Popular Today

Memaparkan catatan dengan label kristian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kristian. Papar semua catatan

Ahad, Disember 14, 2014

Keputusan buku Kristian dirampas terserah kepada Peguam Negara, kata polis Johor

0 Komen!!!
cyril_mannayagam_church_FBpic
Paderi Cyril Mannayagam berucap di sebuah gereja, dalam gambar yang dimuat naik di laman Facebook miliknya. Cyril berkata buku-buku agama yang dirampas pihak polis adalah bagi kegunaan penganut Katolik Orang Asli di kawasannya. – 14 Disember, 2014.

Jabatan Peguam Negara akan memutuskan samada 31 naskhah buku agama Kristian yang menggunakan nama "Allah" perlu dikembalikan kepada pemiliknya atau tidak, kata polis Johor hari ini.
Timbalan Ketua CID Johor, Assistant Commissioner Dennis Lim mengesahkan buku bertajuk "Mari Kita Memuji Allah" itu dirampas pada 5 Disember lalu sebagai sebahagian dari penyiasatan polis.
Kes itu disiasat di bawah Sekssyen 298A Kanun Keseksaan, kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, atau merasa tidak senang, kebencian atau sakit hati tentang agama.
Lim mendedahkan kes itu dirujuk kepada timbalan pendakwaraya pada 7 Disember dan sedang menunggu jawapan.
"Kita tidak boleh membuat keputusan tentang buku ini sehingga timbalan pendakwaraya memberi jawapan," kata Lim.
Lim juga menafikan paderi Katolik, Father Cyril Mannayagam, ditahan, sebaliknya hanya kenyataan beliau dirakamkan sebelum beliau dibenarkan pergi.
"Merakamkan kenyataan adalah sebahagian dari siasatan polis. Cyril dibenarkan pergi selepas kenyataannya diambil," kata Lim.
Lim berkata pada 5 Disember lalu, polis mendapat maklumat buku itu dijual di sebuah kedai buku yang terletak di hadapan Ibu Pejabat Polis Ledang di Tangkak, dan bukan berlaku di Muar, Johor seperti dilaporkan.
"Polis pergi ke kedai buku itu untuk mengesahkan mengenainya, adakah dijual di situ dan siapa pembelinya," jelas Lim.
Bila Cyril sampai selepas makan tengahari, dia diminta ke Ibu Pejabat Polis Ledang untuk dirakamkan kenyataannya.
Lim berkata, selepas disoal satu hingga dua jam, Cyril dibenarkan pergi tetapi buku yang dirampas tidak dikembalikan.
The Malaysian Insider pagi ini melaporkan Cyril ditahan bersama 30 naskhah buku miliknya yang dikatakan bagi kegunaan Orang Asli di bawah seliaannya.
Cyril, 44, berkata, walaupun polis tidak meneruskan kes terhadapnya, buku itu dirampas dan masih belum dikembalikan kepadanya.
"Saya memberitahu mereka ia untuk kegunaan gereja di kawasan saya, dan saya mahu gunakannya untuk pengikut Orang Asli di Bekok, Tangkak," kata paderi Gereja St. Andrew di Muar itu kepada The Malaysian Insider.
Cyril, yang sudah lima tahun menjadi paderi, berkata buku itu dihantar untuk dibuat salinan kira-kira jam 1 petang di Tangkak pada 5 Disember lalu sebelum kembali empat jam kemudiannya untuk mengambilnya.
"Bila saya sampai semula di kedai, penjaga kaunter berkata ada dua anggota polis sedang menunggu saya di luar kedai. Jadi saya pergi bertemu mereka.
"Mereka bertanya sama ada buku itu milik saya dan saya jawab ya. Kemudian mereka tanya saya sudah membuat pembayaran atau belum," katanya.
Selepas pembayaran dibuat, dua lelaki itu mengenalkan diri sebagai anggota polis serta mengarahkannya mengikut mereka ke balai. – 14 Disember, 2014.

Selasa, Januari 05, 2010

Hari ini dalam sejarah : NGO Islam sepakat sokong rayuan KDN

0 Komen!!!

Dah tiba masanya untuk umat Islam bersatu dalam isu Kalimah Allah. semalam 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyokong penuh tindakan kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly.

Perkara ini disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom semasa sesi perbincangan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama kumpulan NGO itu.

“NGO-NGO Islam juga menyokong semua langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menjaga keharmonian dan keamanan negara serta semua penganut agama tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hari ini pula, Menteri Dalam Negeri telah secara rasmi mengemukakan permohonan bagi menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi di sini berhubung keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan.

Permohonan tersebut difailkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A. Dadi di kaunter pejabat pendaftaran Rayuan Kuasa-Kuasa Khas pada pukul 12 tengah hari tadi.

Tarikh untuk mendengar permohonan tersebut akan ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Nik Isfahanie Abd. Rahman pada pukul 2.30 petang ini.

Ini bukan soal UMNO atau PAS.. tetapi ini soal akidah umat Islam. Semoga dengan perpaduan dan kesepakatan ini, kalimah Allah berjaya diselamatkan.. jangan sehingga tergadai... jika tergadai rasanya banyak kejadian tidak diingini akan berlaku.

– Utusan

Isnin, Januari 04, 2010

Bukan Islam patut tutup mulut Isu kalimah Allah

2 Komen!!!

Isu penggunaan kalimah Allah sangat sensitif bagi umat Islam, bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Kerana ianya kalimah suci yang tidak boleh dikongsi dan tida toleransi terhadap perkara ini.

Namun ada pihak yang menggunakan isu ini untuk mendapat raih simpati dan sengaja menimbulkan isu agama adalah sesuatu yang perlu ditentang oleh semua umat Islam tanpa mengira latar belakang politik.

Terdapat satu artikel di Malaysiakini bertajuk ''Allah' ruling: 'e paid the price for joining Tanah Melayu'.

"Land Below The Wind: Since when did we borrow the term 'Allah' from Bahasa Melayu? Why are people blind? 'Allah' is not exclusive for Islam only. We borrowed the terms 'Allah' or even 'Tuhan' from Bahasa Indonesia. When Christianity came to Borneo, long before the creation of the Malaysian federation, we were already using religious materials from Indonesia.

Dr Mahathir Mohamad needs to stop talking! I'm so sad that he doesn't know the real history. I cannot imagine the feelings of my own people. After such a long time, we are no longer allowed to use the term 'Allah'. We paid the price for joining Tanah Melayu."

Mereka mula memainkan isu sentimen dalam isu kalimah Allah.. apakah motif sebenar mereka. Jika mereka menganggap orang Islam telah menyentuh perasaan mereka, mereka perlu berfikir semula.

Jika mereka mengganggap semua orang Islam bodoh, Tun Mahathir perlu berhenti cakap kerana tidak tahu sejarah.. mereka perlu juga berfikir semula.

Mereka mengatakan bahawa kalimah Allah mereka telah gunakan kalimah Allah sebelum bergabung dengan Malaysia, mereka juga perlu mengetahui bahawa orang Melayu dan umat Islam di negara ini atau di tanah Melayu menggunakan kalimah Allah untuk tuhan umat Islam sebelum abad ke 15 lagi iaitu semenjak agama Islam di sebarkan di rantau Nusantara ini.. dengan lebih tepat sebelum datangnya penjajah protugis, belanda untuk menjajah rantau ini dan seterusnya menyebarkan agama kristian di rantau ini.

Keadaan ini diparahkan lagi, kerana ada pengkhianat agama, bangsa dan negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga berlakunya keadaan menghina Allah sekarang ini... Jika tidak ada si munafik ini yang menjaja Islam... perkara ini tidak akan berlaku!!.. Inilah akibat jika terdapat umat Islam menyokong simnufaik dan parti munafik ini!!!! Islam semakin tercemar dan dihina...

Kita perlu lihat betapa agama lain dibenarkan diamalkan dinegara ini secara aman bertahun lamanya... kenapa setelah lebih 50 tahun merdeka dan lebih 40 tahun Malaysia ditubuhkan.. kenapa? ..jadi jangan jadikan isu agama.... berbanding agama Islam yang lebih didiskriminasi di negara Kristian seperti belanda, perancis, singapura dan sebagainya.. Masjid tidak boleh dibina, azan tindak boleh dilaungkan, purdah tidak boleh di pakai, umat Islam diboikot dan dianggap pengganas!!!!..

Jadi mereka juga perlu berdiam, mereka juga perlu ingat bahawa umat Islam juga telah bayar harga apabila membenarkan agama lain bertapak di negara ini... jadi jangan kurang ajar...!!!!

Kongsi Link Anda