
Laporan Utusan Malaysia menyebut, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor daripada DAP dilarang menyertai istiadat perasmian persidangan Dewan itu hari ini kerana tidak mematuhi etika pakaian.
Gwee Tong Hiang, wakil Bentayan yang hanya memakai kot, telah diarah meninggalkan Dewan oleh Speaker Datuk Mohd. Ali Hassan kerana dianggap tidak menghormati majlis perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar.
Alasan yang diberikan ialah beliau tidak mengetahui.. sedangkan kawan-kawan yang lain semua memakai pakaian istiadat. “Saya diarahkan keluar Dewan sebelum ketibaan Sultan. Bagi saya pakai uniform atau tidak, yang penting saya berkhidmat kepada rakyat. Saya tidak tahu tidak boleh hanya memakai kot sahaja. Lagipun peraturan pemakaian uniform itu tidak termaktub dalam arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri,” katanya.
Begitulah biadapnya ADUN DAP ini, samada terlupa atau buat-buat lupa.. sebenarnya keadaanya masih sama sahaja. ADUN ini yang menunjukkan sikap Cauvinismenya.. umpama masih tidak mengakui kedaulatan Raja dan tatabudaya Melayu dan Islam di negara ini.
Kata Rakyat: Mungkin mereka agak selesa sebab negara ini namanya Malaysia.. rasanya macam perlu diiubah kembali ke nama asal iaitu Tanah Melayu.. baru nak faham agaknya.