Siapa tak kenal Raja Petra....
Anak kedua penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar Shah Alam.
Raja Azman Raja Petra, 33, dari No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh didakwa mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ nombor pendaftaran BJQ 9597 bernilai RM8,000 milik seorang lelaki, Syaiful Setapa.
Tertuduh juga mengaku mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, sebuah jam tangan Seiko dan serangkai kunci motosikal yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM3,850 dari sebuah kediaman milik Saipul Adli Mohamad Yunus.
Raja Azman juga mengaku telah memecah masuk ke dalam kediaman dan mencuri wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu milik Mohd. Syaiful Setapa.
Dia juga mengaku atas tuduhan pilihan iaitu memiliki sebuah motosikal Yamaha 135LC bernombor pendaftaran NBT 7332 milik Ahmad Firdaus Jalaluddin.
Kesemua perbuatan didakwa dilakukan Azman antara pukul 9.30 pagi, 20 Mac lalu dan 10.40 malam, 5 Mei lalu di Seksyen 19, Seksyen U2, dan di Kinrara Court Puchong dekat sini. Hukuman akan dijatuhkan pada 19 Jun ini.
Popular Today
Selasa, Mei 19, 2009
Pembangkang kecewa BN tidak bertanding
Walau apa yang pembangkang kata, BN telah ambil keputusan untuk tidak bertanding di Penanti.
Hari ini semua pemimpin tetap menyerang UMNO dan BN kerana kecewa terpaksa bermain dengan 'taik sendiri'. Anwar tuduh BN akan taja calonlah, BN takutlah dan sebagainya.
Sedikit pengajaran untuk pembangkang bahawa BN tidak akan melayan taktik murahan mereka jika mereka adakan pilihanraya kecil akan datang.
Mungkin inilah peluang untuk Pemuda PAS dan calon bebas bertanding di Penanti.
BN pun tak perlu membazir wang peruntukan untuk memberi peruntukan 'mee segera' atau sebagainya di Penanti.
Jika PKR betul-betul nak bela nasib rakyat di Penanti maka PKR bolehlah beri peruntukan mee segera kepada pengundi Penanti kerana mereka dah dipilih sebelum ini bagi Parlimen dan DUN.
Jadi hangpa yang dipilih buatlah kerja, jangan hangpa makan gaji buta!... ni hangpa ceramah seluruh negara apa yang pengundi Penanti dapat? jadi kalau mahu peruntukan mintalah dengan kerajaan DAP Pulau Pinang.
Namun rakyat akan tersenyum dengan pemimpin pembangkang yang umpama gila talak... walaupun BN tidak bertanding tetapi masih menghentam BN.... pilihanraya kecil Penanti ni.. PKR umpama orang gila yang bercakap berseorangan dan bermain taik sendiri.....

Langgan:
Catatan (Atom)