Ahad, Mac 28, 2010

Gempar : 700 AMK Ipoh Barat keluar PKR , 12 Cawangan tutup!! (updated)

1 Komen!!!

Satau demi satu tamparan kepada Parti kelentong Rakyat @ PKR.. Setelah semalam lebih 50 AMK Muar keluar hari ini giliran AMK Ipoh Barat!!

APa nak dikata lagi.. PKR memang parti yang bukan memperjuangkan nasib rakyat tetap[i hanya memperjuangkan nafsu dan perut pemimpin mereka semata-mata... khasnya Aljuburi sekeluarga!!!

Terbaru di Perak pula, Lebih 700 anggota Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat hari ini mengisytiharkan keluar parti, menyebabkan 12 cawangan Pemuda dalam cabang itu lumpuh.

V Subramaniam yang merupakan ketua Pemuda cabang itu sebelum ini kecewa kerana PKR telah membohong rakyat selam ini samada kepimpinan peringkat cabang, negeri dan pusat yang tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti.

"Keputusan ini diambil setelah memikirkan semasak-masaknya kedudukan kami di dalam parti yang mengamalkan corak kepimpinan yang sering menabur fitnah bagi menguntungkan parti...sebanyak 12 cawangan akan ditutup," katanya dalam sidang akhbar di Ipoh.

Ada yang mengatakan ianya ekoran kenyataan rasis pemimpin PKR yang melabelkan kaum India sebagai Hindu Pariah!!! lihat video di bawah:



Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah ADUN Manjoi dari BN Datuk Mohd Nadzri Ismail.

Jadi apa lagi.... JOm keluar PKR ramai-ramai..

jangan sampai ter'liwat'!!!

MCA dah lama membuta, bila nak mula bekerja..

0 Komen!!!
Keputusan Pemilihan MCA Pusat telah diketahui.. tidak kira siapa pun yang menang, yang penting MCA perlu kembali dapatkan sokongan rakyat kaum Cina...

Ong Tee Keat dah tersungkur, Chua Soi Lek menjadi pilihan untuk jawatan presiden MCA.. manakala Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden... dan empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala 25 pemenang jawatankuasa pusat ialah:

1. Tan Ken Ten
2. Koh Nai Kwong
3. Loh Seng Kok
4. Tan Cheng Liang
5. Gan Tian Loo
6. Chong Itt Chew
7. Hou Kok Chung
8. Lee Chee Leong
9. Wee Jeck Seng
10. Chuah Poh Khiang
11. Hoh Khai Mun
12. Heng Seai Kie
13. Kong Sing Chu
14. Teh Kim Poo
15. Wong Koon Mun
16. Tee Siew Kiong
17. Tan Ah Eng
18. Ti Lian Ker
19. Tan Chai Ho
20. Por Choo Chor
21. Lee Wei Kiat
22. Ong Ka Chuan
23. Liew Yuen Keong
24. Yoo Wei How
25. Toh Chin Yaw

Isyarat kehadiran sangat baik iaitu sebanyak 97% perwakilan yang hadir atau 2,318 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden.

Masa untuk politiking dah selesai... sekarang masa untuk bekerja.. MCA jangan membuta lagi!!!

Tabik Spring buat Awang Selamat!!

1 Komen!!!

Aspirasi memang 'respect' kat Awang Selamat!!!.. Jika minggu lalu beliau diserang hebat dari pembangkang, namun hari ini beliau masih berdiri gagah memegang prinsip dalam mempertahankan pendiriannya!!.

Inilah contoh bangsa Melayu.... darah yang mengalir adalah darah Melayu yang beteraskan Islam..

Inilah baru nama anak Melayu.. bukan gentar menghadapi musuh.. bangsa Melayu bukanlah lekeh dan mudah dipermainkan.. apatah lagi bangsa Melayu bukanlah boneka Cauvanis DAP!!!....

Ini menunjukkan Awang seorang yang berada di pihak yang benar.. bukan seperti si pencacai DAP oleh ADUN Pakatan di Selangor... Minggu lalu, adalah beberapa ADUN Pakatan yang semacam monyet kononnya mempertahankan tindakan Sultan Selangor... Namun rakyat tahu tindakan ADUN Pakatan hanyalah lakonan semata-mata... bukanlah sangat memperjuangkan tindakan Sultan tetapi leboh mahu memperbodohkan Sultan Selangor.

Tetapi Awang Selamat di Mungguan Malaysia hari ini menjelaskan tujuan penulisannya minggu lalu adalah membidas pihak yang menghalang pihak tertentu khasnya bukan Melayu

"Hairan juga mengapa mereka melatah. Awang sama sekali tidak mempersoalkan Sultan Selangor berhubung isu tersebut. Tulisan itu ditujukan kepada masyarakat Melayu agar memberikan sokongan kepada Perkasa biarpun baginda tidak hadir. Jika kita tidak menyuntik keyakinan, masyarakat Melayu akan mendapat isyarat yang salah dan bercelaru ekoran pembatalan kehadiran baginda."


Jelas bahawa ketidakhadiran Sultan Selangor kerana terdapat pihak yang memainkan Isu Perkauman seterusnya mendesak baginda Sultan Selangor supaya tidak hadir ke perasmian Perkasa.. Rakyat dan Bangsa Melayu memahami dan menjunjung kasih terhadap Sultan Selangor yang sentiasa prihatin dan serius terhadap isu Melayu khasnya.

Awang sekali lagi dengan tegas menyatakan bahawa beliau akan terus mempertahankan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Maka tiada sebab untuk Awang memohon maaf kepada Sultan Selangor. Kepada pihak tertentu, Awang tidak gentar dan sedia hadapi apa sahaja kemungkinan. Memang strategi mereka untuk membunuh Utusan yang tegar mempertahankan perlembagaan dan asas kenegaraan. Runtuh Utusan, mudahlah misi mereka.


Syabas kepada Awang Selamat!!!... namun kita mahu ramai lagi Melayu seperti Awang.. apa dah jadiu dengan pengerusi GLC.. mana muka mereka dalam mempertahankan dan memperjuangkan Melayu.. di mana sokongan mereka!!!

Jangan GLC pula jadi manusia Melayu yang meminggirkan Melayu...

Kongsi Link Anda