Khamis, Ogos 26, 2010

RM500 duit raya untuk kakitangan kerajaan

2 Komen!!!
Semalam ramai kakitangan awam yang tersenyum sedikitn bila diumumkan pemberian duit raya kepada mereka semua... dan sebenarnya bukan sahaja mereka yang senyum, anak mereka, isteri mereka dan sedara mara mereka.. maksudnya adalah duit tambahan nak hadapi raya ni..

Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada 1.24 juta kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan 590,000 pesara kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu dalam satu kenyataan bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan berkenaan dibuat mengambilkira kebajikan mereka bagi meringankan beban kos membuat persiapan menyambut Hari Raya.Bayaran itu akan melibatkan kos RM 934.6 juta.-
Apa yang penting ialah kesyukuran kita kepada Allah SWT.. Firman Allah yang bermaksud, jika kamu bersyukur aku akan tambah tetapi jika kamu kufur, maka azab Allah amat pedih sekali..

Selamat Menyambut Aidilfitri 1431H..

Kongsi Link Anda