Popular Today

Jumaat, Julai 11, 2008

Hadi akui PAS telah dikesampingkan oleh Pakatan Pembangkang!

0 Komen!!!
Hari ini Hj Hadi telah mengakui bahawa PAS telah dikesampingkan oleh rakan-rakan pakatan pembangkang..

Ini kemungkinan berikutan peristiwa memalukan di festival londeh seluar PROTES di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini yang menyebabkan 1000 anggota PAS yang dipertanggunggjawabkan menjaga keselamatan 'cabut lari'.

Menurut Harakahdaily, Hj Hadi berkata "Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya,"

Di samping itu, beliau juga menasihatkan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya jentera PAS jangan digunakan untuk menjayakan pilihan raya ke-12 sahaja, sebaliknya selepas pilihan raya itu seolah-olah mereka tidak ada peranan lagi"

Pakatan pembangkang sebenarnya semakin rapuh, itulah kesimpulan yang boleh diambil melalui kenyataan Presiden PAS Hj Hadi... Bahkan kenyataan beliau yang mengatakan 'orang PAS bukan bodoh' mungkin terbit dari mana-mana mulut pemimpin pakatan pembangkang terhadap PAS.

Kasihan PAS, umpama habis madu sepah dibuang.... macam pela**r!...

Wallahi Wabillahi Watallahi, saya tidak pernah berjumpa - Najib

0 Komen!!!

Wallahi Wabillahi Watallahi’ ... Datuk Seri Najib Tun Razak sekali bersumpah di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu.

Beberapa orang yang menghadiri taklimat itu memberitahu, bahawa Najib melafazkannya secara spontan semasa giliran beliau berucap. Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanatnya. Terus disambut dengan tepukan gemuruh pada hadirin. Dalam taklimat berkenaan Abdullah telah memberi penerangan tentang proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib.

Sebelum ini, beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Nampaknya Najib telah bersumpah beberapa kali menafikan tuduhan fitnah ke atasnya.

Kini tunggu giliran Anwar Ibrahim untuk bersumpah mubahalah, dikatakan dahulu pada persitiwa 1998, DSAI juga tidak bersumpah... kononnya di aniaya! tapi adakah kali ini dianiaya juga!

Bagaimana budak hingusan seperti Mohd Saiful boleh menganiaya tokoh kepimpinan dunia yang hebat seperti Anwar dan dilindungi CIA, Amerika dan Israel.

Rasanya Anwar takut sumpah laknat makan tuan sendiri.... hanya tuan badan sahaja yang tahu dalam kes liwat ini.

PAS kan suka yang haram!..

0 Komen!!!
Mengikut laporan harakah daily PAS membidas pelantikan JKKKP adalah pelantikan pemimpin akar umbi yang haram.

Sebagaimana kata YB Bukit Gantang, Rosalan Shaharum "JKKK yang diketuai pengerusinya sebagai ketua kampung dilantik secara sah mengikut undang-undang perlembagaan kerajaan negeri, manakala JKKKP adalah adalah pimpinan peringkat akar umbi yang haram"

Masa bila pulak, PAS ini pandai mengikut perlembagaan sedangkan sebelum ini mereka sentiasa menjadi juara yang 'HARAM' seperti demonstrasi haram, protes haram, pembalakan haram dan sebagainya... malah ternakan yang haram dimakan seperti babi pun disokong juga oleh kepimpinan PAS... Maksudnya PAS sahaja boleh buat yang haram dan tidak mengikut perlembagaan negara... Penyokong mereka tidak kisah malah menyokong lagi.... jadi kalau kerajaan buat yang haram penyokong PAS kenalah sokong...

PAS kan suka yang 'haram'

Kongsi Link Anda