Kemaskini: 10.00 pg

Seorang exco kerajaan Selangor telah membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.
Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.
hmmmmm...... Jikalau Chua Soi Lek pastinya pemimpin parti pembangkang akan menyuruh letak jawatan, tetapi jikalau Elizabeth Wong macam mana pula?
Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.Nampaknya calon ekspress PKR ni kebanyakannya diambil tidak berintegriti, dari kes Arumugam Bukit Selambau dan sekarang pula Elizabeth Wong Bukit Lanjan,
Inilah padahnya apabila rakyat memilih secara mambabi buta, ingatkan berlian rupanya permata tertipu dengan pemimpin PKR. Calon yang dipilih hanya kerana sentimen dan bukan kualiti.
Sekarang semakin ramai mempertikaikan kredibeliti calon PKR, dari segi moralnya dan integritinya. Apa sudah jadi? namun jika ini dikaitkan dengan pemimpin mereka, rakyat pasti tidak terkejut? memang betullah dikatakan oleh Karpal Singh terhadap Anwar Ibrahim... perkataan tidak bermoral amat tepat sekali!
P.s. : Gambarnya ada di blog utusan che-moq, tapi rasa tak sanggup apirasi nak keluarkan. malu rasanya.