Popular Today

Khamis, Ogos 05, 2010

Negeri lain DUN bersidang 3 kali, Pulau Pinang bersidang 2 kali.

1 Komen!!!
Inilah prestasi sebenar DAP, negeri lain bersidang di Dewan Undangan Negeri, 3 kali.. tapi Pulau Pinang hanya dua kali (rujuk di sini)..

Tapi rasanya jika di tanya kepada Lim Guan Eng pastinya dia akan menjawab "no comment".. sebab tu dia kini di kenali dengan ketua menteri No Komen.. akhirnya banyak persoalan yang tidak terjawab.

Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain, berkata berikutan penundaan itu, mesyuarat DUN bagi tahun ini cuma diadakan sebanyak dua kali.

Inilah cara pantadbiran DAP, katanya telus, kompeten dan akauntable.. macam ne nak buat semua tu.. kalau Sidang DUN negeri pun buat dua kali sahaja setakat lepas syarat sahaja..kerana dalam peraturan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri, mesyuarat DUN hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh setahun.

Rasanya kalau syaratnya diubah sidang DUN hanya sekali sahaja, maka dia akan buat sekali.. kompeten, akauntble dan telus.. hampeh.. rakyat Pulau Pinang kena bohong lagi dengan DAP..

Sepatutnya dengan ruang sidang DUN yang banyak, maka banyaklah permasalahan rakyat boleh dikemukakan ADUN kepada kerajaan Negeri melalui sidang DUN.. jadi mananya pembelaan kepada rakyat jika masalah tidak dapat dikemukakan kepada piahk yang berwajib.

Jika tiada sidang DUN rakyat tidak akan mengetahui perkembangan semasa kerajaan negeri. Jadi senanglah kerajaan negeri nak 'konar baring'.. lepas ni boleh lah robohkan lagi kedai-kedai Melayu.. siapa nak soal.. sidang DUN pun tak de..

DAP ini hanyalah penipu je, prestasi kerja pun lemah, negeri lain boleh bersidang lebih 3 kali, tapi Pulau Pinang bersidang 2 kali.. tapi bila kat dewan rakyat tanya macam-macam.. tapi DAP sendiri pun takut ditanya.. apa jenis orang macam ni...
Cakap lebih.. tapi penakut rupanya...

Pakatan permain Akidah Islam

0 Komen!!!


Sebenarnya aku menyampah tengok video ni... tapi kalau korang nak tahu inilah antara penyebab kenapa umat Islam semakin sesat sekarang.

Bila ustaz PKR ni juga mempermainkan akidah Islam. Orang macam ni tak sesuai digelar sebagai ustaz, jauh lagi gelaran ulama.. ini sesuai di panggil sebagai paderi.. sebab nak menyesatkan umat Islam.

Rasanya tak perlu pergi universiti atau tanya mufti tentang tindakan ustaz PKR ni.. dah memang jelas sesat lagi menyesatkan..

Inilah akibat 'pembaptisan' minda oleh ANwar Ibrahim terhadap pengikut, habis sesat semuanya.. lihatlah upacara ini 'Candlelight Vigil'.. sedangkan ianya dah jelas dilarang dalam Islam. Lihat Muzakarah Majlis Fatwa ini:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1.Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

2.Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

Lihat seterusnya di sini

Dalam bab akidah, Islam tiada kompromi dengan unsur yang boleh menyebabkan umat Islam tergelincir dari akidah Islam.

Jika merekalah (PKR) yang menjadi pemimpin nescaya Islam akan hancur, kalimah Allah telah dijual mereka, kali ini mereka menyeru umat Islam sesat bersama mereka.



Sebab itu, dalam hal ini kita dapat jelas melihat kedudukan PAS. PAS hanya sampah semata-mata dalam Pakatan.. suara mereka dan pendapat mereka telah dibeli oleh DAP.. mereka kata memperjuangkan Islam sedangkan mereka berbohong kepada umat Islam dan dahsyat lagi mereka membohong Allah swt dan Rasullullah SAW.

Di hadapan DAP mereka kata lain, di belakang DAP mereka kara lain. Negara Islam dah dibuang.. apa lagi dalam perjuangan mereka... inilah sebenrnya perjanjian syaitan yang dibuat oleh PAS dengan DAp..

PKR ini hanya layak dikuburkan sahaja, sebelum umat Islam di Malaysia terus sesat akibat angkara mereka.

Kongsi Link Anda