Popular Today

Jumaat, Julai 04, 2008

Kerajaan pakatan PKR, DAP dan PAS gagal mempertahankan hak Melayu dan Islam

0 Komen!!!
Menurut laporan Malaysia Kini 4 Julai 2008, 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor menyerahkan memorandum kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu dalam hal-ehwal Islam.

Dimaklumkan seramai 200 anggota pelbagai NGO itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada pegawai pengiring Sultan Selangor, komander Ahmad Ramli Kardi, di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

Bantahan yang terkandung dalam memorandum itu ialah mengenai penyalahgunaan masjid sebagai medan berpolitik selain kewujudan semakin ramai penceramah dan khatib tidak bertauliah.

Selain itu juga mengenai pembinaan rumah ibadat tanpa memikirkan keperluan serta sensitiviti kaum serta mengenai isu zakat.

Hakikatnya tersebut perlu diakui akibat kegagalan pemimpin Melayu dari PAS dan PKR mempertahankan hak orang Islam dan Melayu demi kepentingan politik sempit mereka dan menjual maruah dan orang Melayu.

Selain itu cadangan kerajaan negeri Perak dan diikuti oleh negeri Selangor untuk memberi hak geran selama 999 tahun kepada majoriti penduduk Cina di kampung baru juga merupakan kegagalan kerajaan PAS dan PKR yang bersekongkol dengan DAP dalam mempertahankan hak Melayu.

Apa rasionalnya memberi hak geran kepada penduduk kg Baru (bekas komunis yang menyerah kalah dan diberi keampunan) berbanding memberi tanah tersebut kepada orang Melayu yang merupakan penduduk asal serta yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Walaupun DAP dilihat kononnya unutk meperjuangkan hak kesamarataan tanpa mengira bangsa tetapi sebenarnya juga adalah memperjuangkan hak kaum mereka semata-mata. Sebabnya hakikatnya mereka sekali-kali tidak akan meperjuangkan hak kaum Melayu dan Bumiputra. Mereka (DAP) juga tetap parti ultra perkauman..

Satu persatu hak Melayu dan Islam semakin tergadai di negeri Pakatan PKR, PAS dan DAP. Apa lagi selepas ini..... Setakat ini tiada satu pun kepentingan orang Melayu yang cadang dan diistihar untuk diperkukuhkan.
Bagi rakyat Selangor, terimalah ternakan babi sebagi hadiah dari kerajaan negeri..
Ubah sebelum parah..

Kata Rakyat : PKR dan PAS seperti lembu yang hidungnya dicucuk tali, hanya mengikut kehendak DAP.

Kongsi Link Anda