Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Kakitangan Awam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kakitangan Awam. Papar semua catatan

Khamis, Mac 08, 2012

3 atau 4 bulan tunggakan gaji kakitangan awam.. terima kasih BN

2 Komen!!!

Penjawat awam terima bayaran tunggakan Mac atau April

PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

Sabtu, Jun 28, 2008

COLA Diselaras Kepada RM500 Di Semua Negeri?

1 Komen!!!
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar kerajaan menyelaraskan Elaun Sara Hidup (COLA) pekerja awam kepada RM500 sebulan di seluruh negara.

Presidennya Omar Osman berkata ini bagi mengurangkan beban pekerja dalam menghadapi kenaikan kos harga barangan dan minyak yang semakin melambung.

Pada masa ini, pekerja sektor awam di Kuala Lumpur diberikan elaun sebanyak RM300 manakala di kawasan lain diberikan antara RM100 dan RM200 sebulan.

Omar berkata apabila keadaan ekonomi semakin pulih dengan harga barangan dan minyak menjadi stabil, kerajaan boleh mengurangkan jumlah elaun itu.

Kata Rakyat: eloklah tu.. sekurang-kurangnya kenaikan kadar cola ini dapat membantu kakitangan yang berpendapatn rendah.. selain itu diharap elaun perjalan (T&T) dapat la dinaikkan..

Ahad, Mei 11, 2008

Kerajaan setuju naik usia bersara 58 tahun, formula pencen lebih baik

0 Komen!!!
Oleh ZULKIFLI JALIL dan HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA 10 Mei – Para penjawat awam dan pesara hari ini menerima ‘hadiah besar’ yang menggembirakan apabila kerajaan mengumumkan beberapa insentif yang memberi manfaat kepada mereka.

Antaranya kerajaan bersetuju melaksanakan dua dasar pemberian pencen iaitu menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun dan menghapuskan syarat penyusutan pencen terbitan.

Selain itu umur persaraan kakitangan awam juga dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun dan menambah baik peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dari segi kaedah pelaksanaannya.

Dasar baru pemberian pencen yang melibatkan sejumlah 310,000 pesara berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009 manakala pelanjutan umur berkuat kuasa 1 Julai ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaan bersetuju untuk menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun bagi semua pesara.

Kata beliau, sebelum ini pencen kakitangan dan pegawai awam dihitung dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 25 tahun.

Menurutnya, kerajaan juga bersetuju menghapuskan syarat penyusutan pencen terbitan yang dibayar kepada ahli keluarga gemulah dan mereka kini akan dibayar pada kadar 100 peratus.

Salah satu syarat pencen terbitan ialah kadarnya akan menyusut kepada 70 peratus selepas 12 setengah tahun dari tarikh persaraan atau kematian dalam perkhidmatan anggota sektor awam.

‘‘Bagi kadar pencen yang dihitung semula, ia akan hanya diberi mulai 1 Januari 2009 tanpa bayaran tunggakan.

“Untuk pencen terbitan pula, berdasarkan kajian terperinci, bagi keluarga yang mempunyai anak kecil semasa kematian gemulah, syarat ini agak membebankan dari segi kewangan, oleh itu kerajaan bersetuju menghapuskan syarat penyusutannya mulai 1 Januari 2009.

‘‘Kedua-dua dasar baru mengenai pencen ini akan menelan belanja tambahan sebanyak RM718 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Abdullah turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju bahawa ibu atau bapa pegawai yang meninggal dunia tanpa meninggalkan waris akan dibayar pemberian sekali atau ex-gratia dan bukan pencen terbitan.

Isu mengenai pencen adalah antara enam tuntutan yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 17 April lalu.

Bagaimanapun, tuntutan CUEPACS supaya kakitangan awam diberikan honorarium RM2,000 tidak dapat diterima kerajaan.

Ini kerana dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu dengan kenaikan harga barang-barang keperluan lain, pemberian honorarium itu dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan.

Kongsi Link Anda