Popular Today

Ahad, Mac 29, 2015

Perbandingan GST Malaysia dengan negara Asean

0 Komen!!!

Eloklah cai-cai PR ni bandingkan GST Malaysia dengan negara Asean yang lain.. 

Ahad, Mac 08, 2015

Air di Kluang dicatu hari ini

0 Komen!!!

YB Md Jais Sarday, ADUN Mahkota meninjau sekitar Empangan Sembrong Barat.

Pagoh: Bekalan air di daerah Kluang akan dicatu bermula hari ini berikutan paras air di Empangan Sembrong menghampiri paras kritikal akibat perkembangan cuaca panas kering kebelakangan ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meluluskan permohonan operator air SAJ Holdings (SAJ) untuk berbuat demikian.

“Selain Sungai Sembrong Kiri di Kluang yang menghampiri paras kritikal, Empangan Sungai Lembam turut diletakkan sebagai berjaga-jaga dan penduduk dinasihatkan berjimat menggunakan air,” katanya pada sidang media selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Karnival YaHijau Pagoh 2015 di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, semalam.

Susulan perkembangan itu, SPAN dalam satu kenyataan medianya berkata, Sungai Sembrong Kiri membekalkan air ke loji rawatan air (LRA) Sembrong Timur untuk penduduk Kluang, namun pengeluaran berkurangan daripada 35 juta liter sehari kepada 24 juta liter sehari.

Berikutan itu, katanya, SAJ akan melakukan catuan selama 36 jam secara bergilir-gilir.
“Selain itu, pada 5 Mac lalu, Empangan Sungai Lembam mencatat paras 11.5 meter di atas paras laut berbanding paras kritikal iaitu 12.27 meter.

“Ia kini mempunyai simpanan sebanyak 46.21 peratus dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga walaupun masih beroperasi seperti biasa,” katanya.

Berhubung Karnival YaHijau, Maximus berkata, karnival kali pertama itu bertujuan menerapkan gaya hidup hijau dalam kalangan penduduk terutama belia dan peringkat akar umbi yang dilangsungkan di wilayah utara, timur, barat, Sabah dan Sarawak.

- harian Metro 

Anak Johor diberi peluang berbakti untuk Johor - MB Johor

0 Komen!!!

Setelah 45 tahun usia penubuhan Johor Corporation mulai tahun 2015, Johor Corporation mengorak langkah dalam menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pembinaan modal insan buat pertama kali. JCorp melatih seramai 100 akauntan bertauliah dengan menempatkan pelajar-pelajar terbaik di firma-firma perakaunan terbaik di dalam dan luar negara. Inisiatif ‘JCorp Chartered Accountancy Program’ (JCAP) ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM 7.2 juta.
Muafakat antara Johor Corporation dengan firma-firma terkemuka serta badan-badan tauliah seperti ini,merupakan contoh suatu pendekatan yang segar dan inovatif yang menjadi platform baharu kepada para graduan dalam bidang perakaunan mendapatkan kelayakan pentauliahan. Kita perlu melahirkan lebih ramai akauntan bertauliah bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.Terima kasih juga saya ucapkan kepada firma-firma perakaunan serta badan-badan tauliah di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan kepada Johor Corporation
Inisiatif JCAP ini adalah salah satu daripada strategi Johor untuk memastikan anak-anak Johor yang berbakat,berminat untuk tinggal dan kekal berbakti kepada tempat kelahiran mereka ini, dengan insentif dan imbuhan yang kompetetif. Menggilap minda dan kemahiran profesional anak-anak Johor bukan lagi suatu pilihan.Sebaliknya, ia adalah satu keperluan mendesak yang tidak boleh sama sekali kita pandang enteng. Kita tidak mahu golongan profesional tempatan yang berbakat dan berpotensi besar berhijrah keluar negeri dan negara

Rabu, Mac 04, 2015

Penjara tidak benarkan Anwar ke Parlimen

0 Komen!!!
4 MAC: Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini telah menerima salinan surat Ketua Pengarah Penjara Malaysia menolak permohonan Nurul Izzah dan Wan Azizah Wan Ismail untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri persidangan Dewan Rakyat 9 Mac ini.
Menurut sumber, surat itu diterima hari ini dan secara ringkas menolak permohonan itu dan salinan diberikan kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat untuk tindakan lanjut dan pengetahuan pihak-pihak berkenaan.Ia berikutan Anwar kini tertakluk akta, peraturan dan prosedur Penjara Malaysia.
Yang DiPertua Dewan Rakyat mungkin akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan namun belum dapat disahkan lagi bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan.Semalam dalam satu kenyataan daripada pihak Penjara Malaysia menyatakan layanan serta kemudahan terhadap semua banduan termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sama selaras dengan ketetapan akta, peraturan penjara dan prosedur penjara.
“Keputusan, tindakan serta langkah yang diambil oleh Jabatan Penjara adalah berasaskan ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara yang diguna pakai untuk menguruskan semua banduan.“Sebarang layanan istimewa daripada kakitangan penjara akan diambil tindakan,” kata Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim dalam satu kenyataan.
Pada 24 Februari lalu, keluarga Ketua Pembangkang telah menghantar petisyen kepada Lembaga Pengampunan di Istana Negara sekitar jam 4 petang.Ia berikutan Anwar dihukum penjara 5 tahun atas sabitan kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan 7 tahun lalu.
Sehingga kini belum ada tarikh ditetapkan Istana Negara untuk mendengar petisyen itu

Kongsi Link Anda