Popular Today

Rabu, Mei 14, 2008

Kedah sambut baik langkah bendung kenaikan harga beras

0 Komen!!!
Langkah kerajaan pusat membendung kenaikan harga beras disambut baik oleh kerajaan negeri Kedah menyambut baik sebarang langkah

"Permintaan terhadap beras masa ini adalah tinggi tapi pembekalnya semakin berkurangan. Jadi, kerajaan pusat kena fikir bagaimana cara nak tambah pengeluaran padi sebab semua rakyat Malaysia makan nasi," katanya.

Tambahnya lagi, usaha menangani kenaikan harga beras sebenarnya masih tidak menyelesaikan masalah bebanan rakyat ekoran kenaikan harga barangan keperluan lain.

Justeru katanya, kerajaan Kedah akan menyokong mana-mana pihak yang mahu mengusahakan tanah terbiar yang mempunyai sistem pengairan, untuk dijadikan kawasan sawah yang baru.

"Masalahnya, sekarang ini kerajaan cuma tak ada duit tetapi dari aspek teknikal perkara ini boleh dibincangkan dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Apapun, jika tanah terbiar itu tidak dapat diusahakan sebagai tanah sawah, kerajaan akan mengambil inisiatif untuk memajukan tanah itu sebagai tanah pertanian seperti menanam jagung, projek ternakan ikan, udang dan sebagainya," kata beliau.

( Laporan Harakah Daily )

Mukhriz - siapa Anwar dan Wolfowitz

0 Komen!!!
Dewan Negara semalam semakin hangat, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mempersoalkan hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa organisasi antarabangsa yang latar belakangnya diragui.

Ini termasuk penglibatan secara langsung bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Paul Wolfowitz yang pernah menjadi ketua strategi Perang Iraq untuk Presiden AS, George W. Bush.

Mukhriz memberitahu persidangan Dewan Rakyat, Wolfowitz merupakan pengikut fahaman Neo Conservative yang terbabit membunuh lebih sejuta orang Islam di Iraq.

Menurutnya, beliau membangkitkan perkara itu kerana baru-baru ini media asing melaporkan mengenai organisasi dan fahaman Neo Conservative.

"Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini?" katanya ketika membahaskan titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mukhriz turut mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Foundation of The Future' yang menurutnya menerima dana AS$35 juta dolar (RM110.25 juta) daripada Jabatan Negara AS.

Berita sepenuhnya : ( Laporan Utusan Malaysia )

Ke mana Royalti Petronas?

0 Komen!!!
Dalam tempoh tiga tahun bermula 2004, Petronas telah membayar sejumlah RM26.8391 bilion sebagai royalti kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham A. Aziz berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM13.419 bilion dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu (RM7.364 bilion), Sabah (1.234 bilion) dan Sarawak (4.821 bilion).

Berhubung rizab minyak dan gas, beliau berkata, pada kadar pengeluaran semasa dan dengan andaian bahawa keseluruhan rizab dapat dikeluarkan maka rizab minyak mentah dan kondesat dijangka akan bertahan selama 22 tahun manakala rizab gas 39 tahun.

''Walaupun pada zahirnya tempoh hayat rizab masih panjang, hakikatnya negara juga mengimport minyak dan gas untuk menampung sebahagian daripada keperluan tempatan.

''Oleh yang demikian, negara dijangka menjadi pengimport bersih dalam tempoh terdekat pada 2014," katanya.

Amirsham berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berita sepenuhnya: Laporan Utusan Malaysia

Video Lingam didedahkan?

0 Komen!!!
Isu laporan Suruhanjaya Diraja siasatan klip Video Lingam yang sudah lama berlarutan, akan diputuskan pada Jumaat ini oleh Kabinet samada hendak didedahkan kepada umum atau tidak.

Datuk Mohd. Zaid Ibrahim berkata, keputusan itu akan dibuat selepas dibentangkan kepada Kabinet kerana ia mempunyai kepentingan awam.

"Kabinet akan memutuskan laporan inkuiri tersebut pada Jumaat. Kita akan tahu tindakan lanjut kerajaan berhubung perkara itu pada hari tersebut.

"Ia merupakan satu perkara yang menarik perhatian ramai dan saya rasa, faktor itu akan diambil kira dalam memutuskan untuk mendedahkan laporan suruhanjaya kepada umum," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Rakyat mahu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, ada baiknya jika klip tersebut didedahkan kepada umum. Apa gunanya Suruhanjaya Kehakiman DiRaja jiak isu seperti ini tdak dapat di jawab.

Kerajaan perlu berdiri kukuh atas pendirian dan tidak perlu takut berhadapan dengan sesiapa.

Takkan lompat kalau tiada habuan

0 Komen!!!
Anwar kebelakangan ini dalam kenyataanya di media-media semakin yakin ahli Parlimen BN akan melompat parti dan menyertai pembangkang.

Semalam di Dewan Rakyat, Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mendakwa beliau telah ditawarkan sejumlah besar wang untuk melompat ke parti pembangkang.

Katanya, tawaran melalui satu panggilan telefon itu turut menjanjikannya jawatan dalam Kabinet.

Bagaimanapun Abdul Rahman menegaskan beliau menolak tawaran itu kerana perbuatan itu sangat tidak bermaruah.

"Pemimpin pembangkang berjanji untuk memberi habuan kepada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat,'' katanya.


Itulah hakikatnya, jika tidak ada habuan janganlah cakap melompat parti demi rakyat. Semua untuk kepentingan diri sendiri, kalau dapat tawaran sebagai menteri, yang dapat gaji menteri pun ahli Parlimen terbabit sahaja. Pendapatan Rakyat tidak pun berubah.

Beliau juga menambah, pembangkang cuba mengabui mata rakyat kerana mereka sendiri mengamalkan rasuah.

Jelasnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan dan membudayakan politik wang dalam UMNO Sabah.

"Trend itu telah dipraktikkan semasa membeli undi untuk bertanding Timbalan Presiden UMNO menentang Allahyarham Tun Ghaffar Baba.

"Duit berbakul, projek dan borang merah jambu menjadi pelincir kejayaan memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO,'' katanya.

p/s: manusia tidak melompat, katak je yang melompat

Cakap tak serupa bikin

0 Komen!!!
Pelik lihat apa yang ditulis dalam Harakah Daily sebab semuanya menyentuh kononnya Pas akan memperjuangkan Islam.

Tetapi sedikit demi sedikit perjuangan Islam PAS semakin tipis, kalau dahulu hendak tubuh Negara Islam sekarang hanya gunakan konsep Islam sahaja. Inilah yang disebutkan oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) "PAS masih berkonsepkan Islam dan tidak lari dari konsep Islam,". (Laporan Harakah Daily)

Selepas ini apa pulak akan berkurang dalam perjungan Islam PAS. Mungkin selepas ini nama Parti Islam akan di ubah sebab takutkan DAP.

Nampaknya Takut sangat PAS ni pada DAP walaupun Karpal Singh suruh PAS gugurkan Negara Islam. PAS tidak pun menentang.

JAWAPAN MB SELANGOR MACAM BUDAK TADIKA

0 Komen!!!
Oleh:Ngupingtrus (http://ngupingtrus.blogspot.com)

Pelik juga ya !!!! Sungguh tak sangka, jawapan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Orang Nombor Satu Darul Khinzir tentang soalan yang dikemukakan oleh MP Pontian dan MP Batu Pahat tentang isu pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri tersebut.

MP Tun Razak tidak menjawab secara ilmiah tentang rasional pemberian tersebut tetapi beri jawapan secara budak-budak. Dia kata, "Ahli Parlimen Pontian boleh menulis surat kepada Perhubungan Umno Selangor mengenai kenyataaanya itu dan sekiranya di kalangan Umno yang tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma bolehlah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor memaklumkan tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma tersebut".

Itu bukan cara menjawab di Parlimen YB oii!!!!

Kalau gitulah cara menjawabnya, Pak Lah boleh juga jawab, "kepada sesiapa yang tak suka kepada pemerintahan Barisan Nasional di Malaysia ni bolehlah isi borang untuk berpindah keluar dari Malaysia, khususnya ahli parti pembangkang. Kapalterbang juga telah disiapkan oleh Pak Lah untuk orang-orang tersebut!" Amacam ?? Boleh agaknya?

Sepatutnya MP Bandar Tun Razak tu jawablah, bahawa penggunaan 20 meter padu pertama tu sebenarnya secara tersirat untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah! atau lain-lain jawapan ilmiahlah!!

Katanya lagi, "Pihak saya telah menyediakan satu sistem bagi mengasingkan data pihak yang tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma. sekiranya terdapat pihak yang tidak berminat termasuk Umno untuk mendapatkan bekalan air percuma, duit tersebut akan salurkan untuk pembangunan sekolah agama rakyat dan sekolah rendah jenis kebangsaan."

Mengeluarkan kenyataan sedemikian jelas menunjukkan bahawa MP tersebut berbohong! Tak mungkin dia telah menyediakan satu data khusus ahli UMNO dan rakyat Selangor yang tidak mahu menerima pemberian air percuma tersebut, sedangkan soalan sedemikian baru dikemukakan di Parlimen oleh MP Pontian dan Batu Pahat. Data bagi ahli UMNO mungkin telah ada, tetapi data orang yang tak bersetuju (bukan ahli UMNO) tak mungkin dah ada.

Kalau di parlimen pun tak malu untuk berbohong, di luar parlimen apatah lagi!!!

NGUPINGTRUS SIAPA LAGI KUAT BERBOHONG DI PARLIMEN

Kongsi Link Anda