Popular Today

Rabu, Julai 01, 2009

Penduduk gesa Guan Eng letak jawatan, balik Melaka!

2 Komen!!!


Penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan menggesa beliau meletakkan jawatan kerana gagal membantu mereka.

hindraf kampung buah pala protest at dap hq petaling jaya 300609 05"Jika beliau tidak boleh mengambi balik tanah ini daripada pemanju dan mengekalkan kampung ini, maka lebih baik beliau letak jawatan," kata penolong setiausaha persatuan penduduk kampung berkenaan, C Tharmaraj.

Bercakap kepada pemberita di kampung tersebut hari ini, Tharmaraj menuduh Lim lebih berminat melindungi kepentingan syarikat terbabit daripada menjaga kepentingan rakyat.

Katanya, penduduk di situ tidak menyalahkan Lim terhadap masalah yang menimpa mereka sekarang.

Sebaliknya, kata beliau, mereka mahu kerajaan negeri sekarang memperbetulkan penyelewengan kerajaan sebelumnya.

"Adakah permintaan itu banyak sangat?
Jika Lim tidak dapat melakukan ini untuk rakyat yang mengundi kerajaannya, maka beliau harus meletak jawatan dan balik ke negerinya di Melaka," tegasnya.

Isu k'jaan perpaduan meletus semula? -Malaysiakini

0 Komen!!!

Jul 1, 09
5:12pm
Isu kerajaan perpaduan rupa-rupanya belum reda dalam PAS dan mudah mencetuskan pergeseran kembali di kalangan kumpulan yang menyokong dan membantahnya.

Mangsa terbaru melibatkan artikel ahli jawatankuasa pusatnya Dr Dzulkefly Ahmad di akhbar web rasmi PAS Harakahdaily yang tiba-tiba lesap tidak boleh dibaca lagi hari ini.

Artikel tertajuk "Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?" dimuatkan tengah hari semalam tetapi ditarik balik susulan bantahan seorang pemimpin kanan parti yang turut menguasai sidang pengarang Harakah.

Masa dan tarikh ia dibuang daripada edisi internet itu tidak dapat dipastikan tetapi ia menjadi buah mulut di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri, termasuk di internet.

Artikel yang sama dihantar untuk edisi terbaru akhbar rasmi PAS tetapi difahamkan nasibnya sama dengan edisi dalam talian di laman web tersebut - ditarik balik walaupun telah dicetak, sebahagiannya.

Saranan mengadakan perbincangan kerajaan perpaduan PAS-Umno bermula Februari lalu lagi tetapi menonjol lebih jelas di muktamar ke-55 kira-kira sebulan lalu sehingga diredakan 22 Jun apabila ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat menolaknya.

Eksklusif Manek Urai - Nak kumpul 100,000 yang datang kurang 4,000..

4 Komen!!!


Manek Urai 2009 menulis..

Sudah seminggu Anwar Ibrahim dan kepala-kepala pembangkang mengwar-warkan akan menghimpunkan lebih 100,000 umat manusia di Stadium Kelana Jaya pada 30 Jun 2009 (malam tadi). Kalau dengar pada gempaknya himpunan anjuran kepala-kepala pembangkang ni, naik seram juga bulu roma memikirkan lautan manusia memenuhi setiap inci ruang stadium berkenaan. malam ini untuk jelas isu kerajaan perpaduan.

Luasnya ruang padang kat belakang sana..

Aku di Manek Urai ni pun nak tengok sangat macam mana 100,000 manusia berkumpul di stadium tu. Hairan juga kenapa kepala-kepala pembangkang ni tak pilih Stadium Shah Alam yang lebih besar dan parking lebih luas, bukan apa nak beri keselesaan kepada 100,000 manusia pada satu-satu masa.. bukan senang beb. Tapi rupa-rupanya kepala-kepala pembangkang ni dah tau awal-awal tak akan mampu kumpul seramai tu, sebab tu buat di stadium yang lebih kecil. Mungkin mereka jangka dalam 50,000 hingga 70,000 penyokong mereka akan datang.

100,000 ke nih...fuyooo ramainya...

Maklumlah kan gabung 3 parti, mestilah ramai akan datang. Pas boleh bawak 20,000 orang, DAP bawak 20,000 orang dan PKR pun tak kan tak boleh bawak 20,000 juga. So Stadium Kelana Jaya sangat sesuai lah nak tampung 60,000 orang. Tetapi setelah penat mengerah orang datang, setelah berbelas buah bas diguna nak angkut orang, jumlah yang hadir termasuk yang terpaksa hadir kerana ada jawatan dalam parti, cuma sekitar 4,000 orang. Itu pun dah total semua dengan petugas, peniaga dan pengunjung di luar stadium.
.
Kalau mereka tahu hanya seramai ni yang datang, aku rasa awal-awal lagi kepala-kepala pembangkang ni ubah tempat, tak buat di stadium tapi buat bilik gerakan saja.
Jumlah 4,000 itu juga dah dikira sekali dengan kepala-kepala pembangkang yang berucap di himpunan tu seperti Kit Siang, Haji Hadi, Anwar dan lain-lain kepala.

Haji Hadi berucap pun tak ada semangat.. Anwar dah pening kepala.. duit minyak dah banyak bagi tapi orang tak datang pulak...mana nak letak muka

dua kepala tertidur ketika 1 kepala lagi berucap.. mesti boring...

Manakala Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa, sebagaimana dijangka tak hadir.
Nik Aziz walaupun dihebah-hebahkan akan hadir namun Dr Hatta membuat pengumuman Nik Aziz tidak dapat hadir. Aku tak tahu lah alasan apa Nik Aziz bagitau tak dapat hadir tapi aku yakin Nik Aziz tak hadir sebab malu nak hadir. Masakan tak malu, dia dijadual berucap di depan 100,000 orang dalam stadium tapi kalau hadir cuma boleh berucap depan 4,000 orang, itu pun tak semua ada dalam stadium.

Sumber : Bicara Manek Urai

Selangor catat kes tertinggi keganasan rumah tangga

2 Komen!!!


KUALA LUMPUR - Selangor mencatat kes keganasan rumah tangga paling tinggi di kalangan negeri lain apabila merekod 102 kes sepanjang tahun lepas dan 60 kes sehingga Mac tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Pulau Pinang pula mencatat jumlah kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 64 kes tahun lepas dan 22 kes sehingga Mac lepas.

Apa agaknya kaitan gambar elizabeth ni dengan keganasan rumah tangga!... maklumlah... pak we Eli inikan suami orang!... kalau YB PKR pun dah jalang... macam mana nak jadi contoh!..

'Khalifa' Lim Guan Eng larikan diri

1 Komen!!!

SEBAHAGIAN penduduk Kampung Buah Pala menunjukkan kain rentang dan sepanduk bantahan terhadap kerajaan negeri di Komtar, Pulau Pinang, semalam.

Inilah khalifah sesat Lim Guan Eng yang diagung-agungkan oleh PAS! Rakyat datang 'khalifah' lari!


Penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor di sini hari ini kecewa dengan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan cuba melarikan diri dan enggan bertemu mereka bagi menyelesaikan isu yang membelenggu kampung itu.

Lebih 200 penduduk kampung mula berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada pukul 4 petang.Ia bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak menunaikan janji yang ditabur sebelum ini.

Mereka memegang sepanduk antara lain tertulis, What is CAT?, Jangan cabul maruah kaum India, Guan Eng 'walk your talk', What is DAP's real agenda, Tukar ADUN Seri Delima dan 'Jom Ubah' Guan Eng cakap kosong.Mereka turut memegang kain rentang tertulis Kami berharap Ketua Menteri dan kerajaan pakatan rakyat membela perkampungan High Chappral yang berusia lebih 100 tahun seperti dijanjikan, sambil melaung-laung meminta Guan Eng turun.

Selepas hampir 30 minit berbuat demikian, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik memberitahu, Guan Eng tidak dapat bertemu mereka dan mewakilkan dirinya untuk menerima memorandum tersebut. Kenyataan beliau itu tidak mampu meredakan keadaan di pekarangan Komtar yang turut dipantau oleh pihak polis malah situasi menjadi hangat dan tegang apabila penduduk mula mengelilingi Wei Aik.

Inilah sebenarnya bukti bahawa DAP pun tidak mampu selesaikan masalah rakyat..

bukan hendak selesaikan masalah rakyat sahaja tidak mampu.. tetapi hendak berjumpa dengan rakyat pun takut...
..mereka menuduh UMNO pelbagai tohmahan... tetapi apa jadi pada DAP!... semua janji palsu sahaja.

Ahli PKR di pecat - bukti kuasa DAP!

1 Komen!!!
majlis perbendaharan seberang jaya mpsp pkr walkout 040609 johari kassimBeberapa ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menganggap pelucutan jawatan wakil PKR Johari Kassim daripada majlis itu sebagai tindakan yang terlalu keras.

Seorang anggota MPSP daripada parti itu Mohd Kamil Abu Bakar berkata sebagai amaran, kerajaan Pulau Pinang boleh menggantung perkhidmatan Johari susulan tindakannya mengetuai usaha memulaukan majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar MohdJait awal bulan ini.

"Tindakan ini (pelucutan jawatan) terlalu keras, sepatutnya digantung dahulu (tugas Johari)," Bernama memetiknya berkata selepas menghadiri mesyuarat MPSP hari ini.

Agaknya Ahli PKR terlupa siapa sebenarnya DAP... apatah lagi jika ahli PKR ni dari kaum Melayu.... dendam DAP untuk hapuskan Melayu sentiasa membara sebagaimana PAP di Singapura... jangan kaum Melayu di Pulau Pinang hanya jadi muzium setakat warisan sahaja...

Kongsi Link Anda