Kini hakikatnya media UMNO sudah menyaingi media PAS... tetapi mereka ini bukanlah seperti yang didakwa pembangkang.. iaitu penulis upahan UMNO... mereka ini menulis dengan hati yang jujur dan ikhlas apatah lagi mereka mula sedar dengan pembohongan Pakatan Pembangkang yang mahu menjual Hak Istimewa orang Melayu dan Islam kepada DAP Komunis.... ini adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi dengan apa cara sekali pun... kerana negara ini adalah tanah Melayu dahulu, kini dan selamanya... yang hidup aman tenteram berkongsi dengan penduduk bukan Melayu berzaman lamanya.
Blogger ini ialah sebenarnya pejuang Melayu dan Islam sejati di dunia cyber yang menulis dengan ikhslas untuk mempertahankan maruah agama Islam, Bangsa Melayu dan Bumi Malaysia... mereka bukanlah bloggers upahan.. jika mereka bloggers upahan gelombang kesedaran ini tidak mungkin berlaku... dan kini ramai lagi muncul blogger-blogger baru yang turut menyumbang idea dan pendapat mengenai isu-isu semasa... ramai orang muda mula sedar tentang sejarah mereka.
PAS pula sekarang merasai bahang perkembangan dunia Cyber ini... dunia cyber kini bukan lagi milik PAS... seperti laporan dibawah (baca di sini):
"Kontroversi terbaru kerajaan perpaduan dalam PAS yang menjadi bahan penulisan sensasi di Internet didakwa hasil kerja gerombolan penulis upahan Umno atau cyber trooper.Namun ulasan yang berlaku dalam PAS oleh bloggers pro Melayu dan islam ini adalah berdasarkan kenyataan dan ulasan oleh pemimpin Pas sendiri bukanlah mereka mengada-adakan cerita seperti didakwa. Semua catatan 'posting' pasti akan ada sumber rujukan sebagai bukti sokongan.
"Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh cyber trooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini," kata ketua penerangan PAS.
Idris Ahmad juga berkata, gerombolan penulis ini menggunakan isu kerajaan perpaduan PAS-Umno dan juga cadangan kontroversi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menunjukkan parti itu kini berpecah."
Hakikatnya PAS tidak boleh menolak kebenaran, sebagaimana yang ditulis albanjari.. penulis blog bukanlah goblok.. Kepalsuan pasti akan di ketahui rakyat suatu hari nanti..
Tahniah kepada semua blogger-blogger yang ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara.. khasnya kepada BPN dan kumpulan penyokongnya yang bergerak sabagai satu saf yang kukuh... memegang panji bangsa dan agama melawan pengkhianat dan penderhaka.. moga dengan hati yang tulus... perjuangan ini diberkati oleh Allah SWT..