Popular Today

Jumaat, April 18, 2008

Kenapa Keistimewaan Hak Melayu terancam apabila PAS dan PKR menang

0 Komen!!!
Terdapat banyak pihak yang mengatakan bahawa Keistimewaan Hak Melayu tidak terancam apabila UMNO kalah dan ada yang mengatakan sebaliknya. Bagi pembangkang jelas mengatakan bahawa orang Melayu langsung tidak terancam apabila mereka menang pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Manakala bagi sebahagian orang Melayu kebanyakan masih berada dalam zon selesa kerana berpendapat PAS dan PKR adalah parti majoriti bangsa Melayu dan tentu dapat memperjuangkan hak orang Melayu.

Namun fakta menunjukkan sebaliknya kerana PAS dan PKR sebenarnya tiada agenda khusus untuk orang Melayu khasnya untuk mempertahankan Ketuanan dan Keistimewaan Hak Melayu. Antara tujuan PAS yang disebut dalam perlembagaan Awal mereka ialah memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan Umat Islam. Manakala PKR pula di dalam dasarnya ( PKR On-line )tiada menyebut secara jelas tentang hala tuju Keistimewaan Orang Melayu.

Melalui Perlembagaan UMNO ( UMNO On-line )sahaja ada menyebut dengan jelas seperti tertera dibawah:

FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Jadi apa yang PAS dan PKR sebut tentang hak orang Melayu akan terjamin adalah seuatu tidak benar kerana tiada disebut secara khusus dalam perlembagaan dan dasar parti mereka.

Sebab itu, ketuanan Melayu dan Hak Istimewa orang Melayu hanya dipertahankan oleh UMNO sahaja tiada parti yang lain dari segi perlembagaan dan dasar parti. Pilihanraya umum ke-12 yang lalu, apabila BN yang ditunjangi oleh UMNO di tolak oleh orang bukan Melayu khasnya apabila MCA dan Gerakan kalah besar bermakna secara langsungnya seperti menolak hak Keistimewaan Orang Melayu. Dari 61 kerusi yang ditandingi MCA, Gerakan dan MIC, hanya 20 kerusi sahaja atau 32% sahaja telah dimenangi. 68% lagi kerusi ini dimenangi oleh calon pembangkang.

Perkara ini perlu jelas di kalangan Orang Melayu. Sebagai rakyat Malysia kita amat menghormati pengundi bukan Melayu kerana mereka telah bersama orang Melayu membangunkan negara ini. Orang Melayu melalui UMNO sentiasa bekerja sama dengan parti komponen yang lain serta berkongsi kuasa dengan mereka.
Namun dalam masa yang sama institusi ketuanan dan keistimewaan Melayu perlu dipertahankan.

Kongsi Link Anda