksanakan secara berhati-hati dalam kes-kes luar biasa yang mana satu ketidakadilan ketara mungkin berlaku.
“Azizan tidak berbohong, sebaliknya mungkin terlupa kerana kejadian itu berlaku beberapa tahun sebelum, tidak seperti kebanyakan kes seksual, dan dia (Azizan) tidak membuat laporan polis segera.
“Kita tidak akan pergi sehingga peringkat ini untuk menyatakan kenyataan Azizan adalah tidak boleh diterima atau dipercayai, namun kami menyatakan bahawa beberapa kenyataan itu adalah diragukan dan tidak konsisten, maka kita perlu mencari bukti yang nyata,” katanya.
Beliau berkata, Azizan mengakui kejadian itu. Walaupun ragu bila waktunya berlaku, dia merupakan mangsa kejadian.
Anwar memohon untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis mahkamah persekutuan terdahulu berhubung kes liwat pertamanya atas alasan perenggan itu merosakkan reputasi dan secara berterusan digunakan untuk merujuk dirinya sebagai pelaku homoseksual.
Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah, semasa hujahannya pada 2 Disember tahun lalu menyatakan perenggan itu diterbitkan secara meluas dan digunakan oleh pihak tertentu sebagai justifikasi bagi mengutuk anak guamnya sebagai pengamal seks songsang.
Sementara itu, semasa hujahan balas, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, berhujah bahawa permohonan semakan ditolak atas alasan mahkamah hanya boleh menyemak keputusan terdahulu sedangkan Anwar memohon memadam satu perenggan dalam penghakiman yang telah memihak kepadanya.
Anwar dibebaskan oleh mahkamah persekutuan pada 2 September 2004, dalam keputusan majoriti 2-1, daripada pertuduhan meliwat Azizan.
Mahkamah persekutuan itu membatalkan keputusan mahkamah tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar.




Ps: Pas mungkin ada berbeza pendapat dengan Umno dalam banysk perkara.. namun sekiranya Pas dapat bersetuju dalam satu atay beberapa perkara dengan Umno pun sudah kira baik.

Sebagai umat Islam.. rasanya dah jelas apa yang mahkamah sebut tentang Anwar Ibrahim. Mungkin ini antara titik persamaan antara Pas dan Umno iaitu menolak pemimpin yang disahkan membuat perkara luar tabii.

Kongsi Link Anda